NURUL, hari ni saya balik lewat sikit, mungkin lepas 10 malam baru saya balik. Saya nak awak sediakan makan malam untuk suami saya. Harlina memberi arahan.
Baiklah, kak. Nurul menganggukkan kepala, walaupun hatinya sedikit terguris dengan arahan itu. Nak masak lauk apa, ya kak
Harlina telah siap berpakaian dan tergesa-gesa mahu ke pejabat. Pakaiannya cantik dan mahal. Begitu juga dengan solekan dan perhiasannya.
Masaklah apa saja. Suami akak jenis yang tak cerewet, jawab Harlina. Padahal makanan kegemaran suaminya pun dia tidak ambil tahu.
Baiklah, sekali lagi kepala Nurul terangguk-angguk. Harlina memasuki kereta. Nurul pula berkejar membuka pintu pagar.
Jangan benarkan siapapun masuk ke rumah. Ambil pesanan saja, pesan Harlina sebelum keretanya dipandu laju.
Nurul kembali menutup pintu pagar. Pada waktu ini suasana memang sunyi. Khairul pagi- pagi lagi sudah pergi ke pejabat. Tidak pernah sekali pun Nurul terserempak dengannya. Langkah diatur menghala ke dapur. Dia berkira-kira mahu menyiapkan makanan lebih awal. Nanti tinggal panaskan lauk sahaja. Hari ini dia bercadang untuk memasak asam pedas ikan pari, sayur campur, sambal belacan, ulam dan ayam goreng.
Pakaian yang telah siap dicuci, dijemur di belakang rumah. Rata-rata pakaian Harlina suami isteri adalah pakaian berjenama dan mahal harganya. Kalau dicuci dengan mesin basuh, Nurul bimbang akan rosak. Jadi, dia lebih senang mencuci dengan tangan.
Selesai menjemur pakaian dan mengemas rumah, Nurul terduduk. Rumah besar dan sunyi de ngan dirinya yang berpeluh-peluh ini persis seorang orang gaji. Nurul spontan mengeluh. Sampai bila dia akan jadi persis orang gaji kepada mereka. Bukankah Harlina telah berjanji akan menganggap Nurul seperti keluarganya sendiri
Rasa kesal dan sedih meluap-luap di hati Nurul.
HARLINA tiba di pejabat lewat setengah jam. Matanya yang sembab menandakan dia yang kurang tidur. Memang fikirannya terganggu akhirakhir ini.
Pintu pejabat dibuka. Seorang wanita dalam lingkungan lewat 20-an menapak masuk.
Good morning, madam.
Wanita itu mempamerkan reaksi yang semanis mungkin untuk menambat hati temannya.
Hm... pagi, Zeti.
Harlina merenung temannya. Sudah tujuh ta hun mereka bekerjasama dalam Syarikat Sinar Holding. Tidak dinafikan sikap temannya yang suka menjaga tepi kain orang lain itu, agak merimaskan semua orang termasuk Harlina.
Dah kenapa ni, Harlina tegur Zeti.
Tanpa memandang Zeti, Harlina meletakkan briefcase dan beg tangannya di meja. Dia menarik kerusinya untuk duduk.
Dengan muka sembab, muka pulak langsung tak ceria. Nampak sangat you ada masalah, kan Zeti masih belum berputus asa untuk mengambil tahu.
Taklah, Zeti. I cuma penat. You pun tau kita baru dapat tender baru, jawab Harlina beralasan. Macamlah I ni budak-budak, Zeti merengus.
Harlina membuka diari tugasannya untuk melihat jadual temujanji hari itu. Zeti berjalan perlahan-lahan menghampirinya.
You kalau ada masalah, kongsilah dengan I.
Sekurang-kurangnya you ada teman berbicara.Kata-kata Zeti termasuk juga di fikiran Harlina.
Ish... boleh percaya ke Si Zeti ni, Harlina berfikir sebentar. Memang dia perlukan teman untuk meluahkan masalah. Kalau boleh tolong selesaikan, lagi bagus. Namun apabila memikirkan perangai Zeti yang suka menjaga tepi kain orang lain, Harlina berasa ngeri pula.
Zeti yang terkenal sebagai seorang yang ke poh. Minat kepoh gelarannya. Selalu cari masalah dengan pekerja bawahan. Tergedik-gedik pula dengan bos.
