TABIAT bekerja Alyssa sudah berubah sama sekali. Dia kini seorang pekerja yang gigih dan rajin berusaha. Ramai rakan sekerja yang perasan akan perubahan sikapnya itu. Dia tidak lagi terjebak dengan masalah disiplin terutama dalam soal kedatangan dan cuti. Tiada lagi istilah monday blues dan weekend night leisure dalam kamus hidupnya. Semua itu sudah tutup buku. Kini, Alyssa adalah insan yang berjiwa baru dan memulakan kehidupannya menuju kejayaan dan kesempurnaan. Kata-kata semangat dari Tuan Fahreen tempoh hari, benar-benar membakar jiwanya. Dia sedar, dari insan kerdil yang memerlukan bimbingan dan panduan, dia telah jadi seorang wanita yang sedang mendaki tangga kejayaan. Tanpa Alyssa sedari, dia turut menjadi perhatian dari seseorang yang berada cuma searas dari jabatannya. Seseorang yang telah memberikan dia peluang untuk meningkat naik dan seseorang yang juga telah menjadi pendorong kepada perubahannya. Kata-kata saktinya, cukup untuk menukarkan Alyssa semula kepada keadaan asalnya. Alyssa jadi lebih bermotivasi dan kreatif dalam memajukan dirinya. Perubahan Alyssa memberikan kegembiraan di hati Tuan Fahreen. Itulah yang dia harap-harapkan. Harapannya pada Alyssa, bukan sekadar harapan biasa. Ada sebab-musababnya tersendiri antara perasaan yang terpendam dan amanah yang perlu dijalankannya.
Cukup, cukuplah kerja tu, beb. Dah pukul satu ni, jom kita lunch,
ajak Elly yang tiba-tiba muncul ketika Alyssa sedang leka melayan tugas-tugasnya.
Sekejaplah, beb. Tinggal sikit saja lagi ni. Ada satu, dua figure saja lagi yang belum aku masukkan.
Elly hanya tersenyum melihat sikap Alyssa itu. Dia tahu, selagi belum selesai kerjanya, Alyssa sukar nak meninggalkannya. Biasalah, kalau sedang menyemak data akaun, perlu teliti. Sedikit hilang tumpuan, pastinya akan lari segala pengiraan yang dibuat. Sedang sibuk membelek-belek fail di atas meja Alyssa, secara tidak semena-mena, Elly telah terpandang pada sejambak bunga yang terhias indah di atas kabinet fail yang terletak di suatu sudut berhampiran Alyssa. Pada bunga tersebut, tertera satu kad yang cukup cantik. Di dalamnya tertulis, Congratulations on your promotion dan ditandatangani oleh seseorang. Setelah diamat-amati tandatangan yang tertera di kad tesebut, Elly seolah-olah biasa melihat tandatangan itu. Akhirnya, dia jadi teringat bahawa pemiliknya adalah tak lain dari Tuan Fahreen.
Masya-Allah, beruntungnya kawan aku ni. Sudahlah dinaikkan jawatan, dihadiahkan bunga lagi oleh Tuan Fahreen,
bisik Elly sambil tersenyum. Tengah hari itu, kedua-dua sahabat ini hanya sempat makan makanan segera sahaja. Manakan sempat, keluar dari pejabat sahaja, sudah mencecah pukul satu setengah tengah hari. Jadi, makanan segera sahajalah santapan yang sesuai bagi mengejar waktu untuk pulang ke pejabat sebelum jam dua. Alyssa kini semakin berkira-kira dengan waktu agar tidak mengambil terlalu lama masa kerjanya. Dia tidak mahu lambat lagi.
Wei, makanlah perlahan-lahan, beb. Nanti tercekik karang. Aku tahulah, engkau sedang mengejar masa,
kata Elly apabila melihat Alyssa makan dengan laju tanpa noktah, seperti mahu ditelan sahaja burger yang dimakannya itu.
Beb, petang ni aku kena submit laporan tahunan ke pihak atasan. Aku takut tak sempat siaplah,
jelas Alyssa dengan penuh pengharapan agar Elly mengerti situasi kerjanya, kini.
Kerja tu kerja juga, beb. Tapi kalau engkau dah makan macam ribut tsunami ni, apa kes Karang, kalau engkau tercekik, kan ke haru Pejabat ke mana, kerja ke mana, silap-silap, hospital cerita. Ha, baru padan muka engkau. Baru betul-betul dapat anugerah pekerja cemerlang, tapi pingat terima di hospital. Engkau nak ke, macam tu
Elly memberikan amaran sambil tertawa. Alyssa yang faham benar dengan sikap Elly yang suka bergurau itu, mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya. Dia terus cuba untuk menghabiskan makanannya dengan segera bagi mengejar masa. Baginya sekarang, masa adalah emas dan emas adalah wang dan penghargaan. Itu yang perlu dikejarnya. Kecewa dengan sikap Alyssa yang seolah-olah tidak memperdulikannya, Elly cuba menukar topik. Kali ini, pertanyaan yang akan diajukan Elly, pasti akan menyebabkan Allysa tersentak dari makannya.
Eh beb, cantik jambangan bunga dekat atas almari engkau tu. Untungnya badan, dapat jambangan khas dari Tuan Fahreen. Eh, engkau ada apa-apa ke dengan Tuan Fahreen tu, beb Aku tengok, lain macam saja dia layan engkau.
Benar apa yang diteka oleh Elly. Pertanyaannya kali ini membuatkan Alyssa tersedak. Dia sendiri tidak perasan, bila Elly membelek jambangan bunga itu kerana terlalu leka dengan kerja-kerjanya. Kali ini, dia sudah terperangkap dengan soalan cepumas Elly. Tapi, dia sedar bahawa dia perlu tenang dalam menjawab segala pertanyaan Elly bagi mengelakkan sebarang syak wasangka. Dia tidak mahu, orang mengatakan yang bukan-bukan perihal hubungannya dengan Tuan Fahreen.
