MELANKOLIA BISU - 116
Tiga tahun hadapan. Aku mengharapkan yang tiga tahun hadapan, apa yang aku rasa masa ni adalah antara benda yang nak disimpan sampai mati, sebab sekarang aku tak nak langsung simpan. Mengharapkan tiga tahun lagi, aku boleh tersenyum tengok kau, kita bersembang macam biasa. Seolah-olah masa dan ketika ni tak pernah berlaku. Kau menjadi gadis matang yang berkembang penuh cinta. Apa yang menelan kau masa ni, aku harap akan ada solusinya tiga tahun lagi. Aku mahu ketuk kepala sendiri sampai pengsan. Dan bila aku bangun, aku tengok semuanya berubah. Aku jadi budak yang melompat-lompat bila dipanggil nama dari jauh oleh kawan-kawan. Kayuh basikal dengan laju, terjah angin dan panjat gunung Everest sepuluh juta kali. Semuanya nampak best, tenang dan menyeronokkan. Senyuman aku kekal melekat tak lekang. Cuma sekarang aku dalam gua, ketawa dan menangis sorang-sorang. Tiga tahun. Cepatlah sampai. Takut dah tak cukup jari untuk digigit.

Semalam ibu jari aku putus.