KERAMAT SEBUAH HATI - 11
eikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Penyakit hati terbahagi kepada dua jenis: Penyakit syahwat dan Penyakit syubhat. Keduanya diceritakan dalam Al-Quran.

Allah berfirman, ertinya:

Maka janganlah kamu melunakkan suaramu dalam berbicara (melembut-lembutkan bicara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya. (Al-Ahzab:32) Allah juga berfirman, ertinya:

Dan orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surah itu akan bertambah kekafiran mereka, dan mereka akan mati di dalam kekafiran (yang telah ada). (At-Taubah : 125)

Penyakit di sini adalah penyakit syubhat. Penyakit ini lebih parah daripada penyakit syahwat. Kerana penyakit syahwat masih boleh diharapkan sembuh, bila syahwatnya sudah dilampiaskan. Sedangkan penyakit syubhat, tidak akan dapat sembuh, kalau Allah tidak mengulanginya dengan limpahan rahmat Nya.

TINGKATAN NAFSU

Allah berfirman yang maksudnya :

Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah orang yang mengotorinya (Surah As-Shams : 9 - 10)

Nafsu adalah musuh dalam diri. Bahkan ia sebahagian daripada diri manusia. Ia adalah jismul latif (jisim yang tidak dapat dilihat). Ia sebahagian daripada badan tetapi ia perlu dibuang. Jika tidak dibuang ia menjadi musuh, hendak dibuang ia sebahagian daripada diri. Oleh kerana itu sangat sulit untuk melawan hawa nafsu. Nafsu adalah jalan atau bagi syaitan. Ini diterangkan oleh hadis Rasulullah SAW yang maksudnya :

Sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikuti aliran darah, dan aku bimbang syatan menguasai hati kamu. (Riwayat Al-Bukhari).

Ini menunjukkan syaitan dapat dilawan dengan melawan hawa nafsu secara berpuasa atau mengurangi makan. Jika nafsu tidak terdidik, jalan syaitan adalah besar. Sedangkan syaitan itu juga adalah musuh. Firman Allah yang maksudnya :

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata. (Surah Isra: 53).

Penegasan tentang syaitan sebagai musuh hanya sekali berbanding dengan tiga kali pada nafsu. Ini menunjukkan nafsu lebih jahat daripada syaitan. Syaitan dapat lorong dan peluang yang amat luas untuk merosak manusia jika nafsu tidak terdidik.

Menghalau dan mengalahkan syaitan tidak dapat ditiup atau dijampijampi. Tetapi didiklah hawa nafsu, nescaya syaitan akan sukar untuk mempengaruhi diri. Jika nafsu terdidik, jalan syaitan akan terputus. Jika syaitan merosakkan hati, jampi-jampi itu tidak dapat digunakan lagi tetapi hendaklah dididiklah hawa nafsu. Sedangkan bila hati rosak, rosaklah seluruh anggota badan. Oleh kerana itu, pada syaitan tidak perlu dititik beratkan sangat tetapi didiklah nafsu, bermujahadahlah. Jika nafsu tidak terdidik maka mudahlah jalan syaitan mempengaruhi kita. Oleh karena itu perangilah nafsu nescaya, secara automatik akan terpengaruhlah syaitan.

Nafsu diperlukan untuk manusia. Dengan nafsu manusia boleh menjadi kecewa, celaka dan masuk Neraka. Tetapi nafsu juga boleh menjadi alat untuk sampai kepada kebahagiaan di dunia sebelum sampai ke Akhirat.

Ketika Allah menciptakan akal, Allah bertanya kepada akal, Siapakah kamu, siapakah Aku Jawab akal, Saya hamba, Engkau Tuhan. Kemudian Allah arahkan akal agar maju ke depan dan undur ke belakang. Akal turut perintah Allah, ini menunjukkan akal begitu taat.

