DOC & ROLL - 11
Selain daripada pengembaraan yang bercorakkan kerjaya dan akademik, saya juga berpeluang untuk bersama-sama Mercy Malaysia sejak daripada tahun 2004. Konsep kesukarelawan sememangnya memberikan kepuasan kerana selain dapat memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan, kita dapat melatih diri untuk menjadi seseorang individu yang prihatin dan sentiasa mempunyai rasa bersyukur. Penglibatan saya bermula dengan menjadi sukarelawan mengemas pejabat asal Mercy Malaysia yang bertempat di lot kedai tingkat paling atas di kawasan Ampang Point, kemudian melakukan packaging untuk agihan barangan mangsa-mangsa banjir, transporter barangan ke pusat simpanan hinggalah menyertai misi-misi sukarelawan di luar negara sama ada dalam memberikan rawatan pergigian, berkhatan ataupun pembedahan. Dalam tempoh 16 tahun bersama Mercy Malaysia ini, saya rasakan misi pembedahan sumbing bibir dan lelangit di Myanmar pada tahun 2015 adalah misi yang paling mencabar setakat ini. Mungkin kerana dijalankan pada bulan Ramadhan pada tahun itu dan mungkin juga pada ketika itu sedang hangat isu pergolakan agama dan penghapusan etnik Rohingya di sana. Kedua-dua ibu bapa dan isteri saya juga amat risau sebelum keberangkatan saya ke sana. Baru saya tahu bagaimana perasaan askar-askar mahupun sukarelawan-sukarelawan kita apabila ingin berangkat ke negara-negara bergolak.

Surgical Relief Mission to Sitagung, Myanmar

23 Jun 2015 (Malam sebelum berangkat)

Kadangkala, sesuatu destinasi tidak semestinya dalam bentuk geografikal. Bagi saya, misi Mercy Malaysia ke Myanmar pada kali ini adalah lebih daripada sekadar misi kemanusiaan. Kali terakhir saya memakai t-shirt Mercy Malaysia ini ialah semasa bertugas bersama para sukarelawan lain ke Pulau Nias, Indonesia pada tahun 2007 selepas bencana Tsunami. Destinasi esok pula ialah untuk misi rawatan pembedahan pesakit-pesakit sumbing bibir dan lelangit (cleft lip and palate). Ada kerisauan sedikit atas sebab pergolakan agama yang kini berlaku di sana. Isteri saya ada masukkan juga bekalan kurma dan lauk segera Brahims memandangkan saya akan berada di sana selama 7 hari sepanjang bulan Ramadhan. Buku panduan solat-solat sunat pun kena bawa juga mana tahu kena jadi imam Tarawih. May Allah ease this journey and the surgery, for both my surgical team and all the patients.

25 Jun 2015 (Hari Pertama)

Sementara menunggu waktu berbuka puasa saya sempat duduk dan cuba untuk berbual-bual dengan penuntut-penuntut pengajian agama Buddha di sini tetapi agak sukar atas sebab berlainan bahasa.

Hospital Sitagu Auydana dan asrama penginapan saya terletak di dalam kawasan monastery. Kawasan ini sememangnya dipenuhi dengan samisami Buddha dan penuntut-penuntut mereka.

Perjalanan untuk tiba di sini Alhamdulillah lancar cuma terdapat masalah teknikal semasa di lapangan terbang KLIA 2 yang menyebabkan 3 ahli pasukan kami iaitu seorang pakar bedah mata dan 2 orang pakar bius terpaksa menaiki pesawat pada hari yang seterusnya. Tiga bagasi juga tidak tiba di lapangan terbang Mandalay.

Selepas kami tiba pada pukul 2 petang dan selesai berkemas, kami terus memulakan klinik pesakit sumbing dan hari ini sahaja sebanyak 102 kanak-kanak dengan kecacatan sumbing bibir dan lelangit datang bersama ibu bapa mereka. Buka puasa will be at 6.55 pm. It is windy but very dry here; lets hope for a smooth day tomorrow, insya Allah.

