Acu! Tengok ni. Haziq dapat toys baru. Cantikkan, acu Haziq menunjukkan satu per satu permainan baru yang dibelinya tadi kepada Elzaara.
Elzaara merendahkan dirinya separas Haziq dan mencium pipi kanan juga kiri. Tangan dihulurkan dan sengihan terbit di bibir Haziq bahawa dia terlupa untuk menyalami tangan acunya. Haziq segera dan bersusah payah menyalami tangan acunya dengan sebelah tangannya lagi penuh dengan toys barunya.
Oh ye ke Siapa yang belikan toys baru untuk Haziq Elzaara bangun sambil membuka kasutnya.
Atuk dengan nenek. Lepas pergi rumah kawan atuk tadi, atuk ajak Haziq jalan-jalan dekat KL. Haziq dapat makan aiskrim cokelat, dapat beli toys baru. Best, acu! Rugi scu tak ikut sekali tadi. Haziq terus memberikan laporan tentang perkara yang dia lakukan semasa bersama dengan atuk dan neneknya tadi.
Elzaara memeluk dan mengusap kepala Haziq. Dengan penuh bergaya Haziq bercerita sehingga kaki dan tangannya juga bergerak bebas sehinggakan toys barunya terjatuh satu per satu di atas lantai. Lisa yang mengekori mereka daripada belakang hanya terkekehkekeh ketawa melihat gelagat Elzaara dan Haziq.
Bestnya. Ala... rugi pula Acu tak ikut tadi, kan. Kalau tak mesti Acu pun dapat makan aiskrim. Haziq, lupa pula Acu nak kenalkan. Meh salam tangan Acik Lisa. Ini namanya Acik Lisa. Makcik Haziq, sama macam Acik Lyn juga. Salam Acik Lisa cepat, Elzaara memperkenalkan Lisa kepada Haziq.
Lisa tersenyum apabila melihatkan Haziq menoleh ke belakang untuk melihat siapakah Acik Lisa yang diperkatakan oleh Acunya. Lisa segera membongkokkan tubuhnya supaya separas dengan ketinggian Haziq. Haziq yang patuh mendekati Lisa tanpa teragak-agak lalu menyalami tangan dan cuba untuk mencium pipi Lisa.
Acik Lisa.
Haziq yang sememangnya senang bergaul dengan orang lain terus sahaja menyandarkan badannya ke bahu Lisa yang sedang mencangkung itu. Keakraban mereka berdua bagaikan Haziq seakan-akan sudah mengenali Lisa dengan lebih lama walhal mereka baru sahaja bertemu.
Lisa pula terus sahaja mendukung Haziq dan dibawanya Haziq ke gazebo manakala Elzaara mengutip mainan Haziq dan terus sahaja masuk ke dalam rumah. Bayangan Puan Rahayu dan Encik Yusuf tidak juga kelihatan di mana-mana. Keadaan di dalam rumah kelihatan sunyi sepi sama seperti sewaktu dia keluar meninggalkan rumah siang tadi. Dia terus memanjangkan langkahnya ke dapur.
Oit Cik Kak! Mana kau dengan Kak Lisa meleser ha Dahlah meleser sampai ke maghrib, tak ajak aku pula tu. Kau orang lepak berdua je kan, aku ni terus kau orang lupakan. Ni yang aku rasa nak merajuk ni! Sergah Lyn tiba-tiba.
Elzaara yang sedang membuka tudung saji terperanjat dan tudung saji yang berada di tangannya terus terpelanting sehingga terjatuh di atas lantai. Telinga Elzaara sempat menangkap bunyi tawa halus yang bergema sebelum telapak tangannya laju hinggap di bahu Lyn.
Pap! Hah, kan dah kena sebijik! Sergah aku lagi buat apa. Kalau aku ada sakit jantung dah lama jalan tau tak! Elzaara menampar bahu Lyn dengan kuat sebagai tanda membalas dendam. Rasa terkejutnya terus bertukar geram kerana Lyn sengaja menyergahnya. Hidungnya kelihatan kempas kempis menahan geram dengan perbuatan tak senonoh Lyn.
Eh, Mak Cik, aku baru sergah sikit je kau dah balas dendam macam ni punya teruk. Sakit woo... Apelah kejam kau ni. Ni confirm ada bekas tau tak. Adoi!
