KAMU SANG PENCULIK - 11
TAMBAHLAH lauk Aliya. Jangan segan-segan. Kata-kata Mak Cik Ruqayyah

mengundang senyuman manis di bibirku.

Entahlah, seleraku bagai diganggu sedikit akibat peristiwa tadi. Peristiwa yang masih diselubungi beribu persoalan. Walau aku cuba sedaya upaya untuk berlagak seperti biasa namun ia tetap nakal mengganggu fikiran.

Fitri, kenalkan Aliya. Gadis baik hati yang tolong ummi hari tu. Aliya, inilah anak bongsu mak cik, Fitri. Tapi, nama betulnya Daniel Izdihar. Aliya boleh panggil yang mana Aliya suka.

Itulah ayat Mak Cik Ruqayyah yang masih belum mampu kutafsir sepenuhnya. Siapa sebenarnya lelaki yang kini duduk di sebelah Inayah Fitri atau Niel

Benarkah dia Niel yang sama kukenali Jika benar dia Niel yang sama, kenapa sifatnya berbeza sekali Aku yakin dan pasti dia Niel yang sama. Tapi, dia buatbuat tidak mengenaliku.

Ketika kali pertama dia sedar akan kehadiranku di dapur tadi, memang matanya sedikit membulat tetapi serta-merta dia tersenyum manis. Menyapaku dengan ramah dan mengucapkan terima kasih kerana membantu umminya.

Usai makan malam kami berempat duduk di halaman rumah sambil berbual. Banyak berkisarkan hal keluarga. Inayah meminta diri sebentar apabila bakal ibu mentuanya menelefon. Tak lama kemudian Mak Cik Ruqayyah pula ke dapur untuk mengambil puding jagung. Di kesempatan pendek yang ada ini aku terus memandang Niel.

Apa semua ni Niel Soalku dengan tegas.

Saya sendiri tak sangka yang mak cik ni orang yang tolong ummi, jawabnya namun aku tak percaya seratus peratus.

Jangan tipu akak. Akak tak percaya. Niel dah tahu dari awal, tapi sengaja tak nak bagitahu, kan Aku angkat jari telunjuk tepat menghala ke wajahnya. Rasa marah sangat sekarang. Seakan dipermainkan.

Masalahnya saya memang tak tahu. Niel turut menegaskan suaranya. Dari nadanya, aku rasa dia memang berkata benar. Tapi, aku masih tak puas hati.

Pandai Niel berlakon depan ummi Niel. Buat macam tak kenal akak. Nada suaraku berbaur sinis.

Masalahnya kalau saya bagitahu yang saya kenal mak cik, nanti ummi akan tanya macam mana. Saya tak sampai hati nak tipu ummi. Nak jelaskan pun payah. Kendur sahaja suaranya.

Sebab penculikan tu adalah satu kesilapan besar. Akak tak sangka yang Niel sebenarnya masih ada mak. Banyak rupanya benda yang Niel tipu akak. Kali ini aku berpeluk tubuh. Wajahku dibiarkan sekelat mungkin.

Saya tak pernah tipu mak cik selama ni, balas Niel sambil menggeleng.

Habis tu macam mana dengan daddy dan mak tiri

Niel tu Betul atau Niel sengaja reka cerita

Ya Allah, susah sangat ke mak cik nak percaya saya Niel pegang dahinya.

Aku memang begini. Sekali aku rasa tertipu, sukar untuk aku percaya orang itu lagi, Memang susah sebab sekarang ni semuanya berbelit tak masuk dek akal tahu tak.

Saya akan jelaskan, tapi bukan sekarang. Saya nak semuanya nampak elok sebelum ummi dan kakak berangkat ke Tanah Suci. Suara Niel seakan memujuk dan entah kenapa aku bagai terpujuk.

Aras kemarahanku merudum jatuh. Nafas pendek kutarik sebelum membalas, Okey. Demi Mak Cik Ruqayyah dan Inayah akak akan cuba berlakon lagi.

Tapi...

Maafkan mak cik sebab lambat sikit. Teguran Mak Cik Ruqayyah mencantas kata-kataku. Terus senyuman manis kupamer padanya.

