Abstrak Cinta Aku & Dia - 12
BAB 12

AIR Nescafe 3 dalam 1 sudah larut sepenuhnya dalam air. Tapi jari Zack masih tidak berhenti mengacau kerana fokusnya bukan kepada air itu. Mesej Whatsapp yang baru diterima dari Farizah mengganggu sedikit tumpuannya.

(Farizah Sidek)

Zack memang tak sudi nak berkawan dengan Izah kan Sampai sekarang, Zack tak pernah call Izah lagi

Dengan jari tangan kanan masih mengacau air, Zack menaip menggunakan tangan kiri.

Sorry. Zack busy.bukan tak nak.

Zack memadamkan semula ayat yang baru ditaip. Alasan sibuk ternyata sangat klise.

Bukan tak nak call, tapi Zack banyak kerja

Ayat dipadamkan lagi. Sama saja maksud dengan ayat pertama yang dikarang tadi. Ayat lain pula ditaip. Bolehlah ni...

(Zack Iskandar)

Sorry Izah. Bila free, Zack call Izah yek.

(Farizah Sidek)

Busy sangat ke sampai tak boleh call Izah

(Zack Iskandar)

Busy jugaklah. Sejak dua menjak ni, banyak kerja.

(Farizah Sidek)

Okaylah kalau macam tu. Sorry sebab kacau Zack.

(Zack Iskandar)

Okay

Zack membalas pendek saja. Sebelum ini, dia telah berjanji dua tiga kali untuk menghubungi Farizah. Hingga ke hari ini, janji tinggal janji. Bukan tidak pernah terfikir untuk menghubungi Farizah tetapi bagai ada sesuatu yang menghalang. Hati terasa berat.

(Zack Iskandar)

Izah, Zack betul-betul minta maaf. Bukan tak sudi nak call Izah. Zack memang banyak kerja

Zack menghantar satu lagi mesej kepada Farizah. Entah kenapa, hatinya terasa bersalah pula. Risau pula jika Farizah terasa hati. Tapi, perlukah dia risau

Bila teringatkan Farizah, fikirannya bercelaru. Sikap gadis itu yang kadang-kadang terlebih manja, menyesakkan nafasnya. Farizah seolah-olah sengaja menguji imannya yang hanya tebal sedikit dari kulit bawang itu. Jadi, sebelum dia terbabas, lebih baik dia menjarakkan diri. Menjarakkan diri dan menjauhkan diri, ada perbezaan di situ. Bukanlah tak mahu berkawan langsung. Masih mahu, cuma tidak mahu terlalu rapat. Nasihat Amy juga memainkan peranan sebanyak satu peratus walaupun dia bukanlah peduli sangat dengan nasihat Amy. Kadang-kala, terdetik di hati yang dia telah tersalah tafsir dengan sikap Farizah. Mungkin Farizah hanya menganggap dia sebagai kawan. Tapi kalau kawan, takkan manja sehingga begitu sekali. Kan

(Farizah Sidek)

Its okay, Zack. Izah faham. Call me when youre free. Boleh lepak sama-sama lagi

Balasan dari Farizah diterima hampir seminit kemudian. Zack terasa sedikit lega. Farizah tidak berkecil hati dengan sikapnya. Mungkin benar, Farizah hanya menganggapnya sebagai kawan. Apa-apa sajalah, malas hendak fikir panjang pasal itu. Kalau ada jodohnya, adalah. Ia tak

Telefon bimbit diletakkan atas meja kecil di dalam pantri itu. Air Nescafe 3 dalam 1 dihirup seteguk besar.

GgghhhhpphhhTerasa panas dan kebas seluruh mulut sehingga ke anak tekak. Terlupa yang air itu masih panas. Hampeh! Silap sendiri. Tetapi air Nescafe 3 dalam 1 yang tak berdosa itu pula yang disalahkan. Mata mula berair. Tangan kanannya tergenggam lalu ditekup ke mulut menahan sakit.

Zack

Namanya dipanggil dari pintu masuk pantri. Dalam menahan sakit, Zack mengangkat muka. Alahtime ni lah kau muncul...

Zareen melihat Zack dengan penuh tanda tanya.

Zack...awak okey Soal Zareen. Ada bimbang dalam suaranya.

Zack pula, belum mampu bersuara lagi.Hanya menarik nafas panjang. Zareen ini pun, salah satu penyumbang kepada kecelaruan fikirannya juga. Suka benar si Zareen muncul secara tiba-tiba di depannya.

Zack Panggil Zareen lagi. Dia bergerak ke depan lalu berdiri di hadapan Zack.

Zack, kenapa awak menangis Soalan dilontar lagi.

Nangis Cisss! Zack terasa meter machonya jatuh ke paras sifar kerana menangis di depan Zareen. Tangan kiri diangkat, memberi isyarat yang dia memerlukan sedikit masa.

