Cermin kereta Idlan diketuk sekuat hati. Apabila cermin kereta diturunkan, Ika bercekak pinggang.
Kenapa Encik Idlan ikut saya Senget betul mamat ni. Dia nak balik rumah pun tak senang.
Abang nak pastikan Ika selamat sampai rumah. Kenapa berhenti Bahaya tahu tak Nanti tak fasalfasal motor kena curi. Dah... pergi balik. Abang ikut dari belakang.
Ika tarik muka ketat. Dia kacip gigi menahan bengang dengan tindakan Idlan. Ini kampung saya. Tahulah macam mana saya nak balik. Tak payah risau pasal saya. Encik Idlan tak ada kena-mengena dengan saya pun.
Kalau kampung Ika, kampung abang juga. Jangan banyak membebel. Pergi naik motor tu sekarang.
Hee... Encik Idlan ni siapa nak arah-arah saya
Suka hati sayalah nak balik ke, tak nak balik ke. Encik Idlan peduli apa Marah Ika. Demam betullah Idlan ni.
Tadi abang yang ajak Ika keluar. Pergi dengan abang, tapi balik sorang-sorang. Dah tentu abang risau. Untuk masa sekarang, abang bertanggungjawab ke atas Ika. Kalau Ika kena culik, nanti abang susah. Tentu Puan Hasnah akan kaitkan nama abang kalau keluarga Ika buat laporan polis. Faham Balas Idlan. Dia geram dengan sikap tegas Ika tak bertempat.
Sama ada kampung atau bandar, di mana-mana saja jenayah boleh berlaku. Ada saja kes culik, rogol disiarkan di televisyen. Itu yang dia bimbang sebenarnya. Jangan Ika fikir ke lain sudah. Mungkin Ika fikir dia nak mengurat. Kalau Ika fikir sampai ke situ, memang mengarut. Dia dah kahwin. Buat apa dia nak tackle gadis lain.
Ika terdiam. Betul juga kata-kata Idlan. Kalau boleh, dia tak mahu ada kaitan lagi dengan lelaki itu. Juga tak mahu terhutang sesuatu. Ika melangkah semula ke arah skuter lalu menunggang dengan laju.
Mata Idlan membulat. Tak sangka Ika bawa skuter selaju itu. Mungkin Ika masih marah dan skuter pula jadi mangsa. Idlan menekan pedal minyak dan mengekori Ika semula.
Ika menongkat skuter apabila tiba di rumah. Muncul pula kereta Nissan Murano milik Idlan. Dia merengus halus. Berani betul Idlan. Dah mereng agaknya.
Idlan keluar dari kereta. Dia senyum memandang Ika. Alhamdulillah, selamat.
Apa yang selamat Balas Ika dengan wajah masam.
Ika dah selamat sampai rumah. Boleh abang balik dengan senang hati, jawab Idlan sambil mempamer senyum manis. Marah-marah pun tetap comel Ika ni.
Hati Idlan berbisik nakal.
Okey, saya dah sampai. Jadi Encik Idlan tunggu apa lagi Pergilah balik, arah Ika berbaur menghalau. Menyampah dan benci sungguh dia.
Eh, awalnya Ika balik Dah habis kelas ke Soal Mak Wan yang muncul dari belakang rumah. Sebuah bakul pakaian dikelek. Dia baru selesai menjemur pakaian.
Ada orang gila mengamuk kat tempat Ika belajar menjahit. Dahlah mengamuk, menipu pula tu. Kesian Puan Hasnah hidup-hidup kena tipu, auta Ika pada ibunya dengan merujuk kata-kata itu pada Idlan. Padan muka. Biar Idlan terasa dengan sindirannya.
Idlan berdeham keras. Dia tahu kata-kata itu ditujukan padanya. Tak apalah. Dia boleh terima apa saja yang Ika kata. Bagi Idlan, Ika hanya melampias perasaan marah.
Wajah Mak Wan berkerut-kerut. Cuba mencerna maksud cerita disampaikan Ika.
Orang gila mana Soal Mak Wan sebelum mata tertumpu pada Idlan. Eh... ini bukan ke anak Che Jah
Idlan, kan
Idlan mengangguk, Ya, Mak Wan. Saya Idlan.
Astaghfirullahalazim... Mak Wan tak cam langsung tadi. Maaflah, mata orang tua. Mak Wan tersenyum. Walaupun Idlan pernah mengecewakan keluarganya, tak mahulah dia terbawa-bawa hingga ke hari ini. Baginya, perkara yang lepas, harus dibiarkan saja.