Hei, I tengah cakap, you boleh termenung pulak, marah Zeti.
Hm... I sebenarnya, Harlina teragak-agak.
Apanya! Zeti memotong kata-kata Harlina. Tidak sabar rasanya apabila melihat sikap kawan sekerjanya itu.
I ada masalah family, jawab Harlina tanpa sedar. Terkedu dia sebentar. Menyesal pula kerana terlepas cakap.
Hah... ceritalah, kata Zeti lalu menarik kerusi. Dia duduk di depan meja Harlina. Matanya bulat memandang Harlina.
Mula-mula Harlina teragak-agak untuk bercerita. Tentu dia yang akan malu sendiri nanti. Tetapi perasaan itu terlalu berat untuk dipendam. Dia mesti meluahkannya kepada seseorang. Kemudian, tanpa segan silu, Harlina ceritakan semuanya kepada Zeti. Bukan itu sahaja. Harlina turut menangis di bahunya.
Agak ganjil apabila Zeti hanya tenang mendengar keluhan Harlina itu.
Sudah-sudahlah menangis tu. Rimas I.
Harlina mengesat air matanya. Dia masih tersedu-sedu. Dia mencari kertas tisu dari dalam laci meja. Terasa menyesal juga dia kerana bercerita pada Zeti.
I rasa you mesti berhati-hati mulai sekarang. Perempuan zaman moden ni bukan boleh percaya sangat. Zeti melantik dirinya sebagai penasihat.
Dia berpendapat Harlina telah melakukan kesilapan besar dalam hidupnya. You pun satulah. Diam-diam dia ambil laki you. Hah, baru padan dengan muka you.
Harlina menahan diri daripada menangis lagi. Nak cakap apa, cakaplah. Sekurang-kurangnya dia sudah rasa tenang sekarang. Tidaklah terlalu memendam dalam hati seorang diri sahaja.
Habis, I nak buat macam mana lagi. I dah pun buat kontrak dengan dia.
You ni belajar saja tinggi, tapi tak fikir masakmasak dulu. Hah, sekarang menyesal tak sudah pula, marah Zeti lagi.
I bukannya menyesal, tapi....
Sepanjang dia berada kat rumah you, you kawallah pergerakan dia. Jangan sampai dia rapat dengan suami you.
I bukannya apa....
Kalau boleh you buat undang-undang kat rumah tu, potong Zeti.
Eh, undang-undang apa pulak Harlina terpinga-pinga.
Hm, pertama, jangan bagi dia layan suami you.
Layan macam mana maksud you. Harlina bertanya seperti orang bodoh.
Jangan bagi dia layan suami you makan ke, layan suami you bergurau ke....
Harlina terangguk-angguk seperti burung be latuk.
Kedua, dia hanya boleh bersama dengan suami you sebulan sekali. Lepas bersama, suami you tak boleh terus tidur dengan dia.
Fuh! Harlina menelan air liur. Nak ke dia
You ni kan, kata tak nak suami you terpikat kat dia. Jadi you kena kawal semua tu. Dahlah suami you bersama dengan dia, ni nak biarkan tidur sampai pagi. You pulak tidur peluk bantal, hasut Zeti lagi.
Harlina terdiam memikirkan kebenaran katakata Zeti. Mana mungkin dia mampu menerima andainya Khairul tidur dengan wanita lain, dia pula tidur keseorangan.
Betullah kata you, Zeti. Thanks. I akan ikut cadangan you tu.
Zeti tersenyum lebar mendengar jawapan Harlina. Buat apa-apa tak mahu berfikir panjang dulu. Sekarang nak cemburu pula. Padan muka tu! ejek Zeti di dalam hatinya. Sedikitpun dia tidak ikhlas dengan nasihatnya kepada Harlina tadi. Doa dan harapannya ialah untuk melihat Harlina menderita kerana kebodohannya sendiri.
Terima kasihlah Zeti. Lega sedikit hati I, ucap Harlina dengan rasa terhutang budi.
Itulah, apa-apa hal, jangan lupa bagitahu I, kata Zeti sambil berlalu meninggalkan Harlina.
DI dalam kereta, Harlina memikirkan kembali cadangan Zeti. Apa yang Zeti katakan ada benarnya. Dia tidak boleh berpeluk tubuh membiarkan masa depannya diragut oleh wanita lain. Apa yang dia mahu hanyalah seorang anak, tidak lebih daripada itu.
