ANIS sibuk menaip kerja tesis. Laju jarinya menekan papan kekunci komputer. Sesekali dia menggeliat menghilangkan lenguh. Bila tiada idea untuk tesisnya, dia baca pula status kawan-kawannya dari facebook.Terutama dari Izara. Mengekek gelakkan status Zara. Hilang segala masalah yang melanda. Zara..Zara..tak habis dengan ayat jiwang kau tu!
Eh..Jay!
Anis teruja. Sejak pertama kali lelaki mat saleh tu menghantar mesej, hatinya bagai ditarik-tarik nak tahu lebih lanjut kisah hidup jejaka itu. Laju saja jemarinya klik pada butang mesej.
JS >Assalamualaikum..
Mawar Putih>Waalaikumussalam..
Lama Anis merenung skrin komputer. Senyap. Cepat la taip!
JS >Tak tidur lagi
Mawar Putih>Eh..awak boleh cakap Melayu
JS >Tentulah! Sayakan orang Malaysia.
Mawar Putih>Maaf..saya terlupa yang awak ni Melayu campur Mat saleh..:)
JS > Panggil je saya ni Jay.
Mawar Putih>Oooerr..awak memang berdarah kacukan ke
JS > Kacukan tu..warna apa ek Magenta ke:)
Mawar Putih > Lawak jugak awak ni
JS >Anyway, terima kasih kerana sudi jadi kawan saya. Maaf sebab baca nota awak. Nota awak sangat menarik dan banyak memberi kesedaran pada saya.
Mawar Putih>Ohh..itu nota usrah saya. Setiap usrah yang saya hadir, saya akan catat dalam nota tu.
JS >Err..usrah tu apa
Anis senyum. Dulu dia juga tidak tahu apa erti usrah sehinggalah dia berjumpa dengan Ustazah Hanisah di satu majlis ceramah di sebuah masjid di kawasan perumahan rumah sewanya.
Mawar Putih>Usrah tu sesi penyampaian ilmu dalam kumpulan kecil dengan seorang guru yang dipanggil Naqib kalau lelaki atau Naqibah (perempuan)
JS >Maaf..saya ni jahil. Awak boleh jadi naqibah saya
Mawar Putih>Saya bukan ustazah tapi kalau awak perlukan bantuan, apa salahnya saya tolong setakat yang termampu..
JS >Terima kasih.
Mawar Putih>Sama-sama..:)
JS > Awak nak cepat ke nota awak
Mawar Putih> Kenapa
JS > Saya nak belajar. Nota tu banyak membantu saya mengenali diri. Ia satu anugerah buat saya. Maafkan saya kerana telah membaca kisah hidup awak dalam nota tu. Jangan bimbang, segala luahan awak dalam nota tu saya tak ceritakan pada orang lain.Zip!!!
Lelaki itu sudah offline. Anis merasa sedikit terkilan. Lelaki itu sudah jelas membaca kisah hidupnya yang diabadikan dalam nota itu. Mukanya diraup perlahan..
Anis renung lagi laman facebook. Kali ini dia perlu tahu siapa Jay a.k.a JS. Profil lelaki itu ditatap berkali-kali. Cuba mencari sesuatu yang boleh memberinya maklumat.
Hmmtak banyak maklumat pasal dia. Foto pun ada satu je. Rambut panjang yang ditocang, berjambang tebal dan ada misai nipis. Tambah pula topi di kepala yang menutupi mata. Macam misteri pulak dia ni
Tak kisahlah. Janji dia dapat hidayah dan petunjuk Allah dengan membaca nota usrah aku tu. Anis melirik senyum.
Namun dia berharap sangat, lelaki tu pulangkan semula nota usrahnya.
Jam di meja belajar sudah hampir satu pagi. Komputer riba ditutup. Semua buku rujukan dan nota dikemaskan semula. Esok dia perlu ke perpustakaan. Walaupun kelas sudah habis, dia perlu juga ke kampus untuk menyiapkan semua kerja tesis. Lampu segera ditutup. Malam itu dirasakan satu kepuasan. Puas bila mendapat tahu lelaki yang bernama Jay mula berubah walaupun dia sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku.