Kemudian Allah iringkan dengan mencipta nafsu, ketika Allah tanya nafsu Hai nafsu, siapa engkau, siapa Aku jawab nafsu dengan sikap membantah, Engkau-Engkau, aku-aku Allah murka dengan nafsu. Allah berikan didikan supaya insaf pada nafsu. Allah masukkan ke Neraka selama 100 tahun, dipukul, dibakar hingga tinggal arang dan hangus. Bila diangkat Allah tanya lagi Siapa engkau, siapa Aku baru dia kenal Tuhan, Engkau Tuhan, aku hamba

Bila Allah ciptakan Nabi Adam a.s, Allah masukkan akal dan nafsu dalam tubuhnya. Ketika Adam datang ke bumi, zuriat manusia bertambah, maka nafsu dan akal tidak dapat dipisahkan. Kemungkaran yang terjadi di atas muka bumi ini adalah dari nafsu, bukan dari akal.

Bila akal dan nafsu ada dalam tubuh manusia, maka terjadilah pertentangan di antara satu sama lain. Peperangan nafsu dan akal tidak pernah terhenti, kadang-kadang menang nafsu, kadang-kadang menang akal. Buktinya bila berhadapan dengan kebaikan, nafsu ajak kepada kejahatan, akal ajak kepada kebaikan. Kalau kita ikut nafsu, kita kalah, ikut akal kita menang. Namun bagaimanapun nafsu perlu untuk manusia. Bila nafsu habis, manusia akan habis. Contohnya nafsu seks, kalau tidak ada, maka zuriat manusia tidak akan berkembang.

Begitu juga dengan nafsu makan, tidak akan habis dan ia merupakan semula jadi. Kalau nafsu makan tidak ada, orang itu akan mati. Tentang nafsu kelamin ini pernah datang seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w dan memberitahu untuk membunuh nafsu kelaminnya agar ia dapat berjuang sungguh-sungguh, tetapi Rasulullah melarang, sebab Rasulullah juga berumah tangga dan suka dengan zuriat ramai.

Nafsu ini dapat kita jadikan kuda untuk ke Syurga. Ada setengah orang bila menyebut nafsu, terbayang perkara-perkara jahat saja. Nafsu itu adakalanya jahat, adakalanya baik. Nafsu akan jadi baik bila dilatih. Al- Iman Al-Ghazali mengibaratkan nafsu itu sebagai anjing, bila dilatih dia akan dapat jadi baik.

Ulama-ulama Islam telah membahagikan nafsu kepada 7 peringkat :

1. Ammarah.

2. Lauwamah.

3. Mulhamah.

4. Muthmainnah.

5. Radhiah.

6. Mardhiah.

7. Kamilah.

NAFSU AMARAH

Allah berfirman dalam Al-Quran, maksudnya :

Dan aku tidak menyatakan diriku bebas dari kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan [Surah Yusuf : 53]

Dalam ayat tadi, ada kaitan dengan peristiwa Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha, isteri perdana menteri Mesir. Barang siapa yang memiliki nafsu ammarah, dia tidak dapat tahan lagi untuk menjaga kehormatan dirinya, walaupun dia orang terkenal, akan jatuh jadi hinalah orang yang menurut nafsu ammarah. Orang yang memiliki nafsu ammarah, tidak mampu lagi untuk menjaga diri supaya tidak terjerumus ke dalam maksiat. Mengapa kita lihat orang yang tidak disangka-sangka tiba-tiba minum arak, memiliki perempuan simpanan, rasuah dan sebagainya. Ini adalah nafsu amarah yang ada dalam diri.

Nafsu inilah yang mendorong manusia kepada kejahatan. Jika boleh berbuat maksiat, baru terasa puas. Bahkan berlumba-lumba, siapa yang paling banyak buat maksiat. Orang yang berada di peringkat nafsu amarah tadak mempedulikan akhirat. Mudah kecewa dan tidak tahan bila diuji. Allah panjangkan umur mereka, agar puas dengan maksiat, bila mati dengan mudah Allah akan lemparkan ke dalam api Neraka. Orang yang mempunyai nafsu Ammarah adalah nafsu ahli Neraka. Ada juga yang mencuba berpurapura baik, agar mudah dengan kejahatan dan mencari keuntungan diri.