Engkau ni, pandai-pandai saja buat spekulasi. Tak semestinya, Tuan Fahreen tu bagi bunga pada aku, maknanya aku ni ada apa-apa hubungan dengan dia. Dia kan ketua teratas kitaJadi, kalau dia bagi apa-apa pada staff dia, semata-mata untuk bagi semangat supaya kita terus bekerja keras. Dan, sebagai staff, kita kenalah sentiasa hormat dia, ada faham
jawab Alyssa, tenang. Namun, pastinya Elly tidak berpuas hati dengan jawapan selamat Alyssa itu. Elly tetap Elly yang begitu tinggi semangat ingin tahunya. Apa lagi, kalau ianya berkaitan dengan Alyssa. Pasti sehingga ke lubang cacing, akan dikoreknya rahsia sahabatnya itu.
Ha, mulalah tu. Jangan nak fikir yang bukanbukan, wahai Cik Elly. Tak ada maknanya, aku ada hubungan dengan Tuan Fahreen tu,
tambah Alyssa lagi.
Beb, takkan engkau tak perasan, bagaimana layanan Tuan Fahreen terhadap engkau. Sejak dari engkau mula dinaikkan jawatan, sehingga sekarang. Mana ada staff yang dapat layanan khas dari Tuan Fahreen, macam engkau, Cik Nurul Alyssa. Orang lain, kalau naik pangkat pun, hanya dimaklumkan oleh pengurus bahagian sumber manusia sahaja, tau. Beb, bukan aku sorang saja yang tertanya-tanya, tahu tak Ramai juga orang yang kat office tu dah buat macammacam cerita pasal engkau,
jelas Elly pula. Alyssa sedar, perihal dia dan Tuan Fahreen telah mula menjadi buah mulut teman-teman sepejabatnya. Keadaan menjadi lebih haru lagi, semenjak dia menerima jambangan bunga itu dari Tuan Fahreen. Dia tidak faham, mengapalah sikap-sikap orang yang bekerja di pejabat itu tidak pernah berubah. Mereka gemar menyebarkan gossip-gossip yang sedikit pun tidak memberi manfaat kepada produktiviti dan kualiti bekerja.
Macam ni sajalah, Cik Nor Ellyna. Engkau boleh tolong aku tak Engkau tolong bagi tahu pada kawankawan kita di office tu, yang aku ni hormatkan Tuan Fahreen tu, selaku bos besar aku macam mereka juga. Lepas tu, Tuan Fahreen tu bos kita semua. Dan apa yang aku dapat sekarang ini, tidak bermakna yang aku ini staff yang istimewa di mata Tuan Fahreen, macam mereka juga. Engkau faham Bagus, sekarang, masanya untuk kita balik ke pejabat. Dah hampir jam dua.
Alyssa bingkas bangun dan mencapai tas tangannya. Elly yang terdiam dengan penjelasan Alyssa sebentar tadi, hanya menuruti sahabatnya itu. Dia tahu, kalau dia terus-menerus bertanya lagi, dia akan makan maki pula nanti. Namun, ketika mereka sedang dalam perjalanan balik ke pejabat, mereka tiba-tiba disapa oleh Nisya. Nisya, kebetulan ada di situ bersama seorang lagi rakan mereka, Anna. Alyssa teperanjat apabila terserempak dengan Nisya dan Anna itu. Telah agak lama dia tidak berhubung dengan teman-teman hiburannya itu. Mereka tetap seperti biasa, seperti yang dia sering jumpa ketika di kelab atau pub, dengan berpakaian yang menjolok mata. Sehingga kini, Alyssa masih tertanya-tanya, apakah pekerjaan sebenar rakan-rakan malamnya itu. Dari gaya dan cara pemakaian mereka, tidak ada ciri-ciri yang mereka itu pekerja pejabat atau mana-mana bidang perkhidmatan yang lain. Yang cocok dengan cara mereka adalah bidang GRO.
Alyssa, ke mana you menghilang selama ini Dah lama you tak join we all pergi party. We all, semua rindu kat you tau,
kata Nisya dengan nada manjanya, seperti biasa. Elly hanya menjeling sinis melihat gelagat dan aksi rakan-rakan Alyssa itu. Dia sendiri tidak percaya bahawa Alyssa boleh terjebak untuk berkawan dengan mereka semua. Kalau dilihat dari segi gaya mereka, jelas-jelaslah menunjukkan bahawa mereka itu bukanlah dari kalangan gadis-gadis yang baik. Sesekali, timbul juga rasa malu kerana mereka menjadi bahan tontonan manusia sekeliling. Tentu orang yang lalu lalang di situ mengkategorikan dia dalam kumpulan yang sama, walaupun dia tidak berpakaian seseksi mereka.
Waduh, malunya!
bentak hati Elly.
Beb, dah pukul dua ni, jom kita balik ke pejabat cepat. Aku takut, bos cari kita pula, nanti. Lagipun, tadi engkau cakap, engkau kena hantar laporan ke pihak atasan, petang ini,
Elly cuba menarik lengan Alyssa setelah melihat Alyssa yang masih lagi membisu apabila terserempak dengan gadis-gadis berpakaian seksi itu.
Tunggulah sekejap. We all kan dah lama tak jumpa Takkan seminit dua pun tak boleh tunggu. Come on Alyssa, datanglah jumpa we all kat tempat biasa. We missed you lots. Theres lot of story and new stuff for you to catch out,
ujar Nisya pula, sambil menjeling pada Elly. Sakit hatinya apabila Elly cuba mengganggu komunikasinya bersama Alyssa ketika itu. Bertambah sakitlah hati Elly. Mendidih saja darahnya melihat kelakuan Nisya itu. Rupa-rupanya, inilah dia rakan-rakan jahat Alyssa yang cuba menjerumuskan dia ke tempat-tempat yang tidak baik. Mereka inilah yang selama ini telah melalaikan Alyssa dari tugas dan tanggungjawabnya pada dirinya sendiri.
Memang dasar perempuan murahan,
marah Elly lagi di dalam hatinya. Melihatkan wajah Elly yang tampak marah, Alyssa terus berkata,
Sorry guyz, I dont think, Im interested of joining you again after this. You all carilah kawan-kawan baru. I ada banyak kerja nak buat. So, Im running out of time, I think, I better make a move. Come, Elly.
