Mencari Kiblat Cinta - 117
Ketika itulah dia kenal dengan Tim, lelaki berbangsa Cina Inggeris yang turut berkhidmat sebagai pengawal peribadi Mr. Kay di banglonya.

Mulanya dia hanya seorang pengawal peribadi sahaja. Sehinggalah berlaku satu peristiwa yang menukar hidupnya buat selama-lamanya.

Akibat dendam peribadi, Mr. Kay menjadi sasaran sekumpulan pembunuh upahan. Dia dan Tim lah yang bertarung nyawa menyelamatkan lelaki itu. Tim hampir hilang tangannya akibat ditetak. Manakala seluruh badannya pula luka-luka. Tapi dia amat bernasib baik kerana terselamat. Sejak dari itu, dia dan Tim menjadi orang penting Mr. Kay. Beberapa tahun kemudian lelaki itu menyerahkan Kawasan Emas yang dahulunya diuruskan Faruk ke tangannya. Faruk pula ditugaskan menguruskan kelab The Polka Dots yang menjadi titik pertemuan penjenayah-penjenayah samaada dikenali mahupun tidak.

Dia tahu dirinya dimusuhi Faruk. Lelaki itu merasa tercabar dengan kepercayaan Mr. Kay terhadapnya. Namun dia sudah tidak kisah dengan apa sahaja tanggapan lelaki itu terhadapnya. Hubungannya dengan Faruk semakin hari menjadi semakin genting.

Macam mana sekarang Kita nak terus tunggu ke Dah lewat ni. Suara Tim mengendur. Dia menoleh. Wajah Tim ditatap agak lama.

Aku bimbang Faruk akan mengapa-apakan gadis itu lagi. Kita harus awasi dia. Kita ke Polka Dots sekarang. Putus Cobe. Tim sekadar mengangguk. Dia segera menghidupkan enjin kereta lalu beredar dari situ. Kedua-duanya langsung tidak menyedari kelibat Joshua dari dalam kereta yang terletak di bawah sepohon pokok rendang di jalan bertentangan.

Melihat kereta tersebut mula bergerak, Joshua mengambil keputusan mahu mengekori kereta tersebut. Dia benar-benar ingin tahu siapakah lelaki-lelaki di dalam kereta itu dan apa tujuan kehadiran mereka malam ini.

******

Faruk mengacukan muncung pistolnya ke kepala seorang lelaki yang sedang berlutut di hadapannya. Lelaki itu menggeletar ketakutan. Sesekali dia mengerling ke arah temannya yang sudah terbujur kaku tak bernyawa.

Bodoh! Kamu berdua memang patut mati! Kerja senang pun tak boleh buat. Bentak Faruk dengan wajah merah padam menahan marah.

Maafkan saya bos, saya memang bersalah. Tolong beri saya peluang kedua bos. Rayu lelaki itu bersungguh-sungguh. Nyawanya kini di dalam saat genting. Apa yang boleh dilakukan lagi selain dari merayu Ini semua gara-gara peristiwa di kawasan perumahan tadi. Jika mereka terus menangkap budak perempuan itu dan membawanya bertemu Faruk, tentu takkan timbul sebarang masalah. Tapi kerana kebodohan mereka membelasah anak muda yang cuba membantu gadis itu, rancangan mereka punah begitu sahaja. Dan sekarang mereka menerima akibat dari kelalaian mereka sendiri. Jidin kawannya sudah lama terbujur kaku dengan otak terburai dihujani peluru dari pistol milik Faruk. Sekarang hanya menanti gilirannya sahaja. Renungan tajam Faruk terus menikam tepat ke wajahnya. Memberi petanda bahawa nyawanya akan berakhir tidak lama lagi.

Maafkan saya bos. Semuanya sebab lelaki tu, kalau tidak sudah lama kami selesaikan kerja kami. Dalam ketakutan, dia masih sempat menyalahkan lelaki muda yang menganggu tugas mereka petang tadi.

Wajah Faruk segera berkerut. Lelaki mana ni

A..ada seorang lelaki muda dalam lingkungan usia 20-an cuba menghalang kami. Namanya kalau tak salah Naufal.

Wajah Faruk berubah mendengar nama itu disebut orang suruhannya.

Mana kau tahu nama dia Naufal

Errbudak perempuan tu yang panggil dia begitu. Sumpah bos, saya tak bohong. Tergagap-gagap lelaki itu cuba menyakinkan ketuanya. Faruk termenung panjang. Nama yang baharu meletus dari bibir lelaki itu meninggalkan kesan mendalam di fikirannya. Tiba-tiba dia dihimbau dengan satu wajah.

Nama kamu Naufal

Budak lelaki itu hanya mengangguk.

Kamu tak sekolah

Saya dah berhenti.

Kenapa

Bosan.

Dia tersenyum mendengar jawapan serba ringkas itu. Wajah anak muda dalam lingkungan usia 16 tahun itu ditatap teliti.

Kamu tahu apa kerja kamu kat sini

Tahu bos.

Ikut abang-abang kamu minta wang perlindungan. Wang bonus yang mesti kita kutip dari orang-orang yang perlukan perlindungan kita. Kamu boleh buat

Boleh bos.

Sekali lagi dia tersenyum. Jawapan lurus bendul itu benar-benar menggelikan hatinya ketika itu.

Kalau kamu betul nak bekerja dengan organisasi ini, buat kerja kamu betul-betul. Tempat ni bukan sekolah yang boleh datang sesuka hati. Jika sekali kamu masuk, kamu dah tak boleh berpatah balik lagi. Kamu harus setia pada organisasi kita. Jika kamu ingkar atau khianat pada ketua kamu, hukumannya hanya satu iaitu mati!

Budak lelaki itu kelihatan pucat sedikit mendengar perkataan mati yang sengaja ditekannya kuat-kuat. Sengaja dia berkata begitu untuk menakut-nakutkan anak sekolah itu. Dia memang tidak yakin dengan kesungguhan anak muda itu menyertai kumpulannya. Namun sebagai ketua kawasan, dia sentiasa memberi peluang untuk sesiapa yang mahu menyertainya.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Naufal sedar kerja yang dilakukan olehnya