Sudah! Aktifkan Peranti Pengesan Transponder neo-Human!
Sudah hampir seminggu Mama Juwita tidak dapat tidur dengan nyenyak; walaupun dia tidak perlukan tidur untuk hidup sebenarnya. Dia muncul kembali dini pagi masih resah memikirkan keberadaan Razief yang belum diketahui.
Tuan pernah menyusur di bawah radar. Agak sukar untuk mengesannya, Srikandi.
Aku tak peduli mengenai air-car, Cincip. Demi jongkong emas yang aku punya tak terhingga banyaknya, aku tidak peduli langsung mengenai air-car, Cincip. Kesan jejak transponder di dalam tubuhnya! Itu lebih utama.
Cincip patuh, wanita itu merupakan anak angkat Mama Juwita sebelum Srikandi itu mengandungkan Razief melalui kaedah Permanian Berhadas. Juwita tidak mahu bayi pertamanya terbina di dalam kelalang makmal, jadi dia telah menyempurnakan tubuh wanitanya dengan membelai janin lemah Razief di dalam rahimnya selama sembilan bulan. Malah Cinciplah yang menjaganya sepanjang Juwita mengandung dan melahirkan Razief. Dia disambut dengan satu istiadat gilang-gemilang; Razief ditatang di atas dulang emas yang ditukang seniman Funan.
Pembebasan, Srikandi. Pembebasan.
Maksudmu, Dataran Pembebasan!
Data terakhir yang terpancar pada lekukan
otakknya menunjukkan Razief berada di Dataran Pembebasan bersama-sama dengn Lynn.
Hubungi Srikandi Tinta Pujangga untukku!
***
Ia bukan sekadar dogengan Timur Tengah.
Isaiah mempersiap makanan untuk dihidang kepada Razief; Kurma, Tembikai dan segelas Susu Kambing. Semangkuk Sup Barli dicedok perlahan-lahan. Bapanya Buhaira masih berada di Rumah Ibadat.
Razief sudah mula terjaga walau masih kelihatan lemah di perbaringan. Isaiah mendekati pemuda neo-Human itu sambil membawa dulang makanan untuk diberikan kepada Razief.
I... Isa. Namamu, Isa
Benar, abang.
Panggil... panggil... aku Razief. Aku ... Aku di mana
Ra- Razief. Kamu di kawasan kami.
Kawasan kami Ka-
Dataran Pembebasan. Kamu di Dataran
Pembebasan.
Ah ... proto ... proto-Human! Isa ... kamu ... kamu proto-Human!
Pertanyaan itu dikiranya sebagai sebuah penghinaan. Isaiah yang berdarah muda sudah mendidih riwayatnya penuh dengan kebencian. Kalau bukan kerana sifat bapanya yang penyayang, sudah tentu dia akan mengikat batang tubuh Razief pada pohon kurma dan merejamnya perlahan-lahan. Ah!
Kenapa dengan kami! Isa mula meninggikan suaranya. Dulang makanan itu dihempas dengan kuat. Susu kambing tumpah sedikit. Dia bercekak pinggang mempertahan susur galur umatnya daripada digigit anjing yang baru terlepas dari sepitan.
Isa... maaf... maafkan aku. Aku... aku tak sengaja.
Kalau bukan kerana Buhaira, aku sudah merejam kamu sedari tadi!
Maafkan... maafkan aku Isa. Siapa Buhaira
Wali Tuhan, Syeikh Buhaira. Dia bapaku. Kami menjumpaimu seminggu yang lalu. Air-car yang dipandu kamu kemalangan dan merempuh ruang udara Dataran Pembebasan
Razief bingung.
Seminggu yang lalu Lynn Wajah gadis yang dicintainya mula terbentuk cebisan memori milik Razief memainkan peranan menyusun kembali babak-babak sebelum dia dihempas ganas ke bumi. Watak dan gelak Lynn yang manja. Raut muka Lynn yang putih-putih gebu menggoda. Malah wajah Lynn yang terbelalak ditikam kemalangan celaka!
Razief bingung.
Ini ada sedikit makanan buatmu. Makanlah.
Isa ...
Isa diam sambil menunggu pertanyaan daripada Razief. Pemuda neo-Human itu kelihatan sedikit berupaya (barangkali cip nya sudah mula teraktif segar).
Terima kasih.
Di hujung gegendang telinganya ada satu laungan, sayupsayup membelah ruang bumi yang tadinya sepi. Laungan itu disertakan dengan lenggok yang cukup indah mendayu, berkali-kali nama Alif Lam Lam Ha dilaung ke udara.
Matanya dipejam perlahan. Dia cuba-cuba mengajuk laungan yang serupa, manalah tahu, Alif Lam Lam Ha akan menjawab panggilannya!
***
Apa mahumu Jaafar Sungguh aku perlu berjumpa dengan Juwita.
Sabar dahulu Pujangga, dengarkan aku.