Kedua sahabat itu pun segera berlalu dari situ. Nisya hanya mengekori pergerakan mereka dengan ekor matanya. Dia kecewa, bukan kerana gagal menarik semula Alyssa ke dalam group malamnya, tetapi hampa kerana gagal jadi broker pada Fir yang menawarkan ganjaran yang istimewa untuknya, jika berjaya menjerat Alyssa. Tetapi, orang seperti Nisya tidak pernah berputus asa. Dia yakin, suatu hari nanti, Alyssa akan kembali semula ke pangkuan rakan-rakan hiburannya. Ketika itulah, dia pasti akan memasang jerat untuk menjerumuskan Alyssa ke pangkuan Fir.
Engkau tunggulah Alyssa, masanya akan tiba nanti. Setiap langkah engkau kelak, adalah ganjaran buatku,
kata Nisya dalam hatinya. Ketika dalam perjalanan pulang, Alyssa dan Elly hanya diam sahaja. Namun, Alyssa sudah dapat mengagak apa yang sedang berdetik di dalam jiwa sahabatnya itu. Dia cuba untuk tidak melayan akan segala pertanyaan yang bakal diutarakan oleh Elly. Tetapi, sikap ambil tahu Elly terhadap Alyssa mengatasi segala-galanya. Dia tidak berpuas hati jika tidak mengetahui perkara sebenar yang telah terjadi antara Alyssa dan teman-temannya itu.
Haiyaa, Arman. You janji macam mana, ma Bila you mahu angkat itu amoi cantik datang sini Deposit semua, you sudah angkat. You jangan main-main sama I, ya Arman. I paling tak suka sama orang yang mungkir janji dan selalu bikin masalah sama I,
ugut Tauke Jepp menuntut janji-janji Arman untuk membawakan Alyssa kepadanya. Kini, sudah lebih sebulan, Alyssa yang dijanjikan oleh Arman, masih belum tiba lagi kepada Tauke Jepp. Sudah seringkali, Tauke Jepp menghubungi Arman memintanya mengotakan segala janji-janjinya. Namun, Arman tetap gagal untuk membawa Alyssa kepada Jepp. Arman bimbang kalau-kalau Tauke Jepp akan mengambil tindakan ke atasnya. Dia kerap terdengar perihal akan bahana-bahana yang menimpa orang-orang yang gagal melunaskan segala hutangnya kepada Tauke Jepp. Ada yang kehilangan anggota badan, orang-orang tersayang dan tidak kurang juga yang nyawanya sendiri melayang. Jasad-jasad yang sudah tidak seperti manusia itu itu, kemudiannya akan dibiarkan di lorong-lorong sepi sehingga busuk dan berulat, barulah ditemui orang. Arman berasa gerun juga apabila memikirkan andainya, perkara itu terjadi ke atas dirinya sendiri.
Bos, sabarlah sikit. You kasi I sikit masa lagi. I janji, I akan bawa perempuan itu pada you. Sekarang ini, dia sibuk sikitlah, bos. Dia selalu outstation,
kata Arman cuba memberi alasan kepada lintah darat itu.
You ni, Arman, sudah berapa banyak kasi alasan yang I tak boleh terima, maa.You ingat I tak tahu, itu perempuan selalu ada dekat KL, mana ada pergi manamana I punya orang, selalu ikut sama dia, cuma, kita tak boleh suka-suka angkat dia mari sini. You sudah janji mahu hantar dia ke sini, wang pun you sudah angkat, sekarang you lagi mahu kasi alasan bodoh sama I. You jangan ingat, you boleh suka-suka bohong sama I. Ini, Tauke Jepp, apa yang I mahu, itu yang I dapat. You faham tak
ujar lintah darat itu.
Okey, okey, bos, I janji, lagi satu minggu, I akan angkat itu perempuan mari sini. Itu Marianalah, susah sangat mahu cakap sama dia punya anak, suruh mari sini, jumpa sama Tauke Jepp,
ujar Arman, kali ini meletakkan kesalahan pada Mariana pula.
Hei, you dengar sini baik-baik, Arman. I kasi sama you, lagi dua hari untuk angkat itu perempuan datang sini. Kalau you tak hantar dia, you bayar balik semua hutang-hutang berserta dengan bunganya sekali. Kalau tidak, you sendiri tahu, apa yang akan jadi sama you dan Mariana, faham tak
Sejurus itu, satu penumbuk kasar singgah ke muka Arman. Walaupun cuma satu tumbukan, namun ia amat padu sehingga berdarah pipi di tepi bibirnya. Timbul lebam sebesar telur ayam di mukanya. Tumbukan dari seorang gangster yang semakin melampaui tahap kesabarannya. Itu adalah hanya satu peringatan kepada Arman kerana selepas ini hanya kekasaran-kekasaran yang lebih dahsyat sahaja yang akan dilaluinya sekirnya gagal membawa Alyssa dan melunaskan segala hutang-hutangnnya. Arman ditinggalkan terkapar sendirian. Dia termenung seketika mengenangkan amaran yang diberi oleh Tauke Jepp sebentar tadi. Kali ini dia dapat melihat dengan jelas bahawa Taukeh Jepp telah mula hilang kesabarannya dengan setiap alasan yang diberikan Arman. Ternyata sekali, segala hutanghutangnya yang membukit, telah hampir menjerut lehernya sendiri. Kejadian itu telah memarut kemarahan yang mendalam dalam diri Arman. Belum pernah pun sebelum ini, dia diperlakukan sedemikian rupa. Terasa maruahnya, betul-betul terletak di kaki, ketika itu. Dia pulang dalam keadaan marah. Mariana yang masih tetap dalam keadaan gian, segera mendapatkan Arman kerana tiada lain, hanya mengharapkan Arman membawa pulang benda yang paling dinantinantikannya.
Man, you dah balik Ma..mana benda tu You ada bawa balik tak Please, bagi pada I, tak tahan sangat ni,
rayu Mariana. Serentak dengan itu, suatu tamparan hinggap di pipi Mariana sehingga lebam pipi kusam itu. Soalan dan permintaan Mariana sebentar tadi, lebih menghangatkan hati Arman yang sedang berang itu. Inilah kali pertama Arman meletakkan tangannya pada Mariana kerana sudah tidak tahan dengan sikap dan kerenah Mariana yang langsung tidak mendatangkan keuntungan padanya, kini.
