Misinya berjaya. Tiada nyawa yang terkorban. Semua rakyat Malaysia selamat pulang ke tanah air. Dia tiba lewat petang. Ketika itu Norman baru sahaja pulang dari kerja.
Hah Boleh blah! Rumah aku memang dah kemas sejak azali, balas Khairul Rasheed.
Aku seronoklah duduk kat rumah kau ni!
Eh, dah bagi betis nak paha pula dia, ejek Khairul Rasheed.
Dah dapat paha, kau nak bagi apa pula Norman tergelak. Khairul Rasheed cegilkan matanya ke arah Norman.
Siapa kata kau akan dapat paha Dapat penangan adalah! jawab Khairul Rasheed.
Aduh! Sampai hati la nak bagi penangan pula, balas Norman buat-buat sedih.
Dah duduk free kat rumah aku, makan minum juga free. Aku bagi duit upah lagi. Maklumat yang aku nak tu mana
Weh, tak menyempatlah dia ni nak maklumat pasal Kharlissa tu. Sabarlah. Semua aku dah catit. Nah!
Norman mencampak sebuah buku catatan. Di dalamnya dia menulis setiap hari. Kira-kira macam diarilah. Setiap jam segala aktiviti Kharlissa ditulisnya. Cuma dia tidak menulis waktu dia cuba menggoda Kharlissa di kolam mandi. Kharlissa langsung tidak layan. Cepat-cepat dia beredar pergi.
Norman bimbang juga kalau-kalau Khairul Rasheed akan marah. Jadi dia merahsiakan sahaja hal tersebut. Bukankah awal-awal lagi Khairul Rasheed sudah memberi amaran agar Norman tidak memikat Kharlissa.
Okey, nanti aku baca. Aku penat gila ni, nak tidur kejap.
Khairul Rasheed terus bergerak masuk ke dalam bilik tidur. Beg pakaian diletakkan di tepi katil. Tubuh yang kepenatan dihempas ke atas tilam. Tidak sampai lima minit dia terlelap.
Tiga jam kemudian dia terjaga. Dilihatnya Norman masih ada di ruang tamu, menonton televisyen. Waktu maghrib sudah lama masuk.
Kau tak kejutkan aku solat asar tadi
Kau tidur lelap sangat! balas Norman tanpa rasa bersalah.
Khairul Rasheed berdiri di tepi tingkap ruang tamu dan nampak rumah Kharlissa tergantung mangga besar.
Kharlissa tak ada ya
Tu la aku nak beritahu kau. Hari tu dia pergi interview. Dia dah dapat kerja. Dah seminggu dia kerja.
Balik lewat selalu nampaknya.
Dia dapat kerja kat mana Sebagai apa
Aku tak tahu. Aku tak sempat ikut dia sebab aku pun nak pergi kerja juga. Tapi dia ada beritahu aku, dia dah dapat kerja. Tu je.
Oh! Kau bertegur sapa dengan dia Kau kenalkan diri kau Aku ingatkan kau cuma intai saja dari jauh. Kau dah lebihlah kawan!
Ehh, aku tak sengaja satu lif dengan dia. Aku tegurlah dia. Dia tanya siapa aku. Aku beritahu dia, aku kawan baik kau dan tolong kau jaga rumah semasa kau tak ada.
Khairul Rasheed diam. Kadang-kadang rasa cemburu ini boleh memakan diri, fikir Khairul Rasheed.
Malam itu Khairul Rasheed mengadap buku catatan yang ditulis Norman. Temannya itu pulang selepas mereka makan malam bersama. Biarpun Norman merayu untuk terus tinggal di situ tetapi Khairul Rasheed menolak. Dia sukakan privasi. Jika memiliki teman serumah, lambat laun rahsia hidupnya akan diketahui.
Khairul Rasheed membaca catatan-catatan Norman dengan berhati-hati.
Hari ini Kharlissa keluar buang sampah.
Kharlissa buang sampah dua kali pagi dan petang.
Cis! Kharlissa pergi buang sampah pun nak tulis Rungut Khairul Rasheed sambil menyelak halaman berikutnya.
Pukul sembilan pagi: Kharlissa keluar pergi beli nasi lemak
Kharlissa balik sepuluh minit kemudian.
Pukul sepuluh pagi: Kharlissa buang sampah.
Pukul lima petang: Kharlissa buang sampah lagi.
Malam Kharlissa tak keluar. Rumah gelap pukul 11 malam. Dia dah tidur.
Bosan Khairul Rasheed membaca catatan Norman sepanjang minggu pertama dia pergi. Asyik-asyik buang sampah, tak ada aktiviti lain ke
Hari Ahad:
Pukul dua petang, aku ikut Kharlissa pergi pasaraya.
Dia balik jam tiga, terus memerap di rumah sampai petang.
