MELANKOLIA BISU - 114
Tadi balik dari perpustakaan negara ambil ISBN. Masa nak lalu balik, tetiba ada pengiring menteri lalu. Tangan pengiring yang bawak motor tu didepangkan, dengan keras menyatakan,

Tepi! Tepi! Menteri nak lalu.

Masa tu traff ic jam dan kereta dan motor terpaksa bagi laluan. Kat depan, ambulans pun reti nak beratur dendiam.

Apa dah jadi

Tugas menteri nampaknya lebih penting dari seorang ayah yang sedang naik motor, balik rumah dan bagi anak-anak makan. Aku sedang membayangkan dalam kereta tu menteri duk tengah relaks dan tengok TV yang ada satelit. Selesanya. Dengan kenaikan minyak yang tinggi, tentu dia tak terasa, sebab dia boleh claim.

Alhamdulillah, menteri kita cukup makan.

Aku pulak sambil bawak motor, mencarut-carut kat belakang kereta pak menteri tu, Go to hell, go to hell.

Kata aku. Tenangkan aku Tuhan, dan biarlah aku bersyukur walau seinci bahawa menteri kita sebenarnya cukup-cukup makan. Alhamdulillah.

Sarkastik ke