Mengapa dengan you ni, Man Kenapa you tampar I Apa salah I pada you, sampai sanggup you tampar I
soal Mariana yang masih terpinga-pinga dan pening dengan pukulan Arman tadi. Sudahlah kepalanya lalok ditampar Arman pula.
Hei Maria, engkau ni memang jenis perempuan tak tahu bahasa, kan Engkau ingat banyak duit kepala bapak engkau bagi pada aku untuk beli barang engkau. Engkau tahu tak, kepala aku ni bakal kena kapak dengan Tauke Jepp. Ini semua gara-gara engkau. Aku ambil duit dari lintah darat tu sebab nak beli dadah untuk engkau mencekik. Tapi engkau, aku suruh buat kerja mudah pun, tak boleh. Engkau ingat sikit, ya Maria. Kalau kepala aku dah kena sembelih dengan tauke itu, engkau jangan harap engkau pun boleh selamat. Silap-silap, engkau pun bakal kena bunuh dengan semua lintah darat itu. Engkau sendiri tahu kan, berapa banyak engkau dah berhutang dengan mereka Jangan haraplah engkau boleh selamat,
leter Arman. Geram sungguh dia melihat muka Mariana, sekarang. Wajahnya tak ubah seperti mayat hidup ataupun nenek kebayan di lembah gunung. Kalau diturutkan hati ingin saja dihumbannya Mariana dari tingkat atas bangunan pangsapuri kediamannya itu. Perempuan seperti itu, kalau hidup pun, hanya menyusahkan orang sahaja.
Lebih baik dia mati sahaja,
bentak Arman di dalam hatinya. Kesabarannya pada Mariana juga sudah sampai ke tahap maksima.
I tahu Man. Habis tu, macam mana I nak buat I pun dah tak mampu nak
berjual lagi.
Itu sajalah yang engkau tahu cakap, I tak mampu nak berjual lagi. Aku pun tak tahulah, macam mana aku boleh sabar dan bertahan lagi dengan perempuan dungu macam engkau ni,
kata Arman dengan kesal. Mariana hanya terkulat-kulat apabila terus-terusan mendengar hinaan Arman. Dia sudah habis ikhtiar untuk mencari wang bagi menyelesaikan segala hutangkesepuluh hutangnya. Tiada apa yang boleh dilakukannya selain dari menunggu dan terus berharap. Dia hampir lupa akan janjinya untuk membantu Arman menyerahkan anaknya, Alyssa kepada Tauke Jepp sebagai penebus hutang-piutangnya.
Hei perempuan bodoh! Aku tak kira. Engkau kena cepat-cepat pujuk Alyssa untuk dihantar pada Tauke Jepp. Dia beri aku masa cuma dua hari untuk bawa Alyssa pada dia. Kalau tidak, kita berdua akan mati. Engkau sudah tiada pilihan Maria, engkau perlu bawa Alyssa sama ada secara sukarela atau terpaksa dengan kadar segera. Engkau faham tak
ugut Arman sambil merentap rambut Mariana.
Arman, ini tidak adil. Duit yang kita hutang tu, kita gunakan bersama, bukannya I pulun sorang. You jangan ingat, I tak tahu yang you pun banyak habiskan duit yang kita pinjam tu, untuk berjudi dan perempuan. So, you pun kena sama-sama bertanggungjawab untuk bayar semua hutang-hutang tu juga. Bukannya, bebankan I seorang saja,
jawab Mariana pula, geram dan sakit dengan rentapan tangan kasar Arman itu. Dengan tak semena-mena, satu lagi tamparan hinggap ke pipi Mariana. Kali ini di sebelah kirinya pula. Tubuh kering Mariana terhumban ke atas tilam buruk di tengah ruang tamu itu. Tidak mampu untuk dia menghalang hayunan tangan sasa Arman itu. Tangan yang dahulunya digunakan untuk membelai dan menggoda Mariana, kini menjadi pendera yang tidak tertahan oleh tubuhnya yang hampir reput itu.
Engkau jangan banyak cerita, ya Maria. Selama ini, siapa yang kutip dan jaga engkau, kalau bukan aku Engkau dah lupa ke dengan segala janji engkau yang engkau akan tanggung segala perbelanjaan aku. Ingat tu, segala perbelanjaan aku! Kalau engkau dah tak mampu bagi hasil pada aku, buat apa lagi aku simpan engkau. Lebih baik aku cari perempuan lain yang jauh lebih baik dan berhasil dari engkau. Engkau tengok diri engkau sendiri sekarang, sudah macam bangkai bernyawa. Jangan kata orang, anjing pun tak sudi nak dekat dengan engkau. Lebih baik engkau cermin muka engkau, sudah macam anjing kurap!
hina Arman lagi. Kali ini, Mariana benar-benar terpukul dengan cacian Arman. Sebagai seorang wanita, dia berasa begitu sedih sekali kerana diperumpamakan seperti anjing oleh lelaki yang amat dipercayainya itu. Belum pernah dia dihina sebegitu sekali. Arwah suaminya, Sulaiman Bakhtiar, juga tidak pernah menghina dan mencacinya apa lagi meletakkan tangan ke atasnya. Arwah Sulaiman dulu, melayan Mariana seperti bidadari dari syurga. Jarang sekali dia mengatakan tidak, pada setiap kemahuan Mariana dan tidak pernah dia tersentap dengan segala arahan Mariana. Barulah kini, Mariana menyedari bahawa dia telah membuang intan permata dan mengutip kaca di dalam hidupnya. Hidupnya bersama Arman kini, tidak ubah seperti dalam neraka.
