Mujur Karkuma sempat menangkap Khaufli yang nyaris-nyaris jatuh tangga.
Lasak nengar nen, kata Karkuma.
Tandanya...bakal jadi anak muda yang gagah berani, kata Sirehpani kepada suaminya.
Sudah dua tahun lebih usia Khaufli Shuhada. Dia sekarang sedang cuba belajar hendak berlari. Semakin comel, tinggi dan semangat tubuhnya. Ini bererti pengaruh agama Arshi juga semakin tersebar luas. Karkuma dan kedua-dua orang kuatnya, Teggal dan Hakap semakin bersemangat memperjuangkan agama Arshi seperti dinasihati oleh tuan guru Al-Qufli dahulu.
Hampir tiga tahun sudah agama Arshi menjelahi Pulau Nabui, bukan sahaja penganutnya bertambah tetapi perniagaan orang-orang Nabui Arshi juga berkembang. Kalau dahulu mereka berdagang sesama sendiri di kalangan orang-orang Nabui sahaja, kini perdagangan mereka diperluaskan kepada orang dagang di pelabuhan, malah barangan mereka berjaya dieksport ke pelosok negara berdekatan, terutama sekali serbuk kunyit dan daun sirih.
Selepas peristiwa kunyit berjaya mengubat Sirehpani, ketika menghadapi saat genting melahirkan Khaufli Shuhada, dan selepas bersalin. Karkuma dapati kunyit sangat berguna untuk dijadikan ubat-ubatan kepada wanita lepas bersalin. Selain itu kunyit juga boleh enakkan masakan selain mengandungi khasiat menyembuhkan pelbagai penyakit. Antaranya demam panas, demam kuning, keputihan, bau badan dan bengkak-bengkak di badan. Kunyit juga mampu berfungsi sebagai antioksidan, antiradang, antikanser dan antitumor.
Daun sirih pula, kini menjadi budaya baharu orang-orang Nabui sebagai kudapan ketika bersantai. Hampir setiap rumah pasti memiliki daun sirih. Tiap helai daun akan dimakan bersama secalit kapur, secubit gambir dan sehiris buah pinang. Enak rasanya dan boleh memberi ketenangan jiwa kepada yang memakannya. Daun sirih menguatkan gusi dan gigi sesiapa yang memakannya, serta mengelakkan nafas berbau.
Bagaimanapun keistimewaan utama daun sirih dan kunyit, ialah bahan untuk mengubat penyakit aneh yang datang dari gangguan makhluk-makhluk halus. Semuanya diberitahu kepada Karkuma oleh pokok-pokok itu sendiri. Dan ini terbukti setelah sekian lama orang-orang Nabui Arshi mengamalkannya.
Karkuma dan penganut Arshi kini miliki ladang sirih dan ladang kunyit. Serbuk kunyit menjadi bahan dagangan mereka yang utama. Segala hasil perniagaan kunyit ditabungkan untuk kegunaan bersama.
Beberapa tahun kemudian mereka mendirikan sebuah bangunan sederhana besar yang dinamakan Madrasah Pagai, tempat mereka beribadat dan mempelajari ajaran Arshi. Madrasah itu didirikan di tanah milik Tuk Pagai, di mereng Bukit Dumaga, sempadan Kampung Seruntum.
Daku ingin agar madrasah utu terbina di situ atas tanda kasih kami kepada Tuk Pagai. Kami akan namakannya Madrasah Pagai. Sebak dada Karkuma terkenangkan Tuk Pagai dan isterinya yang dihukum bunuh oleh Jameng.
Atas sebab di rumah utu juga tempat guru Qufli memberi ajaran Arshi kepada kami. Sambung Karkuma pada ramai penganut Arshi yang hadir pada perhimpunan petang itu. Tiada seorang pun membangkang. Mereka sememangnya sentiasa bersatu padu sejak awal lagi.
Yayi, mana letaknya baju baru Khaufli yang semalam Tanya Karkuma kepada Sirehpani.
Ada, yayi simpan dekat gerobok.
Bak sini, hendak dipakaikan pada Khaufli. Mulai harinen Khaufli akan awok bawa bersama ke madrasah.
Tapi dema tu kecil lagi, karang akan jadi penngacau saja . Sirehpani kurang setuju niat suaminya untuk membawa anak mereka ke madrasah.
Udah tujuh musim umurnya. Melentur buluh, biarlah dari rebung, terang Karkuma sambil memakaikan baju Khaufli Shuhada yang baharu dibeli.
