Kristal Berdarah - 11
BAB 10

Mentari pagi semakin terik. Ramlan melindungkan matanya dari sinaran yang terlalu cerah. Suhaili pula terus ber jalan tanpa menghiraukan keterikan cahaya matahari. Dia begitu ghairah untuk memulakan perjalanan.

Kalau aku sendiri di tempat Suhaili, aku juga akan jadi macam dia, bisik Ramlan sambil memandang Suhaili yang bergerak pantas ke arah jip.

Salman masih di atas jip. Dia mengikat barangbarang yang terletak di atas bumbung. Mungkin dia ingin memas ti kan barangbarangnya tidak tercicir semasa jip bergerak nanti.

Saoud pula hanya berdiri, memerhatikan tanpa meno long. Dia sudah melakukan segalagalanya semenjak tadi dan sekarang, dia mungkin berehat sejenak sebelum me mu lakan tugasnya selaku penunjuk arah.

Suhaili mendekati dan menampar belakang anaknya yang tidak menyedari kehadiran ibunya dan Ramlan. boleh kita berangkat sekarang.

Salman bertubuh tinggi lampai. berambut panjang dan bertubuh sasa seperti seorang jaguh bina badan. Pergera kan nya begitu cergas seperti seorang atlit.

Dah jumpa Ramlan Dia memandang sekeliling. Terpandang Ramlan yang sedang berdiri di tempat teduh sambil melindungkan matanya dari terik matahari pagi.

Lan! nada suara Salman cukup menyakitkan hati Ramlan.

Pagi, Salman!

Pagi.... Kau lewat, Lan!

Ramlan menguap. aku tahu...

Suhaili berjalan mengelilingi jip. Memeriksa apa yang kurang dan apa yang perlu dipinda. Kemudian berhenti sam bil menarik nafas panjang. Dia berpuas hati dengan kerja yang dilakukan oleh Salman dan Saoud.

Salman menoleh. Tersenyum.

Suhaili melemparkan pandangan ke arah Ramlan.

apa lagi yang kau tunggu, Ramlan Kalau kau me ngan tuk sangat, kau boleh tidur dalam jip.

Ramlan mendekati Saoud, bercakap dalam bahasa timur Sarawak yang cukup pekat. Sedangkan Suhaili dan Ramlan memandang tanpa memahami sepatah pun perkataan yang diucapkan.

Dah bersedia untuk bertolak tanya Ramlan kepada Saoud.

Ya tuan. nampaknya orang muda ini telah

melakukan kerjakerja yang sepatutnya saya selesaikan.

Mereka memandang ke arah Salman.

Rasa ingin tahu membuatkan Salman melemparkan panda ngan ke arah ibunya. Mereka cakap apa tu

Tak ada apaapa. Mereka hanya kata, tubuh badan kau menarik. itu saja.

Salman masih tidak berpuas hati dengan jawapan ibu nya. Kelopak matanya dikecilkan. Dia merenung Saoud. Dia meng harapkan Saoud memahami petanda yang ditun jukkan. Mengharapkan Saoud dan Ramlan tidak mengata tentang dirinya.

Sepatutnya kita cari penunjuk arah yang lain saja.

Ramlan segera menyanggah. Dah banyak kali aku te rang kan perkara ini kepada kau. Kita akan bertemu de ngan bumiputera Sarawak yang mempunyai pelbagai loghat daerah. Kita perlukan orang seperti Saoud. Hanya dia saja yang memahami dan dapat menterjemahkan apa yang mereka maksudkan.

Ramlan menoleh ke arah Saoud dan menerangkan apa yang dia katakan sebentar tadi menggunakan loghat Saoud sendiri.

apa yang susah sangat Takkan mereka langsung tak faham percakapan kita Mereka kan rakyat Malaysia dan seharusnya bercakap bahasa Melayu. Lainlah kalau kita bercakap menggunakan bahasa inggeris. Salman ma sih tidak faham situasi sebenar.

Kau silap. Kau harus sedar, ramai antara bumiputera Sarawak yang tinggal di pedalaman. Mereka tak terdedah macam orangorang di bandar atau berhampiran pekan. Jadi tanggapan mereka terhadap orang asing, selalu...

ah! aku tahu kau peguam. Jadi, tak payahlah kau terangkan segalagalanya. ini bukan mahkamah!

aku tahu ini bukan mahkamah tapi aku adalah orang ter penting dalam kumpulan ini. aku diupah oleh ibu kau. Jadi aku berhak men en tukan apa yang penting dan tidak un tuk kita bertiga.

