M. BUTTERFLY - 11
Kedutaan Perancis. Beijing. 1960

Gallimard bergerak ke arah meja kerjanya.

GALLIMARD: Aku nak eksperimen. Di dalam Madame Butterfly, Cio-Cio-San takut kalau-kalau rama-rama yang ditangkap oleh lelaki orang putih tu akan dicucuk jarum pada dadanya dan dibiarkan mati kering macam tu je. Itu membuatkan aku terpikir, aku ke orang putih tu Dan adakah dia butterfly yang akan mati kekeringan kalau aku cucukkan jarum di dadanya (Marc masuk dengan berpakaian birokrat dan membawa kepingan kertas di tangannya. Semasa gallimard bercakap kepada audiens, marc menghulurkan kertas tersebut kepada Gallimard. Gallimard menelitinya, menulis tandatangan dan cop setem. Ada juga kepingan kertas yang tidak dilayan) 5 minggu seterusnya, aku kerja tak berhenti. Aku sengaja buat-buat sibuk. Aku dengan sengaja tak pergi ke opera lagi. sengaja tak telefon dia. Dan sengaja tak tulis surat atau not untuk dia. Aku tau

dia menunggu-nunggu berita dari aku,tapi aku keraskan hati aku. Buat pertama kalinya dalamhidup aku, aku rasa kuasa ada dalam tangan aku. Kuasa seorang lelaki. (Marc masih lagi berlagak seperti birokrat, tetapi kali ini dia bercakap sebagai dirinya sendiri)

MARC: Oi Rene! Aku lah!

GALLIMARD: Marc! Kenapa aku asyik dengar suara kau je ni

MARC: Sebab aku sentiasa memerhatikan kau.

GALLIMARD: Kenapa pulak kau nak perhatikan aku Sedangkan kau hero masa zaman sekolah kita dulu. Kau lah yang patut diperhatikan, bukan aku.

MARC: Itu tak menjamin apa-apa pun. Siapa sangka orang popular macam aku ni tak pergi mana-mana pun tapi duduk di Perancis tu kerja jual kereta sedangkan kau senang-senang dan sedap-sedap dengan gadis-gadis eksotik sana tu. Siapa kata dunia ni tak adil

GALLIMARD: Oh, sebab tu ke kau baik dengan aku sekarang

MARC: Bukanlah. Aku datang ni sebab nak mengadu pada kau. Selalu aku je yang dengar cerita kau kan Sekarang kau dengar pulak cerita aku. (Senyap) kau ingat isabelle tak

GALLIMARD: Mestilah ingat. Dia perempuan pertama yang aku tidur.

MARC: Kita semua pun nak tidur dengan dia. Tapi dia nak aku.

GALLIMARD: Tapi aku dapat dia dulu.

MARC: Ya aku tau.

GALLIMARD: Kau sorang je yang percaya cerita aku tu.

MARC: Msetilah. Dah aku yang aturkan semuanya.

GALLIMARD: Betullah tu. Kau yang suruh aku tunggu dalam semak sebelah kantin tu. Tau-tau je, dia dah melompat atas aku, baju semua dah ke atas.

MARC: Perempuan tu mana pernah pakai seluar dalam. Senang lah kerja dia.

GALLIMARD: Sakit tangan aku ditekannya ke tanah.

MARC: Perempuan tu memang macam tu. Dia nak buat semua. Tak kira apa orang rasa.

GALLIMARD: Betullah tu. Aku tak sempat nak buat apaapa pun, dia dah jalan dulu.

MARC: Kuat mejerit pulak tu, kan

GALLIMARD: Kuat. Bukan je menjerit, ranting-ranting dekat dia semua dipatahkannya. Ganas betul. Sakit belakang aku.

MARC: Tu lah dia. Mendengus dah macam bunyi keretapi dah.

GALLIMARD: Ya! Habis semua daun-daun masuk dalam mulut aku. Lembik kaki aku macam dah tak ada darah dah. Masa tu aku terpikir Ya ampun! Ini ke dianya

MARC: Haha. Sempat lagi kau berpikir

GALLIMARD: Ye lah. Macam dah nak tercabut kaki aku!

MARC: Kau tak suka lah, makna katanya

GALLIMARD: Bukanlah. Tapi bukanlah itu yang aku tapi aku okei.

MARC: Betul ke ni

GALLIMARD: Betul.

MARC: Aku nak kau rasa..