Tujuh tahun usia Khaufli bererti sudah hampir tiga tahun Madrasah Pagai didirikan. Ini juga bererti sudah lapan tahun ajaran Arshi berkembang di bumi Nabui. Dan selama itu juga, mereka aman menyebarkan ajaran Arshi walaupun ada sedikit sebanyak gangguan dari pihak kerajaan.
Jameng sebagai Ketua Warak Negara dan pengikutnya sering membuat kacau, tetapi orang-orang Nabui Arshi berjaya mengatasi dengan memberikan berbagai helah dan alasan. Bagaimanapun Ketua Jameng sudah mula tidak tahan dengan gelagat orang-orang ini, lebih-lebih lagi dia mendapat tahu Karkuma adalah ketua mereka.
Lahanat utu lagi Tempelak Jameng.
Ya, lahanat utulah penghulu orang-orang Nabui Arshi, kata Dongga kepada Jameng. Mengamuk besar Jameng ketika mesyuarat di bangkir pagi itu.
Warak Halibut dengan Warak Gebang udah lama tau sengketa inen, tapi dema diam akan saja, kata Langkus.
Mengkema memang bangsat! Ketua Jameng terus bangun menampar Warak Gebang dan Warak Halibut. Kedua-duanya amat terkejut dengan perbuatan spontan yang kasar itu. Gebang dan Halibut berasakan dirinya dimalukan oleh Ketua Jameng, tetapi mereka bersabar dengan mendiamkan diri.
Sial! Kejan daku sumpah mengkema jadi kupak dungu! Tanpa berfikir panjang, Jameng menyumpah Gebang dan Halibut menjadi manusia jadi-jadian berupa keldai. Perbuatan Ketua Jameng yang terlalu mengikut perasaan itu benar-benar menyinggung hati Halibut dan Gebang. Beredarlah mereka dari situ berwajah hodoh seperti keldai. Dan secara otomatis gelaran Halibut dan Gebang sebagai Warak di Bangkir Ghadabi serta merta lucut.
Berambus! Dugal tekak daku pandang mengkema! Jerit Jameng. Gebang dan Halibut sangat senang hati meninggalkan bangkir.
Tidak lama selepas itu, ketika matahari mulai tenggelam, dan ramai orang-orang Nabui Arshi beribadah di Madrasah Pagai, kedengaran bunyi deruan kuda berlari. Madrasah Pagai dicerobohi sekumpulan panglima istana. Mereka memecah masuk ketika hampir 200 orang Nabui Arshi beribadah.
Maka berlakulah pertempuran antara 200 orang awam tanpa senjata mempertahankan kesucian agama Arshi dengan 70 panglima istana bersenjata. Karkuma bertungkus-lumus mempertahankan orang-orangnya. Kesudahannya keliling madrasah dikepung. Leher mereka dihunus pedang. Sifat berani mati awal-awal lagi sudah tertanam di dalam diri orang-orang Nabui Arshi demi mempertahankan agama. Dalam pertempuran dengan panglima istana yang lengkap bersenjata itu, ramai pengikut agama Arshi cedera parah, walau pun tiada yang mati.
Kalian adalah rakyat banggi kepada Maharaja Sutan Lembayung, atas sebab ajaran sesat utu! Tegas ketua panglima istana yang mengetuai pencerobohan Madrasah Pagai.
Hampir 150 orang penganut Arshi ditahan dan dibawa ke istana pada malam itu juga. Ada yang ingin melawan tetapi Karkuma melarang. Kesemua mereka dikurung dalam perkurungan khas. Mereka agak gementar apabila mendapat tahu akan dihadapkan kepada sultan di istana.
Usahlah ditakuti akan Maharaja Sutan Lembayung. Nescaya Dianya akan lindungi kami, kata Karkuma menasihati orang-orangnya supaya tidak lemah semangat. Baginya itulah antara perjuangan dan juga mungkin pengorbanan yang harus dihadapi demi menegakkan kebenaran agama Arshi.
Tentunya kami akan dihukum bunuh, sahut salah seorang pengikut.
Selagi Dianya belum memanggil kematian buat kami, maka kami akan hidup, Teggal memberi keyakinan dan semangat. Tidak lama kemudian, Panglima istana serta Karkuma dan orang-orangnya tiba di pekarangan istana Bijinga untuk dihadapkan kepada Sultan Lembayung yang bengis itu.
Sebagini banyaknya dema! Tanya Sultan Lembayung kepada ketua panglimanya. Benar! jawab Ketua Panglima.
