lahan dia mengurut hingga ketegangan yang dirasakan pada bahagian itu mengendur.
Arghhh! Leganya, dia pusingkan sedikit kepalanya ke kiri kemudian ke kanan.
Kesibukan dia berlarutan sepanjang minggu. Tiada masa untuk dia berlibur. Akal dipaksa berkerja keras untuk meneliti semua tugasan yang telah dirancang. Baru sahaja tadi dia berjumpa dengan Akid sebentar tadi untuk berbincang buat kali terakhir. Tidak mahu perjalanan majlis yang berlangsung nanti ada yang pincang.
Akid Ridz Tan Sri Razlan. Menyebut nama lelaki itu, buat dia tersenyum seketika. Nyata usia mematangkan mereka. Bermula sebagai pesaing kemudian musuh dan sekarang rakan niaga. Siapa sangka mereka boleh duduk semeja. Berbincang tentang pelbagai perkara. Tidak menyimpan walau sekelumit dendam pun di hati masing-masing.
Meja kerjanya bergetar. Dia menjeling. Skrin telefon bimbitnya mengeluarkan cahaya. Dibiarkan sehingga cahaya itu hilang. Tidak sampai seminit, ianya menyala Menyebut nama lelaki itu, buat dia tersenyum seketika.
Dia menghela nafas. Segera telefon bimbit di atas meja, dicapainya. Takut kalau-kalau itu panggilan kecemasan. Badan disandarkan kembali pada belakang kerusi.
Assalammualaikum, Along. Suara Amanda menyapa di hujung talian.
Waalaikumussalam. Hmmm Adik. Ada apa Adwan menjawab malas. Menyesal dia tak tengok dulu nama pemanggil. Kalau tahu Amanda yang telefon, memang dia putuskan terus panggilan tadi.
Amboi, amboi, amboi! Sekarang ni adik sendiri dah tak boleh telefon ke Perli Amanda.
Memang pun. Penat melayan perangai sengal awak tu, seloroh Adwan. Dia ketawa.
Sengal-sengal pun, adik Along jugakkan.
Pukul berapa nak datang sini Adwan mengintai Cerruti 1881 hitam miliknya. Dah satu lebih. Dah masuk waktu zuhur. Lama jugalah dia mengelamun tadi. Tak sedar masa berjalan dengan pantas.
Alamak, lupa nak cakap! Orang tak dapat nak pergi hotel hari ni.
Adik ni dah selalu sangat tak datang sini. Penatlah abang awak ni uruskan semuanya sendiri. Adwan mengeluh. Meraih simpati Amanda.
Sebenarnya dia tak kisah sangat kalau Amanda tak dapat membantu dia di sini. Amanda sendiri punya perniagaan yang perlu diuruskan. Cuma, fikirnya kalau dengan adanya Amanda membantunya di Hotel ini, ringanlah sikit beban dia.
Bukan suka-suka tak nak datang. Orang kena uruskan caf sendiri hari ini.
Aik, mana pergi bff awak merangkap kekasih hati Along tu Adwan tergelak. Belum apa-apa dia dah pandai-pandai memanggil Qaireen sebagai kekasih dia. Kalaulah gadis itu dengar, pasti melenting.
Demam. Tengah rehat kat bilik dia, bersahaja Amanda memberitahu.
Terus tegak badan Adwan. Telefon bimbit dilekapkan rapat di telinga. Jemari naik memicit pelipis.
Huh! Demam Bila kenanya Kenapa Along tak tahu Dah pergi klinik ke belum Bertubi-tubi soalan keluar dari mulutnya. Sudahlah dia dah lama tak mendengar khabar Qaireen. Tahu-tahu dikejutkan dengan keadaan kesihatan gadis itu yang kurang baik.
Tak payahlah nak terperanjat sangat. Dia demam biasa ajelah. Orang pun baru tahu tadi.
