TORA DATANG LAGI - 110
Mentadak mentadu adalah sejenis permainan yang dimainkan untuk mengenakan kawan-kawan. Seekor mentadak yang sihat dan cergas diperlukan untuk bermain permainan ini.

Badan mentadak akan dipegang oleh seseorang dan semua orang yang lain akan duduk mengelilingi atau berhadapan dengan mentadak tadi.

Mantera akan dinyanyikan bagi menyeru semangat mentadak yang sedang dipegang.

Mentadak Mentadu, macam mana Amin tidur

Sejurus selesai dinyanyikan, seperti terpukau mentadak akan menggerakkan kaki dan kepala dan memberikan satu gaya tidur yang sangat aneh dan kelakar. Ini bermakna itulah gaya tidur Amin setiap malam yang tidak diketahui sebelum ini. Setiap orang akan menggelakkan Amin sambil mengajuk gaya tidurnya itu.

Permainan diulang nyanyi dengan digantikan pula dengan nama orang lain. Gaya tidur setiap orang akan dibandingbandingkan dan diajuk-ajuk sehinggalah beberapa hari lamanya.

Tiada diketahui kenapa mentadak pasti akan memberikan gaya selepas dibacakan mantera tersebut. Malahan setiap satunya adalah berbeza. Mungkin mentadak sangat terdesak hendak melepaskan diri sehingga menjadi sebegitu aneh dan berperangai bukan-bukan.

Permainan ini akan berhenti apabila kanak-kanak sudah menjadi bosan atau bila mentadak itu sudah nyawa-nyawa