Awalnya bertandang,
Diiring senyum lembayung,
Duka malam langking,
Merangkak menghilang.
Nur di kala senja,
Perginya ditangisi,
Sepi langit kirmizi,
Tanpa disedari,
Siang perlahan pergi.
Nur di kala malam,
Berseri dalam rembulan,
Menyelak tirai kelam
Tampak indah tiada sindiran.
Nur dalam jiwa,
Mengapakah berbalam kerana dosa
Malu aku pada semesta
Andai alpa
Menjadi manusia.
Dewan Siswa, Julai 2011