You memang kejam Arman. You manusia berhati busuk. I bersumpah, walaupun apa yang akan terjadi nanti, I tak akan jual anak I sendiri. Biar I mati mempertahankannya. I tak rela jika dia hidup menderita gara-gara perbuatan I. Cukuplah I seorang sahaja yang hancur kerana hidup begini, tapi I tak akan relakan perkara yang buruk terjadi pada Alyssa. I tak akan biarkan dia hancur terutamanya kerana lelaki tidak berperikemanusiaan seperti you dan Tauke Jepp itu!
pekik Mariana. Sesungguhnya, Mariana masih punya naluri sebagai seorang ibu, di saat itu. Dia sedar, dia sudah cukup membuatkan hidup Alyssa menderita sejak lahir lagi. Dia sudah nekad tidak akan membabitkan Alyssa dalam permasalahannya lagi. Dia sendiri akan bertanggungjawab terhadap segala tindaktanduknya. Kalau sudah ajal yang menunggunya akibat kedegilannya untuk tidak memperdagangkan Alyssa, dia rela, demi anak tunggalnya itu.
Hei perempuan gila, sejak bila pula yang engkau ambil berat sangat fasal hal anak engkau tu, ha Bukankah engkau tak pernah sayang dia sebelum ini Mengapa tiba-tiba, teringin nak jadi manusia baik pula ni Engkau dah nak bertaubat, ke Aku rasalah, engkau ni dah buang tebiat, gamaknya. Mungkin, kematian Sulaiman telah banyak menyedarkan engkau. Ha, baguslah kalau macam tu, sebab sedikit masa lagi, engkau pun bakal ikut bekas laki engkau tu, masuk kubur!
jerkah Arman lagi.
Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah ini, bakal mati juga suatu hari nanti, Arman. Kalau sudah tiba ajalnya, kita juga pasti ke sana. Cuma, aku bimbang, kalau-kalau orang seperti kita ini, akan mati dalam keadaan kekufuran. Aku masih punya kelebihan kerana aku seorang ibu. Insya-Allah, tuhan akan memberkatiku seandainya aku melakukan perkara yang baik untuk anakku. Melindungi Alyssa dari terjerumus ke lembah hina ini adalah tanggungjawabku dan ibadahku!
pekik Mariana.
Sudahlah Maria, jangan engkau cuba nak buka ceramah dengan aku pula. Sedarlah sedikit, diri engkau tu sendiri dah kotor. Kalau dicuci dengan air tujuh lautan sekalipun, tak mampu untuk membasuh noda yang sudah terpalit pada tubuh engkau tu. Kita berdua ni sama sahaja, buat dosa untuk teruskan kehidupan. Kalau dah ditakdirkan, kita akan mati dalam keadaan kekufuran, maka kufurlah kita. Engkau jangan ingat, bila engkau cuba lindungi Alyssa, engkau akan dapat masuk syurga. Tuhan tak akan bagi diskaun pada dosadosa yang telah engkau lakukan,
tempelak Arman lagi. Mariana sedar akan segala kesilapan dan dosadosa besarnya yang telah mencabul keperibadiannya. Selain dari berjudi, berzina dan meminum arak, dia juga telah melakukan satu dosa besar yang tidak memungkinkannya mencium bau syurga, iaitu dosa kerana derhaka terhadap almarhum suaminya. Di manakah dia boleh mencari Sulaiman Bakhtiar, untuk dicium kakinya, sebagai meminta ampun kerana menjadikan dia sebagai seorang suami yang berdosa.
Tuhan Maha Pengampun, Man. I yakin, taubat I akan diterima jika I melakukannya dengan ikhlas. I dah tak sanggup lagi nak hidup dalam keadaan begini. I akan cari jalan untuk I kembali kepada-Nya. I nak keluar dari neraka ciptaan I sendiri. Ya Allah, aku nak bertaubat. Tolonglah aku, ya Allah, ya Rahman, ya Rahim!tangis Mariana meledak tiba-tiba. Inilah kali pertama Mariana mengingati Allah setelah bertahun-tahun melupakannya. Gaya dan tingkah kehidupannya selama ini, telah jauh menjarakkan hubungan rohaninya dengan Allah. Entah mengapa dalam saat-saat terdesak begini, barulah dia mengingati- Nya. Setelah puas, dia melakukan segala kerosakan di muka bumi yang fana ini, barulah dia teringat untuk menjernihkannya kembali. Dia mahu bertaubat, kalau diberi kesempatan di penghujung nyawanya.
Sudahlah Maria. Simpan sahaja taubat engkau tu. Hari ini engkau bertaubat, esok lusa, nyawa engkau melayang, dicabut oleh Tauke Jepp tu. Maria, dosa engkau tu banyak sangat, macam aku juga. Kalau Tuhan memberikan kesempatan untuk engkau hidup seratus tahun lagi, belum tentu lagi dapat membasuh segala dosa engkau. Jadi, untuk engkau hidup dengan lebih lama lagi, engkau perlu dapatkan cagaran. Cagaran yang dapat menjamin keselamatan engkau dan juga aku. Dan cagaran itu, berada tidak jauh dari engkau, Maria. Ingat, Alyssa adalah kehidupan engkau. Alah, kalau dia nak terlibat dalam sindiket ini pun, cuma beberapa tahun sahaja. Lepas segala hutang-piutang engkau selesai, dia bolehlah kembali menjalani kehidupannya seperti biasa. Tak salahkan, kalau anak berkorban demi ibu yang melahirkannya
kata Arman pula, kali ini dalam nada separa memujuk pula. Mariana malas nak melayan kehendak Arman yang melampaui batasannya.
Ingat Maria, cuma dua hari sahaja lagi!
kata Arman lagi, sejurus sebelum dia keluar dari rumah itu. Hubungan baik yang terjalin antara Tuan Fahreen dan Alyssa tidak disenangi oleh pembantu peribadinya sendiri, Che Ros. Sebagai orang lama yang telah berkhidmat bertahun-tahun lamanya, Che Ros berasa tercabar dengan peningkatan Alyssa secara mendadak dalam kerjayanya. Dia tidak mengerti, mengapa Tuan Fahreen dan ahli lembaga pengarah Tajul Holdings, begitu mudah menaikkan Alyssa ke peringkat sekarang sedangkan Alyssa tidak punya kelayakan yang tinggi dari segi akademik.