Bawa penghulunya menghadap kita! Titah Sultan Lembayung.
Dalam sekelip mata kemudian Karkuma dibawa ke hadapan Sultan Lembayung.
Benarkah mika sedang beribadat tatkala ditangkap Tanya Sultan Lembayung kepada Karkuma.
Ampun tuanku yang agung sembah kula harap diampun. Idak benar, jawab Karkuma dengan tenang. Pengikutnya yang ketakutan berpandangan sesama sendiri manakala panglima istana tercengang hairan mendengar jawapan berani Karkuma.
Lantas, agan apakah mika dikerah oleh panglima istana ke mari!! Meninggi sedikit nada suara Sultan Lembayung kali ini.
Ampun tuanku...kula, kurang periksa akan hal utu. Jawab Karkuma tenang.
Ooo...kurang periksa. Bagi tau kita apa helahnya! Titah Sultan Lembayung dalam nada tinggi dan keras.
Idak mentak kula bersama yang lain sedang beribadat kala utu tanpa adanya patung berhala di sana, jawab Karkuma lembut dan masih tenang.
Ciss, bedebah!!! Sultan Lembayung bertempik pada ketua panglima, kemudian menyambung marahnya, Ketua Panglima! Apa benar percakapan si pacal inen! Sultan Lembayung dengan rangginya menunding jari ke arah ketua panglima yang terketar-ketar mengangguk kepala.
Dengan inen kita bebas akan mika berserta yang lain! Titah Sultan Lembayung kepada Karkuma, kemudian beliau melangkah meninggalkan ruang balairung dengan pantas.
Ketua panglima terpaksa membebaskan Karkuma dan orang-orangnya. Alangkah kesalnya panglima itu. Dan alangkah gembiranya orang-orang Nabui Arshi apabila Sultan Lembayung tidak menjatuhkan apa-apa hukuman ke atas mereka. Mereka memuji kebijaksanaan dan kesabaran Karkuma. Ini menjadikan rasa hormat terhadap Karkuma semakin meningkat.
Nalar, sanya nalar Aba Kuma. Kesemua mereka memberi ucapan tahniah kepada Karkuma yang berjaya menghadapi Maharaja Sutan Lembayung, dengan bijaksana umpama seorang intelek. Mereka bernyanyi-nyanyi sambil berbalas pantun. Melangkah kaki menuntut bela..Mengangkat tangan semangat dibina..Aba Kuma orangnya melela..Kami yang nalar meraih gana.
Kabehnya adalah atas pertolongan Dianya, jawab Karkuma tenang seraya memandang orang-orangnya.
Keputusan Sultan Lembayung membebaskan Karkuma dan orang-orangnya membuatkan Ketua Jameng berang. Rancangan untuk melunaskan dendamnya terhadap Karkuma tidak kesampaian.
Malangnya, setiap kali Ketua Jameng mengadu mengenai Karkuma, Sultan Lembayung tidak berminat ambil tahu masalah yang dilihat remeh itu. Dibiarkan sahaja menteri-menterinya menguruskan perkara itu. Sultan Lembayung memiliki cita-citanya tersendiri, iaitu membesarkan empayarnya. Beliau menyusun bala tenteranya di Tanah Nabui dan Pulau Nabui untuk menyerang bahagian Perairan India dan Sri Lanka. Besar sungguh cita-cita Sutan Lembayung.
Ketua Jameng juga mempunyai agenda tersendiri dan tidak lain daripada cita-citanya menghapuskan Karkuma yang dilihat semakin besar pengaruhnya. Sebilangan kecil tentera Pulau Nabui dipergunakan untuk kepentingannya memerangi Karkuma.
Sikap ganas Ketua Jameng tidak mampu dikawal atau dihalang oleh sesiapa, termasuk ayahnya, Lukut iaitu Datuan Besar Pulau Nabui. Segala tindakan Jameng menjadi terlalu peribadi, terhadap Karkuma semata-mata. Gangguan demi gangguan terhadap orang-orang Nabui Arshi datang dari bangkir, melalui kuasa sihir yang dimiliki oleh Jameng. Tetapi sedikit demi sedikit dapat diatasi oleh mereka, dengan adanya keladi gajah, serbuk kunyit dan daun sirih.
Amaran demi amaran diberikan kepada rakyat jelata bahawa jika sesiapa didapati dengan nyata berpaling dari menganut agama Huku, orang itu akan dihukum tetapi apakah bentuk hukumannya tidak dinyatakan.
