Dia berjaya menyelinap keluar melalui pintu belakang, yang ternyata mengarah ke kolam renang. Saat sedang menikmati keindahan dan ketenangan suasana di tepi kolam renang yang biru airnya itu, tubuhnya ditarik dari belakang. PAK! Pipinya terasa perit.
Dia memandang orang yang telah menamparnya tadi. Chaekyong!
Ini amaran untuk kau. Jangan ganggu kekasih aku! ujarnya kasar.
Wajah Abriel berubah. Tanpa berfikir panjang, dia membalas tamparan Chaekyong. Gadis itu terjerit.
Berani kau ya jerit Chaekyong kuat.
Ya, memang aku berani. Kau siapa nak tampar-tampar orang sesuka hati Hey, kalau kau nak kan dia, kau ambillah! Cubalah! Aku takkan halang kau. Tapi kalau dia masih tak pilih kau, jangan salahkan orang lain!
What Hey, kau siapa Berani kau cakap macam tu depan aku tengking Chaekyong. Kau tu orang miskin, tak cantik pula tu! Tengok baju kau! Rambut kau! Muka kau! Tolong cermin diri tu sikit! Jangan berangan nak berganding dengan oppaku!
Abriel mendengus kasar. Memang aku tak mampu nak bergaya macam kau! Tapi kau kena ingat, dia yang kata aku kekasihnya, bukan aku yang kata begitu! Kalau kau tak percaya, kau boleh masuk dalam tanya dia! Jadi kau tak perlu tampar orang sesuka hati!
Chaekyong tertawa mengejek. Kau tunggu! Kau akan dapat pembalasan atas perbuatan kau ni! Aku tunggu! sahut Abriel penuh berani.
Chaekyong menghentak-hentak kakinya marah saat beredar. Abriel mendengus jengkel. Dia duduk pada sebuah bangku dan mengusap pipinya yang terasa perit. Keterlaluan! Sepanjang umurnya dia tidak pernah ditampar, malah kedua orang tuanya tidak pernah menjentik dia sama sekali.
Sakit
Abriel mengangkat muka. Yoohwan berdiri di hadapannya sambil memegang beberapa ketul ais di atas sehelai sapu tangan.
Kau buat apa di sini Nak ketawakan aku soal Abriel dengan nada rendah.
Yoohwan tidak menjawab pertanyaan itu, sebaliknya melabuhkan punggung di sebelah Abriel. Sapu tangan berisi air itu ditekapkan ke pipi Abriel yang memerah. Rasa dingin dari sapu tangan itu membuat gadis itu mengaduh, tetapi rasa pijar dan panas akibat tamparan Chaekyong mula berkurangan.
Kerana yang menekapkan sapu tangan berisi ais itu adalah Yoohwan, Abriel berusaha menjauhinya. Namun Yoohwan menghalang. Tunggu sekejap. Duduk dulu. Kalau tak nanti ada bekas tamparannya di pipi kau. Memang kau nak biar semua orang tahu yang kau baru lepas ditampar orang soalnya tegas.
Kau peduli apa sial Abriel dengan ketegasan yang sama. Yoohwan tidak menjawab. Tadi, saat melihat Abriel ditampar, kemarahannya memuncak. Hampir saja dia meluru keluar untuk membantu gadis itu. Namun niatnya terhalang saat melihat gadis itu menampar wajah Chaekyong kembali. Ternyata gadis itu punyai taring! Tetapi dia tak mungkin menyatakan itu di hadapan Abriel. Hyung akan risau kalau nampak kau macam ni, sahutnya selamba. Mereka saling bertukar pandangan untuk beberapa ketika. Dan Chaekyong itu pendendam orangnya. Kau kena hatihati. Dia mungkin akan susahkan hidup kau.
Aku tak takut, getus Abriel. Hatinya membara kembali.
Yoohwan tersenyum mendengar nada Abriel yang penuh semangat. Aku tau kau tak takut tapi kau tak kenal Chaekyong dan apa yang boleh dia lakukan. Dengan mudah dia boleh hancurkan kau kalau dia nak.
Aku dah pernah hancur. Kali kedua bukan masalah untuk aku.
Dahi Yoohwan berkerut. Apa maksud Abriel Mata gadis itu bersinar penuh tekad dan itu membuatnya takut. Dia takut gadis di hadapannya itu benar-benar hancur. Secara automatik, tangannya terhulur dan menyentuh rambut gadis itu tanpa disedarinya. Entah apa kuasa yang dimiliki gadis itu sehingga mampu menyentuh hatinya. Dia begitu ingin mendakap gadis itu erat dan melindunginya dari semua bahaya. Kenapa gadis itu perlu menjadi kekasih hyung nya
Abriel terkaku saat Yoohwan mengelus kepalanya. Ini bukan sesuatu yang bagus, kan Bagaimana kalau ada orang yang nampak Bagaimana kalau Jaejoong yang nampak Pasti akan ada yang salah faham. Abriel beranjak menghindari sentuhan Yoohwan.
