Aku, Dia Dan Somtam - 12
BAB 12

TIGA bekas somtam sudah siap dibuat. Anis pandang jam. Lapan setengah pagi. Dia segera bersiap-siap. Laju kakinya melangkah ke tempat menunggu bas. Jam sembilan nanti, Imran akan datang mengambil somtam yang dipesan. Jam sepuluh, Izara pula datang menjemputnya untuk makan tengah hari bersama. Tengahari itu juga kak Dina sudah berjanji akan mengambil somtamnya nanti. Dia sudah berkira-kira, akan berjumpa kak Dina di laman rumah Izara saja. Esok pula, abang Razman akan pulang dari Australia. Pagi-pagi lagi dia kena ke lapangan terbang. Lepas tu sama-sama pulang ke kampung. Ah, kalut!

Bunyi kuat hon kereta Imran mengganggu lamunannya. Imran menapak keluar dari perut kereta.Senyuman manis terukir di bibir.

Eiiyer..perasan handsome la tu! Sinis nada Anis memerhati Imran. Tersengih-sengih.

Ada bawa somtam Imran mula menyapa.

Anis angguk. Bekas somtam diambil dari dalam beg sandangnya dan diberikan kepada Imran yang mula duduk di sebelahnya di tempat menunggu bas. Anis jarakkan sedikit bila melihat Imran semakin rapat dengannya.

Berapa ringgit ni

Ambil jelah! Saya ikhlas bagi kat kakak awak yang mengidam tu. Anis bersuara tanpa nada perasaan. Dijeling Imran yang mula membuka bekas plastik. Hidungnya didekatkan pada somtam. Dah berkerut muka mamat tu.Terjuih mulutnya menahan bau somtam.

Tak tahulah saya..kenapa orang perempuan suka sangat makan benda busuk ni! Imran menekup hidung.

Weh! Mulut awak tu tak ada insuran ke apa Ambil sajalah! Banyak songeh! Anis mengetap bibir. Sakit hati mendengar keangkuhan Imran yang dari dulu ada saja yang tidak kena.

Insuran mulut saya ni lagi mahal dari tubuh awak, tahu tak Imran mula meradang dengan kata-kata Anis. Pantang bila sebut begitu.

Apa awak cakap Anis semakin meninggikan suara. Oktaf sudah tinggi. Berdesing dia mendengar kata-kata Imran.

Saya kata..harga mulut saya lebih mahal dari tubuh awak! Imran ketawa.

Anis semakin geram. Dia juga cukup pantang bila tubuh menjadi topik perbualan. Betis Imran ditendang dengan kuat.

Weh! Perempuan jenis apa awak ni hah Singa pun tak garang macam ni tahu tak! Imran menggosok kakinya yang terasa sakit dan senak.

Orang macam awak ni tak perlu dibuat baik! Kalau awak cuba peluk saya sekali lagi, tahulah saya nak ajar awak! Anis menuding jari ke muka Imran.

Hahaha! Maksud awakmacam ni Tangan Imran cepat saja merangkul pinggang Anis rapat ke tubuhnya.

Astaghfirullahal azim! Astaghfirullahal azim! Berkali-kali Anis beristighfar. Dia cuba menolak tubuh Imran dengan kuat tapi tidak berupaya.

Ni pengajaran buat awak! Lain kali kalau saya dengar awak cakap macam tu lagi, bukan setakat peluk tapi lebih dari tu saya boleh buat! Faham! Imran sengih. Jemarinya diletakkan pada bibir Anis. Tubuh gadis itu dilepaskan.

Anis terkedu. Jantungnya berdetup detap. Kuat! Cepat je dia bingkas bangun.

Berapa ni! Sekali lagi Imran bertanya.

Kan saya dah cakap..saya bagi ikhlas. Tak payah bayar sesen pun! Anis jeling Imran yang masih merenungnya dari tadi. Dia jenguk pula ke arah jalan raya mencari kelibat kereta Izara yang sudah berjanji dengannya untuk mengambilnya di situ.

Hmm..okey! Anyway, terima kasih! Imran senyum. Sebelum berlalu pergi, sempat dia mengenyit mata pada Anis.

Anis tergamam. Benci dengan tindakan Imran tadi. Benci!!!

Oh ya! Lupa pulasiapa nama awak ya Imran menoleh semula.

Anis tidak menjawab pertanyaan Imran sebaliknya dia mencari kelibat kereta Izara.

Baiklah kalau awak tak nak bagi tahu. Saya pun tak nak ambil tahu! Imran mula menaiki kereta dan menderum pergi dari situ.

Anis pandang ke arah kereta Imran yang sudah mula lenyap dari pandangan.

Huh! Sendiri tanya sendiri yang jawab.Memang dah biul! Sinis nadanya melihat Imran yang dah berubah watak. Geram dengan tindakan gila Imran. Pandangannya masih menala ke arah laluan kereta Imran tadi.

Hei! Mengelamun! Kau tengok apa sampai tak berkelip

Anis pantas menoleh. Izara sudah tercegat di sebelahnya dengan senyuman manis.