GALLIMARD: Aku rasa. (senyap)

MARC: Tapi bila pikir-pikir balik, tak seronok sebenarnya dengan dia tu kan Maksud aku,memanglah .. dia aktif.. tapi.. entahlah..kau tak nak baca apa yang dia akan buat kan Macam masa masa dia menjerit tu..kau tak rasa macam nak jerit kat dia balik kata.. dahlah tu! Benda ni biasa!, kan

GALLIMARD: Yelah. Takut aku masa tu. Suara dia kuat sangat, aku takut orang datang. Tapi marc..

MARC: Apa dia

GALLIMARD: Terima kasih.

MARC: Ah, tak ada apa-apa lah. Benda kecik je tu.

GALLIMARD: Kau yang bagi pengalaman pertama tu pada aku.

MARC: Ya. Akhirnya kau merasa.

GALLIMARD: Ya. Akhirnya aku dapat rasa.

MARC: Eh, kejap! Tengok surat tu kejap! (gallimard mengambil salah satu kertas yang telah ditandatangani dan dicop setem dan membacanya)

GALLIMARD: (kepada audiens) Minggu keenam, surat mula sampai. (di penjuru atas pentas, song muncul berpakaian madame butterfly. Lagu Love Duet berkumandang)

SONG: Apa salah saya Saya tak tau kenapa ini semua berlaku. Tuan dah tak berminat lagi dengan opera kami Tolonglah datang. Pementasan saya sudah tak berseri lagi tanpa kehadiran tuan. (gallimard memandang audiens)

GALLIMARD: (kepda audiens) dia masih nak berselindung di balik kata-kata.( gallimard membuang surat tersebut) aku ambik keputusan untuk tunggu seminggu lagi. Aku pasti kali ni mesti dia akan lebih jujur dengan apa yang ada dalam hati dia (marc menghulurkan sekeping lagi surat)

SONG: Dah 6 minggu berlalu. Ini ke perangai tuan yang sebenarnya Meninggalkan kawan menunggu begitu saja. Kadang-kadang saya rasa apa yang tuan buat ni melampau. Kadang-kadang saya rasa saya yang melampau. Entahlah. Yang saya tau, saya rindukan tuan.

GALLIMARD: (Kepada audiens) Lebih baik dari dulu, tapi aku tak suka dengan perkataan kawan tu. Aku rasa seolah-olah aku ni homoseksual pulak. (gallimard membuang surat tersebut) aku tunggu lagi

seminggu ( marc menghulurkan sekeping lagi kertas)

SONG: Saya tak boleh percaya yang tuan boleh sebiadab ini. Oleh itu, saya buat keputusan yang saya tak mahu lagi perhubungan ini. Jangan telefon atau apa-apa pun. Pintu rumah saya sudah pun tertutup untuk tuan sebab saya percaya saya jauh lebih bernilai untuk tuan perlakukan saya seperti ini.

GALLIMARD: (kepada audiens) Aku tak respon apa-apa pun. (Gallimard membuang surat tersebut. Marc menghulurkan sekeping lagi) sehinggalah surat yang akhir ni. Yang mengiyakan semua eksperimen aku.

SONG: Saya tak tau nak cakap apa lagi. Saya dah tak mampu menyorokkan apa yang saya rasa. Saya cukup terseksa dengan malu yang saya tanggung dengan pengakuan hati saya ini. Saya ibarat menggadaikan maruah diri saya untuk awak. Apa lagi yang awak mahu (Gallimard memberikan kembali surat tersebut kepada Marc. Lampu song padam)

GALLIMARD: (kepada audiens) aku sebenarnya yang patut malu. Walaupun aku menang tapi kemenangan aku ni kosong. Tak bererti apa-apa.

MARC: Kosong tak bererti apa-apa Apa yang kau merepek ni

GALLIMARD: Tak ada apa-apa. Tolong lah Marc. Tolonglah pergi

MARC: (Keluar pentas dengan membawa surat-surat tersebut) aku angkat tangan lah dengan kau ni.

GALLIMARD: Saya seperti menggadaikan maruah diri saya untuk awak. Aku rasa bersalah sangat. Kalaulah Tuhan tu wujud, memang aku dah patut menerima hukuman atas apa yang aku buat ni. Walaupun aku dapat kuasa yang aku nak tapi aku dah menyalahgunakannya. Ke atas perempuan yang aku suka pulak tu. Aku percaya satu hari nanti aku akan terima juga balasannya.