DIARI CINTA ROMEO - 11
hujan turun laju

aku pandang dia

dia pandang aku

kami tertunduk pilu

kalau kerana kebaikan ini aku kau tinggalkan

aku rela menjadi samseng jalanan

tapi kalau kejahatan yang kau kesalkan

aku sedang mencuba menjadi yang beriman

kebaikan atau kejahatan

bukan alasan perpisahan

kerana setiap manusia ada kekhilafan

masa lampau atau depan

Saya mencadangkan Hafiz Mahmod untuk menjadi Naib Pengerusi program gotong-royong kali ni Zainuddin

Semua setuju Aan

Setuju

Bergema ruang Dewan Rahim Kajai dengan suara majoriti yang memilih aku jadi Naib Pengerusi. Zainuddin ni coursemate aku tapi tak satu kelaslah. Aku tak kisah sebenarnya kalau pegang apa-apa jawatan sekalipun. Tapi jangan sampai kau pilih aku sebab kau nak kenakan aku. Itu aku tak suka. Aku bukanlah gila jawatan atau apa. Sebab kalau aku jadi Pengerusi sekalipun, aku bukan dapat apa-apa. Tapi aku tahu Zainuddin ni tak macam tu. Aku tahu kenapa dia pilih aku. So aku okay je.

Awak boleh tak ni jadi Naib Pengerusi Encik Kamal

Saya okay je encik Aku

Aku malas nak menolak sebenarnya. Tadi pun Encik Kamal dah menyinga. Yela, bila dia tanya siapa nak jadi AJK, semua senyap. Hambar. Mana tak mengamuk dia. Aktiviti ni sebenarnya markah untuk membolehkan kitorang amik exam. Tapi bila semua buat tak kisah macam benda ni tak penting, nampak macam Encik Kamal pulak yang kena duduk exam. So aku pun malas nak panjangkan cerita.

Bila semua AJK dah ada, adalah perjumpaan sikit sebelum bersurai. Kerja tak susah sangat sebab benda ni kitorang dah selalu buat. Masing-masing dah tahu macam mana flow dan bidang tugas masing-masing. Cuma ada taklimat ringkas dari Encik Kamal. Pengerusi aku Lailam yang jugak coursemate aku. Orangnya sistematik dan proaktif. Jadi aku just bantu yang mana patut jela.

Nak dijadikan cerita, sampailah hari-hari yang ditunggu. Aktiviti ini berlangsung selama dua hari. Jumaat dan Sabtu. Kami laksanakan aktiviti ni dua hari sebab kerja gotong royong ni banyak. Melibatkan kawasan kampus. Walaupun tak besar, tapi banyak kerja yang nak dibuat. Pelajar yang tak dapat datang hari Sabtu, diorang kena datang hari Jumaat. Sangat sistematikkan Tangan ke bahu, mata pandang atas.

Hafiz, kau cover kelas A, C dan D, aku pulak cover kelas B, E dan F Lailam

Okay-okay Aku

Jangan lupa amik kedatangan diorang. Lagi satu, kau cover je kelas yang aku dah bagi tadi. Selebihnya biar aku cover. Kita bahagi-bahagikan tugas. Senang. Setiap AJK pun dah tahu tugas bidang masing-masing. Tinggal proceed je Lailam

Baik sayang Aku

Hasilnya, satu tumbukan maut singgah di bahu aku. Sampai hati. Untuk Jumaat, aktiviti mula lepas solat Jumaat. Macam yang aku cakap. Semuanya berjalan lancar. Walaupun yang datang petang ni tak ramai. Aku Cuma tengok-tengok macam tu jela. Macam yang Lailam cakap, just cover je. Petang tu mendung sebenarnya. Walaupun baru pukul 3.00 petang, tapi suasana dah gelap. Kerja pun baru nak jalan. Tapi selagi hujan tak turun, kerja tetap kena teruskan. Kalau tak, esok banyak pulak yang kena siapkan. Ada yang sirap pokok, ada yang kikis tiang besi, ada yang kikis cat dekat dinding, ada yang tengah curi tulang, macam aku.

Tentang CapitalM, mustahil aku lupakan dia. Walau sibuk macam mana sekalipun, dia tetap menjadi keutamaan aku. Hubungan aku dan dia tetap berjalan macam biasa walau dia dah nak bertunang. Kan aku dah cakap yang dia sayang aku. Aku tahu yang dia takkan tinggalkan aku. Pelikkan dunia ni. Dalam sekelip mata, apa yang pasti menjadi hak kita boleh hilang macam tu je. Kuasa Allah. Cinta-Nya sahaja yang kekal selamanya bahkan cinta manusia, tiada nilainya.