Bukan mata Mak Wan yang salah, tapi saya yang jarang balik. Orang kampung dah ramai tak kenal saya, jawab Idlan tanpa melihat Mak Wan.
Sebaliknya, dia hanya memandang Ika. Tiba-tiba hati lelakinya dijentik satu perasaan halus apabila melihat wajah itu.
Kalau mak nak tahu, inilah orang gila tu, Ika mencelah.
Mak Wan menjegil mata, Mak tak pernah ajar Ika biadab dengan orang.
Ika mencebik sambil menjeling Idlan. Memang pun. Lelaki tak siuman ni suka-suka hati aje datang kelas Ika dan cakap pada Puan Hasnah dia ni abang Ika. Lepas tu, suka-suka hati pula suruh Ika ikut dia. Nak minta maaflah konon, jelas Ika secara ringkas.
Sungguh-sungguh dia menyampah dengan Idlan. Entah apa sedang merasuknya untuk menyampah dengan Idlan pun dia tak pasti. Jin tanah ke jin laut agaknya.
Ika... pergi naik, arah Mak Wan tegas apabila jelas di mata, Ika tak suka dengan kehadiran Idlan. Dia faham sebab apa, tapi tak perlu Ika menunjuk kemarahan itu. Buat malu depan Idlan saja.
Tapi, mak...
Mak cakap, pergi naik, arah Mak Wan lagi sambil tangan kanan diangkat lurus.
Ika menghentak sebelah kaki sambil mulut berdecit. Kemudian, dia tergesa-gesa naik ke rumah. Tak puas hati dengan layanan first class ibunya pada Idlan, lelaki yang pernah memalukan mereka sekeluarga.
Mak Wan janganlah marah Ika. Memang betul salah saya. Idlan mencelah seolah-olah membela bekas tunangnya itu. Kesian... itulah, degil sangat. Kan, dah kena marah.
Kamu jumpa Ika, apa tujuan Soal Mak Wan.
Hampir-hampir terlupa mahu menjemput Idlan naik ke rumah untuk bersembang panjang. Tapi, apabila dijemput, Idlan hanya menurut.
Bagi Idlan, inilah masa yang sesuai untuk dia meminta maaf secara empat mata. Maaf kerana memungkiri janji bertahun-tahun lamanya.
Saya bawa dia keluar sekejap sebab nak minta maaf. Sekarang, saya datang sini nak minta maaf dengan Mak Wan pula. Itu pun kalau Mak Wan sudi maafkan saya. Idlan melabuh duduk di kerusi.
Mak Wan mula faham dengan ungkapan maaf yang meniti di bibir Idlan. Mak Wan maafkan. Kamu jangan bimbang. Kami tak berdendam. Kami dah anggap kamu dan Ika tak ada jodoh. Lupakan apa yang berlaku. Lagipun, kamu kan dah kahwin. Tentu dah hidup bahagia sekarang.
Idlan meneguk liur. Terasa pahit dan payau dengan kata-kata Mak Wan. Dia bahagia Tak ada maknanya.
Terima kasih, Mak Wan.
Erm, yalah... sama-sama.
Ayah Wan mana Idlan memanjang leher mencari kelibat Ayah Wan.
Ke mana lagi kalau tak ke laut. Petang karang baru nampak muka, jawab Mak Wan.
Kalau boleh, saya nak minta maaf dengan Ayah Wan sekali.
Tak apa, Idlan. Kamu dah minta maaf dengan Mak Wan, samalah juga dengan meminta maaf dengan dia. Ayah Wan tak kisah. Dia tak marah. Kamu tak usah fikir sangat, ya Balas Mak Wan dengan mempamer wajah ceria.
Idlan mengangguk perlahan. Tak sangka penerimaan Mak Wan begini. Sungguh baik melayani kedatangannya walaupun dia telah melukakan keluarga ini.
Ika! Panggil Mak Wan.
Ye, mak! Sahut Ika dari arah bilik.
Buatkan air, nak!
Ika terus keluar dengan wajah mencuka. Rasanya, cuka pun tak semasam wajah Ika sekarang.
Mak nak minum air ke Soal Ika sebaik saja berdiri di tepi ibunya yang rancak berbual dengan Idlan. Sesekali mata menjeling ke arah lelaki itu. Tak balik lagi Sebok aje!
Bukan untuk mak. Ni ha... untuk tetamu kita.
Ika mencebik. Eleh, tetamu tak diundang! Kutuk Ika dalam hati seraya melangkah ke dapur. Sesekali derap kaki kasar kedengaran. Sebagai memprotes kehadiran Idlan.