Muka Salman berubah menjadi merah. Sedangkan Suhaili terus membiarkan dua orang pemuda itu bertelagah. Sesekali dia menguntumkan senyuman. Saoud pula seperti orang bodoh. Memandang dan mendengar dengan mulut terlopong. Sesekali menggaru belakang kepalanya. Mungkin tidak memahami bahasa yang diucapkan atau boleh jadi juga kebingungan tentang punca pertelagahan itu.

baiklah. Tapi dia kena duduk di belakang dengan ibu.

Ramlan tersenyum. Salman juga seperti ibunya yang cukup berpegang kepada tradisi membezabezakan darjat dan kedudukan.

angin menghembus perlahan. namun cukup kuat un tuk menggoyangkan dedaunan yang ada di sekeliling banglo dan persekitarannya. Penduduk setempat yang mempunyai urusan masingmasing menggunakan jalan raya yang terbentang di hadapan banglo tersebut untuk memudahkan pergerakan. Gunung Kemuning nampak ber jajar di selatan. Sedia menanti kedatangan kaki yang su di menjejak tanah landai di persekitarannya.

Mungkin hujan akan turun, kata Ramlan perlahan. Dia sempat merenung langit yang mula mengelam dengan kepulan awan tebal. namun katakatanya tidak diberikan perhatian

oleh sesiapa pun.

Jip mula bergerak perlahanlahan. Di dalamnya ter dapat tiga orang lelaki dan seorang wanita yang mem pu nyai misi tersendiri.

Di suatu sudut banglo, seorang pemuda yang sudah sedia dengan motosikal, terus memandang jip yang ber lalu. Dia menghidupkan enjin motosikalnya.

Sial! Kenapa kau tak mahu hidup Dia mula dise rang perasaan marah. Motosikal yang dipinjam daripada seorang rakan sekampung, meragam.

Dia terus mencuba. Pisau bermata besar dan bergerigis, tersisip di pinggang. Terlindung oleh jaket kulit hitam yang menyarung badan. nasibnya masih tidak berubah. enjin motosikal bagai kan merajuk. Langsung tidak mahu hidup sekalipun eng kol nya sudah diterjah berkalikali.

Dia turun daripada motosikal. Memeriksa jikalau terdapat masalah yang membuatkan enjinnya tidak mahu hidup.

ah! Jadah apa pula ni

Dia tidak menjumpai sebarang masalah pada moto sikal itu sememangnya dia tidak tahu apaapa tentang motosikal. Sedangkan jip yang membawa Suhaili, Ramlan dan Salman sudah jauh berlalu. Janganjangan minyak tak ada, tak

Motosikal ditongkat. Dia menolak kusyen dan melihat isi tangkinya.

Sah! Jangkaannya benar. Tangki minyak motosikal itu benarbenar kosong.

celaka! Kenapalah nasib aku selalu malang

Dia meligaskan pandangannya. Dia terperanjat.

Sesuatu yang tidak dijangkakan berlaku di hadapan matanya.

Seorang lelaki tua, menjinjing sebuah bakul rotan, ber diri dan melemparkan pandangan ke arahnya dari luar pagar banglo. Sesekali dia tersenyum sambil membuka pe nu tup ba kul rotan itu. nyata, seekor tedung hitam se dang mengembang kan tengkuk dan memandang ke arahnya.

Dia memerhati secara teliti. Tiada sebarang tanda me nun jukkan lelaki tua itu mengalami kecederaan parah aki bat tusukan pisaunya. Malah tiada sebarang tanda darah pada pakaiannya yang lusuh.

Geruh lagi! Suaranya mula menggeletar. Dia dapat men cium bahaya yang akan menimpanya. Dan kerana itu, mungkin sudah sampai masanya untuk dia mengh abis kan kerjanya yang terbengkalai sebelum itu.

Kusyen itu ditolak. Dia tidak menghiraukan tangki minyak yang kosong. Dia berlari. berkejar ke arah orang tua buta dengan tedung hitamnya.

Orang tua itu juga tidak mahu menunggu. berjalan per lahanlahan dan hilang di sebalik selekoh.