Anis teringat baju Imran yang disidai di dalam bilik air. Dia sengaja sidai di situ. Kecoh satu rumah nanti kalau baju itu disidai di luar, tempat penyidai yang selalu mereka gunakan di belakang dapur. Cepat-cepat dia bangun dari kerusi. Baju itu perlu dipulangkan semula kepada Imran esok. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali dia melalui pengalaman pahit dipeluk lelaki gila itu.
Ikutkan hati, aku nak je bakar baju ni! Anis renyuk-renyukkan baju Imran dan dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
Dia nekad. Tidak semudah itu dirinya diperlakukan sesuka hati. Selesai membaca tiga Qul, Anis segera menutup lampu.
PAGI lagi Imran sudah bangun. Dan buat pertama kalinya setelah hampir lima tahun dia meninggalkan suruhan Allah di waktu begitu. Solat subuhnya ditunaikan dengan penuh khusyuk. Betapa selama ini jiwanya dikacau oleh syaitan yang tidak pernah alpa dari menghasut manusia ke jalan sesat. Betapa selama ini kehidupannya penuh bengkang bengkok.
Usai solat subuh, Imran mula membuka Quran. Lama ditatap ayat-ayat Allah. Lidahnya kelu. Punyalah lama dia tak sentuh, apa lagi nak baca. Quran diletakkan semula di rak. Dia mula bersiap ke kampus. Kunci kereta dicapai dari dalam laci. Dia bergegas ke garaj kereta.
Abang! Tunggu adik!
Imran menoleh. Izara terkocoh-kocoh mengejarnya dari arah ruang tamu.
Adik nak apa
Adik nak tumpang! Kereta adik meragam pulak hari ni. Izara sengih. Digarunya kepala yang tidak gatal. Abangnya dipandang dengan penuh manja.
Hmm..kalau dah senyum manja macam ni..nak suruh abang hantar sampai ke pintu kelas la ni Imran mengusik Izara.
Izara segera membuka pintu kereta. Tersengih-sengih sambil membetulkan tudung yang dipakai. Imran segera menghidupkan enjin BMW hitamnya dan terus memecut laju meredah kesesakan waktu pagi yang sememangnya penuh dengan kenderaan yang ingin ke destinasi masing-masing.
Adik..boleh abang tanya sikit Imran jeling Izara di sebelah. Tak habis-habis dengan bedak dan gincu! Dia senyum sendiri melihat Izara menepek bedak dan gincu beberapa kali. Perempuan..perempuan..
Tanyalah! Jawab Izara pendek.
Kenapa adik pakai tudung
Izara segera menoleh Imran yang sedang memandu. Dia terdiam seketika. Diamati riak Imran yang nyata sudah berubah. Kalau dulu, dia pantang melihat perempuan bertudung. Ada saja yang tidak kena pada matanya. Tidak hairanlah semua teman wanitanya seksi dan bergaya.
Kenapa abang tanya macam tu Bukan jawapan yang diberi sebaliknya soalan pula dilontarkan kepada Imran.
Saja..abang nak tahu apa jawapan adik. Abang tahu..adik tentu pelik bila tiba-tiba abang tanya soalan maut macam tu! Imran senyum. Pandangannya masih pada jalanraya.
Izara angguk. Entahlah bang..dulu masa adik mula-mula nak pakai tudung, adik hanya terikut-ikut trend..yalah..kebanyakan perempuan sekarang bertudung. Tapi niat adik masa tu bukan kerana tuntutan agama tetapi lebih kepada fesyen. Alhamdulillah sekarang ni adik rasa adik dah tahu kenapa perempuan kena pakai tudung. Bukan hanya badan saja perlu ditutup tetapi rambut juga aurat yang perlu dijaga. Err..mengapa abang nak tahu
Abang ada terbaca. Sesuatu yang dilakukan kerana ikutan tidak ada nilai di sisi Allah kerana tiada keikhlasan dalam hati kerana Allah. Maka sesiapa yang membuat sesuatu pekerjaan atau apa jua yang dilakukan kerana tuntutan agama atau kerana Allah, orang itu akan beroleh ketenangan dan kejayaan. Panjang lebar Imran menjelaskan kepada Izara.
Wah! Abang sekarang dah berubah! Mana abang dapat semua tu Izara mula teruja.
Adalah.. Imran sengih. Izara di sebelah dijeling sekilas. Jelas ada riak keliru di wajah adiknya.
Izara masih memandang Imran yang nyata sudah mula berubah. Selalunya bukan main liat lagi hendak bangun pagi begini. Ditatap wajah kacak abangnya dengan penuh tanda tanya.
