PEREMPUAN-PEREMPUAN MERBAHAYA - 116
Pada predikat kata yang mahu aku tuliskan bahasa rindu

Hari ini renyai-renyai menjatuh tanpa teduh merengkuh bumi halus

Hari ini angin lebat menusuk tubuh tanpa sentuh remang-remang mengelus

Hari ini dan seterusnya aku adalah nitrus

candanya gaya pelali

membawa kamu mengapung

bergerak rawak dengan kibar kepak tak lusuh mahupun luruh di dasar lopak dan seboleh-semahu-semampu-sedaya-sehendak

aku kan ada di setiap rangkak dengan kasmaran marak