Eh, tak apa mak cik. Buat susah-susah aje. Wah tengok pun dah nampak sedap sangat puding jagung ni. Mak cik ke Inayah yang buat ni Moodku sertamerta jadi baik semula. Bak kata Niel, dia mahu semuanya nampak elok sebelum ummi dan kakaknya ke Tanah Suci.

Yang ini Inayah. Memang kepakaran dia dan kalau Aliya nak tahu, sebab puding jagung inilah tunang Inayah jatuh hati dengan dia. Ceria sahaja suara Mak Cik Ruqayyah bercerita.

Wah sweetnya jatuh hati macam tu. Semanis puding jagung! Aku tambahkan keceriaan.

Ummi ni... seganlah. Tiba-tiba Inayah muncul.

Eh, dah habis berbual dengan bakal mak mentua Mak Cik Ruqayyah mengusap bahu Inayah yang baru duduk di kerusi bersebelahannya.

Dah. Ibu kirim salam dekat ummi. Waalaikumussalam.

Tahniah Inayah dan moga Allah permudahkan urusan menuju ke ambang bahagia, celahku sambil pamer senyuman semanis puding jagung.

Terima kasih akak.

Sweet kisah puding jagung, sambungku lagi.

Ummi tak sempat cerita dekat akak lagi, kan Inayah kerutkan dahinya.

Tak cerita pun akak dah dapat rasa kemanisan tu, balasku sambil ketawa kecil.

Tak adalah. Biasa-biasa aje. Masa tu ofis ada buat potluck, jadi Inayah buat puding jagung dan bawa ke ofis. Dia makan dan terus tanya siapa yang buat. Inayah jujur bercerita. Mungkin dia rasa selesa denganku.

Sweetlah tu. Aku membalas sambil tersenyum lebar. Seronok pula dengar kisah cinta orang.

Anak ummi ni diam aje dari tadi. Segan dengan

Kak Aliya ke Mak Cik Ruqayyah menegur Niel.

Aku alihkan pandangan padanya. Elok sahaja dia bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh.

Orang perempuan tengah berbual, seganlah Fitri nak menyampuk. Niel membalas sambil tersengih. Kurang enak apabila nama Fitri digunakannya.

Tiba-tiba aku terbayangkan Fitri satu lagi. Kenapalah dalam banyak-banyak nama yang ada, harus nama Fitri juga yang dipilih.

Namun, aku malas hendak sibuk fikir tentang Niel. Puding jagung Inayah kusua ke dalam mulut. Patutlah tunangnya boleh terjatuh hati. Kami kemudiannya sambung berbual sambil makan. Niel kadangkala sahaja menyampuk. Barangkali memberi ruang untuk kaum wanita berbicara. Sifatnya memang nyata berbeza malam ini bagai langit dengan bumi.

Tidak kusangka dia Niel yang sama merancang penculikan Nelly dulu dan dia juga yang berambut oren ala-ala Rome, kucing Parsi milik keluargaku. Malam ini dia bagai lelaki yang pijak semut pun tak penyek.

ALIYA ni, segan pula mak cik. Patutnya tetamu duduk depan aje. Ini dah tolong macam

macam sejak makan malam tadi. Lembut sekali bicara Mak Cik Ruqayyah.

Mana ada tolong macam-macam. Tolong makan banyak-banyak aje. Siap dapat resepi puding jagung Inayah lagi. Aku membalas sopan sambil mengelap cawan yang telah siap dicuci oleh Inayah. Mak Cik Ruqayyah pula menyusunnya ke atas rak.

Rasa macam tak sabar pula nak makan puding jagung Kak Aliya ni. Inayah turut mencelah.

Insya-Allah, kalau ada kelapangan lepas Inayah dan mak cik balik dari Mekah, saya akan buatkan.

Eh, Inayah gurau aje akak. Janganlah susahkan diri. Inayah menolak sopan.

Tak susah pun. Apalah nak dibandingkan dengan makan malam ni. Kenyang sungguh ni. Takut tak larat nak drive balik sebab makan banyak sangat. Katakataku mengundang tawa kecil Mak Cik Ruqayyah dan Inayah.

