SAAT AKU BERPALING - 11
JAM sudah pun berganjak ke pukul lima petang. Faliq masih lagi berselubung selimut. Walaupun gastriknya sudahpun beransur pulih, suhunya masih lagi sedikit panas. Mungkin kerana kesan daripada ubat yang diambilnya, Faliq masih merasa mengantuk. Sedang dia bermalas-malasan di atas katil, loceng rumahnya berbunyi nyaring. Dengan susah payah Faliq bangun membuka pintu. Wajah Taufik kelihatan sedang tersengih terpampang di skrin intercom.

Nah, ni telefon kau. Telefon bimbit yang telah lama dicari oleh Faliq akhirnya kini berjaya ditemui.

La, bila masa pula benda ni boleh ada dengan kau Kau jumpa dekat mana benda alah ni Faliq sedikit terkejut.

Aku hampir putus asa mencari benda ni. Merata tempat dah aku geledah, macam mana pula benda ni ada dengan kau Faliq yang sememangnya masih dalam mod pencarian berasa lega. Nombor telefon jirannya yang terpapar segera disimpan.

Nak jumpa apanya kalau kau cari telefon tu dalam rumah kau ni Faliq oi. Telefon kau ni Encik Farhan yang bagi pada aku sebab kau tertinggal dekat rumah dia masa kau hantar Imelda balik dari sekolah semalam. Dia minta tolong hantarkan pada kau. Taufik memberi penjelasan terperinci sambil dia terus berjalan menuju ke ruang dapur.

Patutlah puas aku cari dekat rumah tak jumpa. Terima kasih banyak-banyak bro. Aku betul-betul tak sangka yang telefon ni boleh ada dekat rumah Abang Long aku tu.

Tu lah kau, elok-elok jadi peguam, kau sibuk nak jadi driver bas sekolah. Kan dah tak terurus hidup kau sekarang ni.

Amboi, sedapnya mulut mengata aku ek.

Ala, dia orang tu pun kiranya anak-anak aku juga kan. Benda kecil aja lah setakat nak jemput dia orang dari sekolah. Aku aja yang careless sikit sebab tu tertinggal benda ni. Faliq suka sebenarnya menjemput anak-anak abangnya dari sekolah. Bukannya selalu pun dia buat kerja begitu.

Yang kau pakai lawa-lawa ni nak ke mana pula

Aku ada date hujung minggu macam ni. Nak bawa Aina keluar makan angin. Kalau tak kerana telefon ni, tak kuasa aku nak datang cari kau pagi-pagi buta.

Aik, dah berbaik dah Hari tu bergaduh macam perang dunia ke-9. Hari ni keluar makan angin pula

Ala gaduh-gaduh manja biasalah. Kalau bercinta tapi tak bergaduh. Tak best pula.Ye la kau mana tahu kan semua tu. Kau kan tak laku.

Mulut kau ni memang jenis yang nak minta tapak kaki, kan Faliq mengangkat sebelah selipar yang berada dikakinya.

Yang kau berselimut macam gini ni kenapa pula Taufik pelik melihat Faliq yang duduk berselubung dengan selimut begitu.

Aku demam la. Puas aku cari telefon ni semalam sebab nak call kau.

Demam Kau demam

Ye la, siapa lagi. Aku la.

Dekat sepuluh tahun kerja, sekalipun aku tak pernah dengar kau ambil cuti sakit, tup-tup bila orang dah bagi cuti, tersakit pula kau. Hampas betul la. Taufik mentertawakan Faliq yang masih lagi kelihatan sedikit pucat.

Habis tu kau dah pergi klinik belum Nak aku bawakan ke

Tak payah. Ada jiran aku yang lawa tu tolong semalam. Siap call doktor lagi datang rumah.

Betul ke Lawa ke Bila masa pula kau ada jiran

Lawa. Dia cakap dia baru je pindah masuk. Dia siap belikan aku bubur lagi. Kiranya aku ni terjaga la juga walaupun demam sorang-sorang kan.

