DI.AR.TI - 11
SETELAH menghabiskan lebih dan setengah daripada pizza yang berharga $23.50 itu, Mr Choong terlentang tidur di katil. Katil itu adalah jenis katil berlipat dan beroda. Memang katil itu digunakan oleh Dr Jalani untuk tidur sekiranya dia tidak balik rumah. Kalau tidak digunakan, ia akan disimpan di dalam stor kecil atau didirikan mendekati dinding. Dr Jalani tidak tidur sama sekali. Bukan kerana katilnya telah dipakai oleh Mr Choong tetapi sepanjang masa rehat itu, dia sibuk membuat laporan pada buku catatan PVC berwarna hitam itu. Begitu banyak informasi baru yang diperolehi daripada percubaan itu. Dia yakin bila dia mendedahkan penemuan ini pada dunia perubatan antarabangsa, namanya menjadi tenar. Tekniknya akan dipanggil Jalanis technique dan mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

Setiap setengah jam, Dr Jalani menjenguk ke kamar bedah untuk memeriksa kecepatan drip larutan DextroseSaline agar tidak berubah, sekaligus memeriksa jumlah pengeluaran air kencing Sutrisno. Manometer di leher kiri juga tidak lepas daripada pemeriksaannya. Sewaktu-waktu dia akan ke komputernya memasukkan data mutakhir hasil dan penemuannya. Dia tidak berasa letih berulang-alik dan kamar bedah ke meja tulisnya.

Jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 5:30 pagi. Terasa hatinya untuk membangunkan Mr Choong tetapi setelah melihat Mr Choong yang nyenyak tidur dalam kedinginan pagi, niat itu dimatikan saja. Dia seorang diri akan melanjutkan percubaan itu.

Dr Jalani tidak menduga sesuatu keajaiban. Semua kemungkinan sudah di dalam perhitungannya. Pencabutan respirator merupakan ujian yang tidak kurang penting dibandingkan pencabutan pacemaker atau hemopump. Tetapi tidak ada yang paling maha penting dan pemulihan fungsi otak. Kesedaran. Biarpun jantung dapat berdenyut tanpa pacemaker, dadanya mengembang tanpa respirator sekiranya Sutrisno berada di dalam keadaan koma yang berpanjangan maka apa ertinya semua kejayaan ini.

Sutrisno yang terbaring di meja pembedahan didekati Dr Jalani. Tangan Dr Jalani memegang ofthalmoskop dan pemukul refleks. Dia ingin mengetahui tanda-tanda awal pemulihan kesedaran. Cahaya lampu dan ofthalmoskop itu ditayang-tayangkan ke arah pupil kedua-dua mata Sutrisno. Tampak gerakan pupil yang mengecil apabila tersinar cahaya lampu. Satu tanda yang menggembirakan. Didekatkan matanya dengan mata kanan Sutrisno dengan hanya ofthalmoskop itu memisahkan mata mereka. Hidung mereka hampir saling menyentuh. Dia melihat ke layar retina mata itu seolah-olah ianya pintu masuk ke otak. Kepuasan sedikit terukir di wajahnya.

Dikembalikan oftltalmoskop itu ke saku atas jubah putihnya. Tidak ada tanda-tanda tekanan intra-kranial yang meninggi. Pemukul refleks dipegang dengan tangan kanan sambil memukul lembut pada siku dan pergelangan tangan. Terdapat sedikit gerakan refleks yang terakam. Hasil yang lebih baik diperolehi dengan refleks kepala lutut. Telapak kaki Sutrisno dikeletek dengan pangkal pemukul refleics itu. Nampak gerakan normal jari-jari kaki. Dia kemudian memicit betis, juga memberi hasil yang sama. Dia yakin fungsi motorik Sutrisno akan pulih.

Puas dengan hasil pemerlksaannya Dr Jalani tampak tersenyum sendirian bila melihat Sutrisno yang mencapai ukuran 450 cc. Suatu bonus yang amat diharapharapkan. Pada fikirannya sudah sampai masanya untuk memberhentikan motor hemopump. Jan telunjuk Dr Jalani pada mulanya hanya menyentuh suis motor tu. Dipandangnya muka Sutrisno seolah-olah ingin meminta kebenaran padanya. Keraguan itu dimatikan setelah dia teringat yang jantung Sutrisno berdenyut dengan bantuan pacemaker. Jika terjadi perkara yang tidak dicluga, dia boleh segera menekan suis hemopump. Dia akan meninggalkan hemopump itu untuk sementara waktu tidak bekerja, hanya berendam di dalam jantung yang berdenyut. Ditekannya suis pam itu sambil matanya tertumpu pada layar monitor ECG. Tidak ada apaapa yang terjadi. Gambaran cahaya pada layar itu menarinari ke atas dan ke bawah dengan rentak yang sama seperti sediakala.