Zack, kalau awak ada masalah, awak boleh cerita dengan saya. Nampak macam teruk sangat je, masalah awak Tutur Zareen, tampak prihatin.

Apa pasal dia concern gila kat aku ni Zack memandang Zareen lagi. Melihat muka Zareen yang bimbang, hatinya dicuit rasa lucu.

Rasa berbunga pun ada bila Zareen mengambil berat begitu. Terasa diri disayangi. Hoh, perasan!

ZackNada risau masih kedengaran dalam suara Zareen.

Cik Reen Zack mula bersuara apabila kebas dalam mulutnya hilang sedikit demi sedikit. Cik Reen, janganlah risau sangat pasal saya. Saya okey

Betul Soal Zareen.

Zack mendiamkan diri sambil berusaha menahan sengih. Rasa ingin menggedik timbul serta-merta.

Sebenarnya Cik Reen Zack pura-pura sedih, macamlah masalah yang dihadapi itu besar sangat.

Cakaplah Zack. Kalau saya boleh tolong, saya tolong.

Saya malulah nak cakap, Cik Reen

Cakaplah Zareen seperti memujuk.

Hmm.Kalau saya cakap, Cik Reen jangan marah, ek

Zareen mengangguk.

Janji

Zareen mengangguk lagi dengan kening berkerut.

Sebenarnya Cik Reensaya Zack menarik nafas. Sedihnya kau.

Zareen masih menunggu dengan penuh perhatian.

Saya bukan nangis. Saya terminum air panas ni, mulut saya rasa macam melecur. Sebab itu mata saya berair

Serta-merta, wajah Zareen berubah. Terkaku di situ beberapa saat.

Cik Reeeennnn Panggil Zack. Masih berusaha menahan sengih.

Zareen membuat muka ketat tanpa memberi sebarang respon kepada panggilan Zack. Dia berjalan ke arah singki lalu terus membasuh mug yang dipegangnya tadi.

Matilahmatilahdia marah dah. Zack buat muka minta belas kasihan. Macam muka minta penampar pun ada juga.

AlaCik Reen, janganlah marah. Bukan ke Cik Reen dah janji tak nak marah tadi Zack cuba menggunakan kepakarannya yang tak seberapa itu untuk memujuk Zareen.

Rileklah Cik Reen. Saya gurau aje Sambung Zack lagi apabila Zareen tetap mendiamkan diri.

Cik Reen.

Saya tak marah pun Balas Zareen, mendatar sambil mengelap tangannya dengan tisu.

Ya ke Macam marah aje

Tak marah. Terasa aje

Terasa ke Sorry Ujar Zack.

Yaterasa. Terasa menyesal pulak tanya awak soalan tu

Zack terpaku sebentar dan kemudian tersengih. Saya pun, terasa jugak ni Cik Reen.

Terasa apa Suka sebab dapat kenakan saya

Tak. Terasa bersalah pulak

Zareen memandang Zack. Dia sebenarnya, cuba menahan ketawa dari tadi tapi sudah tak mampu. Tawanya berderai akhirnya. Awak niteruklah Zack

Zack sengih kerang. Rasa bahagia dapat bergurau begitu dengan Zareen. Ceh! Poyo!

Anyway, photoshoot nantipukul 10:30 kan Soal Zareen. Mengubah tajuk.

Zack tak menjawab. Dia cuma mengangkat dua jari telunjuk lalu dilagakan antara satu sama lain.

Zareen mengangkat kening dengan muka tanda soal.

Pukul sebelas. Kata Zack dengan senyuman.

Zareen menggeleng.

Let me know kalau awak nak pergi nanti. Kita pergi sekali

Okey Jawab Zack.

Zareen tersenyum lalu berjalan meninggalkan pantri.

Zack turut tersenyum melihat sehingga Zareen hilang dari pandangan. Entah kenapa, hati terasa kembang berbunga.

DI RESTORAN PRINYIN yang terletak di tingkat satu Hotel Mayang Sari, Danny Lim si jurugambar berbadan gempal dan pembantunya, Lydia Cheah, gadis berbadan kurus dengan rambut yang berwarna merah jambu, sedang sibuk membuat kerja-kerja mereka. Zack memang selalu menggunakan khidmat Danny sejak dari dulu lagi sekiranya khidmat jurugambar diperlukan.

Sebentar tadi, Danny sudah pun mengambil gambar Yee Sang untuk digunakan sebagai promosi sempena Tahun Baru Cina nanti. Sekarang ini, Danny sedang fokus mengambil gambar Cake of the Month. Chocolate Hazelnut Cheesecake menjadi pilihan untuk bulan yang akan datang.