Dari sehari ke sehari, Che Ros cuba mencari kekurangan Alyssa di mana-mana, namun gagal. Kerja Alyssa begitu rapi sekali dan sukar dicari cacat-cela dan kesilapannya. Alyssa begitu profesional sekali dalam menyediakan laporan untuk ditatapi ahli lembaga pengarah dan jika dikaji dari segi mutu kerjanya, tiada siapa yang dapat menduga bahawa Alyssa cuma punyai kelulusan SPM sahaja. Alyssa sememangnya seorang yang cerdik, namun kekurangan dari segi fundamental, telah memisahkannya dari meneruskan pelajarannya. Kini, peluang telah terbuka untuknya kerana syarikat begitu komited sekali dalam memberi galakan kepadanya untuk meneruskan kerjayanya. Ini semua, cukup untuk membuatkan Che Ros berasa lebih sakit hati lagi kepada Alyssa.
Kak Arfah, mana budak ni pergi hari ini Seharian saya tak nampak dia di pejabat. Ponteng lagi, ya
tanya Che Ros kepada rakan sejawatan Alyssa, Kak Arfah, sambil tangannya menuding ke arah meja Alyssa yang tiada berpenghuni.
Dia cuti!
jawab Kak Arfah, ringkas tanpa sedikit pun memandang ke arah Che Ros. Sebagai veteran di syarikat tersebut, Kak Arfah sudah masak sekali dengan perangai manusia dengki macam Che Ros itu. Kerana itulah, dia jarang sekali mahu berbaik dengan Che Ros. Dia sendiri sudah dapat menilai sifat dan keperibadian Che Ros itu, sejak hari pertama Che Ros menyertai Syarikat Tajul Holdings. Dia meluat melihat sikap Che Ros yang suka mengadudomba dan memecah-belah rakan-rakan sepejabatnya. Kerana Che Ros, ramai yang bergaduh sesama sendiri dan kerana Che Ros jugalah, ramai pekerja yang telah meninggalkan syarikat tersebut.
Hai, angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba bercuti. Senang budak tu dapat cuti, ya Sekarang ni, apa yang dia minta, semuanya semudah ABC, petik jari, terus dapat. Sampaikan bos sendiri pun, dah berikan terlalu banyak tumpuan pada dia. Hai Kak Arfah, tak jealous ke
tanya Che Ros yang cuba mengapi-apikan Kak Arfah.
Nak jealous buat apa, Che Ros Rezeki, Allah beri, pada yang berhak. Sama-samalah kita reda. Kalau nasib Alyssa lebih baik dari kita, terima sajalah. Itu kan dah bahagian dia Lagipun, dia berhak untuk dapatkannya sebab dia dah buat yang terbaik. So, she deserve it,
balas Kak Arfah dengan selamba kerana dia telah dapat membaca niat sebenar Che Ros yang hendak melaga-lagakannya dengan Alyssa.
Huh, pelik ya Baik betul Kak Arfah dengan budak Alyssa tu. Sikit pun akak tak cemburu dengan dia Macam tak percaya saja. Yalah, akak tu dah lama berkhidmat di sini. Tak salah saya, dah lebih dua puluh tahun, kan Tapi, sepanjang akak kerja di sini, apa sajalah pencapaian akak, kalau nak dibandingkan dengan Alyssa tu, kan Sekarang ni pun, jawatan Kak Arfah pun hampir setara dengan Alyssa yang baru setahun jagung tu. Hai, tak malu ke akak, andai kata suatu hari nanti, dia pula jadi ketua department akak ni Akak tu orang lama, mesti malu kan, kalau terpaksa bekerja di bawah arahan budak muda macam dia tu
tambah Che Ros, semakin menyakitkan hati Kak Arfah. Perlahan-lahan, Kak Arfah mengangkat pandangannya pada Che Ros dengan renungan tajam, di samping kaca matanya yang sedikit terkulai di batang hidungnya. Che Ros hanya tersenyum menyindir, puas kerana kata-katanya sebentar tadi telah berjaya mencuri perhatian Kak Arfah. Kak Arfah sebenarnya, tidak berminat untuk melayan gegaran hangit Che Ros itu, tetapi wanita yang tidak cukup akal itu, harus diberi pengajaran. Selama ini pun, ramai juga rakan sepejabatnya yang sakit hati dengan kata-kata nista Che Ros itu.
Che Ros, akak ni bukan spesis yang suka busuk hati dengan orang. Kalau dah memang rezeki dia, akak reda, buat apa nak cemburu. Faktor seniority tidak banyak main peranan di pejabat ini. Siapa yang lebih bagus, dia boleh naik dahulu, sebab kuasa memilih bukan di tangan kita, tapi di tangan orang-orang dekat atas tu. Kalau sudah Alyssa tu berkelayakan dan berpotensi besar, why not Pastinya dia terpilih sebab kualiti kerjanya lebih baik dari orang yang dah bertahun-tahun kerja di sini, tapi satu sen pun tak boleh pakai,
sindir kak Arfah Dalam betul kata-kata Kak Arfah itu. Terpukul Che Ros dengan sindirannya. Muka Che Ros yang sebentar tadi tersenyum puas, jadi mencuka sertamerta. Dia merasa tidak puas hati dengan jawapan Kak Arfah yang dianggapnya mengata tentang dirinya.
Ada ke patut, orang tua ni kata aku ni tak boleh pakai satu sen pun. Jahat mulut betul,
rengus hatinya. Begitulah sifat Che Ros, yang mudah merasa pedas setiap kali dipulangkan paku buah keras kepadanya. Walhal, dia sendiripun tidak pernah sunyi dari mengata perihal orang dan menyakitkan hati orang lain.
Kak Arfah, cakap tu, pandang-pandanglah sikit. Jangan nak main sembur saja. Sesedap mulut saja, akak perli-perli saya ya, tak padan dengan tua,
ujar Che Ros yang naik angin secara tiba-tiba. Kak Arfah cuma tersenyum dengan latahan Che Ros itu seraya berkata,
Biasalah tu, Che Ros. Hai, tak kan nak terasa pula Ada ke, akak sebut nama Che Ros tadi Tapi, yalah kan, nak buat macam mana Kalau sudah makan cili, tentulah terasa pedasnya, kan.