Hah Err..tak ada apa. Bila kau sampai Tak dengar pun bunyi kereta kau Anis tergagap-gagap.

Macam mana nak dengar kalau mata dan telinga kau asyik melihat sana je! Izara menuding ke arah jalan yang dilihat Anis tadi.

Jomlah! Dah lambat ni.. Anis tersipu malu. Malu bila menyedari Izara perasan gelagatnya tadi. Dia segera bangun dan mula mengikut Izara masuk ke dalam kereta.

Kereta Honda Accord warna hitam milik Izara mula meluncur laju meninggalkan tempat itu.

ANIS pandang sekitar laman rumah banglo dua tingkat milik keluarga Izara sebaik kakinya melangkah keluar dari kereta. Terasa berada di sebuah perkarangan istana yang cantik. Pokok-pokok bunga yang berwarna warni dan taman bak tepian sungai itu sungguh indah dipandang. Di sebelah kiri rumah terdapat kolam ikan koi yang berwarna jingga dan putih, riang berenang bersama dalam air yang disambungkan dengan pancuran. Sekitar kolam pula dikelilingi dengan pokok renek hijau meredupkan lagi suasana sekitar kolam. Pandangannya beralih pula pada rumah banglo bercat kuning dan putih. Tersergam indah di depannya.

Anis! Jomlah! Izara mendekati Anis yang dari tadi ternganga melihat laman rumahnya.

Subhanallah..cantik rumah kau Zara. Segan pulak aku nak masuk.. Anis masih tercegat di tepi kereta.

Alah..nak segan apanya. Jom! Izara terus menarik tangan Anis masuk ke dalam rumah. Anis hanya mengikut rentak Izara. Anis masih berdiri di muka pintu.

Kau duduk dulu. Nanti aku suruh kak Leha buatkan air untuk kau. Aku naik atas jap! Izara mula menapak ke arah dapur sebelum menaiki anak tangga ke biliknya. Anis masih berdiri di ruang tamu.

Terkesima melihat keindahan perhiasan dan perabot mahal di dalam rumah banglo itu. Nyata kawannya itu anak orang sangat berharta. Melihatkan semua perhiasan yang ada di situ, Anis dapat mengagak, semuanya dibeli dari luar negara. Matanya ligat melihat sekitar ruang tamu yang cukup luas. Agaknya sama luas dengan seluruh rumah aku kat

kampung. Anis berbisik sendiri. Matanya tidak lepas dari melihat perhiasan kristal yang disusun cantik di dalam almari di sudut penjuru dinding. Di sudut lain pula, cantik tersusun foto yang dibingkai cantik di atas meja panjang. Foto keluarga Izara yang kebanyakannya diabadikan di luar negara.

Pandangan Anis melekat pada sekeping foto yang digantung di dinding. Foto seluruh ahli keluarga Izara. Perlahan dia bangun dari sofa empuk dan mula melangkah ke arah foto yang tergantung kemas di sudut dinding menuju ke arah anak tangga ke tingkat atas. Membuntang melihat setiap ahli keluarga Izara yang berlatarbelakangkan sebuah taman bunga.

Ni macam Imran dan Kak Dinamacam mana dia orang ni. Eh..bukanapa hubungan dia orang ni dengan Zara Anis mula berkerut kening. Dipandang lagi foto yang yang dibingkai cantik dalam cermin empat segi tepat yang agak besar. Mungkin berukuran dua meter panjang dan satu meter tinggi. Memang dari jauh lagi foto itu jelas kelihatan.

Takkanlah Zara dan Imran suami isteri..bila masa dia orang ni kahwin.. Anis menatap lama foto Imran memeluk mesra bahu Izara. Berdiri di sebelah Izara pula, kak Dina dengan seorang lagi lelaki yang pada hemahnya mungkin suami kak Dina. Baris depan sekali yang duduk di kerusi pula, mungkin ibu dan ayah Izara. Jelas ayah Izara seorang bangsa Inggeris. Mata biru Imran diwarisi dari ayahnya yang juga bermata biru dan berambut agak perang. Mata Hazel Izara dan Irdina pula mungkin diwarisi dari sebelah ibunya.

Anis pandang pula foto-foto lain yang disusun cantik di atas meja dengan cermin besar di dinding. Semua foto itu jelas menunjukkan kemesraan Izara dan Imran.

Hmm..aku tak sepatutnya menuduh Zara hari tu. Senyap-senyap kau kahwin dengan Imran. Maaf Zara, aku tak boleh lama di sini. Anis segera meletak dua lagi bekas somtam di atas meja kecil di tepi sofa dan segera melangkah keluar dari banglo dua tingkat itu.

Laju Anis berjalan melalui taman yang memukau pandangannya sebentar tadi menuju ke pintu pagar. Terkocoh-kocoh dia meninggalkan perkarangan banglo mewah itu. Sesekali dia berlari anak sambil memegang kuat beg sandangnya yang mula melurut.

IMRAN perlahankan kereta bila melihat kelibat gadis somtam sedang berjalan laju di bahu jalan dari arah kawasan rumahnya. Berkali-kali dia menggenyeh mata.