Mak Wan tersenyum memandang Idlan. Dia sedar, Idlan begitu asyik memerhati anak gadisnya.
Mak Wan minta maaf dengan kelakuan Ika. Entah angin ribut mana datang, tiba-tiba dia marah-marah.
Dia marahkan saya tu, Mak Wan. Disebabkan saya, dia tak dapat habiskan kelas.
Di dapur, Ika bancuh minuman. Dalam kepala sedang merancang agenda nakal nak kenakan Idlan. Siaplah... nanti kau tahulah langit tu tinggi ke rendah bila dah jumpa Ika Alia. Masa tu, baru kau tahu erti penyesalan.
Ika berkata-kata sendiri dengan sengih lebar. Saat merencana nak kenakan Idlan, sangat melucukan. Terkekeh-kekeh dia ketawa seorang diri. Sesekali mulut ditutup supaya tiada yang mendengar. Nanti orang kata dia sewel pula.
Cawan berisi air kopi nak diberikan pada Idlan, ditambah gula berkali-kali. Sempat dia mengira hingga jumlah gula menjadi dua puluh sudu! Ika tergelak kecil. Padan muka kau.
Ika menatang dulang penuh hati-hati. Di dapur tadi, sempat dia menggoreng keropok.
Sengaja dia pamer senyum semanis gula untuk Idlan. Semanis air kopi dibuatnya khas untuk Idlan. Dalam hati, ceritanya berbeza. Menyampah sungguh dia dengan lelaki itu.
Idlan... jemput minum.
Jemput minum Encik Idlan.. Ika sengaja bermanis muka sambil menghulur cawan berisi kopi perisa sekilo gula. Haru betul Ika ni. Boleh dapat penyakit kencing manis tahap ke dua puluh anak orang.
Idlan membalas senyum Ika dan menyambut cawan yang dihulur gadis itu. Sejurus cawan bersentuh bibir, mata Idlan terbelalak dan menjuling. Dia meletak semula cawan ke atas piring. Halkum bergerak berkalikali dan dia terbatuk-batuk selepas itu.
Mak Wan panik. Ika berlagak biasa dan turut menyembunyi senyum. Rasa geli hatinya ditahantahan.
Kenapa ni, Idlan Soal Mak Wan dengan wajah cemas.
Idlan menyapu mulut dan tersengih memandang Mak Wan, Manis sangat airnya, Mak Wan.
Idlan mencuri pandang pada wajah Ika yang sedang mencebik-cebik. Dia tahu, Ika sengaja buatkan kopi terlebih gula untuknya.
Dahi Mak Wan berlapis. Setahunya, kopi yang diminum tadi taklah manis sangat. Dia memerhati Ika.
Tahu anak gadisnya ada buat sesuatu.
Ika, kenapa nakal sangat Soal Mak Wan.
Ika gurau aje.
Bergurau apa macam tu Tegas Mak Wan menyoal.
Tak apa, Mak Wan. Biarlah, Idlan jadi tukang bela. Kasihan melihat Ika sedang tunjuk muka seposen bila dimarahi Mak Wan.
Dah... pergi masuk bilik, arah Mak Wan. Kalau Ika masih berlama-lama di ruang tamu ini, entah apa lagi Ika akan buat.
Mak Wan, saya balik dulu. Kirim salam saya pada Ayah Wan. Insya-Allah kalau saya ke masjid malam ni, saya jumpa dia kat sana.
Yalah. Kirim salam Mak Wan pada mak kamu sekali.
Baiklah.. balas Idlan.
Sebelum turun dari rumah, sempat dia minta nombor telefon Ika dari Mak Wan. Tak sangka Mak Wan sporting dengan memberi nombor telefon Ika padanya.
IKA membelek telefon bimbit. Niat hendak menghubungi Mek Jijah terbantut apabila telefon bimbit menyala. Terpapar atas skrin satu nombor
tak dikenali.
Hello tanpa memberi salam, Ika menjawab.
Assalamualaikum. Satu suara lelaki di hujung talian mula kedengaran.
Ika menjawab teragak-agak. Entah siapa gerangan suara lelaki itu, dia tak dapat meneka. Abang Afi kut Tak mungkin. Kenapa suaranya lain. Garau semacam! Suara Abang Afinya taklah segarau itu. Lagipun, bila masa Abang Afi tukar nombor telefon Ika bertekateki sendiri.
Waalaikumussalam. Siapa ni
Abang Idlan, Suara di hujung talian perkenalkan diri.
Ika beriak hairan, Dari mana Encik Idlan dapat nombor telefon saya
Mak Wan bagi, jawab Idlan terus-terang.
