MELANKOLIA BISU - 113
Lima ringgit sembilan puluh sen, kata kakak tu.

Pagi di Tanglin aku sambut dengan cerita tentang sekarang dan semalam dengan kawan. Segala peluh dan daki kami lontarkan kat meja. Kami perlu mandi, hilangkan bau hapak dan badan yang melekit. Hari ni punya cerita belum tahu lagi.

Sambil menunggu dipulangkan duit baki empat ringgit sepuluh sen, dalam beberapa saat tu, masa jadi perlahan dan aku teringat tentang cerita-cerita semalam, dan dah tentu tak akan boleh lari dengan cerita tentang kau.

Kelakar sebenarnya.

Sebab hidup ni memang boleh kena putar dengan laju dalam beberapa saat antara bayaran duit makan dan pulangan baki ke tangan. Tapi kenapa bila semuanya macam nak kiamat, masa bergerak macam neraka yang tak turun-turun lagi ke bumi

Semalam untuk pertama kali aku kena Caps Lock dengan kau besar-besar. Penjara yang dihumban pertama kali untuk aku dan kita. Aku tak layak mengomel tentang apa-apa sebab apa yang kau bagi malam tu jauh lebih penting dari tulisan ni. Jauh lebih menyakitkan.

Kadang-kadang aku terfi kir macamana kau boleh lalu tujuh lapis kesakitan ni setiap hari. Apa yang membuatkan kau terus makan nasik dengan segala beban 10 tan kat bahu kau. Jadi untuk pertama kali, aku mendengar, takungan derita-derita yang kau pernah cuba nak bagitahu dulu tapi gagal.

Tapi semalam, itu adalah harinya, hari yang buat pertama kali aku dengar lebih dari apa yang aku selalu dengar. Teringat tentang kesakitan kau, aku buat keputusan untuk tak terus menulis dan mengomel atau bercerita tentang ini dengan lebih lanjut kerana ianya terlalu menyakitkan untuk diceritakan.

Dan ya. Apa jadah aku kena bayar lima ringgit sembilan puluh sen untuk mee kicap yang tawar dan teh o suam