SEMBANG TEPI JALAN - 11
26 Februari 2006 Sesuatu tentang Dia; kalau menyukainya hargailah. Makna itu melalui alam yang mcngerti. Tanya sania pokok kenapa ada goyang, nanti jawab pokok... Bertemu seorang anak kecil, sevvaktu sedang duduk di pinggir tebing kota sambil mcnghirup angin petang yang sekejap ada dan sekejap hilang. Sebetulnya aku memandangnya tetap seperti anak kecil. Mungkin ibunya ada di belakang. Dijadikan cerita, anak kecil itu berlari-lari menghampiri aku; seperti ada tujuan, tetapi dia ingin berteman. Kebetulan pada aku, umurnya mungkin di lingkungan tujuh hingga lapan tahun. "Mana ibu" Dia tak menjawab. Cuma banyak tersenyum. Aku pasti kanak-kanak berada di dunia misteri, khayalan dan imaginasi. Sudah tentu mereka hebat; lebih jujur berbanding kita sebab mereka tidak banyak tahu mengenai dunia. Bagi orang dewasa pula mereka terlebih tahu pula. Kalau tidak percaya, aku mengajak untuk melihat lukisan yang dihasilkan mereka ini. Amat jelas, direct to the point. Malah, kita boleh menjalankan interpretasi melalui apa yang kita faham dan punya berbagai-bagai makna untuk dimengerti. Berbalik kepada anak kecil ini, tanpa punyai apa-apa agenda, aku mengajaknya duduk lepak sebelah aku. "Saya menyukai seseorang, namanya Dia. Awak rasa macamana j/er" "Anggaplah aku seorang mangsa yang kebetulan terselamat dari ombak ganas Tsunami. Terselamat setelah berpaut pada daun kelapa. Penat belum habis, letih dan masih trauma akan kesan mimpi ngeri itu." Seperti biasa, budak tu tak bersuara. Hanya tersenyum sambil memandang muka aku. Aku teruskan juga bercerita. Mungkin aku periukan teman untuk menyuarakan isi hati. Bijak pandai kata, golongan kanak-kanak ni terns dari Tuhan sebab mereka tidak punya dosa. "Macam ni lah. Kalau kita menyukai bagus jika kita menyuarakan padanya, sebab untuk dia tahu dan faham maksud kita. Tapi tak perlu mengharapkan apa-apa balasan dan harapan. Lebih jujur dan bermakna, betul ker tut" Seperti yang aku jangkakan, budak hanya tersenyum sambil tengok muka aku. Kemudian tersenyum lagi. Jawapan yang keluar dari mulutnya hanyalah "Emmmmmm...." Itu sahaja. "Ha ha," aku ketawa sendiri selepas itu.