Dalam pada itu selagi madrasah orang-orang Nabui Arshi tidak ada berhala, tiada bukti sahih bagi Ketua Jameng hendak menuduh mereka sebagai pengkianat agama Huku. Perintah dari istana hanya menyatakan tuduhan boleh dibuat jika memiliki berhala yang berbentuk lain dari berhala ajaran Huku. Jika tiada berhala itu bermakna mereka tidak beribadah dan Ketua Jameng tidak boleh mengingkari arahan itu.
Pernah suatu ketika, Ketua Jameng mengupah tukang membuat berhala, menyiapkan tiga patung berhala berbentuk manusia bertubuh buaya, manusia bertubuh ikan dan manusia berkepala gajah. Apabila semua patung berhala itu siap, pada satu malam Ketua Jameng mengupah pula beberapa orangnya meletakkan patung-patung berhala itu di dalam Madrasah Pagai. Tujuannya untuk memerangkap penganut-penganut Arshi di situ.
Keesokannya sebelum matahari tenggelam, Ketua Jameng dan orang-orangnya bersembunyi di sekeliling Madrasah Pagai untuk menangkap orang-orang Nabui Arshi yang datang beribadah. Mereka menunggu dan menunggu hingga dinihari, tiada seorang pun yang datang beribadah di Madrasah Pagai.
Ketua Jameng sangat kecewa dan marah.
Apa kena kosong Patutnya masa segini udah ada ramai orang Ketua Jameng berang. Dongga, Langkus dan pengikut yang lain hanya tertunduk.
Esok mengkema tunggu lagi di sini, reti! Arah Jameng.
Sementara itu, Warak Halibut menemui Karkuma untuk memeluk agama Arshi. Dia memohon pertolongan Karkuma supaya dibuatkan air tujuh bunga bagi membuang sumpahan Jameng terhadap dirinya. Setelah Halibut kembali menjadi manusia normal, dia memberitahu Karkuma akan niat jahat Jameng meletakkan patung berhala di dalam Madrasah Pagai. Pada malam yang dirancang itu tiada sesiapa pergi ke madrasah, tetapi tidak disangka patung berhala masih berada di situ.
Bagaimanapun, pada malam berikutnya ketika ramai orang Nabui Arshi ke madrasah untuk beribadah, mereka terkejut apabila mendapati ada tiga patung berhala di situ. Dan seperti yang dirancangkan Jameng, belum sempat orang-orang Nabui Arshi memindahkan patung-patung itu, mereka diserbu oleh Jameng dan orang-orangnya.
Karkuma meminta orang-orangnya bertenang. Jameng memainkan peranannya menyumpah-seranah orang-orang Nabui Arshi dan Karkuma.
Ketua Jameng mencapai bulang dari kepalanya. Di bentang bulang berukuran hampir tujuh kaki panjang, dikibarkan ke udara sambil membaca manteranya, Julung apel, julung apoi, junjung amek, junjung amok...taburi kalian celanat dengan dupamu agan tundung berjongolan hapus.
Jampi serapah Jameng yang membawa maksud; Bancuhan utama merayu pada hantu..Buruk nasibnya diambil diletak di atas kepala, mengamuk juga menjadi kehendaknya..Celakalah kamu sekelian dengan sengaja..Bertaburan dihalau kemenyan sendiri tersembul-sembul hilangnya. Selepas itu, dengan penuh semangat Ketua Jameng mengibas kain bulang itu. Keluarlah beribu-ribu percikan cahaya api dari kain bulang itu, berterbangan bertukar menjadi makhluk-makhluk halus. Terpinga-pinga orang-orang Arshi memerhatikan semua itu. Makhluk-makhluk halus itu cuba meresapi tubuh setiap orang Arshi tetapi belum sempat mereka meresap masuk ke dalam tubuh-tubuh orang Arshi, makhluk-makhluk halus itu bertukar kembali menjadi percikan cahaya api, dan kemudian terpadam.
Ketua Jameng hairan. Dicubanya kali kedua tetapi gagal juga. Akhirnya percikan makhluk halus tadi bertukar arah, mereka menuju kepada tiga patung berhala. Tidak semena-mena tiga patung berhala itu bergerak-gerak seakan hidup. Tercengang Ketua Jameng melihat kejadian itu.
Ternyata dia tidak cukup mahir tentang ilmu sihir, apabila melihat patung berhala bergerak umpama hidup seperti manusia, dia sendiri ketakutan. Patung-patung berhala berkepala manusia berbadan buaya, merangkak-rangkak menuju kepadanya. Dia terus membalut bulang kepalanya dan berlari keluar madrasah.
