Mencari Kiblat Cinta - 115
Apakah antara kita memang tidak ada jalan lain lagi untuk kembali seperti dulu Tukas Wirda sayu.

Filman menarik nafas panjang. Cuba mencari secarik kekuatan untuk menghampakan hati wanita itu. Bekas isteri yang pernah dicintainya separuh mati. Tapi kini hatinya terisi dengan suatu wajah lain. Jiwanya yang tandus selama ini tumbuh subur semula dengan kehadiran Danira dalam hidupnya.

Kita mungkin takkan kembali hidup bersama seperti dulu. Tapi Fil nak Wirda tahu yang sebenarnya dalam tempoh ini, Fil tidak pernah dan tidak akan sanggup membenci Wirda. Wirda masih mama Melly dan masih ada ruang di hati Fil untuk Wirda. Cuma ia bukan lagi cinta seperti dulu. Bisik Filman berterus-terang.

Wirda merasakan kelopak matanya hangat. Dia sedih mendengar kata-kata Filman sekaligus merasa bahagia mendengar lelaki itu tidak pernah membenci dirinya. Filman memang seorang lelaki yang baik. Hanya dirinya yang tidak pandai menghargai ketulusan hati lelaki itu selama ini.

Kalau Wirda tak keberatan, boleh tak Wirda hantarkan Melly pulang Dia ada kat luar sekarang. Pinta Filman penuh berharap.

Wirda terdiam. Betulkah Filman mempercayainya untuk menghantar anak kecil mereka pulang

Boleh Filman meminta kepastian wanita itu.

Wirda dengan cepat mengangguk. Bibirnya tersungging senyuman kecil. Lega kerana Filman sudi melepaskan Melia bersama-samanya walaupun hanya untuk seketika. Selama ini hanya itu yang diharapkannya. Dia mahu menjadi mama Melia meskipun dia tidak lagi bertahta di hati Filman.

Filman perlahan-lahan merapati anak gadis itu. Mata yang masih terpejam rapat itu ditatap teliti. Nafas Danira turun naik. Menurut seorang jururawat yang ditemuinya, Danira diberi dos suntikan ubat tidur secukupnya untuk membolehkan gadis itu rehat dan bertenang

Matanya merenung wajah Danira yang lebam dan bengkal-bengkil. Pinggir bibir gadis itu turut luka. Menurut Aliff, gadis itu lebih teruk dipukul berbanding dirinya. Semuanya gara-gara kerana Danira mahu menyelamatkan Aliff.

Bodoh! Kau memang bodoh! Bisik hati kecil Filman beserta desahan kasar. Mungkin kalau gadis lain sudah lama angkat kaki dari situ. Tapi Danira tidak pergi, sebaliknya merelakan dirinya menjadi perisai pula. Kenapa Filman benar-benar kesal dibuatnya!

******

Wajah Danira terus ditatap lesu. Setiap raut wajah gadis itu dperhalusi dalam-dalam. Sekali lagi hatinya bergetar. Cinta Ya, aku memang merasainya. Bisik Filman dalam hati. Dia benar-benar mencintai Danira.

Fil suara Kamila tiba-tiba singgah di corong telinga. Dia segera berpaling. Entah sejak bila Kamila berada di situ. Perlahan-lahan wanita itu rapat ke birai katil lalu merenung sayu ke arah Danira yang terbujur kaku tidak sedarkan diri.

Zulbhan ada kat luar. Dia tengah soal Aliff. Beritahu Kamila.

Filman sekadar mengangguk. Dia tidak berganjak dari situ.

Kak Mila, sebenarnya kenapa dengan Danira Siapa lelaki-lelaki yang selalu menganggunya tu Soal Filman ingin tahu. Entah kenapa, sejak dari mula lagi dia dapat merasakan lelaki-lelaki yang sering mengintip Danira mempunyai tujuan berbuat demikian. Gaya dan lagak mereka seperti samseng, tapi tidak kelihatan seperti samseng jalanan yang selekeh. Lelaki-lelaki itu lebih kemas berbanding penjenayah-penjenayah yang pernah dilihatnya selama ini.

Kamila terkedu. Pertanyaan Filman membuatkan dia tidak senang duduk. Wajah Filman ditatap resah.

Kak Mila, kalau kakak tahu sesuatu, tolong beritahu saya. Beri peluang saya bantu Danira kalau benar dia dalam kesusahan. Pujuk Filman lagi.

Fil ini bukan seperti apa yang Fil sangka. Pujuk Kamila gelisah.

Danira..dia..dia.. Kamila tergagap-gagap. Sukarnya dia mahu bercakap benar pada lelaki itu jika kebenaran yang akan Filman ketahui lebih menyakitkan. Mana mungkin dia sanggup mengaibkan Danira seperti ini di hadapan Filman. Tak mungkin!

Fil, tolonglah. Kak Mila dah pening nak jawab semua soalan-soalan Fil. Sekarang Kak Mila nak tanya Fil baik-baik, apakah Fil memang ada taruh hati pada Danira

Pertanyaan Kamila yang terus-terang membuatkan wajah Filman jelas berubah. Sekilas pandangannya dilempar ke arah sekujur tubuh yang tidak bergerak-gerak. Lagaknya seolah-olah dia risau Danira dapat mendengar kata-kata yang diluahkan Kamila sebentar tadi.

Kak Mila, saya

Jawab dulu sebelum Fil mahu Kak Mila jawab soalan Fil tadi. Pintas Kamila sebelum sempat Filman menghabiskan kata-katanya.

Filman tersentak. Entah kenapa kata-kata Kamila kedengaran aneh kali ini.

Kak Mila, saya memang sayangkan Danira. Sejak kali pertama saya nampak dia bersama Kak Mila di pusat beli belah tempohari, saya dah perhatikan dia. Mungkin ini kedengaran janggal sebab saya duda dan Danira gadis muda. Tapi percayalah, saya ikhlas pada dia. Buat pertama kali Filman cuba berlaku jujur. Dia ingin mengakui setiap apa yang dirasakannya pada gadis itu.

Kalau suatu hari nanti Danira berbuat khilaf, boleh Fil maafkan dia Boleh Fil terus bersamanya sampai bila-bila pun Soal Kamila lagi.

bersambung

Bab akan datang:

Sanggupkah Filman menerima Danira andai dia mengetahui segalanya nanti mengenai Danira Apakah kekhilafan yang dimaksudkan Kamila