Eleh, kau yakin ke yang dia tu jiran kau. Kau ada tengok kaki dia tak Jangan-jangan. Taufik sengaja mengusik.

Bukan setakat tapak kaki, tapak tangan, muka semua aku dah kelebek. Memang sah dia orang.

Jadinya, kau tunggu apa lagi. Ayat lah. Taufik menyumbangkan ideanya. Apa salahnya jika Faliq mencuba nasib.

Aku tak pandai lah

Bilanya nak pandai, kalau kau tak pernah cuba. Sindir Taufik sambil tangannya sibuk menggeledah ruangan yang paling dia sukai di rumah ini. PETI AIS!!!

Faliq, kau ni kambing ke apa Takkan kau makan salad aje kot selama ni Pizza ke, frozen food ke tak ada Soal Taufik yang tidak berpuas hati.

Dah macam padang rumput aja rupa peti sejuk kau ni. Sayur je semua. Diperhatikan peti sejuk Faliq hanya terdapat beberapa bekas berisi salad segera dan beberapa jenis buah. Tiada satu pun makanan yang berada di dalam peti sejuk Faliq berjaya menambat hati Taufik.

Excuse me, kambing kau cakap aku Kau ingat peti sejuk aku tu supermarket ke apa

Kalau tak kambing apa lagi Kot ye pun gaji kau kena potong, beli la makanan yang karnivor macam aku ni boleh telan. Sebijik epal Granny Smith digigit penuh semangat oleh Taufik. Hanya buah ini sahaja yang boleh diterima tekaknya.

Ala, aku pun karnivor juga, cuma lecehlah nak memasak semua. Kalau nak makan pizza ke, ayam ke, aku buat panggilan je suruh dia orang hantar ke rumah. Lagipun salad aja yang senang nak prepare kalau aku lapar. Letak je dalam mangkuk, tuang salad dressing dah terus boleh cekik. Kan senang tu.

Kau tak jemu ke asyik menghadap salad je harihari Taufik berputus asa. Tidak kiralah berapa lama pun dia mengadap peti sejuk berkenaan, tiada juga makanan yang dia berkenan.

Well, yang penting healthy. Mana ada jemunya. Kau boleh buat macam-macam kot guna sayur-sayur dekat dalam peti sejuk aku tu.

Kau nak makan Ceasar Salad, kau tuang aja sos. Nak makan Potato Salad, kau humban aja kentang. Kalau nak makan Chicken Breast Salad, masukkan ayam. Fruit Salad pula kau humbanlah apa jenis buah pun. Tuna salad pun senang, kau ambil aja tuna dalam tin, tuangkan dalan mangkuk. Banyak jenis kot salad kau boleh buat. Campak je semua masuk dalam mangkuk. Kan senang hidup.

Huh, aku tak boleh hidup macam kau. Mati kebulur aku nanti. Taufik menggelengkan kepalanya. Aku tak mati pun.

Aku memang tak faham dengan selera kau.

Makanan yang semak macam hutan Royal Belum ni pun kau berkenan.

Aku mana ada masa nak masak beriyani ke, rendang tok ke. Salad ajelah yang mudah dan cepat.

Disebabkan kau suka sangat makan tak ikut peraturanlah, kau kena gastrik tu. Makan minum tak terjaga langsung, asyik kerja je.

Mana ada. Sangkal Faliq walaupun dia tahu apa yang dituturkan Taufik memang ada betulnya juga.

Macamlah aku baru kenal kau tiga empat hari ni. Dalam kepala kau tu cuma asyik fikir pasal kerja je. Aku pun kerja juga. Tapi, tak adalah sampai tak sempat nak makan. Nasib baik la abang kau gantung kau kerja. Ada juga masa kau nak berehat sekejap, panjang bebelan Taufik padanya.

Faliq hanya diam. Malas dia mahu berlawan cakap. Peguam dengan peguam kalau dah jumpa, asyik nak berdebat aje menegakkan pendapat masing-masing.