Tidak puas dengan apa yang disaksikannya, Dr Jalani mengambil stetoskop dan mendengar denyut jantung Sutrisno pada dada kirinya. Tidak pada satu tempat saja didengarnya seolah-olah mahukan kepuasan mutlak. Dia kemudian mendengar suara pernafasan yang masuk ke paru-paru. Diletakkan stetoskop itu ke tempat asalnya, dia mengambil ubat perangsang pernafasan dan dimasukkan ke dalam siring. Persiapan tu dilakukan sebagai tindakan berjaga-jaga kerana respirator itu akan diberhentikan secara cubaan. Kadar aliran oksigen diturunkan ke 4 liter per minit. Dia khuatir kelebihannya dapat menyebabkan keracunan oksigen yang boleh menggagalkan segala usaha titik peluhnya. Respirator itu bergerak dengan patuh memberikan hembusan nafas yang mengembangkan dada itu. Setelah berasa cukup bersedia, respirator itu dihentikan. Lima saat dibiarkan berlalu tetapi bila tidak nampak gerakan nafas yang spontan, dia segera menyuntik ubat perangsang pernafasan melalui pembuluh darah. Kemudian dia mengambil alih pernafasan buatan itu dan respirator dengan mengepam belon getah yang berwarna hitam itu. Matanya tidak sedikit pun berganjak danipada memerhati gerakan pernafasan. Dalam keadaan genting ini dia menyesali tidak membangun Mr Choong. Setidak-tidaknya kecemasan yang dirasakan kini, dikongsi bersama. Dia memberanikan diri dengan tidak mengepamnya sekali pada setiap lima kali pernafasan buatan. Bagi kali kedua dia mencuba prosedur itu, dia sudah nampak gerakan spontan yang kecil. Perlahan-lahan dia mulai mengurangi jumlah pengepamannya, membenarkan ubat perangsang itu bekerja perlahan-lahan. Akhirnya Dr Jalani hanya memberikan satu pengepaman bantuan. Setiap empat kali pernafasan spontan oleh Sutrisno sendiri. Dr Jalani kemudian menjadi Iebih berani menjarangkan lagi pengepamannya. Dilepaskan tangan kanannya yang sejak tadi meramas belon hitam itu. Diperhatikannya gerak nafas Sutrisno dengan menghitung jumlah pernafasannya per minit. Lima minit dia berdiri di sisi tubuh tu tanpa melakukan sebarang pergerakan yang nyata. Hanya benaknya sahaja yang bekerja menilai pola pernafasan seakan-akan mengganti spirometer yang tidak sempat dibeli Mr Choong.

Tiub endotrakeal yang mengisi bahagian atas saluran pernafasan dicabut. Digantikan sahaja dengan sepasang tiub kecil yang dimasukkan ke dalam kedua-dua lubang hidung Sutrisno dengan kadar aliran oksigen yang tidak berubah. Diperhatikan lagi pernafasan tu seperti berada di dalam mesin spirometer sendiri. Tidak ada apa-apa perubahan yang nyata. Dada Sutrisno mengembang sendiri tanpa diatur oleh sesiapa.

Dr Jalani mengganti drip larutan Dextose-Saline yang hampir habis. Jam kuno di kamar bedah itu masih menunjukkan pukul 7:00 pagi sedangkan jam di tangannya sudah pukul 7:10 pagi. Dia tidak tahu sama ada Mr Choong sudah bangun atau tidak. Kalau sudah bangun, sudah pasti dia akan balik ke rumahnya untuk mandi. Dia tidak biasa mandi di bilik air makmal tu.

Setelah memastikan larutan drip itu menitik dengan kelajuan yang dikehendaki, Dr Jalani beralih pada pacemaker yang sedang memacu jantung. Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada sudah ada pemulihan fungsi pacemaker pada jantung itu adalah dengan menghentikan aliran arus ke pacemaker buatan. Seperti juga pemberhentian hemopump, tindakan yang akan dicuba Dr Jalani terhadap pacemaker itu memperjudikan segala kejayaan yang telah dia capai. Tetapi dia tidak ingin suatu kejayaan yang punya batas. Kejayaan harus mutlak tanpa kompromi. Diteliti monitor ECG itu, dicari -carikannya bukti kehadiran dua pacemaker yang berlainan. Tetapi tidak ada. Menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal tengan, fikirnya. Dimatikan suis pacemaker itu. Tidak ada apaapa yang terjadi. Jantung Sutrisno telah memerintah sendiri. Bebas daripada arahari pacemaker buatan. Kegembiraan yang menimbun setelah pelbagai halangan yang ditempuhi hanya disambut dengan tumbukan pada telapak tangan kirinya. Tiada tepukan yang mengiringi kejayaan Tetapi perasaan keagungan mencurah-curah menguasai dirinya seolah-olah menerima tepukan gemuruh daripada malaikat-malaikat yang sejak tadi menyaksikan pertempuran hebat dengan malaikat maut. Kemenangan mut ak yang tidak ada siapa boleh meragukan. Demikian fikir Dr Jalani. Setelah lima minit menunggu, dengan keyakinan yang melimpah dia mengeluarkan catheter pacemaker itu dan pembuluh vena subklavan. Ditutupkan bekas tusukan ke pembuluh itu dengan kain kasa steril yang dibasahi antiseptik.