Lyn menggosok bahunya yang pegal akibat ditampar oleh Elzaara tadi. Muncung itik mulai terbit dibibir Lyn. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit akibat ditampar tadi. Lyn tidak menyangka bahawa reaksi yang diberikan oleh Elzaara lebih teruk daripada orang melatah.
Ala, ala sorry, sorry. Aku tak sengajalah. Kaulah ni, pergi sergah aku macam tu buat apa. Tak nampak ke aku buat apa tadi. Untung aku pegang tudung saji je, kalau aku pegang pinggan mangkuk ke, harus berderai tau. Nasib baik aku tak melatah, tak pun sakit jantung. Kalau tak memang teruklah aku kerjakan kau. Lain kali bagilah salam, kan lebih afdal. Sedap sikit telinga aku dengar, bebel Elzaara panjang.
Lyn hanya sengih.
Eh, sakit ke Sorry ya Lyn Elzaara turut sama menggosok bahu Lyn yang kepedihan. Kelihatan bekas merah kesan tamparan Elzaara tadi mula terbit di bahu Lyn di balik baju yang dipakainya.
Dah, dah, tak payah nak ambil hati aku sangat, nak gosok-gosok bahu aku. Sakit tetap sakit, aku rasa macam nak luku je kepala kau ni. Eii, geram aku tau. Ni esok lusa kalau kau kahwin confirm laki kau cabut lari sebab tak tahan kena dera dengan bini brutal macam kau, getus Lyn.
Elzaara memuncungkan bibirnya tanda mencebik sebaik sahaja perkataan kahwin meniti di mulut Lyn.
Ni ha, tadi kau pergi mana dengan Kak Lisa Nasib baik aku sampai tadi Mak Long dengan Haziq dah ada dekat rumah, kalau tak mahunya aku tercongok dekat depan pintu pagar sorang-sorang macam jaga, Gerutu Lyn terhadap Elzaara.
Tak ada pergi mana punlah. Kita orang setakat pergi minum-minum dekat kafe lepas tu Kak Lisa ajak pergi tengok wayang. Kebetulan Kak Lisa terserempak dengan kawan dia tadi. Tu ajelah. Ala, kau janganlah nak merajuk-merajuk macam ni. Macam budak kecillah kau ni nak merajuk-merajuk bagai. Nanti cepat tua kang, tak ada siapa nak dekat kau baru tahu, seloroh Elzaara.
Hek eleh. Berlagak pula kau ye Yelah, mentangmentang Kak Lisa dah balik kan terus lupakan aku.
Poyo! Yang kau pun satu. Tetiba datang tanpa diundang ni apesal Dah tak ada handphone ke nak call aku. Bukan salah akulah ya kalau kau tercongok depan pintu pagar jadi jaga tak bertauliah, sedas bom dilemparkan kepada Lyn.
Errr... handphone aku Bateri kong. Janganlah marah, cik adik manis... Elzaara mencebik!
Ha... Jadi bukan salah akulah kan
Yelah... Salah aku.
Tau pun!
Ehh, tadi kau orang minum dekat kafe mana Aku ingatkan hujung minggu ni nak ajak kau minum dekat satu kafe inilah, putus Lyn.
Dia terus teringatkan wajah seseorang apabila Elzaara menyebut soal kafe. Meskipun dia mempunyai kad nama, tetapi tidak pernah sekali pun dia cuba untuk menghubunginya kerana dia masih menunggu lelaki itu untuk menghubunginya terlebih dahulu. Masakan perigi mahu mencari timba pula fikirnya.
Kau Nak belanja aku minum Lyn Mastura yang kedekut hajah bakhil ni nak belanja aku Wah, macam tak percaya pula aku. Alhamdulillah, memang murahlah rezeki aku minggu ni. Ada aje orang yang nak belanja aku makan... kedengaran sinis suara Elzaara mendengarkan pelawaan Lyn.
Suara mengilai Lyn sudah memenuhi ruang dapur.
Lyn, kau tolong panggilkan Kak Lisa dengan Haziq masuk boleh tak Dah nak maghrib ni. Haziq pun aku rasa tak mandi lagi tu. Pintu dengan tingkap pun tak bertutup lagi. Alang-alang tu kau tolong tutupkan sekali pintu dengan tingkap boleh Aku nak pergi mandi kejap. Nanti kau orang makan dekat sini sekali ya Pohon Elzaara.