Patung berhala yang berkepala manusia berbadan ikan pula melompat-lompat menuju sekumpulan pengikut Jameng yang lari bertempiaran ketakutan. Kedapatan patung manusia berkepala gajah mengejar mereka.
Jameng dan orang-orangnya lari lintang-pukang bagaikan tidak cukup tanah, gara-gara ketakutan dengan buatan sendiri.
Karkuma dan orang-orangnya tercegat kehairanan, mengapa Jameng dan orang-orangnya lari bertempiaran sedangkan pada pandangan mata kasar Karkuma dan orang-orangnya, patung-patung berhala tadi hanya terjatuh sendiri dan pecah berkecai di lantai, bukannya bergerak atau hidup.
Udah-udahlah, dak usah jongak. Dewa Arshi akan melindungi orang-orang yang tekad. Jom, dibersihkanlah tempat inen, kata Karkuma.
Apa kena Ketua Jameng dengan orang-orangnya sampai ketakutan segitu Tanya Hakap.
Lantak dema, penganiayaan yang dema buat kepada kami penaka berpatah balik kepada dema. Sahut Karkuma.
Sikap keikhlasan kalian tolong menolong sesama dewek, dari kejadian utu tadi, terbuktilah adanya petunjuk dari Dianya, Karkuma memberi penjelasan. Kemudian masing-masing membersihkan serpihan patung-patung yang jatuh pecah itu dan ditanam semuanya.
Dalam pada itu, Jameng tidak pernah putus asa untuk mengganggu Karkuma dan pengikutnya. Maka itu, selalu benar rumah Karkuma didatangi jin-jin peliharaan Jameng untuk menghancurkan keluarga Karkuma.
Bagaimanapun gangguan-gangguan itu dapat ditentang oleh Karkuma dengan jampi serapah agama Arshi berserta renjisan air bunga, atau taburan serbuk kunyit, atau semburan dari kunyahan daun sirih, mengikut jenis ragam dari jin-jin itu.
Pejam celik, Khaufli Shuhada kini sudah berusia 12 tahun. Pada suatu malam, bulan mengambang indah menerangi bumi. Tidur Khaufli Shuhada juga indah dibuai mimpi, tetapi terganggu oleh nyanyian seseorang. Makin lama makin kuat suara nyanyian itu.
Bunyi nyanyian kemudiannya bertukar menjadi tangisan yang meremangkan bulu roma. Khaufli Shuhada terjaga dan terkejut di depannya ada seekor jin sedang tersengih. Giginya tajam gerutu dan berkarat. Bibirnya tebal hitam berkilat sehitam biji matanya dan sentiasa bergerak-gerak.
Tiba-tiba berdesup jin itu menjelirkan lidahnya yang panjang dan merah menyala. Dijilat-jilatnya tapak kaki dan tapak tangan Khaufli Shuhada dengan gelojoh. Air liurnya panas memedihkan. Segalanya berlaku begitu pantas. Kanak-kanak seperti Khaufli Shuhada hanya mampu menangis dan menjerit. Nasib baik Karkuma dan Sirehpani lekas mendapatkannya.
Apa kena dengan buah hati emak nen Penuh keresahan jiwa Sirehpani bertanyakan satu-satunya anak yang dia ada. Karkuma mengurut-urut dada Khaufli yang seperti hilang perasaan kerana terperanjat tadi. Tubuh Khaufli dibasahi peluh dan menggigil.
Khaufli meraban di dalam tidurnya tadi, kata Karkuma mententeramkan Khaufli, tetapi dalam hatinya, dia tahu jin-jin peliharaan Jameng masih berkeliaran di rumahnya.
Daku terbangun, ngeri nengar mukanya. Tegas Khaufli meyakinkan ayah dan ibunya.
Dalam sekelip mata, Sirehpani yang asyik mengusap-ngusap kepala anaknya itu tiba-tiba menjerit. Karkuma cemas. Sirehpani ketakutan ternampak kelibat melintas. Kemudian Khaufli pula menjerit-jerit.
Apak! Di belakang apak! Khaufli menuding jari tepat ke arah belakang Karkuma, dan Karkuma pantas menoleh tetapi dia tidak nampak apa-apa. Khaufli dan ibunya berpelukan erat dalam keadaan yang sangat ketakutan.