Tiba-tiba pintu kamar bedah itu dibuka. Mr Choong menutup rapat pintu itu lantas menghampiri Dr Jalani. Ramhutnya lebih kusut dari semalam. Di sudut matanya terkumpul tahi mata yang melekat dengan kemerahan konjuntiva yang sederhana. Air liur yang telah mengering di sudut kiri mulutnya disapukan dengan tangan kiri. Kemudian kedua-dua tangan menyapu-nyapu kedua-dua mukanya seakan-akan ingin memulihkan kesegaran sambil dia berjalan menuju ke meja pembedahan. .

Semua O.K. tanyanya pendek.

Dia tidak lagi menggunakan respirator, tiub endotrakeal telah dicabut, jantungnya berdenyut sendiri hanya hemopump mash berada di dalam, pengeluaran urinnya bagus dan pemberian antibiotik telah saya mulakan, jawab Dr Jalani.

Hemopump masih bekerja tanyanya lagi setelah menyedari hemopump itu tidak lagi berbunyi.

Sudah saya matikan.

Tidak apa-apa dibiarkan di situ.

Malah kalau dikeluarkan agak bahaya kerana kalau tiba-tiba jantungnya berhenti, tak sempat kita nak masukkan lagi. Lagi pula hemopump itu disposable. Kita hanya ada yang itu sahaja

BPnya O.K. tanya Mr Choong.

Semua tanda-tanda vitalnya dalam keadaan memuaskan, tinggal pengambilan darah untuk dianalisa di Makmal Patologi Kimia, jawab Dr Jalani menyekat Mr Choong daripada terus bertanya satu per satu. Jawapannya menyimpulkan semua pertanyaan yang bakal ditanya lagi. Melihat Mr Choong yang menggeliat dengan bukaan mulut yang ternganga luas, Dr Jalani menyuruh dia pulang berehat saja di samping sempat mengucapkan terima kasih.

Mr Choong beredar dan kamar bedah meninggalkan Dr Jalani bersama Sutrisno yang masih belum sedar lagi. Badannya terasa sedikit panas. Mungkin seharian dia tidak akan menjenguk ke pejabat. Kalau tidak hadir satu dua hari, tidak ada orang yang akan menegur dia. Atau memintanya menunjukkan sijil sakit. Malah dia yang tidak suka ponteng. Banyak perkara yang berguna terutama untuk diri peribadinya perlu dibereskan di jabatan.

Kelesuannya amat ketara daripada gaya jalannya. Rambutnya yang tak terurus dengan wajah yang jelas belum dibasahi air mandian pagi menghilangkan kerapian yang selalu dimiliki seketika berada di kawasan kampus. Walaupun keletihan, langkah-langkah cepat dan kakinya dipaksakan untuk segera sampai ke keretanya yang terletak di belakang jabatan itu.

***

Osman dapat mengenali Mr Choong dan jauh. Terasa sedikit gementar kerana dia sepatutnya berada di bilik kuliah, tidak di depan telefon awam di jabatan itu. Dia mengenali Mr Choong ketika mengambil kunci laci mikroskopnya daripada beliau. Semua mahasiswa yang berurusan dengan mikroskop harus berjumpa dengan Mr Choong. Sebarang kekurangan pada mikroskop dan slaid histologi perlu dilaporkan segera pada masa pengambilan itu juga. Kalau tidak, mahasiswa itulah yang bertanggungjawab terhadap kekurangan itu. Osman memutuskan untuk mengucapkan selamat pagi kepada Mr Choong.

Ucapan itu hanya dibalas dengan anggukan kecil tanpa mengeluarkan suara ketika Mr Choong melintasi Osman yang sedang memegang gagang telefon. Mr Choong tidak berminat pada keadaan persekitarannya. Minatnya hanya untuk sampai ke rumahnya bagi melanjutkan tidurnya yang masih terhutang. Osman tampak hairan melihat wajah Mr Choong yang tidak terurus itu.

Sudah sebelas hari berlalu sejak terkurung dalam Muzium Anatomi, dia belum menghabiskan tugas pengukuran osteometri walaupun tiga ratus tulang telah diukurnya pada malam itu. Dia tidak berani lagi ke Stor Osteologi bersendirian. Dia ingin meminta Vasu datang menjaga di pintu muzium agar dia tidak terkunci lagi.

Terdengar suara Zainab yang menjawab melalui telefon itu.

Hello, siapa tu teniak Zainab.

Hello ... Kak Nab ke

Eh, Man. Apa khabar Kenapa tak balik-balik Sibuklah, Kak Nab. .

Kalau ya pun, balik sekejap pun jadi. Nanti Kak Nab masak yang best-best tahu Tolong panggilkan Vasu sekejap. Baiklah, jawab Zainab.

Osman menungu. Jari telunjuk kanannya dimasukkan ke dalam lubang duit. Kadang-kadang terdapat beberapa syiling yang tertinggal oleh pengguna sebelumnya. Telefon awam di Kuala Lumpur memang terkenal gemar menahan duit orang tanpa memberi khidmat. Terutama pada yang tidak biasa menggunakannya. Sering terjadi, sewaktu hendak menggunakannya duit syiling tiba-tiba saja keluar dan lubang duit itu. Entah kerana pengalamannya, jari Osman secara tak sedar dimasukkan ke daiam lubang duit itu seolah-olah mengharapkan sesuatu akan keluar dan lubang

tu.