Apa hal ni tiba-tiba saja call saya Encik Idlan nak apa Ish, mak ni pun satulah. Kenapa senang-senang bagi nombor telefon dia pada Idlan
Tak ada hal apa-apa.
Kalau tak ada apa, boleh tak jangan ganggu saya
Ika..
Ya, ada apa Soal Ika. Geram.
Boleh kita kawan
Ika mencebik sedepa. Nak berkawanlah pula. Apa penyakit entah mamat ni Tak boleh.
Kenapa
Sebab saya kata tak boleh, tak bolehlah...
Bolehlah, Ika...
Tak boleh.
Bolehlah...
Tak boleh. Tak faham bahasa ke Bentak Ika. Sengal sungguh Idlan. Merayu-rayu bagai nak rak.
Suara Idlan mengeluh lemah. Tapi, dia peduli apa
Dengar tak ni Saya kata tak boleh, maka... tak boleh!
Kenapa tak boleh Ika bagi abang 20 sebab.
Ika ternganga. Sah, Idlan dah tak siuman! Sebab Encik Idlan dah kahwin. Saya tak suka kawan dengan suami orang. Jelas tak
Itu baru satu sebab. Ada sebab-sebab lain
Tak ada.
Abang tak nak terima alasan Ika. Tak ada termaktub dalam undang-undang di Malaysia mengatakan bahawa orang dah kahwin tak dibenarkan kawan dengan sesiapa.
Encik Idlan... jangan nak mengarut malam-malam buta ni, boleh tak Sebut fasal undang-undanglah pula. Loyar buruk.
Abang cakap perkara betul. Sekarang, Ika tambah lagi 19 sebab kenapa abang tak boleh kawan dengan Ika. Kalau cukup 19... abang akan terima. Itupun kalau alasan-alasan logik.
Tak faham bahasa! Saya hormat Encik Idlan sebagai lelaki yang dah kahwin sebab tu saya tak nak kawan. Encik Idlan pun kenalah hormat saya sebagai perempuan! Marah Ika dan terus mematikan talianya. Orang nak sapu skrin malam pun tak senang! Puas hati dapat buat begitu. Biar Idlan tercengang-cengang di sana.
Sekali lagi telefon bimbit Ika menyala. Berkali-kali lagu Kupinang Kau Dengan Bismillah nyanyian Rossa bersama kumpulan Ungu kedengaran dari corong speaker.
Hello. Nak apa lagi ni! Marah Ika serta-merta. Sungguh Idlan tak faham Bahasa Melayu. Nak suruh dia cakap Jepun ke apa
Garangnya adik abang.
Abang Afi... Suara Ika terus mendatar. Bertukar menjadi selembut sutera. Kalau tadi garang bukan main. Boleh berdarah telinga Afi Lukman.
Kenapa ni Marah tak tentu fasal. Ika Marah siapa
Ala, sorry la... Ingatkan orang gila tu yang call.
Orang gila mana
Ika diam. Tak mahu terus-terang. Kalau dia ceritakan hal Idlan pada Afi Lukman, tentu Afi Lukman naik angin. Bukan dia tak tahu perangai abangnya.
Tak ada apa-apalah. Eh, Abang Afi bila lagi nak balik sini Soalnya. Cuba ubah topik perbualan.
Baik Ika terus-terang. Kalau tak, tak ada duit lagi setiap bulan, ugut Afi Lukman dengan nada bergurau.
Ika garu kepala. Mulut berdecit tak puas hati.
Teruk betul Abang Afi ni. Main ugut-ugut pula. Jadi selama ni, bagi duit kat Ika tiap-tiap bulan tu... tak ikhlas la
Afi Lukman tertawa kecil, Ika muncung panjang sedepa.
Abang Afi cakap tu tak pasang niat dalam hati pun. Setakat kat mulut aje. Mana boleh tak bagi duit pada Ika. Nanti adik Abang Afi nak isi minyak motor guna apa Takkan nak guna air sejuk.
Betul ni
Ya, betul. Takkan Abang Afi nak biar adik kesayangan tak berduit nak ulang-alik pergi belajar menjahit ujar Afi Lukman dengan nada memujuk. Saja main-main dengan Ika.
Ika terdiam. Tak ada modal nak sambung perbualan dengan Afi Lukman. Fikirannya melayang pada Idlan secara tiba-tiba.
Abang Afi, Ika nak tidur dulu. Dah mengantuk. Dia cipta alasan.
Okey. Kirimkan salam Abang Afi pada mak dan ayah.
Ika menyapu skrin apabila Afi Lukman tamatkan perbualan.