25 Jun 2015 (Hari Kedua)

Kami mempunyai waktu rehat yang terhad kerana hari ini dipenuhi dengan sesi klinik seawal pagi dan sesi pembedahan pada waktu petang. Di antara 2 sesi ini saya sempat berjalanjalan bersama sahabat saya, Dr. Vimahl di sekitar kawasan monastery ini.

Pada suatu ketika, saya disapa oleh seorang Buddhist scholar yang bertanya tujuan kami ke sini dan berasal dari negara mana. Selepas memaklumkan yang saya dan Dr. Vimahl adalah pakar bedah maksilofasial, datang dari Malaysia untuk misi pembedahan di sini, beliau memperkenalkan dirinya dengan nama Javana.

Javana juga memaklumkan yang beliau kenal beberapa pakar bedah dari Malaysia yang pernah datang ke sini dahulu. Kehadiran kami para doktor dari Malaysia sememangnya dialualukan dan sebelum kami berpisah, sempat kami bertukar-tukar e-mel dan berkali-kali beliau mengucapkan terima kasih kepada Mercy Malaysia kerana membantu memberikan rawatan kepada anakanak Myanmar yang memerlukan.

On another note, it was really really a hot, dry and dehydrating day here. But thinking back at that short meet up with Javana, I guess the dehydration experienced by some of my fasting

team members was probably worth while. Whoever saves one life saves the world entire. 26 Jun 2015 (Hari Ketiga)

Selain daripada pasukan pembedahan maksilofasial yang disertai oleh pakar-pakar bedah daripada Fakulti Pergigian Universiti Malaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia, kami juga disertai oleh pasukan pembedahan mata yang disertai oleh pakar-pakar mata daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia bagi tujuan memberikan rawatan pembedahan katarak.

Sememangnya misi kali ini mencabar sedikit kerana ianya dijalankan semasa bulan Ramadhan dengan jangka masa misi pula adalah selama 7 hari. Menjalankan hampir 20 kes pembedahan secara berterusan sepanjang hari dalam keadaan berpuasa memang terasa juga kepenatan dan kering tekak kerana perlu biasakan diri dengan cuaca di Myanmar yang kering dan panas. Pada ketika ini, jangka masa puasa di Myanmar adalah lebih 2 jam setengah berbanding waktu berpuasa di Malaysia. Apa yang menariknya, pihak monastery telah menempah tukang masak yang beragama Islam untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur bagi kami yang beragama Islam.

Hari ini juga kami sempat dibawa ke pekan Sagaing yang terletak lebih kurang 20 km dari bandar Mandalay. Pekan Sagaing ini berkemungkinan hampir sama saiznya dengan pekan di kampung saya, Sabak Bernam. Cuma penduduk di sini lebih ramai, majoriti lelaki memakai kain sarung, kenderaan utama adalah motosikal dan kaum wanitanya boleh dikatakan hampir kesemuanya memakai Thanaka, sejenis krim muka atau bedak sejuk.

27 Jun 2015 (Hari Keempat)

Rutin pembedahan hampir sama dengan hari semalam. Hampir 20 kes pembedahan baik pulih kecacatan sumbing kami lakukan. Jumlah yang tinggi ini disebabkan oleh faktor kesuntukan masa dan bilangan pesakit yang terlalu ramai. Jadi pasukan kami cuba untuk memaksimumkan prosedur pembedahan agar semua kanak-kanak sumbing mulut ini dapat diberikan rawatan.

Walaubagaimanapun, antara cabaran lain pada misi ini ialah ketika ditanya berkenaan aspek keselamatan. Pada ketika ini, negara Myanmar sedang berhadapan dengan isu keagamaan di wilayah Rakhine yang melibatkan bangsa Rohingya yang beragama Islam. Secara peribadi, memang ada juga perasaan risau pada peringkat awal kerana saya tidak begitu pasti bagaimana penerimaan masyarakat di sini terhadap doktor Muslim.

Saya ingat lagi komen-komen pada gambar yang saya uploadkan di laman peribadi Facebook semasa hari pertama saya berada di sini. Alhamdulillah banyak yang mendoakan agar semua urusan berjalan dengan lancar tapi ada juga yang menyentuh isu-isu keagamaan yang sememangnya lebih suka saya elakkan.