Selesai kerja di dapur, kami bertiga keluar semula. Lagipun sudah tiba masanya untuk aku pulang ke rumah. Jam sudah menginjak ke angka sepuluh malam. Tidak sedar begitu cepat masa berlalu. Seronok sangat berbual dengan Mak Cik Ruqayyah dan Inayah.

Ketika kami tiba di luar rumah, kelihatan Niel sedang merenung tajam Galaxy A milikku. Lain macam sahaja renungannya. Jika tidak ditegur oleh umminya pasti sampai ke sudah dia tidak sedar akan kehadiran kami. Aku terus mengambil Galaxy A yang tidak sengaja tertinggal di atas meja ketika hendak ke dapur tadi.

Terima kasih banyak-banyak mak cik, Inayah untuk makan malam yang sangat sedap ni. Siap bekalkan puding jagung lagi. Moga Allah permudahkan semua urusan di Tanah Suci nanti. Aliya akan selalu doakan, ucapku sambil memegang tangan Mak Cik Ruqayyah.

Terima kasih Aliya. Betul Aliya tak nak kirim apa-apa dari sana Untuk kali yang ketiga tak silapku soalan ini diaju.

Betul mak cik. Aliya cuma harap mak cik dan Inayah akan sentiasa diberi kesihatan yang baik dekat sana supaya lebih mudah untuk beribadah. Doaku ini memang tulus dari jantung hatiku.

Aliya ni memang baik. Beruntung lelaki yang dapat memiliki hati Aliya. Mak Cik Ruqayyah terlebih puji pula. Segan aku dibuatnya.

Tak adalah mak cik. Aliya biasa-biasa aje. Aliya minta diri dulu ya.

Betul ni boleh balik sorang Kalau tak, boleh aje mak cik minta Fitri iring dari belakang.

Jangan risau mak cik. Aliya okey. Dah biasa drive sorang-sorang malam macam ni. Aku menolak sesopan mungkin. Senyuman semanis gula Melaka kuhadiahkan buat kedua wanita ini sebelum kakiku melangkah ke luar pagar.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, otakku ligat berfikir. Sudah serupa roller coaster memikirkan tentang Daniel Izdihar a.k.a. Fitri. Ternyata Niel masih punya ibu. Tetapi apa yang tidak kusangka ialah bagaimana Niel ada mak tiri yang seksi teramat dan pada masa yang sama rupa-rupanya Niel ialah anak seorang wanita berniqab.

Dua orang wanita yang nyata berbeza, tetapi berkahwin dengan lelaki yang sama. Cumanya Mak Cik Ruqayyah adalah bekas isteri ayah Niel kerana dia pernah nyatakan yang dia seorang ibu tunggal.

Adakah ini punca Niel sangat tidak suka akan ayahnya sampai sanggup menyimpan nombornya sebagai Presiden. Atau, ayahnya menceraikan umminya yang ibarat ustazah semata-mata untuk berkahwin dengan wanita yang muda dan seksi

Ish jangan memandai-mandai Aliya Shaqina.

Selidik dahulu elok-elok. Bimbang jadi fitnah jika ianya salah. Pelik sungguh kisah keluarga Niel. Eh, kenapa pula aku sibuk fikir tentang keluarga orang. Elok fokus sahaja pada pemanduan. Nanti silap-silap ada juga Irizku cium kereta lain.

SHA, tadi ada orang datang nak jumpa. Kak Zila terus memberitahu ketika aku selesai

mengunci pintu. Teman serumahku ini bahagia menonton drama Melayu. Miza pula pastinya sudah di alam mimpi.

Siapa akak Soalku sambil duduk di sebelah Kak Zila.

Faiz namanya. Terus Kak Zila menjawab walau pandangannya masih ralit pada kaca televisyen. Aku pula automatik diserang pelik. Apa pula mimpinya cari aku

Tunang Munirah Sengaja ingin mendapatkan kepastian.

Ha, itu yang dia bagitahu akak tadi. Kali ini Kak Zila memandangku.