Hello, terdengar suara Vasu di telinganya.

Hello, Vasu

Ya.

Petang ni, awak ada kerja tak

Kerja mesti ada boss tapi kalau boss mahu apa, saya bikin dulu.

Petang ni, pukul 4:30, tunggu saya di tempat letak kereta Jabatan Anatomi, Osman memberi arahan seolaholah suatu janji temu rahsia kedengarannya pada Vasu.

Jabatan apa ni tanya Vasu yang tidak biasa dengan perkataan itu.

Itulah, pejabat tempat saya belajar. Dulu Vasu pernah pergi. Sebelahnya ada gelanggang sepak takraw.

Oh, ya ya ya. Saya tahu. Ada lama ka Pasal saya ada mahu kasi tau puan sri, mana saya pi.

Tak lama, paling lama tiga jam.

O.K. boss.

Bye. Belum sempat mendengar suara balasan Vasu, Osman telah meletakkan gagang telefon pada tempatnya. Dia meninggalkan kawasan telefon itu dan menuju ke arah bilik kuliah. Osman mesti sampai sebelum pukul 9:00 pagi kerana kuliah mata pelajaran kedua akan bermula pada waktu itu. Walaupun dia tidak memasuki kuliah fisiologi, dia tidak perlu bimbang kerana dia mempunyai setiausaha yang mengikuti kuliah. Tidak banyak mahasiswa yang mempunyai setiusaha. Setiausaha ini tidak dibayar gaji. Khidmat mereka adalah percuma tetapi pada orangorang tertentu saja. Ada pula yang sanggup jadi sekretari untuk sesiapa sahaja. Cuma makan mereka di kafetaria tidak pernah dibayar sendiri. Semua dibayar oleh orang yang memperolehi khidmat daripada mereka. Mahasiswi jarang pula punya sekretari. Mereka tidak pernah ponteng.

Jadi tak perlu ada sekretari. Kebanyakannya yang banyak wang saku akan menyalin buku atau kertas catatan kuliah dengan fotokopi. Yang tidak berduit pula akan memberikan kertas-kertas kosong bersama bekalan kertas karbon yang mencukupi. Osman ialah mahasiswa fotokopi. Juriah menjadi setiausaha yang benar-benar setia. Lagi pula, tulisan Juriah macam huruf cetak. Senang dibaca dan rapi penyusunannya. Kadang-kadang membaca catatan Juriah tak ubah macam membaca buku teks yang ringkas. Susunan paragraf-paragrafnya sungguh teratur seperti sudah dirancang sebelumnya.

Biarpun Osman mengikuti kuliah, dia jarang membuat catatan. Biasanya tidak sampai sepuluh perkataan yang ditulisnya dalam satu muka surat. Kebanyakan masanya ditumpukan untuk mendengar dan dia hanya menulis istilah-istilah baru yang belum pernah didengar atau difahaminya. Berbeza dengan mahasiswi seperti Juriah yang akan mencatat apa saja yang keluar daripada mulut pensyarah kecuali batuk dan jenakanya. Kepala mereka akan tunduk memandang ke catatan mereka kerana tidak mahu kehilangan masa kerana melihat ke depan atau ke muka pensyarah. Hanya bila pensyarah ingin menunjukkan sesuatu pada slaid atau carta, barulah mereka mendongak ke depan. Fikiran setengah-setengah mahasiswa yang berorientasi peperiksaan pula adalah apakah perutusan kuliah itu. Bahagian mana daripada kuliahnya yang sesuai untuk dijadikan soalan-soalan pilihan majmuk. Mahasiswa semacam ini mempunyai moto yang bersemboyankan belajar sedikit asal lulus atau asal lolos peperiksaan. Lolos ertinya melepaskan diri daripada tidak lulus oleh kerana faktor nasib melulu.

Osman sampai di pintu dewan kuliah lima minit sebelum 9:00 pagi. Dia memilih tempat yang sesuai agar tidak kelihatan oleh pensyarah fisiologi yang akan keluar nanti. Diketahui benar setengah-setengah pensyarah tidak suka melihat mahasiswa yang ponteng kuliah mereka dan kemudian berdendam pada mahasiswa tertentu. Prasangka yang tidak berasas daripada mahasiswa yang tidak mantap kemampuan akademik. Osman sama sekali tidak ada prasangka demikian. Cuma tidak ingin menempah bala tambahan. Cukup saja dengan apa yang dia perolehi daripada Dr Rusdani.

Juga sampai di pintu masuk bilik kuliah tu adalah pensyarah biokimia bersama anak-anak buahnya. Osman segera bersandar rapat pada dinding dengan berselindung di belakang tiang. Hanya sebahagian daripada tubuhnya saja yang kelihatan. Biarpun nampak sedikit, itu tidak mengapa. Kalau sudah tidak masuk kuliah, dengan sengaja menunjuk-nunjuk kehebatan atau keberanian berbuat demikian, pastilah tindakan itu menempa nahas. Kepekaan orang-orang Timur memang unik. Asal bersopan santun, sesuatu kesalahan boleh terampun. Sekalipun benar tetapi biadab maka kesalahan kecil menjadi besar.

