Aku lihat Mandy antara orang yang paling sedih apabila mendapat berita kemalangan aku. Aku juga ingin berkongsikan surat yang dikirim olehnya kepada aku selepas setahun pemergianku. Sepertinya juga, kami saling merindui.
Kehadapan Beng Hock,
Walaupun sudah setahun kamu meninggal dunia, saya masih ingat dengan jelas sekali perkara-perkara yang kita alami bersama: bekerja bersama-sama hingga lewat malam, menikmati sarapan pagi dan makan tengah hari di pantri pejabat, ketawa dan marah bersama rakan-rakan seperjuangan
Apabila teringatkan wajah kamu yang ceria, saya akan menitis air mata. Sudah banyak kali saya bermimpi tentang kamu, mungkin saya mempunyai serba-sedikit ilmu telepati dan berupaya berkomunikasi dengan kamu.
Saya tahu kamu tidak pernah meninggalkan kami, inilah perasaan saya. Walaupun masa yang berlalu sepatutnya menyembuh luka tetapi luka itu tidak pernah sembuh, sebaik saja disentuh, maka air mata akan menitis.
Kamu seorang yang sangat jujur. Jika saya ditanya sama ada kamu sanggup membunuh diri atau tidak, saya percaya sepenuhnya kamu tidak akan berbuat demikian. Kamu tidak mungkin melakukan rasuah, maka kamu tiada apa-apa sebab untuk membunuh diri.
Malangnya, akibat banyak perubahan yang telah berlaku, orang awam telah mula melupai butir-butir tragedi ini kadang-kala saya berasa kesal, mengapakah nyawa seorang pemuda perlu digadai demi memperjuangkan demokrasi di Malaysia adakah dengan cara ini baru kami boleh menyedarkan orang awam
Yang saya paling bimbang adalah kes ini berkemungkinan besar tidak dapat mendedahkan kebenaran dalam masa yang singkat.
Tragedi ini bakal berlaku kepada orang lain, termasuklah kawan-kawan dan saudara-mara kami. Selain daripada kamu, Kugam dan Aminulrasyid telah kehilangan nyawa mereka dengan sia-sia sahaja, dan menyebabkan saya berasa amat kecewa.
Dalam perjuangan kami untuk menegakkan keadilan untuk kamu, saya berdoa agar ketidakadilan tidak menimpa ahli keluarga, kawan-kawan dan orang-orang yang rapat dengan kami
Sahabatmu,
Mandy Ooi