Jatuh hatikah aku Ayu menjungkit bahu tidak pasti. Ah, mungkin kerana Murad seorang lelaki yang pandai menambat hati! Tapi, jika benar begitu, hati aku telah tertambat terhadapnya Entahlah....
Melalui Murad segala yang kabur telah terbongkar. Dia mulai mengerti hubungan sebenar antara dirinya dan Murad. Sebenarnya, antara mereka, tiada langsung ikatan sedarah.
Apa tidaknya, kerana ibu Murad adalah adik kepada Dollah sedangkan dia bukanlah anak kandung Dollah. Ya, mungkin Murad tidak tahu dan sewajamya lelaki itu tidak tahu mengenai perkara yang se-benar. Biarlah Murad tahu bahawa dirinya adalah 80
anak kepada Dollah. Biarlah Murad menganggap dirinya sebagai sepupu. Ya, itu lebih baik!
Namun, walau apa pun, hubungan sebagai mana pun, itu tidak penting. Yang menghairankan dirinya saat ini adalah bayang-bayang Murad. Kenapakah dia berasa sukar untuk menghindar daripada mengingati Murad
Kalau difikirkan, dia adalah seorang gadis yang amat sukar untuk menerima lelaki. Dia ingat lagi bagaimana Cikgu Ng merayu kasih terhadapnya. Malah, dia ingat lagi beberapa orang lelaki lain yang kecewa terhadap dirinya.
Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan lelaki-lelaki itu merayu dan melutut sekadar mendapatkan balasan cinta sedangkan di hatinya tidak setitik pun mempunyai rasa simpati apatah lagi kasih!
Namun, segala-galanya berubah apabila Murad hadir di dalam hidupnya. Murad; lelaki sederhana pelajar seberang laut. Murad, lelaki kota yang berperwatakan menarik!
Perlukah aku menepung tawar, menitah kasih, mencemar diri dengan berterus-terang terhadapnya Tidakkah nanti aku dikatakan gadis murahan
Ah... tidak ... aku tidak sekali-kali akan mengaku kasih. Biar dia sendiri yang memulakannya! Ayu bertekad dan terus bingkas. Dia melirik jam dan dia sedar masa telah jauh beredar. Ah, pasti aku lewat ke kelas menaip! Fikirnya.
MURAD membelokkan keretanya ke simpang yang menghala ke Kampung Sri Dang Wangi. Entah kenapa hatinya tidak tenteram selama tiga hari di Kuala Lumpur. Ketenteraman bagai tertinggal di desa 81
sepi itu. Di desa ada tawa riang Si Ayu. Dan, di desa itulah hatinya terpaut.
Kalau hendak dibandingkan, meriah lagi Kota London yang sekian lama didudukinya. Malah, indah lagi Bandaraya Kuala Lumpur yang bermandikan cahaya setiap malam menjelang, dibungai pesta dan pertunjukan.
Tetapi, kenapa matanya terlekap di desa ini Mengapa hatinya meronta-ronta untuk ke sana
Masayu Gadis desa yang tidak cantik tetapi ayu. Gadis desa yang tidak lincah tetapi menawan. Ya, gadis bernama Ayu adalah puncanya. Gadis ayu yang kebetulan sepupunya sendiri.
Tidak adakah gadis kota yang cantik, menawan dan menggoda Ah, memang ramai, tetapi yang pasti, Ayu mempunyai kelebihannya sendiri. Satu kelebihan yang tidak ada pada gadis-gadis kota yang pernah dikenalinya.
Entah kenapa Murad membrek deras dan telah mengejutkan beberapa orang yang sedang leka bersembang di warung kopi. Matanya pantas melihat jam di pergelangan tangan.
Baru dia teringat bahawa saat ini Ayu sedang menghadiri kelas menaip. Ya, tiada guna jika dia ke rumah. Adalah lebih baik menanti Ayu di pekan tempat dia belajar.
Kereta berpusing dan berpatah semula ke pekan.
EH... bila Abang Murad sampai dari KL Ayu terkejut melihat Murad tercegat di depannya.
Hm. baru tadi dan terus dalang ke sini.