Yoohwan tersentak daripada lamunan. Dia merenung Abriel sesaat sebelum tiba-tiba bangun dan terus meninggalkan tempat itu dengan tergesa-gesa. Beberapa minit kemudian, Abriel menyusul. Dia masuk ke dalam dan mula mencari Jaejoong dalam keramaian itu. Saat bertemu dengannya, Abriel menyuarakan hasrat untuk pulang.
Okay,boleh. Jom kita jumpa Kibum dulu, ujar Jaejoong sambil menggenggam tangan Abriel. Abriel menggeleng. Dia mahu terus keluar. Jaejoong menyuruhnya menunggu di pintu depan sementara dia mengucapkan terima kasih pada Kibum.
Perjalanan pulang diisi dengan kesunyian. Abriel tidak tahu apa yang harus dibualkan sedangkan Jaejoong sepertinya sedang hanyut dalam lamunannya sendiri dan tidak mahu diganggu. Namun akhirnya Abriel memberanikan diri untuk membuka suara.
Pasal kita
Jaejoong menoleh, memandang gadis itu. Serta-merta dia tahu apa yang ingin gadis itu katakan. Saya tau. Kita tak perlu bincang lagi. Biar masa yang tentukan, okay Saya tak kata yang saya akan berhenti berjuang. Lagi-lagi lepas apa yang saya cakap depan kawan-kawan saya malam ni. Tapi ah, tak apalah. Tak perlu kita bincangkan sekarang. Dia kedengaran letih sekali. Abriel mengangguk.
Lama mereka terdiam sebelum akhirnya Jaejoong kembali bertanya. Bila awak kahwin Dia kedengaran selamba tetapi tidak dapat menyembunyikan fakta yang dia sebenarnya rasa sedikit tertekan.
Lepas tamat sekolah menengah, sahut Abriel.
Oh Sebab sesuatu terjadi ke soal Jaejoong lagi.
Abriel sudah faham maksud soalan itu. Sudah kerap kali dia ditanyakan soalan yang sama. Maksud kau, mengandung Tak, kami bukan macam tu.
Jadi sebab awak cintakan dia Nada suara Jaejoong berubah.
Abriel merenung Jaejoong lama tetapi lelaki itu tidak menoleh ke arahnya. Matanya masih terfokus ke jalan raya. Betul, sahut Abriel akhirnya.
Kalau macam tu, kenapa bercerai Dia pukul awak
Curang Dia tinggalkan awak
Abriel menghela nafas. Dia dah meninggal. Sepi sesaat. Kenapa soal Jaejoong lagi.
Sakit kanser.
Awak tahu dia sakit sebelum kahwin
Abriel mengangguk. Jaejoong memandangnya sesaat sebelum kembali menoleh ke depan.
Jadi kenapa awak nak kahwin dengan dia. Awak bodoh
Mata Abriel terbeliak besar mendengar kata-kata lelaki itu. Bodoh Dia kata aku bodoh Saya cintakan dia. Jadi saya bodoh sebab saya berkahwin dengan dia ujarnya marah.
Memang bodoh. Awak cintakan dia. Awak cintakan lelaki yang sangat egois sampai sanggup menyeret awak dalam penderitaan bertahun-tahun lamanya hanya untuk mendapatkan gelaran suami kepada awak sebelum dia meninggal.
Dia bukan egois! pintas Abriel, suaranya berbaur marah dan emosi. Dia lelaki paling baik yang pernah saya kenal! Oh, begitu soal Jaejoong agak sinis. Jadi dia tak egois, walaupun dia tahu akhirnya dia akan terpaksa meninggalkan awak dalam usia muda
Saya bahagia dengan dia!
Betul ke Berapa lama Berapa lama awak betul-betul bahagia dengan dia sebelum ia bertukar jadi tangisan saat dia sakit, saat berulang-alik mendapatkan rawatan, saat menggenggam harapan dalam tangan yang awak tahu tak akan jadi kenyataan
Abriel menoleh ke luar tingkap dengan mata berkaca. Bagaimana lelaki ini tahu apa yang telah terjadi Memang begitu mudah untuk membaca fikirannya Awak tak kenal saya, awak tak kenal dia. Jadi jangan buat-buat tahu apa yang kami dah lalui bersama.
Jaejoong menghela nafas. Saya tak kenal dia. Tapi saya melihat awak sekarang dan saya tahu tak susah untuk membayangkannya.
Jaejoong menurunkan Abriel di depan pagar apartmennya dan menunggu sehingga gadis itu berlalu sebelum dia beredar dari situ. Bunyi enjin keretanya begitu kontras dengan keheningan malam yang semakin larut itu.