Cuba you fikir, perempuan tu lahirkan anak dari benih suami you dan dia. Bukan dari benih you. Secara tak langsung dah wujud satu pertalian darah dan satu hubungan antara suami you dengan perempuan tu. Kalau you buang dia pun, suami you tetap akan mengingati perempuan yang berjaya berikan dia zuriat daripada darah daging dia sendiri.
Harlina mengeluh apabila mengingati kembali kata-kata Zeti. Sekarang baru dia tersedar. Ketakutan mula menguasainya.
Adakah cara yang aku pilih ini salah Ah, aku perlu teruskan juga. Semua ini untuk Khairul!
Harlina bertekad untuk mengawasi gerak-geri Nurul. Kereta yang dipandunya laju seakan mengetahui gelojak hatinya yang bercelaru.
Setibanya di rumah, Harlina menguatkan semangat agar rancangannya berjaya.
Nurul... Nurul...!
Laungan Harlina semakin kuat. Terasa mahu pecah anak tekaknya.
NURUL sedang mengumpulkan daun-daun ke ring di belakang rumah, ketika dia melihat kereta Harlina memasuki perkarangan rumah. Awal pula Harlina pulang hari ini. Selalunya, selepas mata hari tenggelam, baharulah nampak muka. Mujurlah Nurul ada membuat karipap untuk minum petang. Mungkin mereka boleh menikmati nya bersama-sama untuk memulihkan hubungan yang mula dingin di antara mereka.
Nurul mendongak ke langit. Petang ini cuaca agak nyaman. Matahari tidak berapa terik kerana awan tebal kelihatan berarak di langit. Tentu seronok kalau Anis ada bersama.
Nurul!
Suara Harlina kedengaran memanggil. Nurul masih lagi berangan-angan mengenangkan adik kesayangan yang sangat dirinduinya. Suara Harlina seakan terbang dibawa angin.
Nurul...!
Nurul tersentak apabila mendengar jeritan yang kuat itu. Dia tergesa-gesa memasuki pintu dapur untuk ke dalam rumah. Dilihatnya Harlina sedang berdiri di ruang tamu. Mukanya masam mencuka.
Ya, kak
Nurul ke mana Dari tadi akak panggil. Langsung tak menyahut!
Nurul terkedu. Tidak ada angin, tidak ada ribut, tahu-tahu sahaja monsun melanda. Datang bulan agaknya! Nurul mula terasa sebal.
Saya di belakang, sapu daun-daun kering.
Sungguh
Apa pula faedahnya saya nak menipu agak tinggi sedikit nada yang dituturkan Nurul.
Harlina mendengus kecil sebelum menghempaskan punggungnya di sofa. Suami saya dah balik
Belum, Kak Lina.
Awak dah jumpa dia
Nurul menggelengkan kepala tanda menjawab soalan tersebut. Sebal di dalam hatinya semakin menjadi-jadi. Adakah dia orang gaji sehingga perlu bersoal jawab begitu Hati Nurul berasa tidak tenang mengenang sikap Harlina yang tiba-tiba berubah. Jika difikir-fikir, dia tidak ada melakukan apa-apa kesalahan. Setiap hari Nurul hanya mengemas, memasak, mencuci dan duduk di bilik sahaja. Mereka jarang bercakap dan dia tidak pernah bersua muka dengan Khairul.
Malam itu Nurul melakukan solat hajat. Hanya pada Tuhan tempat dia mengadu, merintih dan menangisi nasib diri. Dia sedar tindakan bodohnya itu bakal mengundang pandangan hina masyarakat. Sudah pasti Khairul juga menganggapnya sebagai perempuan murahan. Namun, hanya dia yang tahu bahawa dia melakukannya kerana mahu melihat Anis kembali berjalan semula. Demi Anis, hanya dia satu-satunya saudara yang Nurul ada di dunia ini.
Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui segala rahsiaku dan perbuatanku yang terang. Engkau mengetahui segala yang ada di dalam jiwaku, maka ampunilah dosaku. Ya Allah, Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang teguh di hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa sesuatu kepadaku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan dan aku memohon keredaan-Mu dengan apa yang Engkau kurniakan kepadaku.
Nurul tidak pernah menyalahkan takdir. Seandainya doanya tidak dimakbulkan, dia yakin bahawa Tuhan merancang sesuatu yang lebih baik untuknya.