Baik boss. As you wish. Tapi kejap lagi kau kena cerita dekat aku semuanya.
Hah, semua Apa yang semua Elzaara mengerutkan wajahnya.
Ala, tadikan kau meleser dekat luar. Ceritalah sikit dengan aku apa kau buat kat luar tu. Manalah tahu kot-kot kau ada jumpa mamat handsome yang nak direkomenkan dekat aku ke kan... Tawa Lyn masih lagi bersisa.
Hesy! Gatai betullah makcik seorang ni. Yelah, yelah as long as kau tepati janji kau nak belanja aku. Tapi, kot ye pun sudah-sudahlah tu mengilai tu. Dah nak masuk maghrib ni kot. Kau nak jadi yang terbangterbang waktu maghrib tu ke Tegur Elzaara.
Yelah, eh Dah nak maghrib ya Oops! Okey, ok aku stop. Eleh, takut sangat aku tak tepati janji tu. Dahlah pergilah mandi cepat. Busuk! Lyn menghalau Elzaara keluar dari dapur dengan menolak perlahan tubuh Elzaara.
Amboi! Bertuah punya cousin! Nak pergilah ni. Tu ha Kak Lisa ada dekat gazebo dengan Haziq, Elzaara menunjukkan penumbuknya kepada Lyn dan terus menghilang dibalik dinding menuju ke biliknya di tingkat atas.
Manakala Lyn pula terus sahaja menuju ke arah gazebo di mana Lisa sedang melayan gelagat Haziq. Dari jauh sudah kedengaran gelak tawa mereka berdua yang sedang memberikan ikan makan.
Kak! Amboi, seronoknya main dengan Haziq sampai tak nampak adik tercegat dekat sini. Ralit benar, macam tengah layan anak sendiri pula ye Lyn melabuhkan punggungnya atas kerusi di sebelah Lisa.
Lisa menutup botol makanan ikan dan diletakkan di dalam bekas yang disediakan di dalam gezebo itu. Haziq yang berada di dalam pangkuannya terus terjun turun dan bercangkung di hadapan kolam ikan lalu mengocak air kolam tersebut. Terkekeh-kekeh Haziq ketawa melihat gelagat ikan-ikan yang bertempiaran lari sebaik sahaja air kolam dikocak.
Haziq, Acu panggil masuk dalam. Acu suruh Haziq mandi. Kejap lagi nak solat lepas tu makan, ujar Lyn kepada Haziq.
Haziq menoleh dan mengangguk. Dia bangun dan terus masuk mengikut pintu dapur.
Hah, yang kau ada dekat sini kenapa dik Tibatiba je ada dekat rumah Mak Long. Mak ada sekali ke Soal Lisa memandang wajah adiknya.
Saja je. Taklah, adik datang sorang je sebab adik daripada office tadi. Oh ya, tadi El pesan suruh kita jangan balik dulu sebab dia suruh kita makan dekat sini dulu.
Oh, okey. Mak Long dengan Pak Long mana Daripada tadi tak nampak
Mak Long, petang tadi adalah adik nampak dekat dapur sekarang ni mungkin dekat atas kot. Pak Long, erm daripada adik sampai tadi tak nampak bayangnya. Kenapa Kak
Eh tak ada apalah. Sajalah tanya sebab Akak tak nampak Pak Long dengan Mak Long lagi. Eh, jom masuk. Dah nak maghrib ni, Lisa mengangkat punggung dan mula mengatur langkah ke arah pintu dapur yang masih lagi ternganga.
Eh, aah! Adik lupa. Ya Allah! Lyn menepuk dahinya terus berlari masuk ke dalam rumah meninggalkan Lisa di muka pintu yang kebingungan. Lisa sempat menguncikan grill dan menutup pintu dapur bagi mengelakkan benda-benda yang tidak diingini berkeliaran di dalam rumah pada waktu senja.
Lisa Tiba-tiba kedengaran suara Puan Rahayu menyapa Lisa.