Saya ni, bukan apa, cuma nak mengingatkan saja. Saya takut, kalau-kalau suatu hari nanti, tiba-tiba saja dia naik lebih tinggi dari Kak Arfah. Senang ke, kalau Kak Arfah terpaksa duduk di bawah telunjuknya nanti Saya, tak ada kena-mengena langsung dengan jabatan akaun ni. Tempat saya, nun di atas, dekat dengan bos. So, ada saya kisah
jawab Che Ros, walaupun nada telah menjadi serba tidak kena. Ish, kalau dilayan lagi Che Ros ni, boleh jadi gaduh pula. Kak Arfah tidak gemar pada publisiti pergaduhan di pejabatnya. Cukuplah, Che Ros seorang pun, sudah hampir punah keadaan pejabat itu dibuatnya. Malas Kak Arfah nak melayan kerenah kebudak-budakan Che Ros itu. Nama saja Setiausaha Eksekutif kepada Ketua Pengarah, namun sifat yang dimilikinya tidak selayak jawatan yang sedang disandangnya. Bagaimanalah Tuan Fahreen itu boleh lama bertahan menggajikan seorang seperti Che Ros itu untuk membantu tugasan hariannya Hairan, hairan, Kak Arfah dibuatnya.
Kalau dah rasa tempat tu di atas sinun, wahai Che Ros, eloklah kalau awak kembali ke atas sana. Jadi, tak payahlah nak menyibuk dekat sini. Lagi pun kerja kita, tidak ada kena-mengena, kan Dipersilakanlah keluar sekarang. Akak pun ada banyak kerja yang nak dibereskan ni. Kalau akak buat laporan kewangan yang baik nanti, bolehlah akak naik dulu dari Alyssa, kan Macam yang Che Ros sarankan tu,
sindir Kak Arfah. Harapannya, agar Che Ros cepat-cepat berlalu meninggalkan ruang akaun itu. Mendidih sahaja darah Che Ros mendengarkan kata-kata Kak Arfah itu. Lain yang diharapkannya, lain pula yang jadi. Tujuan asalnya tadi, hanyalah untuk memburuk-burukkan Alyssa pada Kak Arfah. Tidak disangka, akhirnya dia pula yang terkena leteran Kak Arfah. Perkataan Kak Arfah, begitu menyengat, maklumlah kata-kata orang tua yang lebih berpengalaman. Dengan hati sakit, Che Ros angkat kaki dan beredar dari situ. Kak Arfah hanya memandang sinis pada Che Ros yang sedang berlalu pergi itu.
Hai, perempuan macam ni, memang tak ada kerja lain, selain nak membusukkan orang. Diri sendiri pun tak terurus, nak kutuk-kutuk orang pula. Ha, padan muka, baru kena buku yang ruas dengan aku,
rungutnya sendirian. Alyssa memang tiada di pejabatnya, hari itu. Bukan kerana ponteng atau cuti sakit, tapi kerana menemankan Elly untuk pulang menjenguk ibunya di kampung halamannya di Sabak Bernam. Sudah lama Alyssa tidak melawat ibu Elly. Maka kesempatan bercuti bersama itu, dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bersama-sama dengan wanita tabah yang telah dianggap seperti ibunya sendiri. Suasana tenang dan indah di kampung halaman Elly, membuatkan Alyssa cukup teruja setiap kali mengunjunginya. Sawah padi yang luas terbentang dengan berlatar belakangkan gunung-ganang yang salju mata memandang, membuatkan hati Alyssa bertambah tenteram setiap kali berdiri di halamannya.
Pemandangan yang cantik itu, sudah cukup untuk memberi inspirasi kepada pencinta seni sepertinya untuk berkarya. Pagi itu, sesudah selesai bersarapan, Alyssa mengambil kesempatan untuk merakamkan keindahan kampung tersebut menerusi lukisannya. Sudah agak lama juga, Alyssa tidak memegang berus lukisan. Seingatnya, sejak arwah papanya sakit tenat, dia langsung tidak menjengah peralatan lukisannya kerana sibuk menguruskan keperluan arwah papanya. Dia berharap agar tangannya tidak menjadi keras untuk terus melukis lagi. Satu per satu peralatan lukisan diselaknya. Peralatan tersebut disimpannya sejak di bangku sekolah lagi. Dia amat menyayangi segala alat-alatannya itu kerana ianya adalah salah satu pemberian arwah papanya, setelah beliau mula menyedari akan bakat seni yang terpendam pada puteri tunggalnya itu. Kerana itulah, Alyssa menganggapnya sebagai salah satu peninggalan berharga arwah papanya yang tidak mungkin dicari ganti lagi. Ianya punya nilai sentimental yang sungguh istimewa di hati Alyssa. Ketika asyik melayani lakaran seninya, Alyssa dikejutkan dengan sapaan Elly. Entah dari mana datangnya, Elly tiba-tiba sahaja muncul.
Amboi, amboi, amboi, sahabat aku ni, sudah mula melukis semula, ya Nampaknya, tak sia-sialah aku ajak engkau ikut aku balik ke kampung ni, ya beb Di samping dapat tenang-tenangkan fikiran engkau, boleh juga engkau asah semula bakat lukisan engkau yang dah lama engkau tinggalkan tu.
Alyssa hanya tersenyum pada Elly.
Cantik sungguh pemandangan di sini, Elly. Rugi rasanya, kalau tidak diabadikan di dalam lukisan aku ini.
Hai, kampung aku ni memang dah terkenal ke serata negeri kerana keindahannya. Engkau tahu tak, kampung aku ni acap kali jadi pilihan penerbit filem, drama dan iklan-iklan, untuk dibuat pengambaran. Engkau tengoklah, betapa indahnya pemandangan di sini, saujana mata memandang, tau,
ujar Elly dengan perasaan bangga sebagai anak jati kampungnya. Kata-kata Elly itu, sedikitpun tidak dinafikan oleh Alyssa. Kekuatan yang ada, di kampung itu bukan sahaja kepada keindahan pemandangannya, tetapi kerana sifat bersatu-padu dalam kalangan penduduknya dan permuafakatan yang membawa keberkatan bersama. Orangnya baik-baik belaka, termasuklah Elly dan ibunya, Puan Markonah. Elly cuba memecah kesunyiaan tatkala Alyssa sibuk mengamati keindahan semulajadi itu untuk diabadikannya di atas kertas lukisannya.