Kau tumpahkan serbuk koko dekat dapur kau ni ke Soal Taufik tiba-tiba.

Kenapa

Berselerak dekat atas lantai ni.

Agaknya kot. Semalam aku ada bancuh susu cokelat.

Penyapu kau mana Taufik mencari penyapu untuk membersihkan lantai dapur Faliq.

Perkataan penyapu dari mulut Taufik itu akhirnya berjaya membuatkan Faliq teringatkan sesuatu. Gadis berbaju putih di Gold Coast. Wajah gadis yang menyelamatkannya dan gadis di Gold Coast yang memukulnya dahulu memang seiras. Mungkinkah mereka adalah gadis yang sama

Encik Faliq. Penyapu mana

Dekat tepi mesin basuh bibik. Ada dekat situ. Suara garau Taufik mengejutkan Faliq dari lamunan.

Tanpa sedar, senyuman terukir dibibirnya. Dia pasti yang kedua-dua gadis itu adalah orang yang sama.

Banyak kau punya cantik, bila masa pula aku jadi bibik kau ni Okey lah Faliq, aku nak kena beransur ni. Kang merajuk lagi si Aina kalau aku lambat sampai. Penyapu yang berada di tangannya diletakkan semula di tepi mesin basuh.

Thanks sebab bawa benda ni datang rumah aku.

Benda kecil je. Malam ni kau nak makan apa Aku belikan lah. Taufik membuat tawaran. Melihatkan keadaan Faliq yang masih kurang sihat, risau juga dia jika Faliq kelaparan malam ini.

Kau boleh belikan ke

Macam lah tak biasa pula. Tak payah lah kau telan lagi sayur-sayur tu semua. Aku tapau la untuk kau. Kau

nak makan apa

Apa-apa aja la. Aku makan je semua.

Sebab apa-apa aja la tu la kau selalu gastric. Nak kata tak ada duit nak beli makanan, aku tengok kau ni tak ada la miskin sangat. Kedekut ke apa kau ni

Kau ni tak habis-habis nak membebel kan. Kau beli la nasi ke apa ke.

Aku tapaukan kau nasi kandar ajelah. Aku letak ayam madu, kari sotong dengan telur dadar. Boleh

Bunyi macam sedap. Faliq yang sedang mencari sesuatu memberikan persetujuan. Ada lagi barangnya yang hilang.

Kau cari apa

Cari dompet aku. Aku lupa lah aku letak di mana

Macam manalah kau boleh jadi pelupa sampai macam ni Faliq Hairan aku dengan kau ni. Semua benda kau salah letak. Taufik turut sama mencari dompet milik Faliq.

Aku tertinggal dekat mana pun aku tak tahu. Kau pergi ajelah. Aina dah tunggu kau agaknya. Nanti aku sambung cari lagi.

Kau menghalau ke apa ni

Mana ada menghalau pula. Kang nanti lama Aina tunggu mengamuk pula dia. Dompet tu aku cari sendiri. Kau pergi lah dulu.

Betul ni Kalau ada apa-apa nanti kau call je aku.

Malam nanti aku hantar kau makanan.

Iyalah! Amemberi salam.

SSALAMUALAIKUM. Faliq teragak-agak

Setelah begitu lama memerah otak, barulah Faliq teringat yang dia ada membawa dompet berkenaan ketika dia keluar dari rumah semalam. Mungkin dompet berkenaan tercicir di rumah jirannya.

Waalaikummussalam. Siapa ni Soal Nadhirah dihujung talian.

Saya Faliq. Jiran yang awak tolong malam tadi. Awak ingat tak

Oh awak. Ya saya ingat. Macam mana awak tahu nombor saya ni Soalan yang berlegar dikepala tibatiba sahaja terkeluar di mulut Nadhirah tanpa disedari.