Abe, salah tak kalau kita ada hubungan dengan bakal tunang orang Aku

La, dah berubah jadi straight k Alhamdulillah. Haa Abe

Abe, orang seriuslah. Tumbok karang Aku

Yela-yela. Tunang siapa ni Dah nak kahwin ke Abe

Baru-baru ni ada kawan dengan junior. Kira macam dah suka sama sukalah. Tapi tup-tup family dia terima lamaran orang. Nak tak nak dia kena terima. Entahlah be, dia cakap dia takde sebab nak menolak Aku

Macamnilah. Abe pun tak tahu sangat tentang benda ni. Tak salah kalau nak kawan dengan bakal tunang orang atau dengan tunang orang sekalipun. Tapi kalau ada niat nak pikat tunang orang tu, memang cari nahas. Jangan tanya kenapalah kalau dah kena hentak Abe

Sedihlah be, kitorang baru je nak mula. Dia tak tahu nak buat apa. Kita lagilah buntu Aku

Budak mana tu Abe

Sabah Aku

Sabarlah. Ramai lagi anak ikan. Cari baru okay Abe

Abe ni! Aku

Makan tumbuk jugak Abe ni. Macam kebiasaanlah, kalau ada apa-apa, Abe antara orang yang aku cari. Dulu dia ni roommate aku. Tapi entahlah, kami tak boleh go. Tapi kalau jadi kawan ni, ketawa gelak semua jalan. Kiranya dia ni ex roommatelah. Betul jugak apa yang Abe cakap. Aku memang cari nahas kalau still dengan CapitalM. Betul, aku yang takde haknya sebenarnya. Aku bukan tak tahu yang dia dah ada Rizman. Tapi aku still nak try dia lagi. Tapi dia tak bahagia CapitalM pun nak dekat aku, sayang dekat aku. Sekarang ni semua tu dah tak guna okay. Dia tetap akan jadi tunang orang. Jadi milik orang. Aku Aku tetap aku. Aku takkan berganjak. Aku akan terus ada di sini selagi CapitalM perlukan aku. Aku sayang dia. Dia pun sayang aku.

Woi berangan! Lailam

Siot, tak reti bagi salam. Aku bukan berangan, termenung je Aku

Apa bezanya Lailam

Banyak bezanya. Eh dah hujanlah Aku

Ha, dah lama hujan baru sedar. Tak patut tak patut Lailam

Cakap dengan budak-budak ni, sebelum balik tanda kedatangan dulu. Nanti esok tak payahlah datang. Tapi kalau nak datang, datanglah. Buat kebajikan lebih sikit. Aku pun tak rasa hujan akan berhenti dalam waktu terdekat ni. Jam pun dah pukul 4.30 petang Aku

Eh hari ni Jumaatkan Pergi pasar jom. Lama dah tak pergi pasar malam Kerinchi Lailam

Hujan-hujan ni Aku

Kenapa Kau takut hujan Lailam

Kau cakap aku takut hujan Kau salah oranglah. Aku budak kampung. Hujan ni dah macam makanan aku. Tapi tunggulah reda sikit. Dalam pukul 5.00 kalau tak reda, kita redah. Okay

Okay set Lailam

Ramai lagi tak balik sebenarnya. Stuck. Tak boleh nak pergi mana-mana. Hujan lebatlah jugak. Kalau kitorang redah jugak, alamatnya kitorang akan makan nasi kukus berkuahkan air hujan. Nak tak nak, kena tunggu.

Lam, kau nak kahwin dengan aku tak Aku

Kau ni tak betul ke apa. Tahulah hujan-hujan ni. Takkan tak betul dah, tak waras Lailam

Aku seriuslah Aku

Dia terus jadi gedik. Tukar nada percakapan. Membahasakan dirinya saya dan memanggil aku abang. Dia ni lagi tak betul. Geli aku. Tapi takpe, aku layankan.

Tapi saya tak pandai masak. Abang okay ke Lailam

Okay. Nanti kita sama-sama belajar masak. Apa yang abang tahu, abang ajar awak nanti Aku

Tapi saya kasar, tak lemah lembut macam perempuan lain Lailam

Sekasar-kasar perempuan, pasti akan kelembutannya. Abang tahu jiwa awak jiwa seorang perempuan Aku

Tapi saya suka aktiviti luar dan lasak. Nanti saya selalu takde dekat rumah. Abang tak kisah Lailam

Takpe, abang faham. Abang takkan sekat minat dan kebolehan sayang Aku

Bestlah abang ni. Jomlah kita kahwin esok Lailam

Amboi, dah tak sabar. Gelojohnya. Tapi abang tak gagah, macam mana Aku

Takpe bang. Saya terima abang seadanya

Dumm! Petir. Semua terkejut. Tutup kepala.

