Namun lelaki-lelaki itu langsung tidak mempedulikannya rayuannya. Aliff terus dibelasah separuh mati. Danira segera meluru ke arah Aliff lalu menahan pukulan bertalu-talu itu dari mengenai tubuh anak muda itu.
Dia menjerit kesakitan apabila tendangan lelaki-lelaki itu mengenai tubuhnya pula. Kesakitan yang dirasainya sudah tidak terperi. Tubuhnya semakin lemah tidak berdaya.
Naufal bisikan itu terkeluar dari bibir Danira yang merekah darah segar.
Aliff terpisat-pisat memandang tubuh Danira yang terbaring di dadanya. Dia mahu membantu gadis itu, namun dia juga lemah tidak berdaya. Seluruh badannya sakit-sakit tak bermaya lagi.
Naufalka..kakak sa..sayang. Naufal.
Suara lemah gadis itu singgah lagi, menyusuri gegendang telinganya seiring dengan gelak ketawa lelaki-lelaki itu. Dia terpaku! Lelaki-lelaki itu terus menghayunkan tendangan ke arah tubuh kecil itu tanpa belas kasihan. Sudah tiada suara di bibir gadis itu. Kelopak mata yang indah itu juga sudah terpejam rapat.
Dalam keadaan lemah tak berdaya, dia mendengar suara hiruk-pikuk. Suara ramai itu menjerit-jerit ke arah dua lelaki berpakaian serba hitam itu bagaikan histeria. Dia terlalu lemah untuk mengambil tahu. Sedar tak sedar dia melihat lelaki-lelaki itu melompat ke dalam van lalu melarikan diri dengan van berwarna merah gelap itu. Matanya kini meraut lemah wajah gadis yang pengsan di atas tubuhnya. Kelopak mata gadis itu terpejam rapat. Tubuhnya terasa basah dengan darah. Dia tidak pasti darah siapa yang lebih banyak. Dia tidak ambil peduli semua itu. Getar tubuhnya seiring dengan rasa cemas yang berladung di jiwa. Tanpa disedari tangannya sudah mendakap tubuh itu rapat ke permukaan dadanya dengan mata berkaca. Ya ALLAH, selamatkan dia! Aku tidak mahu kehilangannya! Aku tidak ingin dia yang membuatkan aku cemas, membuatkan aku resah dan membuatkan aku marah, mati di sini hari ini. Kerana separuh dari hatiku ingin melihatnya lagi! Bisik Aliff perlahan. Antara sedar dengan tidak!
******
Wirda memberhentikan keretanya di bahu jalan. Melihat kerumunan orang ramai yang bersesak-sesak di hadapan taska Sissy Kindergarden itu, hatinya mula tertanya-tanya apa yang sudah berlaku. Dia turun dari perut kereta lalu melangkah ke arah kumpulan orang ramai tersebut.
Dalam masa yang sama, telinganya dapat menangkap bunyi siren ambulan yang tiba-tiba muncul. Dua orang paramedik keluar dari ambulan bersama strectcher lalu begerak ke arah kumpulan orang ramai. Melihat keadaaan itu, Wirda menjadi resah tanpa disedari. Dia datang ke situ untuk bertemu dengan Melia, tapi nampaknya seperti ada sesuatu yang berlaku di hadapan taska itu.
Dalam keadaan kelam kabut begitu, matanya tiba-tiba terpandang seorang gadis yang diusung di atas strectcher yang dibawa dua orang paramedik. Melihat wajah dan tubuh anak gadis itu bengkak-bengkil, Wirda terperanjat besar. Dia menoleh ke arah wanita di sampingnya, ingin bertanya punca sebenar. Namun matanya terlebih dahulu terpandang kelibat Melia sedang menangis sambil dipegang tangannya oleh seorang wanita tidak jauh dari situ.
SESUDAH berhenti untuk bertanya di kaunter jururawat, Filman segera bergegas ke suatu arah. Ketika dia menghampiri sebuah bilik, matanya segera terpandang kelibat Aliff di bangku menunggu di luar bilik itu. Wajah anak muda itu bengkak-bengkil dengan kesan-kesan darah kering di serata muka dan tubuhnya.
Aliff Filman keliru. Wajah adiknya ditatap separuh bingung.
Aliff tersentak sebaik mendengar suara Filman. Dia bingkas bangun dari kerusi, namun serentak dengan itu, tubuhnya terkulai semula ke arah kerusi. Wajahnya berkerut-kerut menahan sakit. Filman segera menerpa ke arah anak muda itu dengan wajah cemas.
Kenapa Aliff Kenapa boleh jadi macam ni
Anak muda itu mengelengkan kepala. Aliff tak tahu bang. Tiba-tiba sahaja dua lelaki tu datang nak culik Cik Danira. Aliff cuba halang, tapi mereka belasah Aliff. Bukan itu sahaja, mereka juga pukul Cik Danira. Ujarnya memberitahu abangnya setiap perincian peristiwa yang berlaku petang tadi.
Danira mana Soal Filman risau.
Dia pengsan. Ada kat bilik kecemasan. Suara Aliff tersekat-sekat separuh hiba.
Filman terpanar. Seperti baru sekejap dia berbual-bual dengan Danira di dalam telefon semalam. Dan hari ini perkara malang berlaku lagi pada anak gadis itu. Ya ALLAH! Janganlah ada apa-apa yang buruk berlaku pada Danira. Dia tidak sanggup mendengarnya untuk kali kedua.
Melly mana, Aliff Tanya Filman sebaik teringatkan anak kesayangannya yang sepatutnya dijemput Aliff. Belum sempat Aliff mahu menjawab, tiba-tiba muncul kelibat Melia yang sedang dipimpin Kamila menuju ke arahnya.
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimanakah keadaan Danira ketika ini Adakah kritikal