MELANKOLIA BISU - 117
Kesunyian adalah ukiran yang manusia buat dengan sengaja, bila tidak pedulikan mereka yang memandangnya, tak kisah mereka yang mendengarnya, tak pernah ambil peduli mereka yang merangkulnya dalam gelap.

Apa yang membuatkan kita terlalu suka mencium kesunyian Loneliness

Kita ada Tuhan, kata sunyi, kita ada suami, kata sunyi, kita ada isteri, kata sunyi, kita ada keluarga, kata sunyi, kita ada kawan, kata sunyi,

jadi kesunyian adalah projeksi ego kita yang menuntut untuk orang lain memahami tanpa kita balas kebaikan dan perhatian mereka

Kita terlalu demand, manusia ni.

Turunkan kepala yang mendongak.

Lihatlah manusia-manusia yang bersedia memegang tangan kita yang bergoyang menggeletar bila takut datang melambai gemalai dan tersenyum.

Mahu orang faham kita, tapi kita tak pernah nak ambil initiatif untuk faham orang

Jadi di mana letaknya kesunyian tu sebenarnya

Di lubang ponggong yang patut dicirit dan di-f lush sampai hilang Kita ada banyak benda lain yang lagi penting untuk dibuat, jadi kesunyian juga adalah tanda kita ada masa yang terlalu banyak untuk diri sendiri. Masa orang lain kau nak letak mana