Pensyarah fsiologi keluar bersama pengikut-pengikutnya. Mereka bertembung dengan rombongan dari Jabatan Biokimia. Kedua-dua pensyarah itu bertukar kata-kata sambil diperhatikan oleh pengikut-pengikut yang saling memberi senyuman diplomatik. Perbicaraan mereka hanya sejenak. Osman segera mengekori di belakang tutor dan pensyarah pelatih biokimia itu. Dia terus ke bahagian belakang daripada barisan bangku-bangku yang tersusun melengkung. Sempat dia memberi isyarat pada Juriah yang duduk di barisan kedua. Isyarat yang difahami oleh Juriah sebagai keinginan meminjam catatan kuliahnya untuk disalin nanti.

Osman duduk di sebelah Tengku Huzir, bangsawan yang tanpa takhta mahupun harta. Hanya gelaran sekadar menghias nama. Nama-nama seperti itu mempunyai nilai komersial yang tinggi. Dia akan berpura-pura mempunyai hubungan erat dengan kerabat-kerabat diraja padahal bapanya hanya seorang atendan kanan di Hospital Besar Kelang. Juga kenaikan pangkat bapanya ke tingkatan kanan bukan kerana namanya tetapi kerana khidmatnya yang melebihi 20 tahun sebagai atendan biasa. Berbeza dengan bapa Osman, anak orang kebanyakan yang tiada gelaran, meraih anugerah dan kedudukan yang tertinggi di mata masyarakat atas kemampuan yang tidak diragui sama sekali. Mereka duduk sebelah-menyebelah sama tinggi dan sama rendah dalam ukuran martabat.

Duduk di hadapan Osman adalah lima orang mahasiswa ulangan. Mereka diberi peluang setahun lagi untuk membuktikan mereka mampu mencapai tahap pencapaian akademik minimum untuk dibenarkan melanjutkan ke tahun kedua. Seronok juga mendengar percakapan dan komen mereka ketika pensyarah menyampaikan kuliahnya. Terutama kalau kuliah yang disampaikan itu sebulat-bulatnya persis kuliah tahun lalu. Malah mereka akan berbisik antara mereka tentang jenaka yang akan keluar sekejap lagi merupakan ulangan lelucon yang tidak lagi menggelikan hati. Mereka akan bersepakat mengeluarkan ketawa besar yang dibuat-buat. Kadang-kadang begitu berani sekali sehingga mereka akan ketawa mendahului klimaks jenaka itu. Pada pensyarah yang sensitif tentang tingkah laku mahasiswa ulangan yang sedia maklum dengan kesengajaan itu, akan membalas apabila pensyarah berkenaan hendak menyampaikan jenaka berikutnya. Sebelum jenaka itu dimulai, dia memperingatkan mahasiswa ulangan tidak perlu ketawa kerana lawakan ini sudah mereka dengar tahun lalu. Seluruh mahasiswa di hadapan akan mengalih pandangan mereka ke belakang dan menumpukan pandangan mereka pada kumpulan mahasiswa ulangan. Suatu hukuman yang tidak ketara tetapi dapat dirasai oleh mahasiswa ulangan.

Kuliah biokimia berlangsung agak cepat menurut ukuran mahasiswa. Ini disbabkan pensyarah itu menggunakan projektor yang menayangkan ringkasan inti kuliahnya yang tertulis di atas lembaran plastik yang diletakkan di atas projektor itu. Mahasiswa-mahasiswa tampaknya bergelut dengan masa untuk menyalin apa saja yang tertera pada layar di hadapan mereka. Osman tidak kisah sangat. Dia lebih banyak mengikuti kandungan kuliah itu daripada mengekori kata demi kata yang dilafazkan oleh pensyarah itu. Kegelisahan mahasiswa tidak dapat dibendung lagi. Mereka serentak mendesis sebagai tanda meminta pensyarah itu memperlahankan kelajuan kuliahnya. Suatu fenomena biasa di universiti tempatan masa kini. Akhirnya sang pensyarah mengalah. Kuliah sudah bertukar menjadi suatu imlak seperti latihan rencana di sekolah-sekolah rendah. Pensyarah itu menurut untuk seketika rentak yang diinginkan oleh mahasiswa tetapi kemudian menyedari mutu penyampaian kuliah harus saling mengiringi kecemerlangan menara gading yang sering dilaung-laungkan oleh para cendekiawan yang begitu kritis terhadap pembinaan kematangan mahasiswa sebagai calon intelektual masa depan. Mereka tidak ingin universiti menghasilkan mahasiswa yang meraih ijazah M.D. yang bermaksud Mahasiswa Diktat.