Hmmadakah abang berubah begini disebabkan seorang gadis Izara mula meneka. Dia kenal benar abangnya yang mudah berubah romantik atau apa sahaja kerana seorang gadis. Dulu kerana kecewa dengan Natasha, sungguh drastik abangnya berubah menjadi seorang yang pendendam. Suka menggoda gadis dan ditinggalkan terkontang-kanting. Diri sendiri pula mula tidak terurus. Berserabai!
Imran melemparkan senyuman kelat.
Dah sampai! Kelas habis pukul berapa Imran memberhentikan kereta di bahu jalan dekat dengan fakulti Ekonomi.
Hari ni kelas sampai petang. Abang Izara pandang Imran sebelum keluar dari kereta.
Abang sampai tengah hari je tapi tak apa. Abang boleh tunggu. Sementara tu abang pergi main futsal dengan Zaf!
Izara angguk. Kereta Imran meluncur pula ke arah fakulti kejuruteraan.
Zara!
Izara berpaling. Anis dah tersenyum manis kepadanya sambil berlari anak.
Kau datang dengan siapa Mana kereta kau Anis jenguk ke arah tempat letak kereta.
Kereta aku meragam pulak hari ni. Paginya kau sampai Izara menyoal pula Anis. Hari ni Anis pakai baju kurung dan tudung yang serba merah jambu. Memang sesuai dengan pipi kemerahannya tu.
Biasalah aku. Sekarangkan aku kena hantar somtam ke gerai makcik Senah tu pagi-pagi. Anis senyum. Bekas somtam dipegang kuat.
Oh lupa pulak aku! Jomlah kita ke medan selera. Kau dah sarapan Izara menarik tangan Anis menuju ke medan selera.
Belum lagi.
Anis dan Izara mula menapak ke medan selera. Tiba di sana, Anis segera ke gerai makcik Senah. Dia letak somtam yang telah siap dibuat di atas meja gerai. Makcik Senah baru saja menyiapkan lauk-pauk untuk dijual.
Makcik, bagi saya nasi lemak lima bungkus! Izara menghulurkan sekeping duit kertas sepuluh ringgit.
Lima bungkus Siapa nak makan banyak-banyak tu Anis terkejut melihat Izara membeli begitu banyak nasi lemak.
Dua bungkus untuk kau dan tiga bungkus lagi untuk aku! Izara sengih. Dia meraba perutnya sendiri.
Hah Kau biar betul Anis garu kepala. Izara pula tersengih-sengih sendiri di sebelah.
Aku lapar!
Mereka mula mencari tempat duduk. Nasi lemak yang dibeli tadi mula dijamah. Anis jeling Izara yang begitu lahap mengunyah nasi lemak. Dia belum pun habis satu bungkus, Izara sudah buka bungkusan yang kedua.
Zara..kau ni macam tak makan seminggu.. Anis hulur segelas air kosong kepada Izara yang mula tersedak. Habis nasi lemak tersembur.
Kau bawa tak somtam untuk aku Izara pandang Anis sambil menyuap nasi ke mulut.
Somtam Bila kau pesan Anis mula berkerut kening. Dia sendiri sudah tidak ingat tentang pesanan Izara.
Lakan aku pesan kat kau. Kau buatlah untuk aku! Hari minggu ni aku nak somtam tu. Aku dah janji dengan abang dan kakak aku nak bertaruh somtam siapa yang paling sedap! Izara terpaksa menceritakan perihal kisah pertaruhannya.
Bertaruh Kau biar betul! Somtam aku bukannya sedap pun! Lagipun..somtam tu sepatutnya kau sendiri yang buat. Bukan bertaruh atas somtam orang lain! Anis ketawa. Dia geleng. Somtam pun boleh jadi bahan pertaruhan.
Alah Anis..boleh la. Tinggal dua hari je lagi ni. Lagi pun minggu depan kan dah cuti. Boleh la! Izara merengek. Jemari Anis diramas-ramas.
Yalah! Yalah! Aku buat. Bila kau nak Anis mengalah.
Hari sabtu! Nanti aku datang ambil! Izara kembali ceria. Yes! Anis dah setuju!
Hari sabtu
Kenapa
Hari Sabtu tu aku ada hal..tapi tak apa. Aku datang rumah kaulah. Pukul sepuluh aku sampai sebab dalam tengah hari nanti aku kena jumpa seseorang yang juga pesan somtam dengan aku. Anis turut senyum. Manja karat minah ni. Merengek-rengek.