NAFSU LAWWAMAH.

Orang yang sudah ada bunga kesedaran, keinsafan, dia sedar kejahatan itu berdosa dan kebaikan itu pahala, dia ingin berbuat baik, tetapi tidak tahan lama, waktu jatuh dalam kejahatan dia resah tak tentu arah, walaupun dia puas dengan kejahatan tapi hati menderita dengan kejahatan. Rasa berat untuk keluar dari kejahatan. Timbul perebutan antara nafsu dan akal, nafsu mengajak kepada kejahatan, akal mengajak kepada kebaikan. Orang yang memiliki nafsu lawwamah belum dapat membuat keputusan untuk berbuat baik. Ia seperti daun lalang, ikut ke mana arah angin bertiup. Tidak ada kekuatan untuk meninggalkan maksiat, dia boleh melakukan kejahatan lagi sesudah ia berbuat baik. Kadang-kadang menuju ke tempat ibadah dan kadang-kadang ke tempat maksiat, hatinya selalu merintih kepada Allah bila tidak dapat melawan nafsu untuk membuat maksiat. Atau tidak dapat istiqamah dalam berbuat kebaikan.

NAFSU MULHAMAH

Firman Allah ertinya :

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, jalan kejahatan dan ketakwaan [Asy-Syams : 8]

Bagaimana rasa hati orang yang memiliki nafsu mulhamah ini iaitu apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan-kebaikan kerana sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga.

Dalam hatinya masih banyak sifat-sifat mazmumah. Dia sudah dapat mengenali penyakit yang ada dalam dirinya. Cuma tidak mampu melawan. Dia cuba beribadah dengan sabar.

Sabar itu menahan rasa tidak setuju dalam hati, melahirkan rasa setuju. Orang yang nafsu mulhamah, bila kena puji pasti merasa puas dan seronok.

Ibadah yang dilakukan belum khusyuk lagi. Bagaimana untuk melawan penyakit hati yang ada dalam orang yang berada di peringkat nafsu mulhamah ini Sebab ia didorong oleh nafsu dan syaitan.

Sebab itu untuk mengelak dari godaan syaitan dan nafsu hendaklah amalkan zikir-zikir dan wirid-wirid tertentu. Syaitan dan nafsu hanya takut pada tuannya saja iaitu Allah. Bila kita wirid dan zikir seolah-olah kita beritahu sedar Allah melihat. Bila amal kebajikan itu dibuat kerana Allah, bukan kerana orang insya Allah istiqamah. Kalau amal kebajikan dibuat kerana orang atau guru, ia tidak lama bertahan, ia akan buat apabila berhadapan dengan orang atau guru saja, di belakang guru dia melakukan maksiat. Jadi setiap kebajikan mesti dibuat karena Allah. Orang yang pada peringkat nafsu ini juga perlu dipimpin oleh guru-guru atau syeikh-syeikh yang betul-betul kenal jiwa muridnya atau yang boleh mengasuh muridmuridnya.

Bila penyakit-penyakit hati sudah tiada lagi, kita akan rasa satu kemanisan baru dalam hatinya dan akan rasa benci dengan kejahatan. Waktu itu kita telah meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik lagi iaitu nafsu Muthmainnah

NAFSU MUTHMAINNAH

Orang yang memiliki nafsu muthmainnah, Allah berfirman dalam Al Quran :

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai, maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam SyurgaKu [Al Fajr : 27-30]

Hamba Tuhan yang sebenarnya ialah mereka yang telah sampai kepada nafsu Muthmainnah. Yang mana sebelum itu mereka hanya hamba yang didasarkan kepada keterpaksaan, bukan atas dasar keredaan. Orang yang sudah sampai kepada nafsu ini, dia sudah dijamin Syurga.