Pensyarah itu kembali pada kecepatan asal yang disambut dengan suara mendesis yang lebih kuat. Melihat keresahan mahasiswa yang memuncak, dirasakan perlu ntuk pensyarah itu mententeramkan mereka. Dia menasihatkan mereka supaya tidak menulis selengkap-lengkapnya kuliah itu kerana selepas kuliah berakhir akan diedarkan naskhah kuliah yang telah dicetak oleh jabatan. Pengumuman itu disambut dengan kelegaan yang tidak dapat disembunyikan sehingga kebanyakan mahasiswa mulai menutup catatan mereka. Naskhah cetakan kuliah sengaja tidak diedarkan Iebih awal oleh kerana untuk menghindari sebahagian rnahasiswa yang mungkin akan mengambil kesempatan untuk ponteng kuliah. Pengalaman fakulti mengenai pemberian naskhah kuliah beberapa hari Iebih awal daripada tarikh penyampaiannya dengan maksud mahasiswa dapat menelaah kandungannya tetapi kesan sampingan yang diperolehi adalah angka kehadiran yang menurun. Sejak itu, naskhahnaskhah kuliah sekiranya disediakan akan diedarkan hanya selepas kuliah itu selesai dan diberikan pada mereka yang menandatangani daftar kehadiran.

Selepas pengumuman itu, perjalanan kuliah adalah lancar dan menarik. Tidak ada gangguan daripada mahasiswa pencatat yang kini bersara sementara. Osman menyerap kuliah itu dengan berkesan sekali seolah-olah dia tidak memerlukan sama sekali naskhah itu. Benak yang dapat mencerna keterangan dengan begitu cepat dan menampung daya ingatan yang hampir berkekalan.

***

Vasu sudah sampai di lapangan letak kereta Jabatan Anatomi sepuluh minit lebih awal dari masa yang dijanjikan. Pintu kereta BMW itu dibuka untuk membenarkan udara segar masuk ke dalam kereta itu yang diletakkan di tempat yang diteduhi oleh bayang bangunan Dewan Diseksi. RMIK berkumandang mendendangkan lagu popular yang tidak demikian pada telinga Vasu. Walaupun keinginannya sentiasa hendak mendengar rancangan Tamil tetapi dia sudah bertolak ansur dengan selera keluarga tan sri terutama sekali Osman. Setiap dia mendengar siaran Tamil, Osman akan mengusik dia apakah teringat kampung. Dia akan cepat menutup radio itu sekiranya Anita, Osman atau puan sri masuk ke kereta tu. Tetapi tidak pula dengan tan sri, dia akan menyuruhkan Vasu memperlahankan kekuatan suaranya. Itu sebabnya Vasu menganggap tan sri sebagai seorang brahmin.

Sandanam3 yang dipalit dengan kunyit manjal antara kedua-dua keningnya pada bahagian bawah dahi masih jelas kelihatan. Vasu melakukannya pada pagi itu setelah mengadakan sembahyang pada Tuhan Ganesh di biliknya. Dalam doanya, dia sentiasa meminta pada Tuhan Siva kesejahteraan dan kebahagiaan untuk keluarga tan sri.

Osman sudah kelihatan menuju ke arah kereta itu. Bila dia sedar yang Vasu telah nampak kehadirannya, dia berhenti dan menggamit Vasu untuk datang kepadanya. Vasu mengunci kereta itu setelah mematikan radio dan mendapatkan Osman.

Ikut saya, perintah Osman.

Nak ke mana boss

Ala, ikut saja, pujuk Osman sambil mereka berjalan di lorong sebelah dewan diseksi.

Saya tak pakai kad pelawat, tak pa ka tanya Vasu dalam bahasa pasar.

Eh, awak tak ambil ke

Ada angkart tapi tarak pak ai.

Pakailah, kata Osman. Vasu mengeluarkan kad pelawat lalu disematkan pada saku bajunya.

Ini tempat apa bikin boss SambiI Vasu menunjukkan pada dewan diseksi itu.

Dewan Diseksi, ternpat kami potong orang mati.

Potong orang mati bikin belajar punya

Ya.

Apa pasal mahu potong baru boleh belajar. Tengok dia punya foto tarak boleh ka

Tak sama. Lain. Ini kena pegang dia punya jantung, dia punya hati, dia punya perut dan semualah dia punya alat, setiap kali Osman bercakap dengan Vasu dia terikutikut kepasaran bahasa yang dipakai oleh Vasu. Penyakit orang Melayu bila mereka berbual dengan orang Cina atau India. Bermula, barangkali kerana sifat timbang rasa orang-orang Melayu yang melampaui batas sehinggalah sebenarnya rnerekalah yang memupuk kehidupan bahasa Melayu pasar.

Macam mekanik haa, kena buka itu enjin, koburater spark plugs baru boleh tahu apa macam dia boleh jalan.

Tak sama. Orang lagi susah.

Mereka sampai di pintu Muzium Anatomi. Osman menerangkan fungsi muzium itu semasa mereka berjalan tadi.

Awak ikut saya dulu. Nanti sudah tahu di mana saya berada senanglah awak cari, kata Osman pada Vasu sewaktu mereka melangkah masuk ke Muzjum Anatomi.

Saya apa bikin sini tanya Vasu yang walaupun tidak menunjukkan rasa gementar apabila melihat spesimenspesimen mayat yang berbaris di sepanjang muzium tu. Awak tunggu dekat pintu. Kalau penjaga muzium mahu tutup, awak beritahu saya ya

Saya satu orang saja tunggu.

Ayoyoo

Ini orang semua sudah mati. Apa mahu takut

Bukan takut, boss. Hati tarak syok.