Ni adik dekat mana Adwan terus bangun. Tali leher yang dipakai dirungkaikan dan ditanggalkan. Kunci kereta di tepi komputer riba dicapai. Dia berjalan keluar dari bilik.
Dalam bilik. Kenapa
Tak ada apa-apa. Okey, Along nak keluar pergi makan ni. Assalammualaikum, talian terus dimatikan. Adwan berhenti di meja kerja pembantu peribadinya.
Saya nak keluar. Petang ni mungkin saya tak masuk semula. Kalau ada apa-apa appointment, awak batalkan. Tetapkan tarikh baru. Jangan telefon saya melainkan terlalu penting, selesai memberitahu laju dia melangkah menuju ke lif. Membuat Rina terpingapinga tanpa sempat bertanya apa-apa.
TIDAK sampai setengah jam, BMW merah Adwan sudah terparkir di depan kedai Lovely Bakery.
Kalut dia keluar dari keretanya. Laju menerjah ke bilik kerja Qaireen. Langsung tak hirau mata-mata yang memandang.
Dia meraup kasar wajahnya bila melihat susuk tubuh Qaireen yang terbaring lesu. Wajah Qaireen pucat. Bibir gadis itu kelihatan pecah-pecah dan kering. Bagai sudah berhari-hari terlantar sakit.
Along! Amanda yang baru keluar dari biliknya terkejut melihat Adwan yang terpacak di dalam kedainya.
Bukan tadi abang dia cakap nak pergi makan tengahari ke Ini ke yang abangnya maksudkan makan tengahari Risau betul abang dia bila tahu Qaireen demam. Belum lagi sah jadi isteri. Esok-esok kalau dah kahwin, entah bagaimanalah tahap kebimbangan abangnya nanti. Beruntunglah Qaireen. Dapat cinta sejati seorang playboy.
Kenapa tak bawa dia pergi klinik Semakin ketara riak risau terpamer pada wajah kacak Adwan.
Buat apa dekat sini Amanda menghayun langkah masuk ke dalam bilik Qaireen.
Kekasih hati sakit, haruslah datang tengok, selamba Adwan menuruti langkah Amanda.
Amanda melabuh punggung di sisi temannya yang pulas tidurnya. Adwan pula memilih untuk duduk di sofa berdekatan kepala Qaireen.
Reen, Reen. Jom kita pergi klinik. Amanda menepuk perlahan lengan Qaireen. Memujuk untuk entah kali yang ke berapa. Sukar benar temannya ini kalua diajak untuk mendapatkan rawatan doktor.
Tubuh Qaireen bergerak sedikit tetapi mata masih terpejam. Memberi tindakbalas pada Amanda. Qaireen menggelengkan kepalanya, masih berdegil tidak mahu ke klinik.
Qaireen, bangunlah. Kita pergi klinik. Awak kena makan ubat. Barulah cepat sembuh. Adwan bersuara tiba-tiba seakan memujuk Qaireen.
Mata Qaireen yang masih tertutup rapat, bergerakgerak. Hanya mulutnya yang berbunyi, Babe, jangan nak buat suara abang kau boleh tak Buang masa aje. Qaireen menggumam perlahan.
Adwan yang mendengar dah bulat mata sebelum terkebil-kebil. Suara macho dia ni pun Qaireen dah tak cam Kronik betul gadis ni kalau demam.
Amanda menekup mulut. Menahan dari ketawanya meledak melihatkan reaksi abangnya. Dia dah biasa dengan perangai Qaireen kalau sakit. Mencari alasan tidak mahu ke klinik. Sebenarnya Qaireen tu takut nak makan ubat. Bukannya apa pun.
Panas sangat badan kau ni. Bangunlah. Kalau tak nak pergi klinik, kau makan panadol pun jadilah. Amanda masih cuba memujuk. Kalau itu kehendak Qaireen, dia ikutkan sahaja. Cukuplah kalau temannya itu nak menelan panadol.