Ha, tulah korang. Main-main lagi. Tu amaran awal. Haa Suhani

Awak, tak jadi kahwinlah. Macam tak dapat restu Aku

Ala, bencilah awak Lailam

Semua tergelak. Semua orang tahu perangai Lailam. Perangai gila-gilanya. Kalau layan, aku pun boleh jadi gila. Macam manalah aku boleh ajak dia kahwin. Gila. Gila segila-gilanya. Jujur aku cakap, kadang-kadang aku putus asa dalam mencari cinta. Kadang-kadang aku dah tak nak fikir, aku dah tak nak cari. Betul jodoh itu milik Allah dan telah ditetapkan. Tapi kalau jodoh tak dicari, mana nak dapat. Sebab tu secara spontan aku ajak Lailam kahwin. Sebenarnya bukan Lailam sorang je. Dah ramai yang kena dengan lamaran aku tu. Ada yang layan, macam Lailam. Ada yang jual mahal. Ceh, ingat aku desperate sangat Adalah sikit.

Aku tengok handset. Pukul 4.55 petang. Tiada mesej. Seperti selalu. Mesej tanya khabar, mesej cinta kasih dan sayang. Aku rindu. Aku sunyi. Aku pun tak berniat nak mesej dia. Takut mengganggu. Takut aku akan kacau hati dia. Tapi aku rindu dia.

Lam, jomlah gerak. Dah pukul 5.00 ni. Asar pun tak lagi. Nanti tak sempat Aku

Jomlah. Redah jela. Kita pun dah kotor gotong-royong ni. Alang-alang, basah pun takpe Lam

Dalam perjalan, aku nampak sorang junior. Baju kurung coklat. Aku tak perasan muka. Takkan dah pukul 5.00 pun ada kelas lagi. Biarlah. Sampai pasar, aku beli nasi minyak ayam rempah, nasi goreng ikan masin, keropok lekor dua ringgit dengan ABC. Banyakkan aku makan Normallah tu untuk seorang lelaki yang sebaya dengan aku. Metabolisme tinggi. So aku tak risau tentang berat badan. Makan banyak mana pun. Badan maintain kering je.

Balik dari pasar, dengan keadaan basah kuyup, kami tergesa-gesa. Masing-masing tak solat Asar lagi. Jam dan pukul 6.00 petang. Masa nak melintas jalan balik ke kolej, aku ternampak muka yang aku selalu lihat. Muka yang selalu buat aku ceria. Muka yang selalu bagi aku harapan. Muka yang selalu penuhkan hari-hari aku dengan senyuman. CapitalM. Ayu. Berbaju kurung coklat. Berpayung dengan ditemani seorang rakan. Oh, dialah yang pakai baju kurung coklat tadi. Patutlah aku rasa curios je.

Hati aku terjentik. Perasaan aku tersentuh. Gelak tawa aku dengan Lailam tadi hambar. Peristiwa hari tu terimbau kembali. Walaupun hubungan kami masih seperti dulu, tapi kejadian malam tudah jadi salah satu babak dalam hidup aku. Aku takkan boleh lupakan. Betapa kecewanya aku. Betapa terlukanya aku. Mungkin sekarang aku kuat. Aku tabah. Tapi aku takut. Suatu hari nanti pasti kekuatan ni akan hilang. Ketabahan ini akan diragut.

Sampai bilik, aku makan nasi minyak dulu. Lapar gila. Lepas mandi, baru aku Asar. Itupun dah dekat pukul 7.00. Astaghfirullahalazim. Jangan tiru aku.

Lepas Maghrib aku bersiap. Sebenarnya malam ni aku ada friendly hoki dengan alumni Sains Johor. Hujan pun dah berhenti. Jadi perlawanan tetap akan diadakan. Sengaja aku tak beritahu CapitalM. Aku harap dia datang tapi kalau dia takde, takpelah. Sebab game ni dekat Stadium Hoki KPM je. Sangat dekat dengan kolej. Dia pun perempuan. Tak elok keluar malam. Kalau dia datang, datanglah. Kalau tak datang pun, takpe. Aku pun bukan pandai sangat main. Sekadar memenuhi kerusi pemain je. Aku dengar alumni Sains Johor ni not bad. Kebanyakannya bekas pemain professional. So aku tak harap akan kemenangan malam ni. Apa yang penting ialah apa yang kami dapat untuk memperbaiki kelemahan pasukan.