Oh ya, sorry. Saya guna phone yang awak cas hari tu. Masa saya terbangun awal pagi tu, awak tak ada di rumah, saya cari awak tak jumpa, jadi saya buat missed call ke nombor saya guna telefon awak. Really sorry. Faliq benar-benar terlupa. Dia sepatutnya meminta izin dahulu ketika mereka berjumpa pada pagi semalam.

Tak apalah. Ada apa ya, awak call Sebiji buah strawberry yang dikunyahnya tadi terus ditelan sahaja bagi membolehkan mereka berbual dengan lebih selesa.

Sorry sebab ganggu awak. Awak ada dekat rumah tak Saya rasa saya tertinggal dompet saya dekat rumah awaklah.

Ya ke Saya tak perasan pula. Tapi saya tak ada dekat rumah sekarang.

Pula Tak apa lah kalau macam tu, saya tunggu awak balik aja lah. Nanti baru saya ambil. Faliq tiada pilihan tika ini. Pertama kali berjumpa mereka tertukar beg sandang, kali ini dompetnya pula yang tertinggal. Banyak betul barang-barang yang ditinggalkan pada gadis penyapu itu.

Tak apa lah, awak masuk je tengok dekat dalam rumah saya.

Awak serius ke ni Cik Nadhirah Faliq agak terkejut dengan jawapan yang diberikan Nadhirah.

Kenapa

Awak tak takut ke Berani juga awak benarkan saya masuk dalam rumah awak. Hairan Faliq dengan jawapan yang diberikan jirannya ini.

Tak ada berani sangat, tapi saya ada di Cameron sekarang ni. Lusa baru balik. Macam mana awak nak ambil dompet tu nanti. Awak masuk aje dalam rumah.

Sekejap lagi saya mesej awak kata laluan rumah saya. Awak betul percayakan saya ke ni Faliq terkejut. Berani juga wanita ini memberikan kata laluan rumahnya sesuka hati.

Tapi, itulah yang terbaik sekarang. Lesennya, kad pengenalan lagi, kad kreditnya semua ada di situ. Patah lah kakinya jika dia tidak boleh memandu. Takkan lah pula tiga hari dia nak mencekik sayur salad sahaja semata-mata. Mahunya betul cakap Taufik nanti yang dia ni berketurunan kambing.

Kenapa Awak ada rancangan nak rompak rumah saya ke

Tak ada lah, cuma saya terkejut sikit sebab awak berani betul bagi kata laluan awak dekat saya.

Tak apa, nanti balik saya tukarlah nombor lain. Awak masuk je dalam rumah tu. Maybe ada jatuh di mana-mana. Saya tak perasan.

Okey, saya tunggu mesej dari awak. Thank you. No problem, panggilan diputuskan.

Siapa tu Soal Alana yang sedang sibuk bergambar di dalam rimbunan pohon lavender yang tersusun dengan begitu kemas.

Faliq. Jiran yang kita tolong semalam. Jawab Nadhirah pendek.

Apa dia nak

Dia tercicir dompet dekat dalam rumah aku. Aku tak perasan pula masa kemas rumah pagi semalam. So, aku suruh la dia masuk ambil sendiri. Ujar Nadhirah sambil tangannya leka menghantar pesanan ringkas berisi kata laluan pintu rumahnya kepada Faliq.

Nadhirah Johan! Kau jangan cakap dekat aku yang kau bagi kata laluan rumah kau dekat dia

Nadhirah mengangguk perlahan. Dia tahu yang dia bakal mendengar ceramah lagi dari Alana.

Kau ni! Bahaya tahu tak buat macam tu.

Habis tu nak buat macam mana lagi Kita lama lagi nak tinggal di sini. Takkan lah aku nak suruh dia tunggu sampai tiga hari kot. Lagipun mesti banyak benda penting dalam dompet tu.

Ada aja alasan kau bagi ek

Well aku rasa dia macam baik je. Sebab tu aku bagi. Nanti balik sana aku tukarlah password.

Tukar tau. Jangan tak tukar pula. Suka sangat dia buat benda-benda macam ni. Alana membebel lagi.