Tak naklah. Sekejap lagi ni okeylah. Bagi aku rehat 5 minit lagi. Qaireen membalas lemah. Matanya masih lagi terpejam. Berat nak dibuka. Bukannya tak mencuba tapi memang payah.
Qaireen! Jangan degil boleh tak Suara Adwan naik satu oktaf. Payah betul nak diajak ke klinik. Bukannya nak ajak ke medan perang.
TERBUNTANG terus mata Qaireen. Amanda yang duduk di depannya dipandang. Senyuman nipis dipamer. Lega. Dia bermimpi rupa-rupanya. Ingatkan Adwan ada bersama mereka.
Yang kau tersenyum-senyum ni kenapa Berkerut dahi Amanda.
Macam dengar suara abang kau. Boleh pula dia masuk dalam mimpi aku. Nak kata aku rindu tak juga. Agaknya sebab sakit kut. Qaireen kembali memejamkan matanya.
Sekali lagi Adwan memandang susuk tubuh gadis yang masih terbaring itu. Ringan saja dia nak mencempungnya. Banyak betul alasan Qaireen. Apa yang susah sangat nak ke klinik Jumpa doktor, dapatkan rawatan, ambil ubat, balik rumah, makan ubat, rehat. Semudah itu pun payah ke
Amanda menepuk perlahan paha abangnya. Meminta supaya lelaki itu bersabar bila dia tengok muka Adwan sudah berubah riak. Macam menahan geram dan nak marah.
Reen, baik kau duduk sekarang! Kalau tak aku telefon Along. Amanda mengugut.
Eee itu pun nak bising. Yalah, yalah. Aku bangun ni. Qaireen bangkit dari pembaringannya. Perlahanlahan dia bergerak. Sendi-sendinya terasa berbisa sekali.
Dia kalau dah demam memang teruk. Satu apa pun tak boleh buat melainkan tidur. Klinik ke, hospital ke, itu semua tempat larangan. Memang dia tak nak jejak. Kalau dia rasa nak baik cepat, makan ajelah panadol. Itu pun nanti-nantilah. Bila dia terasa teringin nak makan, baru dia makan.
Kita pergi klinik, ya sayang Ajak Adwan dengan suaranya seperti berbisik. Betul-betul dekat dengan telinga Qaireen. Dia tahu Qaireen tak menyedari keberadaan dia di dalam bilik pejabat gadis itu.
Huh Qaireen toleh ke sisi. Tubuhnya dijarakkan bila matanya menangkap susuk Adwan yang beberapa inci sahaja jaraknya dari dia.
Adwan kenyit mata. Tersengih sambil menarinarikan keningnya.
Rahang Qaireen jatuh. Tak percaya. Boleh tak kalau dia nak sorok bawah meja kopi ni sekarang. Maknanya tadi dia tak bermimpilah. Adwan memang ada di sini. Di depan mata dia. Dia menoleh memandang Amanda yang hanya tersengih.
Sekarang atau saya dukung Adwan dah berdiri. Malas nak berlama-lama lagi. Sekarang bukan masanya nak berlembut. Tak kan nak tunggu nyawa-nyawa ikan baru nak bergerak.
Amanda Qaireen pegang peha Amanda. Pohon ihsan teman baiknya.
Amanda hanya jongketkan bahu. Tak mahu masuk campur. Lagipun dia memang setuju dengan tindakan Alongnya.
Adik dengan abang sama aje. Qaireen merungut.
Dia mengalah. Perlahan-lahan dia berdiri.
Amanda membantu. Lengan Qaireen dipegang.
Ouchhh Qaireen menyeringai. Sungguh, bisanya terasa hingga ke tulang. Dia tak tipu.
Dah macam tu pun masih tak nak ke klinik. Degil. Adwan membebel. Marah yang ditahan-tahan meledak juga.
Boleh tak jangan bising. Bingit. Qaireen membentak. Bengang. Sakit satu badan dah satu hal. Sakit telinga pun satu hal lagi. Ada karang yang makan pelempang nanti.