Vasu mengikuti Osman dan belakang. Rasa cemasnya disembunyikan kerana Osman nampaknya bersahaja saja di antara balang-balang mayat itu. Bila sampai pada balang Prof Guislain, Osman berhenti sekejap. Melihat pengawetan Prof Guislain, Vasu teringat dahulu waktu dia masih berada di Goa, India, dia pernah melihat mayat yang diawetkan lengkap dengan pakaian paderi. Mayat St. Francis Xavier diabadikan di dalam Gereja St. Basalica dan pada hari perayaan keagamaan, mayat paderi itu diarak mengelilingi bandar untuk memperingati kebesarannya. Barangkali ada persamaan antara mereka, fikir Vasu.

Belum pulih dengan kejutan di Muzium Anatomi, Vasu dihadapkan dengan tengkorak-tengkorak di Muzium Antropologi. Rumah hantu yang pernah Vasu kunjungi di pesta perdagangan tidaklah menggerunkan seperti apa yang dia saksikan di muzium itu. Vasu tidak dapat berfikir mengapa orang-orang terpelajar di universiti mahu menyimpan tengkorak manusia dan binatang untuk dipamerkan. Selama ini dia hanya tahu muzium seperti Muzium Negara yang mempamerkan sesuatu yang menarik perhatian ramai. Kucing. Jagung. Durian. Semua pameran itu dikunjungi bersama dengan orang ramai yang faham tentang kecantikan dan kemanjaan kucing, kepelbagaian jenis jagung dan kelazatan durian yang mempesonakan. Apabila muzium itu mempamerkan ular, jadilah ia pentas sarkas yang membingungkan pelancong luar negara sama ada mereka berkunjung ke muzium atau zoo. Tetapi mempamerkan tengkorak dan tulang-tulang daripada orang-orang yang telah mati itu hanya menakut-nakutkan manusia bahawa kematian akan berakhir dengan tulang-tulang ini.

Bila sampai di Stor Osteologi, Osman memberitahunya bahawa dia akan berada di situ untuk mengukur tulang. Melihat tulang belulang yang begitu banyak sekali, Vasu menjadi bertambah pening. Hanya mereka yang memiliki kuasa hantu saja suka menyimpan tengkorak manusia. Apakah hendak jadi doktor pun mesti jadi macam bomoh yang suka bermesra dengan hantu dan jembalang, fikir Vasu yang bingung tentang persamaan itu.

Vasu, awak tunggu dekat pintu masuk, kalau penjaga

Muzium mahu tutup, awak panggillah saya.

Pukul berapa dia tutup

Pukul enam.

Saya jaga luar saja, dekat itu pintu. Tak apa. .

Vasu beredar dengan cepat. Dia tidak berani memandang ke kiri dan kanan. Pandangannya terus ke hadapan. Rasanya seolah-olah ingin lari saja. Pintu keluar terasa amat jauh. Kaki terasa berat macam ada yang menariknarik. Tengkuknya terasa membesar lebih gemuk danipada badannya. Kesunyian mutlak dengan lubang-.lubang mata ratusan tengkorak yang seakan akan terbeliak tu menambah suasana keseraman yang sudah sejak awal-awal tadi menguasai diri. Tetapi dia berpura-pura tidak menunjukkan pada Osman. Mungkin Osman juga takut, sebab itu agaknya dia dipanggil. Kalau Osman sudah menceritakan keadaan di muzium itu, sudah tentu dia akan mencari helah untuk tidak datang. Ini sudah terlanjur.

Bulu romanya tegak bagaikan menusuk ke kulitnya. Denyutan jantungnya begitu kuat sampai terdengar pada telinga. Kencangan nafasnya ibarat ikan bernyawa di darat. Keringat dingin mencairkan sandanam di tengah dahi. Ingatan Vasu pada Tuhan Ganesh tidak menghilangkan gementar yang menyelubungi jiwanya. Terasa semacam ada orang yang mengikuti dan belakang. Ditoleh ke belakang, kekosongan jua yang mengisi pandangan. Disebutnya nama Tuhan Siva dan Visnu berulang kali untuk menghalau gangguan makhluk-makhluk ghaib yang cuba menggoda kejiwa rohnya. Rohnya telah diusik oleh makhlukmakhluk itu sehingga jiwanya tidak tenteram. Kengerian yang memuncak, merubah setiap unsur jasad dalam tahap pacuan yang tinggi. Flight atau fight yang tidak laku di sini. Musuh yang ghaib tidak mungkin digempur dan lawan yang tidak nyata, tidak perlu berundur. Dilema Vasu untuk memilih antara lari atau lawan berakhir apabila dia sampai di pintu keluar Muzium Anatomi, meninggalkan Osman di Stor Osteologi bersendirian.