Beb, tadi mak aku suruh aku tanya dengan engkau. Engkau nak makan apa tengah hari ini, bolehlah dia masak.
Ya Allah Elly, aku pun tak tahulah. Sama ada perut aku ni boleh terima makanan atau tidak tengah hari ni. Menu yang mak engkau sediakan untuk sarapan pagi ini, sudah cukup mengenyangkan. Rasa macam kenyang sampai esoklah. By the way, beb, masakan ubi rebus cicah dengan sambal tumis ikan bilis tu, memang class sangat. Ditambah pula dengan cekodok pisang panas, perghh, terangkat punyalah. Mana mak engkau dapat ubi kayu dengan pisang tu Dia beli di pasar ke
soal Alyssa.
Eh beb, tak mainlah beli-beli ni. Semua tu, mak aku tanam sendiri tau. Kalau engkau nak tahu, selain bercucuk tanam untuk makanan sendiri, mak aku pun jual juga pada peraih-peraih di pasar. Bukan setakat ubi kayu dan pisang sahaja, ada banyak lagi tanaman yang ditanamnya seperti keladi, keledek, jagung, cili api dan juga limau kasturi. Pendek kata, segala-galanya ada,
jawab Elly dengan penuh bersemangat.
Wah, rajin betul mak engkau, ya beb Aku ingat, dia cuma buat dan jual kerepek sahaja. Tak sangka pula, dia rajin bercucuk tanam,
ujar Alyssa dengan kagum.
Terpaksa, beb. Sejak ayah aku meninggal, mak aku buat macam-macam kerja untuk menyara kehidupan kami. Dia tak pernah kenal penat lelah dalam bekerja. Sekalipun, aku tak pernah dengar dia merungut. Sekarang ni, aku dah bekerja. Aku ingat nak suruhlah dia berhenti dari segala kerja-kerjanya dan ikut aku tinggal di KL. Tapi, engkau tahu sajalah, beb, orang tua tu dah biasa dengan kerja-kerja kampung macam ni. Tak sesuai rasanya kalau dia tinggal di bandar tu. Lagi pun, dia sendiri tak mahu ikut aku. Aku nak buat macam mana, kan
jelas Elly lagi. Puan Markonah, ibu Elly, yang sudah sekian lama Alyssa kenali, memang seorang wanita yang tabah. Dia bangkit dari kesedihannya akibat kematian suaminya, demi kasihnya pada Elly yang juga satusatunya anak yang dia ada. Menurut Elly, sebenarnya, Puan Markonah punya seorang anak lelaki, iaitu abang kepada Elly, diberi nama Sazaly. Namun, putera tunggalnya itu meninggal dunia ketika berusia sepuluh tahun kerana mati lemas akibat tergelincir ketika memancing bersama ayahnya di tebing sungai yang terletak di pinggir kampung.
Ketika kejadian, arus deras dan ayahnya tidak mampu untuk mencapai apa lagi menyelamatkan anaknya dari terus hanyut. Mayat Sazaly ditemui lebih kurang dua kilometer dari tempat mereka memancing dan tersangkut pada celah-celah batu besar. Sejak peristiwa itu, ayah Elly begitu menderita dan tak henti-henti menyalahkan dirinya sendiri yang mengakibatkan putera tunggalnya itu kehilangan nyawa. Dia jadi bebal sehinggalah ke saat kematiannya, berselang dua tahun dari tarikh pemergian Sazaly. Pemergian ayah Elly meninggalkan kesan mendalam kepada Puan Markonah. Dia kehilangan dua orang lelaki yang begitu penting sekali dalam hidupnya. Tinggallah dia bersama Elly untuk meneruskan kehidupan dan meratapi pemergiaan yang tidak disangka-sangka terjadi begitu awal dalam hidup mereka. Namun, sebagai ibu tanggungjawab tetap perlu diteruskan dan demi Elly, Puan Markonah telah tabahkan hati untuk menempuh hari-hari mukanya dengan penuh kesabaran.
Ibu engkau adalah seorang wanita waja, beb. Aku percaya, dia sanggup lakukan apa sahaja, demi kasihnya pada engkau. Engkau bertuah sebab punya ibu seperti dia. Aku pun turut rasa gembira sebab dapat juga menumpang rasa kasih sayang dengannya, setiap kali kami bertemu,
kata Alyssa yang dapat melihat cahaya kasih yang berselaput di mata tua itu.
Tapi aku bimbanglah, beb. Sejak akhir-akhir ini, kesihatan mak aku tu, macam tak menentu sahaja. Kerap terganggu dan sering sakit. Sebab itulah, aku ajak engkau temankan aku balik jenguk dia ni, beb. Itu pun, nasib baik Mak Ngah call aku, beritahu pasal keadaan dia. Kalau ikutkan mak aku, dia langsung tak mahu beritahu aku perihal dia jatuh sakit. Ha, cuba engkau tengok masa kita sampai semalam, dia pretend yang dia tu sihat, padahal aku tahu dia sakit. Pagi ni pula, awal subuh dia dah bangun, semata-mata nak sediakan sarapan untuk kita, nampak sihatlah pula,
getus Elly.
Itu maknanya, dia tak mahu susahkan engkau. Dia sayang sangat dengan engkau, maka dia mahu lakukan yang terbaik untuk engkau, walaupun keadaanya tidak mengizinkan. Janganlah engkau lukai hatinya dengan bermacam kerenah yang dia mungkin tidak dapat terima, beb. Engkau ikutkan sajalah rentak dia. Sekurang-kurangnya engkau masih punya ibu yang begitu prihatin pada engkau. Tidak macam aku ni,
ujar Alyssa pula. Alyssa tiba-tiba teringatkan mamanya, Mariana. Telah lama mereka tidak berhubung, apa lagi terserempak dengan wanita itu. Dalam hatinya berkata,
Alangkah baiknya jika mama punya perasaan seperti Mak Cik Markonah. Walaupun hanya sekelumit dari sifat ehsan Mak Cik Markonah itu dimiliki oleh mamanya, dia akan merasa cukup gembira dan bersyukur kerana sekurangkurangnya dia dapat juga merasai kasih seorang ibu.