Ingin juga menari zapin
bagi merayakan, tapi,
adakah muka aku kelihatan seperti seseorang yang tahu menari zapin
Jadi, aku hanya teguk segelas sirap sejuk, angkatkan ke udara dan laung, Cheerio!
Kemudian, sambung menulis sambil memikirkan, Mahu sarapan apakah esok
Oh fukk, dont get in my way roti canai and teh tarik. Im trying to write something. Kembali
berfikir tentang waltz, tango dan zapin. Tak ada satu pun tarian tu yang aku tahu.
Tiada tarian-tarian, tiada anggur merah, tiada kek coklat, tiada perayaan.
Apa yang ada, hanya sebuah sajak;
mengandungi huruf-huruf yang menari menyambut kepulangan.