DIAGNOSIS: DELUSI - 11
Pengurangan pengambilan makanan yang diperlukan tubuh badan menyebabkan pengurangan berat badan bagi usia, jantina, tumbesaran dan kesihatan fizikal individu.

Ketakutan akan pertambahan berat badan dan menjadi gemuk.

Berasa mereka gemuk malah menyangka tubuh badannya buruk (body image disturbance) walaupun mereka sebenarnya dalam kategori kurang berat badan.

Tidak mahu mencapai BMI normal, BMI mereka selalunya < 17.5.

Wanita biasanya mengalami amenorea (tiada kitaran haid) selama 3 bulan berturut-turut.

Bermula pada usia 13-20 tahun.

Wanita

Dua jenis:

1. Jenis restrictive:- elak makan atau salah guna pil atau suplemen diet.

2. Jenis bulimic:- makan dan keluarkan semula (purging) atau muntahkan, menggunakan julap.

Kesan:

1. BMI <17.5.

2. Risau keterlaluan dengan keadaan bentuk badan.

3. Komplikasi kesihatan: contoh anemia, osteoporosis.

4. Amenorea (tiada kitaran haid).

Bulimia nervosa

Makan terlalu banyak dan berlebihan serta hilang kawalan, selalu berulang-ulang.

Compensatory behaviour, tindakan bagi menghalang pertambahan berat badan contohnya muntah, julap, puasa, senaman.

Kesan:

1. BMI normal.

2. Body images disturbances.

3. Komplikasi kesihatan kerana makan terlalu banyak contoh tercekik, perut mengembang.

Binge eating disorder

Tiada compensatory behaviour tetapi selalu bimbang berat badan.

Kesan:

1. Obesiti.

2. Risau mengenai tabiat pemakanan.

3. Komplikasi berkait obesiti.

4. Tetapi, tiada amenorea

Untuk permasalahan pemakanan ini, keluarga merupakan institusi yang paling tepat untuk membantu penghidap masalah ini. Hal ini kerana, keluarga adalah paling rapat dan dapat mengenal pasti jika seseorang penghidap mengalami konflik perasaan. Adalah paling tepat untuk memasukkan bantuan keluarga dalam pelan merawat penghidap permasalahan pemakanan ini. Di samping dapat membantu para doktor merawat anak-anak mereka, ahli keluarga juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.