York. Menurut kata Yoonaniza, pereka fesyen gaunnya itu adalah pereka tetap untuk rekaan baju keluarga Tun Tunku Harith. Gaun labuh muslimah yang berona putih dan krim dihiasi dengan manikmanik emas yang berkilauan tatkala di bawah sinaran lampu neon berwarna kuning. Kain renda labuh yang menutup atas tudung sehingga mencecah lantai menyerlahkan lagi keayuan di majlis pertunangannya yang bakal menerjah beberapa jam lagi.
Dia yang bersendirian di dalam bilik persalinan selepas disiapkan oleh juru andaman. Entah siapa yang bakal menjadi tunangannya, masih lagi kekal rahsia. Entah Tunku Hussein, atau Tunku Hardie, ataupun Tunku Raffzul. Bila ditanya pada Tunku Hazreen, gadis itu lebih selesa memberi jawapan dengan senyuman. Begitu licik mereka menyimpan rahsia.
Qamra Ain bangun dari kerusi. Dihala langkah ke arah kepala katil. Dia membuka laci almari yang terletak di sebelah katilnya lalu mengambil keluar BB Z10. Disebabkan komputer ribanya tertinggal di rumah Pak Usop, terpaksa reinstall aplikasi YM di telefon tersebut.
Selepas memasukkan kata laluan, terpampang skrin telefon yang berlatar belakang gambar pelakon seiras Aizal Fahmi. Abang Aizal Teringat dia pada jejaka kacak yang tak lekang dengan wangian Allure Chanel setiap kali mereka berjumpa. Setahun sudah berlalu, dan setahun juga tak mendengar khabar Pak Usop, Mak Sarah, Shahrul dan Tok Ayah. Entah apa khabar mereka di sana.
Aplikasi YM ditekan lalu terpampang penuh di skrin. Setelah Id dan kata laluan dimasukkan, Qamra Ain membelek wajah di hadapan cermin sementara talian disambungkan.
Connecting,
Please wait
Terpampang sudah senarai nama di YM. Anak matanya terus mencari Id yang sudah lama dinyahaktifkan. Nasibnya baik oleh sebab Id yang dicari itu sedang online di waktu ini.
Anggerik_Putih~: hi, awak~
Little_Prince: hi, awak. Lama tak online. Sekejap ada, sekejap tak ada Awak okey tak ni Anggerik_Putih~: Saya Entahlah awak. Saya di dalam dilema sekarang nie~
Little_Prince: Macam tajuk lagu KRU aje hihihi awak gaduh dengan boyfriend baru ker Anggerik_Putih~: Mana ada boyfriend baru awak.
Anggerik_Putih~~is typing .
Anggerik_Putih~~is typing
Anggerik_Putih~: Tak sampai hati saya nak bagitahu awak. Lepas ni saya jadi tunangan orang. Ini kali terakhir saya chat ngan awak tau
Little_Prince: Iye ke Congrats buat awak. Finally awak jumpa soulmate yang sesuai. XoXo. Anggerik_Putih~: Memanglah awak tapi saya tatau siapa tunangan saya ni awak Adoyai!
Little_Prince: Habis tu, awak terima aje
Anggerik_Putih~: Saya tak ada pilihan lain awak.
Majlis saya pun ada famili yang aturkan untuk saya. Terima atau tidak, saya kena ikut. Mereka lebih tau apa yang terbaik untuk saya.
Little_Prince: Tak kisahlah awak. Yang penting awak yakin. Saya yakin bakal tunang awak tue akan bahagiakan awak sampai bila-bila.
Kedengaran pintu bilik oncall yang diubahsuai menjadi bilik persalinan diketuk perlahan. Terjongol kepala seseorang di sebalik pintu. Dia hanya memandang dari sebalik cermin alat solek yang kebetulan bertentangan dengan pintu. Cepat-cepat Qamra Ain menyorokkan BB Z10 ke dalam laci semula. Tunku Hazreen yang manis mengenakan dress warna hitam melangkah masuk sambil diiringi oleh Yoonaniza dari belakang.
You nampak seperti princess dari kayangan, Qamra! Puji Yoonaniza.
Tunku Hazreen duduk berlabuh bersebelahan serta mengenggam erat kedua-dua tangan gadis itu. Qamra Ain membelah senyuman di bibir hingga terserlah kedua-dua lekuk di pipinya yang gebu.
Jom majlis dah nak mula, ajak Tunku Hazreen sambil membantu Qamra Ain bangun dari katil. Oleh kerana kain renda yang panjang menjela melepasi kaki, terpaksa Tunku Hazreen memegangnya untuk mengelakkan Qamra Ain terpijak sewaktu berjalan nanti.
Sebelum melangkah keluar dari bilik, dia menoleh semula terus ke arah laci meja. Tak sempat untuk menghantar mesej terakhir buat Little_Prince itu.
Little_Prince, selamat tinggalterima kasih sebab jadi sahabat setia buat saya. Qamra Ain mengikuti langkah Tunku Hazreen menuju ke ruang legar di THSC diringi oleh Yoonaniza di belakang.
A
IZAL FAHMI menunggu YM yang masih tak berbalas oleh Qamra Ain. Resah dia menanti sambil bersandar di sebalik pintu kereta. Masih tiada respon. Rambut yang terjuntai di dahi dikuak perlahan ke belakang.
Ir. Aizal Fahmi panggil seseorang di kejauhan. Sekilas dia menoleh. Kelihatan kelibat seseorang sedang mengatur langkah bersama seorang lagi lelaki mendekatinya.
Kau dah sedia soal lelaki tadi seraya memandang ke wajah mereka silih berganti.
Can we go now
Aizal Fahmi mengangguk setuju. Sambil berjalan dia menyimpan iPhone 6 ke dalam poket. Kapal terbang Air Asia yang melewati nun jauh di atas kepalanya direnung sepi.
Qamra Ain, walaupun di mana kau berada aku tetap menyintaimu sampai bila-bila. Hingga ke akhir hayatku