Bunyi koyakan kanvas yang tebal itu tidak lama. Tembakan bertali arus menyusul dari segenap arah. Bunyi tusukan laser membakar objek di dalam kanvas cukup menggerunkan. Saya dapat dengar bunyi desis sesuatu seperti ular tetapi ia lebih nyaring.
Saya dapat lihat imej-imej silam tatkala saya berada di Marikh dulu timbul umpama nostalgia yang tak mahu mati. Saya menekup telinga dengan kedua-dua belah tangan kerana tidak tahan dengan lambakan imej-imej yang salih bertingkahan tanpa henti. Ia umpama pisau yang merobekrobek jantung saya tanpa nyawa dicabut terlebih dahulu. Saya mula hilang keseimbangan lalu jatuh ke atas lantai yang berbongkahan batu merah indahnya. Saya menggeletar. Saya tidak takut, tetapi jasad ini tahu benda sebaliknya. Jasad ini tidak dapat menahan diri dari ketakutan yang dijelmakan oleh objek yang berada di dalam karung kanvas itu.
Pandangan dilontarkan lagi ke arah beg kanvas tadi. Saya lihat makhluk itu, yang sama seperti yang saya hadapi ketika di lembah Marikh yang terlindung dahulu, sedang meronta-ronta dijamah laser-laser membunuh. Dia akan mati. Sedikit sebanyak dendam di dalam jiwa ini terubat jua. Saya mula beroleh kekuatan. Hamparan imej-imej ngeri mula mengurang. Jika di planet Marikh dahulu, makhluk itu beraja dan menguasai jasad-jasad penghuni koloni dengan mudah sekali, kini situasi sudah jauh berubah.
The Phosphorus, kau akan mati kali ini! Padan muka.
Awak okay
Seorang gadis yang pernah saya lihat sebelum ini sedang tunduk dan menepuk-nepuk bahu saya dengan lembut. Pandangan saya yang tadi kabur kini beransur-ansur jelas kembali. Saya melirikkan senyuman sebelum saya mula menyedari siapakah gerangannya gadis itu.
Mitchelle. Nama itu cocok dengan peribadinya. Entah mengapa, nama itu terpacul begitu sahaja dalam kepala saya. Biar saya bantu awak ye. Awak macam dalam masalah besar
Tapi, tapi.. saya..
Shuh
Lalu saya dipapahnya dan didudukkan di atas bangku di taman mini di antara dua bangunan. Dia tenang sahaja duduk di depan saya sambil memerhati saya dari atas ke bawah dengan senyuman manis melirik bibirnya.
Saya ingin bertempik meminta pertolongan dari polis, tetapi lidah saya kaku. Saya tak rasa saya boleh berbuat begitu. Terdapat sesuatu pada tindak-tanduk Mitchelle yang buatkan saya tak mampu menentangnya dengan kekasaran. Perasaannya untuk membantu saya itu terasa tulen dan ikhlas sekali. Saya mengandaikan perasaan ini selaku satu ilusi yang harus ditepis dengan akal dan rasional, tetapi ia sukar. Tidak pernah rasanya saya berdepan dengan seseorang yang begitu karismatik sebegini.
Awak pasti dah baca mengenai kami. Kami tak pasti bagaimana polis boleh menghidu kegiatan kami, tetapi ia tak mengapa. Polis tak mampu berbuat apa-apa terhadap kami
Benar katanya, kerana sebaik sahaja saya melihat ke arah polis-polis tadi, mereka sudah usai menyelesaikan makhluk parasitik berbentuk ular tersebut. Saya lihat cebis-cebis daging bertebaran. Ia ngeri, tetapi saya tetap gagahkan juga untuk melihatnya.
Kemenangan bagi pihak polis, tetapi bagaimana pula bagi Mitchelle dan juga Krishnan
Sebaik saya menoleh, saya mendapati Krishnan juga telah ada di sebelah saya. Tenang sahaja dia menghisap cerut mahal dan melontarkan kepul-kepul asap ke udara. Sudah berapa lama saya tidak lihat cerut Saya sendiri tak pasti.
Polis tak dapat lihat kita, kerana itulah kebolehan kami ujar Krishnan sambil terus menghembus kepul-kepul asap cerutnya. Biarpun begitu, saya tak dapat hidu bau asap hatta sedikitpun. Ia mungkin ilusi juga.
