DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 11
Pesakit ini dah lama sangat aku kenal. Mula-mula dia rajin juga jumpa aku untuk tanya itu ini tapi selepas itu dia mula jadi doktor sendiri. Dia sekadar ambil ubat di kaunter sahaja. Dalam dua tahun kebelakangan ini dia mula aktif dengan perniagaan direct selling menjual suplemen dan vitamin. Dia ada juga promote produk dia pada aku tapi aku cakap aku tak berminat. Macam-macam katalog dia beri tapi aku memang tak berminat. Walaupun dia kata dia dah naik pangkat dan berpeluang melancong ke sana-sini hasil jualan produknya, aku tetap tak berminat nak menyertainya.

Rasanya dah lebih setahun dia tak jumpa aku. Anak-anak dia semuanya sihat-sihat dengan makan segala macam vitamin yang dia ada. Dia pernah cakap dengan aku anak-anak dia termasuk dia makan 10 jenis vitamin setiap hari. Sebab tu semua anak-anak dia sihat-sihat. Aku tak pernah tanya berapa duit dihabiskan sebulan untuk beli dan makan vitamin-vitamin itu.

Entah apa mimpinya, malam ini dia nak jumpa aku. Dia nak tanya pasal anak sulung dia yang demam dah 2 minggu tak baikbaik. Bila aku check anak dia memang demam. Dia siap marah anak dia sebab tak makan vitamin yang dibekalkannya. 10 jenis tu. Yang aku bengang dia sibuk mengajar aku pasal ubatubat moden ni banyak racun dan tak bagus untuk kesihatan. Painkiller dan antibiotik pun sama. Habis, aku nak beri ubat apa Daripada kau membebel ajar aku pasal ubat-ubat moden, baik kau balik dan makanlah ubat-ubat vitamin kau tu.

Sebenarnya anak dia yang dah jemu makan vitamin macammacam. Aku tengok muka anak dia aku dah tahu dah. Kesian aku kat dia. Penghabisannya, aku beri ubat yang aku nak beri.

Kau nak beri anak kau makan atau tidak itu terpulanglah.