Hey, hantu jamuan! Apa kenanya bersembunyi. Tunjukkanlah muka dikau kepada ku. Alang-alang menyeluk, biar sampai ke pangkal lengan. Dengan berani Karkuma mencabar jin pendamping Jameng, yang memang mengharapkan Karkuma memanggilnya. Dan dalam sekelip mata, jin itu pun menjelma di depan Karkuma.
Jin, berukuran tiga meter panjang, mirip ikan belut kecuali matanya tiada. Menggeletik-geletik jin itu tidak tahan hendak bertarung. Karkuma juga nekad hendak menghapuskan jin itu, biar nyawa jadi tebusan asalkan anak isterinya selamat. Karkuma mula dengan membaca jampi serapah sambil menabur serbuk kunyit kepada jin itu, dan mulutnya mengunyah daun sirih.
Berterbangan sudah serbuk kunyit digenggaman. Lumat sudah daun sirih dikunyah, tetapi jin makin mengganas. Malah sekonyong-konyongnya jin itu bangun berdiri tegak di atas lantai mengunakan ekornya. Memang ngeri jika ternampak.
Mana tidaknya, yang tiada mata si jin belut, tetapi Karkuma yang teraba-raba bak buta, tercari-cari mana mata jin itu, kerana dia hendak sembur kunyahan daun sirih yang telah berkumur dalam mulutnya.
Tanpa diduga sedang Karkuma mendekati jin itu, jin melonjakkan tubuhnya, terlontar deras melekap tinggi di dinding, tidak tercapai dek Karkuma ketinggian itu. Khaufli Shuhada dan ibunya berpelukan di sudut rumah memerhati pertarungan antara Karkuma dan jin. Walaupun Sirehpani tidak boleh nampak jin tetapi dia dapat rasa suaminya sedang dalam bahaya.
Air mata yang bergenang sejak tadi, kini berlenang membasahi pipinya. Sirehpani makin tertekan. Khaufli lebih tertekan melihat jin itu sudah tiga kali naik turun dinding dan kemudian menerkam Karkuma. Dan Karkuma masih belum berhasil menentangnya.
Nampaknya jin itu berbeza dari semua jin-jin yang lain sebelum ini, kerana jampi serapah serbuk kunyit dan daun sirih tidak menggugatkan jin belut. Kini jin itu sedang bersiap hendak menerkam Karkuma buat kali keempat. Tiba-tiba Khaufli Shuhada tergerak hati memberi tahu sesuatu pada ayahnya.
Apak, karang kalu hantu jamuan utu datang lagi, lekas-lekaslah apak membelakangkannya. Yakinlah, apak! Jerit Khaufli. Karkuma mengangguk, tidak sempat berkata apa-apa kerana jin belut laju menerkam ke arahnya. Karkuma pun berdesup dengan pantas dia berpaling membelakangkan jin itu.
Dan jin itu serta merta terus gelabah hingga dia terhempap ke lantai, dan ghaib tidak muncul-muncul lagi. Rupa-rupanya pantang si jin belut yang tiada mata menyerang manusia dari belakang kerana di belakang kepala manusia tentunya tidak ada mata. Jin belut terpaksa menumpang mata makhluk lain untuknya melihat.
Mereka anak beranak berpelukan. Karkuma terus bertanya dari mana anaknya dapat muslihat menumpaskan jin tadi Khaufli Shuhada menyatakan dia berdoa pada Tuhan langit seikhlasnya agar memberi pertolongan pada ayahnya. Tahu-tahu ilmu menentang jin itu terus tersemat di dadanya. Karkuma memeluk Khaufli Shuhada dengan penuh kasih sayang.
Megah apak dengan dikau, Khaufli.
Mangaseh apak. Daku juga megah dengan apak.
Sahihlah dikau memiliki ilmu pencak ajaib anak ku. Karang apak mau dikau mengaji ilmu pencak silat pula, ya. Bisik Karkuma pada anak tunggalnya. Silat Khaufli tidak mengerti.
Keesokan hari, Karkuma mula mengajar Khaufli langkah silat yang dia peroleh melalui pengalamannya bertarung dengan berbagai jenis jin selama ini. Karkuma yang berhati mulia sentiasa ingin berkongsi ilmu dengan orang-orangnya, telah menjadikan kawasan lapang di belakang rumahnya sebagai tempat anak-anak muda Nabui Arshi mempelajari ilmu persilatan.
Silat adalah seni gerak pertahanan badan tika diserang. Pembuka kata Karkuma kepada semua yang datang belajar silat pada hari pertama.