CARTA HATI - 11
BUNYI loceng yang kedengaran memaksa Syakila untuk bangun. Dia mencapai jam tangannya yang berada di atas meja. Dilihat seketika jam

tersebut sebelum dia bangkit.

Siapa pula yang datang pagi-pagi ni Menganggu tidur aku betullah! omel Syakila, lalu menuju ke arah pintu.

Buka saja pintu

Woi, membuta aje kerjanya! Tanpa salam, Zairis terus saja menyergah.

Terpinga-pinga Syakila dengan kehadiran lelaki itu. Matanya yang hampir terpejam, terasa segar tibatiba.

Ada apa kau datang ni soal Syakila. Matanya memerhati penampilan lelaki itu. Dengan topi dan cermin mata hitam. Poyo! Bajet popular sangatlah tu.

Siap sekarang! Aku tunggu kat luar.

Asal pula Kau balik sekarang! Tak pasal-pasal, naik gosip lain pula

Jangan sampai aku pecah masuk rumah ni!

Gilalah kau ni. Apa yang kau nak Aku nak tidur

pun tak senanglah!

Dah pukul 10 pagi pun, masih nak membuta

Cepatlah siap!

Malaslah

Malas Okey, aku tunggu kat sini

Janganlah, malam ni kawan aku balik. Kang merenyam dia tu datang balik bila nampak kau!

Tahu pun! So, tunggu apa lagi Jangan lambat pula bersiap!

Yalah, waktu cuti pun kena keluar. Ingatkan boleh rehat ke tidur kat rumah ke. Huh! bebel Syakila sambil berlalu.

Napabila kereta tersebut sudah menghala AK pergi mana ni Syakila menyoal

ke arah jalan utama.

Zairis tidak menjawab soalan itu. Sebaliknya, dia masih memandu. Suasana ketika itu sedikit sunyi. Bunyi dari arah radio pun tidak kedengaran. Macam mana nak ada bunyi kalau radio pun tak pasang

Dengar ke tak ni

Dengarlah

Habis, yang buat macam telinga tu tak pernah korek kenapa Dah pekak ke

Kau nampak tak aku tengah memandu ni Nak bagi accident

Hesy, dah lama betul aku bersabar dengan kau.

Bersabarlah selagi mampu

Nak menjawab aje kerjanya!

Kalau aku tak jawab, kau marah. Tapi bila aku jawab, kau marah juga. Mana satu ni

Apa-apalah. Nak pergi ke mana ni Cakap ajelah!

Nak rahsia-rahsia pula

Temankan aku kejap. Hari ni aku ada photoshoot. Kau ingat, aku ni balaci kau ke

Balaci

Yalah, paksa aku ikut kau. Lepas tu apa Tak namanya balaci ke tu

Kau ni, nampak aje garang. Tapi, otak tu lembab!

Balaci tu, kau tak tahu ke apa maksudnya

Balaci tu, balacilah.

Kan aku dah cakap, memang lembab! Balaci tu, macam orang suruhan. Apa yang dia suruh, kau buat.

Itu baru namanya balaci!

Samalah tu!

Lain

Asal pula

Aku tak suruh kau apa-apa lagi kan

Eleh...

Dah, dah! Cakap dengan kau, memang tak pernah habis! Tak pasal-pasal, accident betul-betul nanti.

Itu dah macam mengharap tu

Syhh. Zairis toleh sekilas sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Kemudian, mata fokus ke arah jalan raya semula.

Syakila sekadar menjeling. Syhh syhh, ingat dia kucing ke apa

SELEPAS photoshoot, kereta Zairis mula bergerak pergi dari kawasan itu.

Kan betul, aku ni jadi balaci kau! Tak pasalpasal, kena uruskan peminat-peminat kau yang obses sangat tu. Kau ni, memang cakap tak serupa bikin!

Alah, tolong sekali-sekala apa salahnya

Kau siapa sampai aku nak tolong kau

Kawan

Tak ada maknanya sangkal Syakila. Heh kekasih

Lagilah tak! Tolonglah!

Bakal tunang

Jauh sekali!

Ha, ni yang terakhir. Mungkin Zairis tayang wajah nakal.

Dada Syakila berdebar tak menentu. Tapi, dia tetap tayang wajah brutal dan tak puas hatinya, Mungkin apa

Errmm bakal suami

Erkk jauh panggang dari apilah!

Kenapa merah muka tu Zairis dapat lihat wajah Syakila yang mula merona merah.

Mana ada!

Tipu!

Dia ni kan!

Pap! Bahu lelaki itu ditepuk kuat.

Sakitlah. Kau ni, asyik nak pukul aku aje.

Siapa suruh merapu

Gurau aje

Gurau-gurau, membawa padah!

Belajar dari mana ayat macam tu

Tak payah sibuk nak tahu!

Apabila Zairis seperti tidak melencong ke arah apartment, suara Syakila kedengaran lagi.

Nak pergi mana lagi ni

Adalah

Hantar aku balik. Sekarang!

Boleh bersabar tak

Malam nanti kawan aku balik. Kalau dia nampak kau, memang teruja habislah dia! Tiba-tiba Zainura menghubunginya malam tadi. Katanya, tak jadi balik hari Ahad. Nak balik hari ni pula.

Kita nak pergi satu tempat kejap. beritahu Zairis.

Pergi mana

Butik

Nak buat apa

Cari bajulah, untuk majlis Anugerah Bintang

Popular tu.

Aku tak ada kena mengenalah!

Kau ingat aku tak tahu ke yang kau dapat emel daripada pihak TV3

Errr

Kereta berhenti secara tiba-tiba.

Kau nak buat apa ni Syakila mula gelisah apabila Zairis mendekatkan wajahnya.

Dah lama aku mengimpikan semua ini

Kau jangan macam-macam

Sangat-sangat tak sangka

Jangan dekatlah!

Buk! Satu tumbukan terkena pada dada Zairis.

Nanti kita berpasangan di karpet merah, eh. Zairis tersenyum nakal.

Bodoh!

Syakila ambil kasutnya lalu memukul Zairis yang masih mendekat, Tepi kau jantan miang! Jantan gatal! Kau nak buat apa dengan aku Kau jangan macammacam. Mati kau aku kerjakan nanti! Aku cekik kau nanti baru tahu!

Pap! Kan dah kena pukul dengan kasut.

Zairis menjarakkan wajahnya. Kau ni kekwatlah!

Aku nak usik sikit pun tak boleh.

Lain kali jangan cari pasal!

Dah sampailah. Sebenarnya, aku memang tertunggu-tunggu butik ni buka. Rekaan baju, memang berkualiti. Itulah yang aku maksudkan

Nak coverlah tu. Kalau dah gatal sangat, pergi cari perempuan lain! Kau ingat aku ni apa Anak kuda

Teruknya perumpamaan kau tu. Bimbo!

Teruk ke tak, suka hati akulah! Syakila terus keluar. Dia tidak mempedulikan Zairis. Boleh kena sakit jantung kalau hari-hari dengan lelaki itu. Tak terduga betul dia punya perangai!

Sekejap, dia cakap apa tadi Bimbo Maknanya, dia akui juga yang aku ni cantik tapi bodoh Hati Syakila tiba-tiba berdesis. Cantik tapi bodoh Bodoh tu, mungkin tak. Yang cantik tu, mungkin ya. Heh puji cantik pun nak berkias ke Dasar lelaki ego!