Salah satu menara pencakar langit di tengah-tengah megalopolis neo-Kuala Lumpur adalah kepunyaan Tinta Pujangga. Menara Berchabang Tiga (Gunung Daik berchabang tiga) itu teguh membelah awan dengan ketinggian 999 meter; angka bertuah Pujangga. Srikandi itu selayaknya mendapat lebih daripada itu kerana dialah yang digelar ibu perpaduan di neo-Kuala Lumpur dengan dasar-dasar yang mempererat neo-Human tanpa hegemoni budaya mahupun agama.
Tetapi Pujangga tidak berkiblatkan material. Dia bukan pemimpin klise.
Sabar dahulu pujangga, dengarkan aku.
Baiklah, khabarkan aku. Kamu duduklah, Jaafar.
Sebelum itu Pujangga, aku mahu kamu menghormati aku. Aku ini selayaknya menjadi pahlawan, benteng ketenteraan untuk negara kita.
Pujangga hanya tersenyum. Tubuh tuanya itu direbahkan dia atas kerusi yang empuk dengan berhatihati. Baru sahaja dia ingin memulakan pencarian Razief, sudah ada krisis yang bakal dibawa Jaafar. Pujangga hanya tersenyum. Lembut sahaja dia menjawab;
Sampan kotak mengapa dikayuh,
Hendak berlayar ke tanah seberang,
Patah kepak bertongkatkan paruh,
Pantang menyerah di tengah gelanggang!
Ah, apa maksudmu Pujangga
Itulah kamu Jaafar, terlalu ke-baratan sampai lupa pantun melayu!
Pujangga, kita sebenarnya dalam bahaya! Malah aku gusar akan keangkuhanmu menyebabkan kita semakin terjerumus ke-
Kalau ini perihal dasar campurtangan asing WU itu, aku berpegang teguh dengan pendirianku, Jaafar. Apa kamu lupa bahawa dataran kita ini, semenjak dari zaman proto-Human dahulu asyik ditipu dengan Barat Seolah-olah apa yang datang daripada Barat itu lebih baik daripada hasilan tamadun kita sendiri.
Aku tahu, Pujangga. Aku faham.
Pengetahuanmu itu akan tertempang jika tidak disusuli dengan amal!
Pujangga, aku melihat dari segi Geopolitik dan ketenteraan dengan melihat kuasa militari kita serta sifat kita yang begitu anti-establishment di mata dunia. Tanpa Kesatuan, kita terdedah dengan ancaman pelbagai pihak. Aku tahu kamu mengerti itu, Pujangga.
Lalu neo-Kuala Lumpur ini lebih baik menjadi mati untuk hidup
Apa kau fikir kita ini mampu menjadi besar seperti apa yang kau berahikan
Seumur hidup aku, ini kali pertama aku berjumpa dengan seorang Laksamana yang bacul! Sudah, aku tiada masa untuk melayan kebaculan mu. Perlembagaan dan pentadbiran dataran ini, semuanya dalam kekuasaanku, sedang kamu tidak langsung memperbaik kekuatan ketenteraanmu. Guruh berdentuman, apa tempayanmu sudah retak melimpahkan!
Jaafar berlalu pergi. Dia kesal kerana pedangnya tertinggal kali ini. Hanya kali ini.
***
Hey, you. I rasa macam kenal... err.. kita macam pernah jumpa...
Err... You silap orang ni. Maybe-
Hah!Y ou! My God malunya.... I dah tahu. Hey, you tak
I kenal ke
Jap, give me few minutes.
Pemuda itu merenung gadis di hadapannya. Selama ini tiada seorang pun yang pernah menegurnya di kampus seramah begini. Ah, Harvard itu cukup besar, masakan manusia punya masa untuk berkenal-kenalan sedang susunan tugasan menanti-nanti untuk disiapkan
Yes! You! Nora... Nora kan Eh kenapa lain Ada sekuntum senyuman terukir.
Its my new haircut, silly. By the way, hows life
Well, traumatized is not even a right word to describe what I feel. What we feel.
Yea, me too. Still having this endless nightmares.
Hows life Nora Remember when we first saw-
Please no... I know I was so creepy, but believe me, its my first time grabbing a stranger for a shoulder. Im too scared. Im sorry, my God Im so ashamed
No, you dont have to say sorry. I am actually ... err kinda okay with it.
Maksud you
I like you. Eh bukan! I mean I like it. Bukan like the creepy perv- way. Maksud I, I suka-
Hey, hey. I faham. I like you too, Borhan.
Entah mengapa Buhaira tiba-tiba teringatkan kisah cinta lalu, sewatu dia masih muda dan mula berkenalan dengan dunia dan kemanusiaan. First love never die; mungkin benar. Tetapi hari ini dia tidak langsung memaksa memori lalu untuk bertandang; ah bukankah cinta itu selalu datang tanpa diundang Dia mengukir senyuman, semanis senyuman kali pertama dia berkenalan dengan cinta pandang pertamanya.
Cinta.
Rapat-rapatkan saf. Demi Tuhan, rapat-rapatkan saf
Dia itu digelar seorang nabi. Tetapi dia juga manusia yang punya hati. Punya cinta dan punya naluri.