Beritahu pada mereka, mereka telah korbankan puluhan ribu umat Islam dengan cara kezaliman dan mengatakan kami muslim cepat membiak seperti ikan. Namun hari ini kami datang untuk berikan kebaikan kepada mereka. Inilah kerja kami, memberikan kebaikan kepada semua orang.

Kehadiran doktor di sana sebenarnya dipilih dan dihantar atas maksud membawa mesej yang sangat besar kepada mereka khususnya bagi wilayah Rakhine.

Memang tak sedap juga rasa hati bila membaca komenkomen yang kadangkala saya rasakan sensitif tetapi itulah hakikat sebenar pada ketika ini. Bila baca artikel berkaitan isu kekejaman tak kiralah pada agama atau bangsa lain sekalipun sememangnya suatu perkara yang menyedihkan.

Great things you can do there. Show that Muslims will give in kindness to all regardless. With Allahs will.

28 Jun 2015 (Hari Kelima)

Masuk hari kelima, pasukan pembedahan Malaysia telah berjaya menjalankan hampir 50 kes pembedahan baik pulih bibir dan lelangit pada kanak-kanak dan bayi-bayi yang lahir dengan kecacatan sebegini. Jumlah kes pembedahan yang bakal kami jalankan adalah sebanyak 92 kes. Ada 2 hari lagi. Semoga dipermudahkan urusan kami.

Jumlah keseluruhan ini lebih kurang jumlah kes-kes yang dirawat di hospital tempat saya bekerja dalam tempoh 4 hingga 5 tahun. Di sini, 92 kes dalam tempoh 6 hari! Bayangkan!

Masuk hari kelima juga, semakin teruk sakit belakang akibat slipped disc yang saya alami sejak dua tahun lepas. Setiap kali waktu berbuka dan bersahur, saya terpaksa mengambil ubat tahan sakit dengan harapan keadaan tidak menjadi semakin teruk.

30 Jun 2016 (Hari Keenam)

Catatan hari ini lain sedikit kerana membaca mesej-mesej di laman sosial adakalanya boleh menyebabkan kita hilang akal. Saya dihujani dengan mesej-mesej provokatif berkaitan isu-isu agama.

You dare to ask the question

Banyak benda yang bermain di fikiran bila berhadapan dengan komen atau pertanyaan sebegini. Sedih dan marah.

Adakah orang-orang yang menghantar komen-komen sebegini cukup berani untuk pergi sendiri ke tempat-tempat yang penuh pergolakan dan bertanya sendiri ataupun hanya sekadar berani menulis pada komputer di dalam bilik mereka

Selang beberapa minit kemudian seorang sahabat saya yang juga seorang doktor beragama Buddha dari Thailand menghantar komen.

Kindness beyond frontier or religion. I am so proud to know you. Satta Sotti Bhavan Tu Te (The auspicious be with you).

Hati saya sememangnya berasa lega sedikit selepas mendapat komen daripada seorang sahabat dari negara lain yang juga seorang penganut Buddha.

Bagi persoalan you dare to ask the question yang ditanyakan tadi, ini jawapan saya.

Our presence in their land, leaving our families back home, in this holy month of Ramadhan probably worth more than a thousand questions.

Ya, kehadiran kami doktor-doktor muslim di tanah yang bergolak ini, meninggalkan anak-anak dan isteri kami demi merawat anak-anak mereka, pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini sememangnya lebih berharga dari sebarang persoalan yang perlu saya tanyakan pada mereka-mereka di bumi Myanmar ini.

30 Jun 2016 (Hari Terakhir)

Petang terakhir semalam kami dibawa ke lokasi-lokasi bersejarah seperti kuil-kuil Buddha dengan seni bina yang unik dan U Bein Bridge, tempat terdapatnya jambatan kayu oak yang berkemungkinan tertua di dunia merentasi tasik Taungthaman.

Pagi ini, sebelum bertolak ke lapangan terbang, pasukan kami menerima kejutan terbesar apabila semua ibu bapa dan anakanak yang telah dirawat menunggu kami di lobi hospital untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal. Ada yang memeluk kami sambil menangis dan ada juga yang memberikan buah tangan.