Pukul enam petang, dia keluar buang sampah lagi.
Apa ni Man, kau cuba kelepet aku ke Rungut Khairul Rasheed tidak puas hati. Terasa seperti dia ditipu oleh Norman hidup-hidup.
Hari Isnin:
Pukul sembilan pagi: Aku jumpa Kharlissa dalam lif. Aku tegur dia. Dia jawab dengan baik. Katanya nak pergi interview.
Pukul lima petang: Aku nampak Kharlissa pergi mandi kolam.
Aku tunggu dia naik setengah jam kemudian.
Dia buang sampah pukul enam.
Hmmmm, dia pergi mandi kolam Tapi betul ke kau tak ikut dia pergi mandi kolam Man Kau tu buaya darat, bukan boleh percaya sangat! Khairul Rasheed sudah masak dengan perangai Norman.
Selasa:
Pukul lapan pagi: Kharlissa dah keluar pergi kerja. Aku tak sempat ikut dia.
Hari-hari dia kerja hingga Jumaat.
Sabtu:
Kharlissa langsung tak keluar.
Ahad:
Kharlissa keluar jam lapan malam. Aku ikut dia. Dia pergi Lorong Haji Taib. Dia bawak banyak bungkusan makanan. Dia beri makan gelandangan kat situ. Dia lepak di situ lebih kurang setengah jam, kemudian terus balik.
Khairul Rasheed terpegun. Perlahan-lahan rasa kagum menyelinap ke dalam hati. Dia gembira Kharlissa mempunyai sekeping hati yang mulia, sanggup memberi makan kepada fakir dan gelandangan yang berkeliaran di lorong kelam itu.
Kharlissa, I love you. Kau benar-benar buat aku kagum.
Kala itu terdengar bunyi gril di rumah Kharlissa. Spontan Khairul Rasheed memandang jam. Angka jam dinding menunjukkan ke pukul sepuluh malam. Kharlissa baru balik dari kerja Dia bingkas, bergerak ke pintu dan membukanya.
Kharlissa! Dia melaung agak kuat.
Kharlissa menoleh cepat, terkejut mendengar suara Khairul Rasheed.
Kay! Awak dah balik Suara Kharlissa terdengar begitu teruja sekali.
Dia senyum manis biarpun wajahnya nampak keletihan. Khairul Rasheed amat bersimpati. Rasa seperti ingin dipeluknya Kharlissa erat-erat bagi menterjemahkan rindu yang melaut.
Ya, saya balik pukul lima petang tadi. Awak dari mana Khairul Rasheed pura-pura bertanya.
Saya baru balik kerja.
Awak dah dapat kerja
Ya, Kharlissa mendekati Khairul Rasheed yang masih berdiri di ambang pintu rumah.
Awak tahu saya kerja dengan siapa sekarang
Siapa Memang pertanyaan itu ikhlas. Khairul Rasheed tidak tahu Kharlissa bekerja di mana dan siapa majikannya.
Awak pasti terkejut. Saya tak tahu saya pergi mohon kerja dengan Dato Emmer. Kebetulan dia nampak saya kat ruang reception. Terus dia panggil saya naik ke biliknya. Sekarang saya dah jadi PA dia.
Khairul Rasheed kelihatan terkejut. Sebelum ini Kharlissa memberitahu dia bekerja sebagai penari ballet di Singapura. Dia tidak tahu pula yang Kharlissa punya kemahiran lain. Kharlissa memang seorang wanita yang sukar diramal, terlalu kompleks dan mengelirukan.
Ya, saya memang terkejut, akui Khairul Rasheed perlahan.
Lets celebrate. Awak dah balik, saya pula dah dapat kerja yang saya suka.
Nak celebrate sekarang Tapi saya nampak awak penat sangat. Malam esok sajalah. Pastikan awak balik awal sikit.
Okey, saya akan balik awal. Sekarang ni saya memang banyak kerja. Banyak perkara baru yang perlu saya pelajari. Tapi seronoklah kerja kat pejabat Dato Emmer. Dapat ramai kawan-kawan baru. Anak perempuan dia, Shamila pun kerja kat situ.
Khairul Rasheed diam, memerhati sahaja Kharlissa yang riang bercerita.
Saya tak sabar tunggu esok. Kita nak celebrate kat mana Kharlissa mempamer senyum manja. Senyuman yang kian menambat hati Khairul Rasheed.
Biar saya aturkan semuanya.
Jumpa lagi esok.
Khairul Rasheed sudah merancang sesuatu. Makan malam yang istimewa. Malam esok dia akan memasak untuk Kharlissa. Dia akan menjemput Kharlissa makan malam di rumahnya. Inilah pertama kali dia mengajak seorang wanita masuk ke rumah itu. Demi Kharlissa...