Mencari Kiblat Cinta - 114
Dah lama sampai Filman Tegur Kamila muram.

Baru sekejap. Danira macam mana, Kak Mila

Wanita itu menggeleng. Jelas ada air jernih bergenang di kelopak mata Kamila kali ini. Doktor masih merawat dia. Keadaan Danira teruk jugak, Fil. Jelas Kamila sebak.

Filman terkedu. Hatinya seperti dicarik-carik mendengar kata-kata Kamila itu.

Semua ni salah Kak Mila. Sepatutnya Kak Mila perhatikan si Nira tu selepas apa yang berlaku baru-baru ini. Kalau Kak Mila berhati-hati, Nira takkan dicederakan orang macam ni. Keluh Kamila lagi. Dia masih gerun memikirkan peristiwa petang tadi. Hampir putus urat nafasnya melihat Danira dan Aliff dibelasah berhampiran dengan taska miliknya. Mulanya dia mahu keluar membantu, tapi pekerja-pekerjanya tidak membenarkan. Mereka bimbang dengan lelaki-lelaki samseng yang sewenang-wenangnya berbuat ulah tanpa ada rasa takut.

Tapi entah macam mana, keberaniannya mendadak muncul. Dia lalu keluar sambil menjerit-jerit meminta tolong dari orang-orang di kawasan perumahan itu.

Mujurlah kedua-dua lelaki itu nampak cemas apabila melihat beberapa jiran berhampiran keluar ke tempat kejadian. Kedua-duanya lantas melarikan diri dengan van berwarna merah hati.

Usai Kamila menghabiskan ceritanya, Filman merasa darah panasnya meruap. Berangnya memuncak. Dia berpaling ke arah Aliff yang kelihatan muram.

Aliff kenal lelaki-lelaki tu Soal Filman ingin tahu.

Aliff menggelengkan kepala. Sejujurnya dia memang tidak pernah melihat mana-mana lelaki itu. Dan inilah kali pertama dia berhadapan dengan peristiwa seperti ini.

Filman mengeluh panjang. Dia merenung wajah Aliff yang bengkak bengkil. Ada beberapa tompok darah melekat pada kemeja anak muda itu. Aliff patut dapatkan rawatan. Manalah tau ada kecederaan dalaman yang kita tak nampak. Usulnya pada anak muda itu.Namun Aliff cepat-cepat menggelengkan kepala.

Aliff tak apa-apa bang. Aliff cuma risaukan Cik Danira. Ujar Aliff cemas.

Tak boleh macam ni Aliff, ayah mesti bimbang kalau dia nampak keadaan Aliff macam ni. Sanggah Filman.

Aliff terdiam. Kata-kata Filman hanya dibalas dengan pandangan kosong. Dia benar-benar tidak mampu menghalau kerisauan yang bertandang di fikirannya. Saat ini dia hanya mahu berada di sini dan menunggu gadis itu.

******

Filman tidak mampu mengalihkan pandangan dari wajah yang sedang tertidur pulas di atas katil. Wajah Danira lebam-lebam tapi kelihatan tenang. Tudung yang selalu menutup mahkota gadis itu kini tidak lagi bersarung di kepala gadis itu. Mungkin ia dibuang untuk memudahkan doktor merawat anak gadis itu! Atau mungkin juga dalam keadaan kelam kabut, tidak ada seorang pun tahu ke mana perginya tudung anak gadis itu.

Melihat rambut panjang mengurai separas bahu itu, entah kenapa dada Filman berombak-ombak. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengambil kesempatan ini merenung wajah itu puas-puas. Tapi sungguh dia benar-benar tidak berdaya kali ini. Ini kali pertama dia melihat aurat Danira. Dan ia cukup membuatkan naluri kelakiannya bergetar.

Fil suatu suara singgah di corong telinganya. Dia lantas berpaling lalu terpandang Wirda yang entah sejak bila berada di situ. Dahinya berkerut memerhatikan Wirda. Kenapa wanita itu boleh berada di sini

Wirda ke taska Melly tadi. Tak sangka perkara macam ni boleh berlaku. Ujar Wirda bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran lelaki itu.

Filman menarik nafas panjang. Dia kembali menumpukan perhatian ke arah Danira yang masih belum sedarkan diri. Diam-diam Wirda meneliti raut wajah Filman yang jelas muram. Sudah lama dia memerhatikan gelagat Filman yang kelihatan risau dan bimbang dengan keselamatan gadis itu. Malah baru sebentar tadi dia melihat Melia juga menangis sambil memanggil-manggil nama Danira. Solah-olah Filman dan Melia menjalin hubungan yang cukup rapat dengan gadis yang bekerja di taska itu. Apakah Filman sebenarnya menyukai gadis itu

I do love someone else. Kata-kata Filman tempohari mencuri masuk ke fikirannya. Itu pengakuan yang Filman buat di hadapannya tempohari. Dan kata-kata itu sering membuat dia jadi gila memikirkan tentang Filman.

Tapi hari ini dia seakan dapat mengagak sesuatu. Gadis itu memang cantik dan baik hati. Malah Melia kelihatan cukup manja apabila bersama gadis itu.

Fil..is it her Soalan itu terpacul dari bibirnya tanpa disedari. Filman menoleh ke sampingnya. Dia juga turut melemparkan pandangan ke arah Filman.

Dia gadis yang bertakhta di hati Fil kan Tanyanya lagi, sekadar inginkan kepastian tentang isi hati Filman.

Filman tidak menjawab. Sebaliknya renungan Filman terus menghujani wajahnya.

Do you love her Dia terus menyoal.

Yes I do. Ungkap Filman perlahan.

Hati Wirda sebak mendengarnya. Kelopak matanya dipejam rapat. Cuba mengumpul kekuatan diri untuk menelan hakikat bahawa Filman sudah tidak mencintainya lagi. Dan dia kalah sebelum bertarung dengan gadis yang sedang terlantar di katil hospital saat ini.

bersambung

Bab akan datang:

Apakah setelah mengetahui Filman mencintai Danira, Wirda masih menaruh harapan untuk kembali pada Filman