Lisa menoleh ke belakang dan tersenyum manis. Dia segera menyalami dan memeluk Mak Longnya dengan erat, Mak Long, apa khabar
Baik. Alhamdulillah Mak Long sihat je. Ya Allah,
dah makin chubby Mak Long tengok Lisa ni, tapi makin cantiklah pula. Nanti makan dekat sini ya Eh, Lyn mana Rasa Mak Long ada nampak dia Dah balik ke
Lyn Entah apa yang dia kejarkan tadi. Macam tergesa-gesa je Lisa tengok. Eh, Lisa ni macam biasa je Mak Long. Mak Long tu, Lisa tengok makin berseri wajah. Kalah anak dara, usik Lisa.
Ish, mengarut je kamu ni Lisa. Ni, kalau nak mandi ke nak solat ke pergilah naik atas. El ada dekat atas dengan Haziq. Mak Long nak siap hidangkan untuk kita makan malam kejap lagi. Kejap lagi Pak Long balik kita makan sama-sama ya, ujar Puan Rahayu.
Ha yelah Mak Long. Lisa naik atas dulu ya, Lisa terus mengatur langkah menuju ke tingkat atas.
Setibanya dia di tingkat atas, dia terus memberhentikan langkahnya di hadapan pintu bilik arwah Elfira. Ukiran nama Elfira di pintu bilik diusap perlahan. Bagaikan kedengaran suara gelak tawa Elfira di gegendang telinganya.
Kak Lisa Akak buat apa dekat depan pintu bilik arwah Kak Fira ni Tegur Elzaara.
Eh, tak ada apa-apalah. Akak nak tumpang solat. Lisa menukar topik apabila Elzaara menegurnya sedang mengusap ukiran nama arwah Elfira. Lisa bagaikan kalut sebentar dan terus sahaja menyembunyikan kesedihan yang tiba-tiba datang bertamu.
Akak nak solat Masuk dalam bilik El jelah sebab bilik arwah Kak Fira berdebu. Dah lama tak berkemas. Akak masuk solat dalam bilik El ya Telekung, sejadah ada dekat penyidai. Kalau Akak nak mandi pun pergilah. Nanti El sediakan baju dengan tuala. Lyn pun ada dalam bilik tu tengah solat, arah Elzaara.
Lisa hanya sekadar mengangguk tanpa sebarang kata dan terus berlalu ke bilik Elzaara tanpa menoleh ke belakang lagi. Elzaara yang masih lagi tercegat di hadapan pintu bilik arwah Elfira memandang sayu ukiran nama yang tertera di pintu itu lalu dia lekas menuruni ke tingkat bawah menuju ke dapur.
Ibu, ibu masak lauk apa malam ni Ada apa-apa
El nak tolong ke
El dah solat Mana yang lain Soal Puan Rahayu.
Dah, solat dah, mandi pun sudah. Yang lain ada dekat atas lagi. Kejap lagi turunlah tu, Elzaara menyusun pinggan yang bakal mereka gunakan di atas meja. Sempat dia mengambil bau lauk pauk yang baru sahaja diceduk oleh Puan Rahayu ke dalam mangkuk.
Ehem, sedapnya lauk ni. Memang betul-betul mengugat iman ni... Elzaara sempat mencicip sedikit lauk di hadapannya sambil berdiri. Sedang dia mencicip, kelima-lima jari Puan Rahayu hinggap di belakangnya.
Aduh! Sakitlah, ibu. Kenapa ibu tepuk El pula ni
Tak senonoh! Cubalah bersabar sikit ke. Tak pun ambil piring, tuang sikit lauk tu dalam piring kalau nak rasa sangat lauk tu. Ni tak, dahlah cicip macam tu je, sambil berdiri pula tu. Buatnya Mak Mertua tengok nanti tak ke haru Mau kena heart attack Mak Mertua kamu nanti. Puan Rahayu membebel melihatkan perangai tak senonoh Elzaara.
Hm... Mak Mertua siapa ibu Soal Elzaara dengan nada yang polos.
Mak Mertua kamulah, takkan Mak Mertua ibu pula. Hm... dah, pergi buat air cepat. Ibu nak tunggu ayah kejap.
Air sirap boleh ya ibu
Puan Rahayu mengangguk, Kejap lagi jangan lupa panggil Haziq, Lisa dengan Lyn turun sekali.
Yelah ibu.