Yelah, yelah aku tukar nanti. Jangan risau sangat. Maunya tak risau. Kau tu perempuan. Bahaya!

Alana, berdirilah betul-betul. Kang ada juga yang patah riuk semata mata nak bergambar punya pasal. Nadhirah menegur Alana yang begitu berani berdiri di tebing bukit semata-mata kerana mahu bergambar.

Ala, sekejap aja. Tak jatuhlah. Eh, hari tu kau ada cakap yang Adelia ada datang rumah, kan Apa jadi

Macam biasa lah, gaduh ajalah kerja kami dua orang. Mana ada kerja lain lagi kami nak buat.

Dia tu tak habis-habis kan Aku hairan lah dengan dia tu, kenapa dia suka sangat kacau kau. Geram aku.

Dia saja datang nak buat road tour dekat rumah aku. Dia ingat Tan Sri Malik yang belikan aku rumah tu.

Habis kau cakap apa

Cakap jelah aku beli guna duit aku. Tapi, kau tahukan dia tu. Mana dia nak percaya apa aku cakap. Dia datang sekejap je. Tak sempat aku nak gaduh tariktarik rambut, dia dah balik. Nadhirah ketawa kecil.

Lain kali kalau dia datang lagi, kau tak payah nak berbahasa sangat. Tak payah nak ajak dia masuk.

Dia dah tak datang lagi kot. Kalau dia datang pun aku takkan buka pintu lagi untuk dia. Penat aku melayan kerenah dia yang macam budak tak sekolah.

Kenapa pula Ada cerita baru ke

Dia dah nak kahwin. Next week bertunang lepas tu maybe dalam two month kahwin.

Seriously Bukan next week dah Ramadan ke

Kenapa pula

Ada ke orang bertunang bulan puasa Nad

Entah aku pun tak tahu. Rasanya macam ada je kot, lagipun dia orang bertunang hari Ahad. Khamis baru kita mula puasa kan

Well, siapalah yang malang nak berkahwin dengan dia tu Psiko macam tu pun ada orang nak ke

Entahlah, my Dad yang cakap. Mak tiri aku yang uruskan semua. Katanya dia orang tak bercinta pun, pilihan keluarga dan Adelia pun berkenan. Jadi majlisnya lagi dua tiga bulan. Aku malas nak tanya banyak. Hal dia orang biarlah dia orang yang uruskan. Habis tu kau dijemput tak

Papa aku call suruh aku datang rumah hari dia orang bertunang nanti. Bosanlah. Rungut Nadhirah.

Habis tu kau nak pergi ke tak

Pergilah kot sekejap. Aku malaslah nak pergi, tapi kalau tak datang nanti kecil pula hati Papa aku.

Memang aku dah agak dah. Ala, kalau kau tak nak stay lama, kau pergi sekejap pun jadilah. Kesian juga Papa kau nanti.

Cakap pasal mak tiri, Puan Sri Munirah dah tak kacau kau lagi ke sekarang Lama rasanya aku tak dengar kau merungut pasal dia, kan

Tak ada. Agaknya Papa aku dah bagi warning dekat dia kot. Dah lama dah dia tak kacau aku. Seingat aku sejak beberapa tahun lepas. Dia dah tak ada nak maki-maki aku kalau nampak muka aku je dia terus pergi. Tak ada nak sound aku macam dulu.

Kira okeylah tu. Maybe sebab kau pun dah besar, jadi dia dah tak berani kot.

Maybe, tapi rasanya dia dah tak berani sebab Papa aku je. Kalau tak ada Papa aku, rasanya still aku kena maki hamun juga macam dulu.

Habis tu abang Aidid kau tu macam mana

Dia dah tak kacau kau lagi pasal harta-harta Papa kau tu

Ada la dia call few weeks back. Entah dari mana dia tahu aku dah balik Malaysia. Warning aku, suruh jangan memandai masuk campur dan stay away dari Emerald Group. Aku rasa dia tu paranoid je. Takut sangat kalau aku kebas harta Papa dia.

