Mencari Kiblat Cinta - 118
Budak bernama Naufal itu kemudiannya disuruh mengikut kumpulan orang-orangnya untuk meminta wang perlindungan.

Dia masih ingat dengan wajah itu. Lagipun tidak ramai anak muda yang bersinar-sinar matanya dan kelihatan bijak mahu menyertai kumpulan mereka. Anak muda itu dilayan dengan baik. Malah diam-diam dia bercadang mahu mendidik anak muda itu menjadi orang kanannya bagi menggantikan Cobe yang belot padanya. Namun hajatnya tidak kesampaian apabila satu peristiwa menamatkan semua rancangannya. Membuatkan dia terpaksa bertindak pantas dan memadamkan semua bukti-bukti yang berkaitan.

Bunuh dia. Itu arahan yang pernah diberikannya suatu ketika dahulu. Orang-orangnya terkejut besar mendengarnya.

Tapi

Jangan buat silap lagi. Bunuh sahaja dia sebelum dia belot pada kita.

Kedua-dua lelaki di hadapannya saling berpandangan sesama sendiri. Sejurus kemudian lelaki-lelaki itu tunduk tanda akur lalu segera beredar dari biliknya. Dia mengeluh panjang. Sayang! Harta yang mahu disimpannya terpaksa dimusnahkan sebelum dia dapat mengunakannya!

Naufal! Sekali lagi nama itu disebut. Apakah ianya sekadar satu nama yang sama, atau lelaki muda yang dimaksudkan orang bawahannya, benar-benar Naufal yang telah dihapuskannya suatu ketika dahulu Dia memandang lelaki yang masih melutut di hadapannya. Pistol di tangannya disisip kembali ke pinggang. Baiklah, aku akan lepaskan kau kali ini. Tapi sekali lagi kau buat silap, aku takkan teragak-agak bunuh kau. Sekarang berambus! Bentak Faruk.

Lelaki itu tergesa-gesa meninggalkan tempat itu. Mayat kawannya yang berlumuran darah di lantai bilik itu langsung tak dipedulikan. Yang penting sekarang adalah menyelamatkan nyawanya sendiri sebelum Faruk menukar fikiran.

Faruk memberi isyarat kepada dua orang suruhannya yang berada di situ. Kedua-duanya segera mendekatinya.

Siasat kat mana budak perempuan tu ada sekarang. Cari lelaki yang selamatkan dia tu. Suruh Faruk.

Kedua-duanya mengangguk.

Oh ya, minta orang-orang kita kat luar uruskan sampah tu. Sambung Faruk merujuk kepada mayat Jidin yang ditembaknya sebentar tadi. Sekali lagi lelaki bertubuh besar berwajah serius itu mengangguk pada ketua mereka.

******

Dia sekadar berlegar-legar di hadapan bilik itu. Mulanya dia mahu masuk menjenguk gadis itu, namun kemudiannya dia membatalkan hasrat hati. Sebentar tadi, dia melihat Filman tergesa-gesa keluar dari bilik tersebut diikuti Kamila dari belakang. Wajah abangnya merah padam. Dia mendengar Kamila menjerit-jerit memanggil Filman, namun lelaki itu langsung tidak menoleh sebaliknya terus menghayun langkah. Ternyata apa yang baharu diberitahu Kamila pada Filman membuatkan abangnya seperti naik marah. Dia pula tidak berhasrat mahu beredar seperti Filman. Malah inilah peluang yang ditunggu-tunggunya.

Sebaik kelibat kedua-duanya menghilang dari pandangan, dia segera menumpukan perhatian ke arah pintu bilik yang ditinggalkan dalam keadaan sedikit renggang. Hatinya berbelah bahagi. Patutkah dia masuk ke dalam Patutkah dia menjenguk Danira

Encik sapa suatu suara. Aliff berpaling. Seorang jururawat berbadan gempal menghampirinya.

Encik ni ahli keluarga pesakit ni Tanya jururawat tersebut.

Aliff terkaku seketika. Namun dia akhirnya mengangguk.

Saya nak serahkan barang-barang pesakit. Ujar jururawat itu.

Barang apa Aliff tercengang.

Semuanya ada dalam plastik ni. Encik boleh simpan di dalam almari di dalam bilik pesakit. Ujar si jururawat seraya berlalu pergi dari situ. Aliff menarik nafas panjang. Isi plastik di tangannya segera ditilik. Ada pakaian yang dipakai Danira sewaktu kejadian petang tadi. Matanya terpandang beberapa tompok darah yang melekat pada pakaian itu.

Aliff termenung panjang. Dia tahu dari mana datangnya tompok darah itu. Semuanya terjadi gara-gara kerana gadis itu mahu melindunginya. Menghalang dirinya dari dipukul bertalu-talu oleh dua lelaki penyangak itu. Dan dia tidak mampu melupakan semua itu, terutama nama Naufal yang meniti dari bibir gadis itu.

Naufalka..kakak sa..sayang. Naufal.

Bisikan itu terus bergema dan menikam sanubarinya. Jantungnya seolah-olah berhenti berdegup apabila mendengar kata-kata gadis itu tempohari. Naufal! Alangkah bertuahnya lelaki itu kerana memiliki seseorang yang benar-benar menyayanginya. Yang sanggup berkorban nyawa untuknya. Tapi aku bukan Naufal. Aku tak mungkin Naufal! Aliff cuba menolak hakikat itu meskipun adakalanya dia terfikir yang bukan-bukan.

Tanpa disedari kakinya sudah melangkah masuk ke dalam bilik wad yang menempatkan Danira. Kerana abangnya Filman, gadis itu dipindahkan dari wad biasa ke wad kelas pertama. Meskipun dia tidak tahu apa hubungan antara abangnya dengan Danira, namun dia tahu Filman amat mengambil berat perihal gadis itu. Jika tidak masakan abangnya ke hulur ke hilir menguruskan wad untuk gadis itu sebentar tadi.

Perlahan-lahan Aliff memberanikan diri merapati gadis itu. Sebuah kerusi berhampiran ditarik lalu diduduki. Matanya asyik menatap wajah bersih di hadapannya. Meskipun wajah gadis itu dipenuhi luka-luka serta kesan lebam, namun ia sedikit pun tidak melunturkan kecantikan gadis itu.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Aliff cuba mengingati siapa Danira sebenarnya