Degil sebab tu saya bising. Ini larat ke nak jalan Dalam marah-marah, Adwan masih mengambil berat. Kekasih hati sakit, mestilah dia risau. Kalau jadi apaapa, hati dia juga yang susah.
Muka Qaireen dah cemberut. Awal-awal lagi dia dah beritahu tidak mahu ke klinik. Suka hati Adwan aje nak marah-marah. Bukannya dia yang suruh lelaki ini datang ke sini untuk menjenguk dia. Kalau asyik nak marah-marah aje, baik tak payah datang. Buat dia sakit hati pula.
Boleh tak jangan gaduh-gaduh Macam budakbudak. Amanda menjeling Adwan. Buat muka tak senang dengan sikap abangnya.
Itu bukan gaduhlah, little sister. Nasihat, seloroh Adwan. Cuba menceriakan keadaan. Tahu bahasa dia sedikit kasar tadi. Risau punya pasal hingga tak sedar terlepas kata.
Qaireen langsung tak bereaksi dengan kata-kata Adwan. Riak wajahnya masih tetap sama. Tak terkesan dengan lelucon yang Adwan cuba timbulkan.
Adwan membuat isyarat mata pada Amanda. Nampaknya dia perlu memujuk. Orang tu dah merajuk. Orang sakitkan selalu cepat terasa.
Aku keluar dulu. Bincang elok-elok. Amanda menepuk perlahan bahu Qaireen.
Amanda segera keluar dari situ bila Qaireen mengangguk. Rasa bersalah pula terpaksa meninggalkan si teman dengan abangnya. Tapi, kalau tak buat macam ni memang tak berkesudahanlah sengketa kecil kedua-duanya.
Qaireen memandang Amanda yang menghilang di balik pintu. Bersusah payah dia berjalan mendekati mejanya. Setiap langkahnya terasa bagaikan memijak duri. Berbisa.
Qaireen. Adwan mengalun lembut suaranya.
Qaireen langsung tak menoleh. Masih lagi melayan rasa kecil hati.
Sayang, orang sakit kena makan ubat. Barulah boleh sembuh. Nak tidur tu boleh, tapi selepas makan ubat. Kita pergi klinik ya Adwan berjalan menghampiri tempat Qaireen berdiri. Memerhati tingkah Qaireen yang langsung tak mempedulikan dia. Rasa nak tergelak pun ada. Sakit-sakit pun gadis
ini masih nak merajuk dengan dia. Hailaaa, comel aje dia rasa. Kalau sudah halal, memang dia peluk Qaireen ketat-ketat.
Qaireen bungkam. Tangan sahaja berjalan mengemas barang peribadi. Dimasukkan semuanya ke dalam beg tangan.
Saya risau. Terperanjat bila Amanda cakap awak demam. Lapar pun rasa macam kenyang. Berdesup saya pandu kereta ke sini tau. Takut sakit awak makin melarat. Adwan menyambung lagi. Kali ini keluar ayat beli jiwa pula.
Qaireen berpaling. Merenung muka Adwan.
Adwan jongket kening.
Maaf menyusahkan awak. Itulah sebabnya tu saya tak nak beritahu. Tak pasal dua-dua sakit nanti, lemah saja Qaireen menggumam. Rasa kesal pula dengan tingkahnya yang melayan Adwan dengan kasar.
Dia tahu Adwan ikhlas. Entahlah bila sakit macam ni dia rasa macam nak bermanja pula. Lagilah bila ada yang sudi nak melayan. Automatik dia menjadi mengada-ngada.
Kalau tak nak dua-dua sakit, kita pergi klinik. Lepas tu kita pergi makan isi perut awak yang kosong tu. Saya tahu awak pun lapar. Nanti dah isi perut, barulah awak boleh makan ubat kemudian berehat. Okey Adwan pamer senyuman menggoda.
Qaireen angguk. Memang Adwan ni pakar mengayatlah. Senang pula hati dia terpujuk.