Bagaimana sifat orang-orang yang memiliki nafsu Muthmainnah Iaitu bila dia buat amal. Kebajikan rasa sejuk hatinya, tenang dan puas. Selalu rasa rindu untuk membuat kebajikan, mereka sentiasa menunggu waktu untuk beribadah kepada Allah.

Hati sentiasa rindu dengan Allah, bila dia baca ayat Allah yang ada kaitannya dengan Neraka, dia rasa takut, cemas, ada yang pengsan, kadangkadang ada yang mati. Dia takut dengan dosa, seolah-olah gunung akan menimpa kepalanya. Bila berkorban habis-habisan, baru rasa puas hatinya, sentiasa cemas dengan maksiat dan cuba cegah habis-habisan. Dia akan bersabar dengan ujian dari Allah kepada dirinya. Doanya mustajab, rezekinya terjamin dan dijamin oleh Allah. Bila selalu diuji dia sabar, akhirnya ia sudah boleh reda dengan ujian. Hasil dari kesabaran dan keredhaan dalam hatinya, maka ia akan meningkat kepada nafsu yang kelima iaitu nafsu Rodhiah.

NAFSU RODHIAH

Sifatnya :

Walaupun pada larangan yang kecil, ia akan bersungguh meninggalkannya, bagi dia makruh, dia anggap macam haram, yang sunat dia anggap macam wajib. Kalau tidak buat yang sunat seolah-olah rasa berdosa, kalau kita lihat riwayat mereka kadang-kadang kalau anak mati mereka berkata Alhamdulillah. Pernah berlaku dalam sejarah, seorang ibu bila seseorang membawa berita tentang anaknya yang gugur di medan jihad. Dia rasa gembira, orang ini telah menjauhkan diri dari perkara yang syubhat, bila disuruh berjihad pada jalan Allah mereka menyambut seperti hari raya.

Sesetengah mereka kalau dilarang ke medan jihad mereka menangis, di dalam Al-Quran ada menyebut ashabul buka sebanyak 18 orang, bila Rasulullah tiada kenderaan untuk bawa mereka dalam peperangan Tabuk. Mereka menangis siang dan malam mengadu kepada Allah, apakah dosa mereka karena tidak dipilih ke medan jihad. Hingga Allah turunkan wahyu kepada Rasulullah bahawa mereka menangis sepanjang malam, mereka sangka mereka banyak dosa. Mereka begitu cinta dengan mati syahid. Mereka reda terhadap apa yang Tuhan reda.

Dalam beribadah kepada Allah, bukan sekadar sedap membaca, bahkan sedap beramal. Akhlak mereka terpuji di sisi Allah. Memberi maaf ketika berkuasa. Satu peristiwa, sahabat Rasulullah yang memiliki hamba, suatu hari hambanya membawa dulang, yang berisi daging kambing, tiba-tiba pisau yang terletak di atas dulang terjatuh di kepala anaknya yang sedang merangkak dan terus mati. Dalam keadaan demikian hamba tadi merasa takut, maka kata sahabat tadi Bertenanglah kamu, anak itu kepunyaan Allah, dan Allah ambil balik, maka pada hari ini aku memerdekakan kamu

Tidak ada siapa yang boleh berbuat demikian kecuali mereka yang memiliki nafsu Rodhiah. Mereka akan rasa menderita bila sahabat terjerumus kepada maksiat. Mereka akan doakan khusus untuk sahabatnya di malam hari agar terselamat dari maksiat. Mereka juga banyak mendapat pertolongan dari Allah, diantaranya firasat yang Allah berikan, mereka mudah kenal dengan orang yang berbuat maksiat atau tidak. Mereka mudah pimpin masyarakat, sebab dia kenal sifat-sifat hati. Orang yang dia didik dengan memberi nasihat yang baik, bila mereka dihalau dari masyarakat, tunggulah bala Allah akan turun. Terzahir karamah-karamah dari mereka, mulutnya masin dan apa yang disebut insya Allah akan terjadi.