Apa yang dah jadi saya akhirnya dapat bertanya. Namun saya dapat rasakan perbualan ini telah dirancang. Terdapat satu mekanisme yang menghalang saya dari memilih suku kata yang mahu diutarakan. Kedua-dua orang ini barangkali memutuskan untuk memberi penjelasan kepada saya akan apa yang terjadi sebenarnya.
Sebelum saya meneruskan perbualan ini, saya nak awak pegang fakta yang satu ini dahulu ujar Mitchelle, masih lagi dengan senyuman manis dan tenangnya.
Uh-huh
Kebenaran tidak pernah jadi milik orang bumi mahupun penghuni Marikh
Ketika itu saya tidak tahu bagaimana mahu bereaksi. Kenyataan itu seolah membuktikan mereka berdua tersebut sememangnya makhluk asing.
Baiklah saya bersetuju dengan pendapat itu jawab saya tanpa idea dengan apa yang saya persetujui.
Apabila terdapat orang yang dapat melihat apa yang kami lakukan ke atas sistem yang kerdil ini, kami berada dalam risiko. Dan kami akan putarkan risiko itu menjadi kelebihan kami. Itu adalah lumrah kejadian kami sambung Mitchelle pula sambil membentuk jari-jemarinya menjadi simbol hati manusia.
Atas dasar apa dia melakukan perbuatan sebegitu tidaklah diketahui pula akan sebab-musababnya. Cuma saya sedar kini, selain dari makhluk parasitik Marikh, terdapat satu lagi kewujudan asing yang masih tidak difahami akan sistemnya.
Keistimewaan kami adalah simulasi realiti.Y a, simulasi realiti seperti yang pernah dikatakan oleh saintis bumi bernama Nick Bostrom. Dari perjalanan ke angkasa sehinggalah kamu bertemu dengan Martian, segalanya berada dalam telahan kami. Bahkan, apa yang kamu percaya kamu ketemui adalah berada dalam perkiraan kami.
Jika mahu difahami dari konteks manusia, kami adalah Tuhan. Ya, kami kawal apa yang kamu harus tahu. Kami tentukan apa yang kamu mahu tahu. Kau percaya ke adanya Tuhan
Cerut sudah tamat hisapnya. Tidaklah dilontar cerut yang sudah luput asapnya itu ke lantai. Krishnan memetik jarinya dan seraya itulah sisa cerut itu hilang. Laksana magis. Jika benarlah mereka makhluk asing yang menjadikan simulasi realiti selaku pekerjaan mereka, maka hidup saya kini umpama dalam matriks.
Kebenaran tidak pernah jadi milik bumi mahupun Marikh. Saya mengerti kini konteksnya.
Jika mereka berdua adalah simbolik kepada kebenaran tadi, maka apakah saya ini wujud seperti mereka Atau saya ini hanya sekadar paparan hologram yang berlegaran di ruang maya dan perlahan-lahan mempercayai saya telah memperolehi ilmu pengetahuan dan juga memori-memori yang serasanya palsu.
Saya berasa tertekan. Jika segalanya palsu, maka apakah yang benar untuk saya Adakah mereka berdua ini begitu benar Adakah mereka memegang kunci kewujudan yang sebenarnya Saya tidak boleh menghadam realiti ini dengan mudah.
Saya percaya wujudnya Tuhan. Allah S.W.T adalah Tuhan saya. Maka siapa pula kamu
Krishnan dan juga Mitchelle saling berpandangan antara satu sama lain. Langsung tersengih. Lalu Mitchelle pula memunculkan cerut di tangannya. Ia menyala umpama magis jua. Masih kabur-kabur akan maksud cerut itu dengan permainan ini. Saya berharap saya akan dapat pencerahan yang tepat.
Kami tak mahu mendakwa bukan-bukan. Kami akan berterus-terang. Kami akan persembahkan realiti yang sebenarnya kepada anda dan kami mahu bagaimana reaksi manusia apabila mengetahui realiti yang mereka pegang selama ini jawab Mitchelle.
Kami tak peduli siapa atau apapun yang kamu percaya. Kerana bagi kami, ia hanyalah produk dari simulasi realiti kami. Kami adalah revolusi kepada kaum kami. Kami akan ciptakan jambatan yang sepatutnya moyang kami lama dahulu patut buat. Kami percaya intelektualiti yang manusia miliki sudah cukup memadai untuk memahami kami. Walau sekecil atom, ia sudah memadai tambah Krishnan pula.