Kalau macam tu baiklah! Aku tunggu tau! Kau tahu tak macam mana nak datang rumah aku Izara menyambung semula menyuap nasi lemak yang masih ada sebungkus lagi.
Err..tak..hihihi Anis sengih lagi.
Tu la..dari dulu lagi aku ajak, kau tak nak. Tapi tak apa..aku datang ambik kau. Bolehlah kau makan tengah hari kat rumah aku sekali. Aku nak kenalkan dengan keluarga aku. Kali ni kau tak boleh tolak lagi! Izara semakin teruja.
Seganlah Zara.
Alah..apa yang nak disegankan. Kau kawan aku. Keluarga aku bukannya harimau atau singa sampai nak makan orang bagai! Izara mula melawak.
Anis diam seketika. Tengoklah.
Mereka melangkah ke dewan kuliah setelah selesai menikmati sarapan.
Burp!!
Hoi! Buruk lantak kau ni! Dah sendawa macam nenek aku! Anis ketawa mengekek. Bukan sekali sendawa. Mana taknya, licin tiga bungkus nasi lemak! Aku sebungkus pun tak habis. Sebungkus lagi terpaksa kena tapau.
Ops! Sorry! Izara sengih.
Hari itu mereka sibuk dengan kelas dan kuliah sampai ke petang. Anis pula sengaja balik lambat. Dia perlu ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan. Tesisnya perlu disiapkan dengan segera. Tinggal sebulan je lagi. Hari Ahad pulak nak kena pergi ke KLIA menjemput abang Razman di lapangan terbang sebelum pulang ke kampung.
Habis kelas tadi, dia bergegas pula ke perpustakaan. Terkocoh-kocoh melangkah. Izara masih dalam kelas berbincang dengan pensyarah. Anis sengaja tidak mengajak Izara bersama.
Hari itu dia meminjam dua buah buku rujukan. Itu pun dirasakan masih tidak cukup untuknya buat rujukan tesis. Tergesa-gesa pula dia melangkah keluar dari perpustakaan. Dia mendongak ke langit. Awan sudah mula kelabu.
Aku kena cepat ni. Nak singgah pasar lagi. Anis semakin laju mengatur langkah menuju ke tempat menunggu bas.
Tunggu!
Pantas Anis menoleh. Imran sudah terpacak di tepi kereta mewahnya. Asyik muka dia ni je!
Tunggu! Imran berlari mengejar Anis.
Awak nak apa lagi Boleh tak jangan kacau saya lagi Muak tahu tak! Tak habis-habis dia ni nak ganggu aku. Bingung aku weh!
Muak Saya lagi muak dengan awak! Ni..buatkan somtam untuk saya. Imran masih mengah.
Kenapa saya Kan kita sama-sama muak Awak dah tak ingat apa yang awak kata tadi Anis jengilkan mata. Sedapnya..main arah-arah je.
Sebab awak je yang pandai buat somtam.
Saya bukan tukang masak awak!
Saya bayar! Bukan saya suka-suka suruh awak buat somtam. Imran depakan tangannya, menghalang Anis yang ingin beredar dari situ.
Tak nak! Awak juga yang kata somtam ni sayur kampung! Apa, tekak awak dah jadi tekak kampung ke Anis mula menyindir Imran. Nadanya cukup sinis.
Bukan untuk saya tapi untuk kakak saya yang tengah mengidam. Takkan muslimah macam awak ni tak nak tolong sesama saudara seagama Somtam awak je yang kakak saya makan. Cakap saja berapa awak nak jual, saya sedia bayar! Imran mula memancing Anis. Hmm..dah lain muka minah ni. Mungkin gadis itu serik dengan tindakan di luar kawalannya semalam.
Baiklah. Kalau betul apa yang awak kata, saya akan buat. Tapi saya ada syarat! Tegas suara Anis kali ini. Ni yang lemah nihatinya mudah tersentuh bila mendengar seorang wanita hamil mengidam begitu. Arwah kak Aiza dulu pun macam tu juga.
Syarat
Anis angguk.
Apa dia
Saya nak awak mengaku yang awak telah buat salah semalam. Saya nak awak minta maaf sekarang juga kerana awak dengan sengaja buat perkara tak senonoh pada saya! Anis terasa ingin membalas dendam tapi dipendamkan saja.
