Malam tu, sebagai budak-budak kecil yang tak ada fungsi dalam menentukan hala tuju kampung, kami sudah rancang nak main hantu-hantu sambil buat bising. Lampu balai raya terang benderang. Orang tua-tua ramai aku perhati hisap rokok sahaja di luar balai raya, sambil budak-budak muda hanya lepak bersembang atas motor buat gaya abang-abang besar. Yang duduk berdiskusi dalam balai raya adalah kira-kira sepuluh orang lebih. Jenis semua nak makan percuma. Ibu aku dan Mak Ngah Ani pula menjadi front liner memasak bihun goreng dan membancuh teh O panas sebagai menu mesyuarat malam tu.
Aku main hantu-hantu dengan bersungguh-sungguh. Sudah penat, kami makan bihun dan hirup teh O panas. Golongan bersekolah rendah - Ida, Ana, Piyan dan Lela pula main SAIDINA kat rumah Iyas. Lepas jemu main, aku dan geng tadika lepak rumah Iyas; duduk tepi tengok golongan sekolah rendah main SAIDINA kat beranda. Masa tu mesyuarat kat balai raya dah selesai.
Geng tadika lain masih maintain kat rumah Iyas sambil sikitsikit cuba memahami permainan SAIDINA. Alan paling beriyaiya nak baling dadu padahal dia haram tak reti mengira. Nama saja dah bersekolah tadika dua tahun. Aku pula yang kena jadi hero tolong kirakan.
Agak larut malam, ibu ajak balik. Budak-budak lain semua ambil keputusan untuk tidur kat rumah Iyas. Aku rasa tercabar. Sebagai budak umur empat tahun lebih, aku mesti nak tidur rumah Iyas juga! Aku cakap kat ibu aku dengan tenang dan firm
Aus nak tidur dengan diorang kat sini!
Ibu aku pujuk ajak balik sambil takut-takutkan aku dengan cerita hantu urban. Tak cukup hantu urban, ibu aku guna taktik menghasut dengan mengatakan aku masih kecil dan tak pandai berdikari. Aku tak makan ayat. Aku tambah lagi rencah untuk mematahkan pujukan ibu aku
Kan Aus dah boleh kira satu sampai lima belas, baca alip ba ta pun dah reti separuh. Basikal kecil yang ada dua roda plastik kat belakang tu pun Aus dah pandai kayuh sendiri.
Mak Ngah Ani kat sebelah senyum je. Ibu aku lelah dan mengalah. Ibu aku cuma pesan jangan nakal-nakal kat rumah
Aku Hero Cilik
orang, lalu meminta Mak Ngah Ani tengok-tengokkan aku.
Semua penghuni lepak beranda. Malam makin larut. Dalam dok seronok kirakan dadu untuk Alan aku diserang sakit perut memulas rasa nak buang air besar. Jamban letaknya jauh di hujung dapur. Aku agak gagap. Mak Ngah Ani kata dia boleh temankan sampai jamban tapi dia nak naik beranda balik tanpa mahu berkompromi menunggu aku abis buang air besar. Aku sahut cabaran. Ok jom! kata aku tegas. Budak-budak sekolah rendah yang tengah main SAIDINA memang respect aku habis sebab aku amat berani buang air besar sorang-sorang di tengah malam.
Aku masuk jamban, tutup pintu. Sambil mencangkung aku tadah air pili biar penuh baldi. Dalam 5 minit aku selesai lepas hajat. Aku tahu Mak Ngah Ani memang betul-betul sudah tingalkan aku sorang-sorang.
Aku tak kisah hantu datang tangkap pun aku tak gegar.
Aku tak hairan duduk cangkung sorang-sorang tengah malam buta.
Cuma satu bab ni je yang buat aku lemah semangat, aku masih kurang practice. Aku buka pintu jamban.
Aku jerit lantang 3 kali.
Mak Ngah Aniiiiiimai sini sekejaappppp! Mak Ngah Ani bergegas mendapatkan aku.
Aku hanya sengih-sengih kambing melihat muka Mak Ngah Ani yang risau.
Tak reti basuh la mak ngah, kata aku sambil kawal nada spontan.
Laaaaa....tadi hero sangat kirakan dadu sana sini, hero taik kucing apa macam ni
Mak Ngah Ani membebel sambil terbongkok-bongkok mencuci punggung aku.