Dia bercadang mahu menyiapkan kerja sekolah yang harus dihantar pagi esok. Sejak rutin hidupnya bertukar, masa yang ada di sekelilingnya tiba-tiba menjadi terlalu singkat. Dia tidak pernah ada masa lagi untuk menonton wayang, bertemu kawan-kawannya di luar waktu sekolah atau sekadar mahu menonton televisyen dan mendengar radio di rumah. Setiap dari masanya yang ada, hanya untuk menguruskan rumah dan menjaga uminya yang sakit, tak terkecuali melayan kerenah Naufal yang agak nakal.
Baru hendak menyelongkar beg sekolahnya, dia diganggu bunyi deringan telefon. Keluhannya menerpa keluar. Dengan langkah malas, dia memaksa diri bergerak ke arah telefon yang masih rancak berbunyi.
Hello. Dia menyapa terlebih dahulu.
Hello, kakak ya. Naufal ni. Kenapa kakak tak jemput Naufal kat sekolah Suara kecil itu seolah merajuk. Dia tersentak. Naufal masih di sekolahkah Tapi bukankah ibunya pergi menjemput adiknya Dia terkedu. Kegelisahan mula bersarang di fikiran.
Naufal tunggu kat sana ya, nanti kakak datang. Suruhnya lalu segera meletak gagang telefon. Namun sesaat kemudian, dia terfikir sesuatu. Dia segera mendail nombor telefon Zaharah pula.
Aunty Ara, Nira ni. Aunty kena tolong Nira. Umi..umidia hilang. Suaranya tersekat-sekat memberitahu. Dia seperti ingin menangis ketika memberitahu Zaharah perihal uminya yang menghilang entah ke mana.
Sebaik terdengar sebuah kenderaan memasuki perkarangan rumah, dia segera menjenguk dari tirai jendela. Kereta Zaharah! Melihat wanita itu turun dari perut kereta sambil memimpin tangan ibunya, hatinya serta-merta beransur lega. Syukur pada ALLAH, ibunya tidak apa-apa! Dia segera menerpa ke muka pintu, menanti dengan sabar kelibat Zaharah dan ibunya menghampiri pintu.
Naufal dah balik Tanya Zaharah.
Dia mengangguk. Namun matanya masih terpaku pada wajah ibunya yang kelihatan pucat dan bingung.
Umi pergi mana tadi Umi buat Nira risau, keluhnya.
Zaharah memandangnya seraya menggelengkan kepala. Wanita itu seolah mengisyaratkan agar dia berdiam diri. Selepas menghantar ibunya ke bilik, Zaharah datang kepadanya.
Aunty nak cakap sikit dengan Nira. Ujar wanita itu seraya menariknya ke arah sofa. Dia mengerutkan dahinya. Wajah serius Zaharah mengundang resahnya. Fasal umikah
Maaf, kalau cakap aunty ni tak sedap kedengaran, tapi aunty rasa umi Nira ni sakit. Ujar Zaharah berterus-terang.
Dia tersentak. Sakit Ibunya sakit apa
Tadi aunty cari umi Nira di merata tempat. Mujurlah aunty teringat nak cari dia di pusara ayah Nira. Bila aunty tanya, dia kata dia pun tak sedar bila masanya dia ke sana. Bila aunty cakap fasal Naufal, dia kata dia tak kenal siapa Naufal. Bisik Zaharah bercerita panjang lebar.
Apa maksud aunty Takkan Umi tak kenal Naufal Naufal kan anak umi. Pintasnya, terkejut dan separuh bingung mendengar kata-kata Zaharah.
Aunty pun tak faham. Tapi sejak ayah Nira meninggal, aunty tengok sikap umi Nira ni berlainan benar dari dulu. Kerap termenung sana sini. Kadangkala menangis aje kerjanya. Aunty bimbang kalau dibiarkan sahaja, dia akan jadi lebih teruk. Aunty rasa kita kena hantar umi Nira ke hospital buat pemeriksaan. Cadang wanita itu.
Dia terdiam. Hantar umi ke hospital Kalau umi di hospital, aku dan Naufal macamana
Nira jangan bimbang. Untuk sementara waktu ni, Nira tinggal dengan Pak Long dan Mak Long Nira dulu. Aunty rasa mereka tentu tak keberatan. Ujar Zaharah, bagaikan tahu apa yang bersarang dalam kotak fikirannya.
Dia memandang tepat ke wajah Zaharah. Serentak kepalanya digelengkan. Cadangan wanita itu benar-benar tidak dipersetujuinya.
Tak mahulah aunty. Soal kami aunty jangan risau, Nira boleh jaga Naufal. Dia menolak. Berat hatinya untuk bersetuju dengan rancangan Zaharah. Selama ini, pakcik dan makcinya itu tidak pernah mempedulikan dia dan Naufal. Inikan pula untuk membawa mereka tinggal sebumbung.
Nira kan masih bersekolah. Macamana Nira nak jaga Naufal nanti Pujuk Zaharah cuba berdiplomasi.
Tak apa aunty, Nira tahulah macamana nak uruskan dia. Selama ibu macam ni pun, Nira yang masak dan hantar Naufal ke sekolah. Ujarnya tidak mahu kalah. Zaharah dilihatnya terdiam sejenak.
Kalau itu kata Nira, tak apalah. Harap-harap umi Nira cepat sembuh.
Keesokan harinya, Zaharah membawa ibunya ke hospital menjalani pemeriksaan. Dan dia pula dengan rutin hariannya menguruskan rumah. Sesekali Naufal merungut kerana jarang dapat merasa makanan sedap air tangan ibunya.
Naufal ni cerewetlah. Makanlah apa yang ada, jangan nak memilih, pujuknya. Naufal dilihatnya mencebik.
Kakak masak tak sedap, tak macam umi masak. Rungut Naufal lalu menolak pinggan nasi ke tepi. Adiknya itu segera menghilangkan diri ke suatu arah.
bersambung
Bab akan datang :
Apakah nasib Puan Zahlia