Itu saja Imran senyum.
Anis mengetap bibir sekali lagi. Memang Imran bermuka tembok! Tak tahu malu!Poyo! Rasa semuanya nak dihamburkan saja.
Kacang je tu! Hmm..dengan segala hormatnya saya mengaku bersalah dan saya minta maaf.. Imran menyusun sepuluh jari sambil tunduk di depan Anis. Persis seorang rakyat mengadap raja.
Anis hanya memandang gelagat Imran. Macam tak ikhlas je.. Hmm..tak apa..sekurang-kurangnya dia berani buka mulut minta maaf. Ikhlas atau tidak, itu urusan dia dengan Allah kelak.
Puas hati sayang
Anis tergamam. Dah putus fius ke mamat ni Kepala dah terhantuk buah durian agaknya.
So..bila saya boleh dapat somtam awak Imran berpeluk tubuh. Matanya merenung gadis itu yang sudah menggelabah. Huh..aku panggil sayang sikit dah gabra semacam minah ni.
Bila awak nak
Sabtu ni! Imran mula senyum. Gadis somtam itu sudah bersetuju dengan tawarannya.
Hah Sabtu
Kenapa Imran dah panik. Kalau minah somtam itu tak dapat sediakan somtam pada hari tu, habislah pertaruhan aku.
Saya tak nak ada alasan apa-apa. Awak mesti buat apa yang saya suruh sebab awak belum pulangkan baju saya.
Anis diam. Oo..main ugut ya Dia segera buka beg sandangnya yang digandang di bahu kiri. Sehelai baju dikeluarkan dari beg itu.
Nah! Baju itu dicampak ke muka Imran.
Huih! Garangnya! Nenek aku pun tak garang macam ni! Imran sempat sambut bajunya dari jatuh.
Awak nak sangat baju tu kan
Hmm..nasib baik wangi. Sure awak basuh sendiri
Mesin yang basuh!
Tak kelakar langsung lawak awak tu! Back to somtam, macam mana Imran ingatkan Anis semula.
Awak ni serius ke nak somtam tu Anis masih teragak-agak dengan sikap Imran.
Habis awak ingat saya ni bergurau Eh! Tak ada masa lah nak bergurau dengan awak! Sekarang ni awak nak buat ke tak nak Imran ketap bibir. Banyak songeh pulak dia ni!
Macam mana saya nak bagi kat awak nanti Anis mula gelisah. Bimbang Imran akan bertindak seperti dulu.
Tak apa..saya ambil nanti. Kat mana boleh kita jumpa Pukul berapa Imran sengih. Hmmminah ni dah mengalah.
Err..pukul sepuluh saya dah janji dengan kawan, tengahari pula saya janji dengan seorang kakak ni.. Anis mula teringat semua janjinya dengan Izara dan Kak Dina.
Kalau macam tusaya jumpa awak di tempat menunggu bas yang selalu awak tunggu tu dalam pukul sembilan pagi. Boleh Imran cuba memujuk Anis. Hari itu dia perlu sediakan somtam masa makan tengah hari bersama keluarga. Dia sendiri yang cabar adik dan kakaknya dulu.
Jangan lambat! Pukul sepuluh nanti saya kena pergi jumpa kawan saya pulak di rumah dia. Kalau awak lambat, somtam tu saya bagi kat kawan saya! Anis menutur dengan nada sedikit cuak.
Imran senyum. Dia hanya angguk dan segera berlalu pergi meninggalkan Anis di situ.
Anis memandang Imran dengan penuh tanda tanya. Lama dia memerhati gelagat Imran yang bersiul-siul kecil sambil memutarkan kunci kereta di hujung jari telunjuk menuju ke tempat letak kereta semula.
Tak faham aku dengan dia ni! Kejap benci, kejap baik pulak!
Anis segera berjalan ke arah tempat menunggu bas. Matanya masih memerhati tingkah Imran. Entah kenapa, hatinya mula berdetak setiap kali menatap mata biru milik Imran.
Anis, wake up! Kau kena sedar diri kau siapa! Jangan terjebak dalam cinta sia-sia! Anis menepuk pipinya beberapa kali. Cuba menyedarkan diri sendiri yang tidak layak berdamping dengan Imran yang nyata menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan di kampus itu.