Peliknya. Kenapa pula dia cari Sha ya Kening kukerutkan dan jari kuletakkan di bawah dagu.

Akak pun tak tahu. Tapi, lepas akak bagitahu yang Sha tak ada dekat rumah, akak suruh dia cuba call Sha.

Tak dapat apa-apa call Wajah Kak Zila sedikit serius.

Erm tak adalah pula. Tak apa, Sha cuba call dia semula. Tapi, sebelum tu, ni ada puding jagung sikit dari anak Mak Cik Ruqayyah. Cubalah. Sedap sangat. Sempat aku mempelawa sambil tersenyum lebar.

Kak Zila terus mengambil tupperware yang kuletakkan di atas meja kopi. Penutupnya dibuka.

Sha naik dulu ya. Nak call Faiz kejap lepas tu tidur. Aku lentokkan kepala ke belakang tapak tangan dengan mata yang dipejamkan.

Okey sayang. Good night. Nanti baki puding ni akak simpan dalam fridge ya, balas Kak Zila dan aku terus bangun.

Sampai sahaja ke dalam bilik, aku terus mencari nombor Faiz. Voicemail pula. Sempat aku semak call logs. Ada satu panggilan dari Faiz dan simbolnya menunjukkan ia dijawab. Oleh siapa pula Kusentuh lagi skrin dan tertera durasi panggilan selama 10 saat.

Niel! Terus nama itu terlontar di bibir. Pasti ketika aku ke dapur, Niel sempat mencuri Galaxy A. Memang hobi suka selongkar telefon orang tidak akan pernah berubah. Geram aku dibuatnya. Bibir kuketap sebelum aku cuba menghubungi Faiz buat kali kedua. Masih voice mail. Ya Allah, bimbang mula menjalar ke dalam hati. Munirah baik-baik sahaja kan

Lantas aku mencari nombor Munirah pula. Sama seperti Faiz, voice mail. Makin risau aku dibuatnya. Okey, bawa bertenang Aliya. Siapa lagi yang boleh kuhubungi Teman serumah Munirah! Tapi, aku tak ada nombor telefon teman serumah baru Munirah. Yang lama baru sahaja berpindah dua minggu lepas.

Tiba-tiba satu nama terlintas di fikiran. Terus nombornya kucari dan tidak berjawab.

Mana pula si Mukhriz ni Masa ni lah juga tak boleh nak angkat telefon. Aku mula membebel dengan cukup geram. Hati makin bimbang jadi akhirnya aku cuba nombor lain pula. Harap tidak menghampakan.

Hello mak cik. Tidak sampai lima saat panggilanku berjawab.

Hello Niel. Laju-laju aku membalas.

Hai, baru aje jumpa tadi dah rindu saya ke mak cik. Nakal Niel sudah kembali menyengat. Tadi bukan main senyap.

Akak tak ada masa nak layan nakal Niel sekarang ni. Tadi ada orang call akak kan masa akak di dapur dengan ummi Niel Terus aku ke tujuan asal.

Oh, ada. Faiz namanya. Selamba sahaja suara Niel. Rasa tak bersalah langsung agaknya.

Ya Allah, kenapa Niel tak bagitahu awal-awal dekat akak Bibir kuketap kuat.

Tadi kan mak cik rushing nak balik jadi saya tak sempat nak bagitahu. Pastinya akan ada alasan untuk mengelak.

Dia ada cakap apa-apa tak Nadaku tegas.

Dia cuma..

Ada incoming call. Bye. Terus aku memotong ayat Niel saat Galaxy A bergetar. Aku alihkan ia dari telinga dan tertera Mukhriz di talian.

Apa yang berlaku ni Riz Faiz telefon akak tibatiba. Tapi, tadi orang lain yang jawabkan. Akak cuba calls dia semula tapi voice mail. Call Kak Mun pun voice mail. Usai berbalas salam, aku terus menyerang Mukriz dengan semua persoalan ini.

Kak Mun hilang!

Apa!!!

Penjelasan Mukhriz yang pendek membuatku terjerit dengan mata yang membulat.