Mitchelle lantas bingkas bangun dari bangku. Saya yang mula percaya segala ini hanyalah simulasi mula berasa ralat. Saya dongak, saya biarkan cahaya mentari tengahari menerjah ke dalam bebola mata sehingga silau. Silau itu pedih. Pandangan saya kembali berpinar-pinar. Sedar tak sedar, lengan kanan saya sudah dipaut seseorang. Krishnan tersenyum sahaja sambil memegang lengan kanan saya. Kami mula bergerak ke galeri tadi.
Kami dapat ciptakan lapisan-lapisan tanpa had dalam simulasi realiti yang kami cipta. Awak boleh anggap ini selaku lapisan ketiga. Bagi kami ini adalah lapisan keenam. Maknanya, dengan mengambil realiti yang awak hidupi pada asalnya selaku lapisan alfa, kini awak berada dalam lapisan ketiga, yakni gamma. Realiti kedua, yakni lapisan beta bagi anda adalah ketika anda berada di Marikh. Pasti satu pengalaman menarik bukan
Ia merupakan satu eksperimen menarik. Kami mempertemukan dua kewujudan yang saling berlawanan antara satu sama lain. Kami tak sangka ia akan jadi paduan paling unik antara semua eksperimen kami. Martian dan orang Bumi. Huh, tak sangka Martian boleh berasimilasi dengan sesuatu yang mereka tak pernah ketemui panjang penjelasan Mitchelle.
Dia menyeluk beg yang saya bawa lalu mengeluarkan notanota misteri itu lalu menyimpannya di dalam jaketnya.
Ini adalah jambatan kami untuk menceroboh masuk ke dalam simulasi realiti yang kami buat. Awak kutipnya, maka awak memang istimewa. Bagaimana rasanya membaca perihal realiti-realiti lain Mungkin awak percaya dengan konteks fantasi, tetapi dalam kamus hidup kami, tiada fantasi. Ia hanya satu simulasi selepas simulasi lain.
Ketidaklogikan hanya satu simulasi. Jika kamu hendak berpegang pada bumi yang nyata, maka ia adalah mustahil. Kami adalah satu-satunya makhluk di dunia ini yang punya akses ke atas realiti yang sebenar
Sementara itu, kami telah tiba di hadapan galeri. Kelihatan beberapa orang pegawai polis robotik sedang berkawal di luar premis. Kehadiran kami langsung tidak menyedarkan mereka. Kami umpama halimunan di depan mereka. Aneh benar.
Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam galeri, kami seolah-olah melangkah ke dalam satu dimensi yang lain. Polis-polis robotik yang berlegar tadi langsung lenyap. Krishnan dan Mitchelle tersenyum melihat reaksi saya yang terpinga-pinga. Saya berasa seperti orang bodoh oleh tindakan mereka.
Selamat datang ke galeri kami. Oh ya, awak sekarang berada di lapisan Delta. Tiada manusia lain di sini selain kita. Namun saya tak berani jamin lapisan ini tak dibolosi Martian. Simulasi realiti yang kami buat ini dah agak celaru baru-baru ini. Mungkin ini pengakhiran kepada realiti Krishan tampak sedih dengan kata-kata itu. Saya tidak dapat memahami mengapa saya tidak merasa sebarang penipuan dalam kata-kata mereka. Mereka umpama satu kejujuran yang dijelmakan menjadi humanoid. Kejujuran yang dimanusiakan. Aneh, kerana selama ini saya berpendapat kejujuran itu bukanlah satu benda yang objektif. Memanusiakan sesuatu yang bersifat subjektif adalah satu kejanggalan.
Sebelum dunia ini berakhir, apa kata saya persembahkan seni paling indah di muka bumi, yakni lukisan! seloroh Mitchelle.
Mereka bukan jahat sebenarnya. Mereka berdiri di atas persempadanan antagonis dan protagonis. Bukan, mereka itu transendental dan melangkaui setiap konsep yang manusia aplikasikan pada diri mereka. Mereka tidak mematuhi prinsip antropik kerana mereka bukan manusia. Mereka tidak perlu berlandaskan sains gubahan manusia kerana mereka jauh lebih tahu akan hakikat yang sebenarnya.
Saya berasa kerdil ketika berada bersama dengan mereka. Ya Allah, di manakah duduknya mereka di depan arashMu
Saya keliru perihal ini, Ya Allah.