SAYA BUKAN FANATIK - 11
Sebagai manusia, memang fitrah kita untuk melakukan kesalahan. Tiada siapa yang perfect. Tetapi, itu bukanlah satu alasan untuk kita terus melakukan kesalahan dan dosa.

Rasulullah SAW bersabda: Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.

Riwayat Tirmizi

Persoalan di sini adalah, masih bolehkah kita bertaubat Adakah dosa kita terlalu banyak untuk diampunkan Adakah ianya sudah terlambat dan kita telah terlanjur terlampau jauh Soalan-soalan cepumas inilah yang saya tanyakan Wise Owl semasa mula mengenali dia dulu.

Almaklumlah, saya ketika itu seorang wanita yang amat jahil dalam bab agama. Pakaian pun jauh sekali dari menepati piawaian pakaian muslimah. Sembahyang tu jarang-jarang tapi macam roket lajunya. Saya juga tidak pernah berdoa selepas sembahyang. Kenapa Honestly, saya rasa seperti tak layak untuk meminta apa-apa dari Tuhan kerana bukanlah hambanya yang taat selama ini. Saya juga merasa malu dan hina untuk meminta apaapa sedangkan diri sendiri enggan melakukan apa yang disuruhNya.

Tapi, Wise Owl pernah berkata bahawa Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang. Dia amat suka apabila umatNya meminta dariNya.

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Surah Ghafir 40:60

Wise Owl juga berkata bahawa walau besar mana pun dosa, sekiranya secara ikhlas bertaubat, Tuhan akan ampunkan dosa-dosa kita. Syaratnya, kita perlu bertaubat. Bahkan, dosa-dosa kita akan ditukarkan kepada pahala.

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hambahambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha

Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al-Zumar 39:53

Dari Anas Bin Malik RA dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman, Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan Aku ampunkan apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli, wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta keampunan kepadaKu akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.

Riwayat Tirmizi

Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orangorang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah

Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al-Furqan 25:70

Sebenarnya, tiada istilah terlambat untuk bertaubat kerana Tuhan akan ampunkan dosa jika kita minta diampunkan kecuali sekiranya di ambang maut. Semasa nazak, pintu taubat ditutup. Jadi sebelum malaikat maut datang menjemput, baiklah kita berjumpa dengan Tuhan dahulu.

Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. Riwayat Tirmizi

Kita juga jangan pula terlalu confident bahawa apa-apa kesalahan atau dosa for sure akan diampunkan. Jadi kita terus menerus melakukan dosa. Kita mesti berhati-hati agar tidak melakukan perkara-perkara syirik kerana itu adalah dosa yang tidak akan diampunkan.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukumhukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Surah An-Nisa 4:116

So, everything is clear. Semuanya jelas tetapi, kenapa kita masih belum bertaubat Apa yang menghalang kita untuk bertaubat Macam-macam alasan yang kita berikan. Adakah kita belum bersedia untuk bertaubat kerana masih belum puas melakukan dosa Atau sememangnya kita tak ada niat langsung untuk insaf dan lebih rela dihumbankan ke dalam neraka Jahanam Atau mungkin kita terlalu malu untuk menghadap Tuhan

Cuba tanya diri sendiri dengan jujur. Apakah yang sebenarnya menjadi penghalang untuk kita insaf dan bertaubat Mungkin kita tidak dapat memaafkan diri kita sendiri Perasaan guilt yang dirasai, menghantui sepanjang masa sehingga berputus asa dengan diri sendiri.

Sebenarnya, perasaan bersalah itu adalah amat berguna untuk mendorong kita menjadi lebih baik. Perasaan bersalah itu juga sepatutnya menghalang kita untuk melakukan kesalahan itu lagi.

Wise Owl pernah berkata, orang yang pernah melakukan dosa-dosa besar kadangkala berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik kerana tidak putus-putus bertaubat. Setiap kali teringat dosa lalu, mereka akan menangis dan mendorong diri untuk menjadi lebih baik.

Jadi, sebelum kita dijemput dengan segala hormatnya oleh malaikat maut, which can be at any time, pilihlah pintu mana yang kita nak masuk. Buatlah pilihan yang baik dan bijak kerana jika tersalah pilih, kita akan menyesal untuk selamanya.