Osman asyik mengukur tulang-tulang panjang itu. Gerakan-gerakan robotik daripada tangannya mengejar kesuntukan waktu untuk menghabiskan tugas pengukuran secepat mungkin. Betapa sibuk kegiatan di stor itu tidak menghilangkan keanehan rasa yang menyelinap ke pancaindera keenam Osman, biar bagaimana kukuh benteng kewarasannya. Ingin dimatikan kewujudan rasa kelainan dengan menggunakan mekanisme rasionalisasi yang berjaya diterapkan pada malam di mana dia terkurung di tempat yang sama. Tetapi tidak berubah keadaan yang terasa mencengkam. Dia yakin benar, dia seorang sahaja yang ada di stor tu. Nalurinya mencurigai ketunggalan tu. Bunyi seakan dengkuran lembut yang melandai, terdengar dalam ulangan yang menyeramkan dan arah yang sukar ditentukan. Mazmur yang mendesah seperti pada pemujaan syaitan yang mendewakan ketuhanannya. Kegerunan Osman menjadi begitu nyata. Dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada pengukuran itu. Dia sering menoleh ke belakang hanya untuk memastikan keesaan dirinya.

Osman menjadi lebih gelisah bila suara yang mendesah tu tidak lenyap daripada dengungan di gegendang telinganya. Keberterusan itu cukup menggilakan biarpun berkali-kali benak Osman memperjuangkan pendiriannya terhadap kekuatan metafizikal tetapi dia tidak dapat lagi berbohong dengan realiti. Tangannya mulai gemenar, otototot erektor pillae menegakkan bulu roma di tengkuknya, menandakan kekalahan jasad dan jiwanya kepada kekuatan mistik yang kini menguasai setiap inci stor tu. Tidak guna untuk bertahan lebih lama lagi di tempat seram tu, fikir Osman. Nadinya terasa melonjak-lonjak di urat lehernya. Dicapai fail dan alat-alat yang dibawanya untuk tujuan pengukur ditinggalkannya stor itu tanpa sempat menguncinya dengan iringan gemertukan halus giginya yang mengesahkan kekalahan mutlak pada benak yang acapkalinya angkuh terhadap ketahayulan. Kelenjar adrenal dirangsang pengeluarannya dengan jumlah tak terhingga di setiap titik darahnya. Adrenalin bermaharajalela mengalahkan Asetilkolin di setiap inci tubuhnya.

Ayunan langkahnya begitu laju sehingga menciciri pita pengukur tanpa disedari. Bergemuruh dadanya dengan pukulan-pukulan jantung yang menghentam tulang-tulang rusuk kirinya. Semakin cepat dia berjalan semakin pula terasa semacam ada lembaga yang mengekori. Cahaya pintu nampak sayup di kejauhan. Walaupun dia pantas bergerak tetapi apa yang dirasakan adalah lain sama sekali seolaholah beban batu nisan diikat pada kedua-dua kakinya. Bagi insan sekular seperti Osman, tidak ada doa yang tercetus daripada bibirnya tatkala kemujaraban ayat Qursi boleh diandalkan. Sayang, lidah itu kaku dengan kekekokan sebutan Arab yang begitu asing di telinganya.

Kepucatan Osman begitu jelas pada pengamatan Vasu apabila dia sampai di pintu Muzium Anatomi. Kepucatan Vasu telah hilang. Biarpun dalam kepucatan, hanya mata yang terlatih dapat membezakan warna kegelapan yang memucat.

Boss kata mahu kerja sampai pukul enam, apa pasal sikit cepat ada habis tanya Vasu semunculan Osman dari pintu itu.

Sudah habis, jawab Osman berbohong.

Boss mahu balik hostel ka

Tak, saya mahu balik ke rumah saja.

Mereka berjalan di lorong sepi meninggalkan kawasan Muzium Anatomi menuju ke tempat letak kereta. Vasu terutamanya berasa amat lega meninggalkan kawasan itu.

Boss tak rasa apa-apa ke, tengok itu orang mati punya dekat tanya Vasu memulakan kembali perbualan mereka setelah mereka berdiam diri seketika.

Rasa macam mana tanya Osman penuh kepurapuraan.

Tarak rasa takut ka

Tiap hari tengok macam tu, apa yang nak ditakutkan!

Saya sana dalam tarak boleh duduk punya.

Apa kena

Sikit ada pening la.

Ala, tengok tengkorak saja dah pening, Osman ingin menyambung dengan peribahasa gempar keling tetapi benaknya menapis dengan cepat.

Boss, apa pasai mahu jadi doktor kena belaja itu tengkorak sampai

Kalau tak belajar, macam mana kita nak tahu apa yang ada dalam tengkorak itu. Kalau terjadi kemalangan di kepala, macam mana doktor nak operate otaknya kalau tak belajar tengkorak manusia.

Itu macam ka.

Macam mana lagi, macam itulah.

Boss mahu jadi spesialis apa

Eh, ini tahun pertama belum lulus lagi. Mesti jadi doktor dulu.

Ya la boss. Kalo sudah jadi doktor, mau jadi paka apa

Bedah tulang, jawab Osman dengan tegas.

Patut la, itu banyak tulang boss ada measure.

Mereka sudah sampai di lapangan letak kereta. Masingmasing menyembunyikan pengalaman yang menyeramkan itu. Tidak ada siapa yang di antara mereka membicarakan perasaan sebenar mereka dengan lebih mendalam daripada apa yang dibualkan sejak tadi. Kereta BMW itu meninggalkan kawasan itu menuju ke pos keselamatan di pintu keluar kampus Fakulti Perubatan dengan membawa balik bisikan suara mazmur yang berulang-ulang di benak Osman.