Hairan... bagaimana abang tahu Ayu belajar di sini82
Murad ketawa. Hendak seribu daya Ayu. Lagipun... pekan ni bukanlah besar sangat. Sekolah me-naip pun boleh dibilang. Jadi... abang ingat lagi cerita Ayu, juga nama sekolah yang Ayu beritahu abang
Oh... jadi abang hafal setiap cerita Ayu ya... nakal! Ayu mencebik, pura-pura marah.
Mestilah... dengan itu, mudahlah abang mengesan gerak-geri Ayu. Buktinya hari ini, mudah saja abang kesan sama ada Ayu betul-betul pergi kelas... atau
Atau apa
Atau berdating!"
Hm... nakal!
Murad ketawa dan entah kenapa ada sesuatu yang aneh menyelinap masuk ke dalam dirinya.
Nakal pun... abang sepupu Ayu juga. Kalau buruk pun, abang sepupu Ayu juga. Betul tak! Murad memancing.
Nakallah abang ni, tapi hairannya, Ayu tak sanggup nak marah!
Murad ketawa lagi.
Oh ya... kenapa abang tak kasi tahu, nak da tang
Sengaja abang nak kejutkan Ayu!
Itu saja
Er... Murad kelu. Soalan itu membelit fikiran. Adakah tujuannya sekadar untuk mengejutkan Ayu Atau, ada yang lain sebaliknya
Itu saja
Er... ada lagi... tapi abang tak boleh cakap! Kenapa
Hah... abang panaslah! Murad ketawa. Kalau iya pun, kan lebih baik kita berbual dalam kereta daripada tercegak di sini macam budak baru berdating!
Abanglah... macam tak sudi ajak Ayu naik kere83
ta!
Sorrylah... jom!
Mereka berjalan beriringan dan sekali-sekala hujung jari bersentuhan. Ada perasaan halus bermain di sanubari dan apabila ingin dihuraikan, kedua-dua mereka berasa kelu dan malu.
Ayu duduk bersebelahan dan Murad mula menghidupkan enjin. Stereng dipandu ke arah jalan menuju Kampung Sri Dang Wangi.
Masing-masing sepi. Fikiran masing-masing mengimbau entah di mana. Dan, sekali-sekala mula mencuri pandang sehingga satu detik dua pasang mata berlaga.
Ab-
Ayu-
Serentak mereka saling bersuara dan akhirnya mengundang tawa.
Apa dia
Ayulah kata dulu!
Alah... abanglah!
Ayulah... ladies first!
Tak ada apa... Ayu cuma nak tahu apa yang abang nak cakapkan sebentar tadi
Oh... tentang itu.... Murad serba tak kena.
Perlukah dia berterus-terang Tidakkah terlalu awal
Tentang apa Ayu tak sabar menanti.
Tentang kita!
Kita Mata Ayu membulat. Kenapa dengan kita
Er... entahlah... kalau abang kata, tentu Ayu tak percaya!
Apa84
Er...
Cepatlah... Ayu tak suka abang main tarik tali...
Abang rindukan Ayu!
Murad berasa seperti ingin menutup muka. Tiba-tiba dia berasa malu.
Sungguh ke atau hanya sandiwara semasa
Murad membisu.
Sungguh ke
Murad angguk. Entahlah Ayu. Kembali saja ke KL, hati abang terasa kosong. Sebab itulah abang datang lagi... semata-mata ingin berjumpa Ayu!
Ayu memejam mata. Hatinya turut terbuai. Dan, tanpa dapat disekat, dia tahu dirinya juga merindui Murad.
Abang tahu Ayu geli hati dengan sikap abang! Murad menelan liur dan mukanya terasa tebal tiba-tiba.
Eh... tidaklah! Malah, sebenarnya, Ayu pun berperasaan begitu!
Sungguh! Murad membrek dengan deras, betul-betul di tempat waning kopi tadi.
Kenapa bang!
Yahoo! Rupa-rupanya abang,tak bertepuk sebelah tangan! Murad sengih, dia menolak tangkai gear ke nombor satu dan pedal minyak ditekan sehingga decitan kedengaran.
Jari yang sebentar tadi bersentuhan sekali- sekala menjadi nakal dan bagaikan ada arahan mereka saling merapati. Lalu, sambil memandu mereka berpegangan tangan dan setiap kali mata bertemu, bibir pun mengukir senyum.85