Tidak jauh dari situ, Mr. Balraj ataupun Papa B, Chef Joe, Chef Cheng, Ketua Chef untuk Chinese Kitchen dan Zareen sedang berbual-bual, mungkin sedang berbincang tentang sesi fotografi hari ini.

Zack pula lebih suka memerhatikan Danny dan Lydia membuat kerja. Dia memang berminat dengan seni fotografi. Banyak tips-tips yang dia pelajari dari Danny. Sesekali dia juga saling bertukar pendapat cadangan tentang gambar yang dimahukan.

What do you think Tanya Danny sambil menunjukkan skrin kameranya kepada Zack. Gambar kek terpampang.

Nice. Jawab Zack. Dia kurang gemar makan kek tetapi apabila melihat gambar kek itu, terliur pula rasanya. Dia berkira-kira untuk membodek Chef Joe selepas habis sesi pergambaran ini nanti. Manalah tahu, dapat kek barang sepotong dua

Zack, itu you punya boss baru ke Soal Lydia.

Ya lorbos baru Jawab Zack.

Parveen mana

Parveen migrated to New Zealand. Follow dia punya husband.

Oh Lydia terangguk-angguk. Rambutnya turut sama bergoyang.

Zack tersengih sendiri. Kali terakhir dia berjumpa Lydia, rambutnya diwarnakan dengan warna kuning keemasan. Lydia memang suka berfesyen pelik-pelik. Mungkin terlalu obses dengan watak-watak anime dan manga dari Jepun.

Hai.Zareen menghampiri mereka lantas menyapa.

Sorry that I did not introduce myself earlier. Im Zareen. Call me Reen. Zareen memperkenalkan diri.

Lydia.Lydia menghulurkan tangan lalu disambut Zareen.

Danny.Danny yang sedang sibuk dengan kamera, hanya mengangkat tangannya kepada Zareen.

Zareen mengangguk sambil tersenyum. Mereka berbual-bual seketika sebelum secara tiba-tiba, telefon bimbit Zareen yang berbunyi.

Assalamualaikum. Zareen menjawab telefon.

Excuse me Zareen sempat meminta diri lalu bergerak menjauhi mereka untuk berbual di telefon.

Mama kat ofislah, sayang.

Sempat Zack mendengar ayat terakhir yang dituturkan Zareen. Tersentap sekejap. Pertama, sentap kerana memang benarlah yang Zareen sebenarnya sudah berteman lelaki. Kedua, dia memang agak alergik dengan pasangan yang suka memakai ganti nama mama-papa sebegitu. Alabaru bercinta. Sedangkan yang dah kahwin pun boleh bercerai

Astaghfirullahaladzim. Zack menggeleng. Ada ke patut berfikir sampai ke situ

Zack, done. Tegur Danny.

Zack kembali ke alam nyata.

Macam biasalah. Nanti aku e-mel itu gambar pada you. Sambung Danny lagi, dengan pelat Cina.

Okay, thanks Danny. Balas Zack.

Zack membiarkan Danny dan Lydia mengemas peralatan kamera mereka. Langkahnya diatur ke arah Chef Cheng dan Zareen yang sedang berbual-bual. Papa B dan Chef Joe sudah hilang, mungkin kembali untuk meneruskan kerja mereka yang tergendala sebentar kerana memberi perhatian kepada sesi fotografi tadi.

Dah habis ke Soal Zareen kepada Zack.

Zack menjawab dengan anggukan.

Okay guys. Need to get back to work. Kata Chef Cheng. Tanpa menunggu balasan, dia terus berlalu.

Tinggal Zack dan Zareen berdua di situ. Janggal terasa. Saling berpandangan seketika.

Awaknak pergi makanTanya Zack, memecah sunyi.

Boleh ke Zareen bertanya. Girlfriend awak tak marah

Girlfriend Berkerut kening Zack. Mana saya ada girlfriend, Cik Reen

Kate bukan girlfriend awak Zareen membalas dengan soalan.

Kate Zack terlepas tawa. Bila masa pulak Kate jadi girlfriend saya

Zareen masih tersenyum, cuma agak sinis kali ini.

Kate tu kawan aje. Bukan girlfriend. Selalu lepak hisap rokok sama-sama Terang Zack.

Ohawak merokok rupanya Tutur Zareen.

Zack terus terdiam.

Err..Kenapa Cik Reen tak suka orang hisap rokok ke

Sambil geleng, Zareen senyum.

Otak Zack mencerna maklumat itu dengan pantas. CIK REEN TAK SUKA PEROKOK. Dia merenung Zareen, hilang kata-kata. Memang sahlah aku tak ada harapan

Sonak pergi makan ke tak ni Zareen menembak soalan. Sedikit kaget apabila menyedari Zack merenungnya agak lama.

Zack senyum sumbing.

Jom. Ajak Zack.

Zareen mengangguk. Mereka berjalan saing menuju ke Caf Suria.