Last-last, Lailam yang datang. Lailam lagi. Tapi aku respect dia. Dia datang sebab dia nak bagi sokongan moral dekat aku. Sebab Sebab aku jadi Naib Pengerusi dia untuk aktiviti gotong-royong esok. Terharu. Kan Takpelah, Lailam pun Lailamlah. Game malam tu pun not bad. Kitorang menang. Tak mudah sebab kitorang kena kerja keraslah jugak. Aku pun main untuk 15 minit terakhir. Nampak tak. Betapa ramainya pemain yang hebat dalam team ni. Bila aku masuk pun, aku tak perform. Aku pun tahu kenapa. Aku hilang fokus. Tapi best jugak main malam ni. Kepuasan dia lain macam. Serius.

Balik, aku terus mandi, Isyak dan makan. Makan Dah lupa ke, aku ada beli nasi goreng ikan masin tadi. Masa ni lah aku makan. Menggantikan tenaga yang dah banyak hilang tadi. Macamlah banyak sangat. Main pun tak sampai 15 minit sebenarnya. Action je lebih. Dah pukul 11.00 ni. Senyap je CapitalM ni. Aku rindu dia dia. Apa dia buat sekarang Dah makan belum Ada masalah ke Aku mesej dia,

Aku : Sayang..

CapitalM : Hm..

Aku : Awak okay

CapitalM : Okay

Aku : Buat apa ni Dah makan

CapitalM : Duduk-duduk je. Dah..

Aku : Tadi nampak awak dekat pasar. Tak tahu awak perasan Fiz tak. Pakai baju kurung coklat. berpayung

CapitalM : Tahu. Saya pun nampak awak.

Aku : Tadi tak datang pun. Fiz ada friendly hoki tadi..

CapitalM : Hm.. =(

Aku : Sayang, kenapa ni Awak ada masalah k Cerita dengan Fiz

CapitalM : Fiz, saya tak kuat. Saya tak mampu..

Aku : Sayang, kenapa ni. Sabar k, tenangkan diri. Tarik nafas..

CapitalM : Saya tak mampu. Saya sayang awak. Saya nak dengan awak. Saya tak sangka kisah kita akan jadi macam ni. Saya tak tahu macam mana nak hadapi. Tolong saya wak

Aku : Fiz pergi Sabah. Jumpa parent awak. Fiz terangkan semuanya dengan dia. Tentu mereka akan faham. Diorang pun manusia juga. Pasti ada timbang rasa.

CapitalM : Jangan wak. Itu akan bawak lagi masalah besar.

Aku : Kenapa awak cakap macam tu Awak tak yakin dengan Fiz Awak tak yakin dengan hubungan kita

CapitalM : Bukan macam tu. Awak kena faham. Ni antara keluarga. Melibatkan keluarga saya dan keluarga dia. Nanti apa ayah saya kata dengan saya. Saya pergi belajar jauh-jauh tapi ni yang saya bagi diorang.

Aku : Awak rasa awak buat salah

CapitalM : Tiada yang salah tiada yang betul sekarang ni wak..

Aku : Awak, kita kena cuba. Kalau tak cuba, kita takkan tahu. mungkin parent awak akan berlembut hati. Lagipun majlis tu belum lagi berlangsung. Lama lagikan Sementara ada masa ni wak..

CapitalM : Susah saya nak buat keputusan awak. Saya harus memilih antara keluarga dan hati sendiri dan kedua-duanya penting..

Aku : Awak, bagi Fiz cuba. Izinkan Fiz pergi Sabah. Jumpa keluarga awak. Terangkan apa yang terjadi. Fiz harap hati awak akan berpihak pada Fiz. Selamanya.

CapitalM : Hati saya memang milik awak selamanya Fiz. Tapi tolonglah jangan. Semuanya dah terlambat..

Aku : Awak..

CapitalM : Awak rehatlah Fiz. Saya tahu awak penat. Maaf saya tak datang tengok hoki tadi. Saya tak sedia

Aku : Its okay. Hm awak pun rehatlah k..

CapitalM : Baik Fiz.

Aku : Selamat malam. Miss you always..

Dia tak balas. Rumitnyalah hubungan kami. Dulu kalau aku gagal bercinta, aku boleh terimalah sebab aku bertepuk sebelah tangan. Tapi sekarang ni jangankan tepuk tangan, kami sama-sama bertepuk kedua-dua kaki. Tapi masih ada yang menghalang. Aku tak tahu sama ada ini hanya sekadar ujian atau sebagai tanda bahawa Dia tidak mengizinkan. Aku tahu dia sedang dalam dilema. Aku sebagai lelaki pun tak mampu nak buat apa-apa untuk mempertahankan cinta kami. Betul juga cakap dia. Perkara ini dah melibatkan keluarga. Pastinya keluarga dia akan malu sekiranya dia menolak tunangan Rizman sebab keluarga masing-masing dah bersetuju. Rumit. Memang rumit. Rumit serumit-rumitnya