Siapa yang tak takut Nad. Maunya dia gila kalau tiba-tiba kau tersesat masuk kerja di Emerald tu. Eh, penatlah jadi kau, kan Nad Dia orang tu semua macam tak boleh nak tengok kau senang, kan Alana mengeluh kecil.

Aku dah tak kisah. Aku dah ada hidup sendiri, duit sendiri sekarang. Aku balik ni pun sebab nak jaga Papa. Yang lain aku dah tak nak campur. Biarlah dia orang uruskan apa yang dia orang nak. Aku tak nak terlibat. Kalau aku menyibuk sangat, nanti aku juga yang sakit kepala. Keluarga Papa aku ni serabut sangat kau tahu tak Malas aku nak membazirkan tenaga.

Aku sokong kau Nad, tak payahlah kau nak susahkan diri. Lagipun perniagaan yang Mama kau tinggalkan untuk kau pun dah lebih dari cukup.

Memang pun! By the way, aku ada cakap dengan kau tak pasal saham Papa aku

Saham apa Kau tak cakap pun lagi.

Papa aku hibahkan saham dia di Emerald Group pada aku.

Serius Bila Kenapa dia nak hibahkan pada kau

Masa aku baru je balik dari Australia. Aku terlupa nak cerita dekat engkau. Kau tahu kan anak luar nikah macam aku mana layak nak dapat harta pusaka. Sebab tu Papa aku hibahkan pada aku dulu.

Betul juga apa yang Papa kau buat tu. Kau anak dia juga tak kira lah macam mana pun. Tentulah dia nak pastikan kau dapat juga harta dari dia. Berapa banyak dia bagi

Papa aku serahkan 5% saham dia dengan dua buah premis perniagaan dekat Bukit Bintang.

Gila kau. Banyak tu 5%. Adik beradik kau tahu ke tak pasal ni

Dia orang tak tahu apa-apa. Lagi pun Papa aku tak nak dia orang tahu. Dia hibahkan benda ni pun sebab dia tahu yang aku mungkin takkan dapat apa-apa kalau dia pejam mata dulu. Mulanya aku ingat nak tolak tapi Papa aku tetap juga nak bagi. Aku ambil aja lah.

Buat apa nak tolak Dah Papa kau nak hibahkan pada kau. Ambil aja lah.

Aku malas sebenarnya. Kalau dia orang tahu apa yang aku dapat mesti bising nanti. Lagipun aku dah penat la nak bergaduh pasal benda ni semua.

Kau tak payah nak fikir sangat pasal benda tu.

Premis perniagaan apa yang Papa kau bagi

Aku dapat 2 buah bangunan 2 tingkat. Ada 16 buah lot kedai. Semuanya dah disewakan. Aku tinggal kutip duit sewa aja. Eh, bosanlah cakap pasal family aku. Kau tak lapar ke Perut Nadhirah sudah lama berzapin minta diisi.

Lapar juga. Nak makan dekat mana

Mana aku tahu. Kau yang bawa aku datang sini. Aku ikut kau.

Habis tu, kau ingat aku tahu ke jalan-jalan dekat sini. Aku baru datang juga ni. Kalau tak kerana seminar kesihatan tu, tak jejak lah kaki aku dekat sini lagi.

Eh, kau ingat tak, tadi kita datang dari simpang kiri ke kanan Nadhirah memandang ke arah simpang jalan yang kelihatan sama sahaja.

Habis lah kita. Aku tak ingatlah Nad.

Kau memang selalu buat lawak kan Aku pun tak ingat juga.

Habis tu nak buat macam mana

Nak buat apa lagi Tanya orang lah cik kak oii. Alana memuncungkan mulutnya.

Itulah yang sering terjadi kepada Alana dan Nadhirah. Sesat jalan bukan lah sesuatu yang pelik buat mereka kerana kedua-duanya buta arah.