Eh..tu macam minah somtam. Buat apa dia kat sini. Macam mana pula dia boleh berada di sini. Aku baru je ambil somtam dari dia tadi.. Terteleng-teleng Imran melihat Anis dari cermin sisi.

Ah..mungkin bayangan dia je kut. Takkan secepat itu dia dah ada di sini. Hantu pun tak secepat tu.. Imran meneruskan memandu menuju ke arah rumahnya.

Keretanya mula membelok ke arah pintu pagar banglo dua tingkat. Sebaik keluar dari kereta, Izara segera mendekatinya dengan riak cemas.

Abang! Ada nampak kawan adik tak Izara jenguk ke arah luar laman.

Err..siapa kawan adik tu Imran pula terpinga-pinga.

Alah abang ni! Adik tak ada masa la nak bagi tahu! Izara segera berlari keluar dari laman. Matanya melilau mencari kelibat Anis di lorong jalan kecil sebelum menuju ke jalan besar. Nafasnya mula mengah. Nyata Anis sudah jauh meninggalkan rumahnya.

Izara berpatah balik ke rumahnya dengan wajah suram. Bermacam-macam soalan timbul di benaknya. Tiba-tiba Anis meninggalkan rumahnya tanpa apa-apa pesan.

Aku ada buat salah ke tadi Izara melangkah longlai menuju ke pintu depan rumah. Imran masih tercegat di muka pintu.

Adik..kenapa ni

Izara hanya geleng. Mengahnya belum hilang. Dia tidak hiraukan pertanyaan Imran. Tubuhnya dihenyakkan di atas sofa. Di benaknya masih merasa pelik dengan sikap Anis yang tiba-tiba keluar dari situ tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Adik..mana tamu tu Kak Leha keluar membawa dua gelas jus guava dan sepinggan kuih.

Kak Leha makanlah kuih tu. Kawan adik dah balik.. Nada suara Izara mula tidak bermaya. Matanya tertancap pada dua bekas plastik di atas meja kecil.

Kenapa sampai dua bekas

Dia buka penutup. Memang sah kedua-dua bekas plastik itu mengandungi somtam.

Eh! Mana adik dapat somtam tu Imran mendekati Izara yang masih sugul.

Kawan.. Izara menutur lemah. Fikirannya masih pada sikap Anis tadi.

Okey! Tengah hari ni kita buat pertaruhan. Somtam siapa yang paling sedap! Imran bersiul kecil menuju ke dapur.

Izara jeling Imran yang tersenyum dari tadi. Aku tengah tak ada mood, dia sibuk nak bertaruh. Lamunannya terganggu dengan bunyi deringan telefon bimbitnya. Dia pandang skrin telefon. Anis!

Hellokau ke mana

Zara..aku minta maaf sebab keluar dari rumah kau tanpa beritahu kau tadi. Aku sebenarnya ada hal penting. Aku kena ambil abang ipar aku di airport..

Belum sempat Izara bersuara, Anis sudah putuskan talian.

Putus pulak Hmm..aku rasa ada benda lain ni yang buat Anis bersikap macam ni.. Izara mengusap dagunya sendiri.

Tengah hari itu, mereka sekeluarga menjamah hidangan tengah hari tanpa Anis. Masing-masing diam membisu sambil menikmati masakan kak Leha, orang gaji yang sudah sepuluh tahun berkhidmat di rumah itu.

Imran jeling Izara yang diam dari tadi. Wajah bujur sireh adiknya ditatap seketika.

Adik..kata nak ajak kawan makan tengah hari sekali Puan Zaharah bersuara memecah suasana senyap dari tadi.

Entah..tiba-tiba je dia balik tergesa-gesa. Izara mengunyah nasi dengan perlahan.

Hmm..somtam ni siapa yang bagi Irdina pula menyampuk. Dia jeling suaminya Kamarul yang turut melihat bekas somtam di atas meja.

Kawan adik yang bagi Sekali lagi nada Izara tidak ceria. Hambar.

Kenapa sampai dua bekas Imran turut mencelah.

Entah..adik minta dia buat satu bekas je.

Puan Zaharah merenung Izara yang masih muncung. Nasi di dalam pinggan hanya dikuis.

Adikmakanlah nasi tu. Kesian Kak Leha masak penat-penat. Bak sini somtam tu, biar mama jadi juri.

Hmm..nampaknya akak kena undur diri la. Somtam yang akak pesan belum sampai lagi. Irdina senyum hambar. Anis sudah berjanji akan menghantar somtam padanya. Sejak tadi lagi dia menunggu panggilan dari gadis itu. Dia sudah berjanji akan mengambil somtam itu di tempat yang ditentukan oleh Anis sendiri.

Hmmkenapa rasanya sama je Puan Zaharah mula merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan somtam dalam ketiga-tiga bekas plastik di atas meja.

Mana boleh mama! Somtam abang paling sedap! Imran renung wajah mama yang dah berkerut.

Yalah! Semuanya rasa sama.Irdina turut merasa somtam di depannya.

Izara pandang mama dan kak Dina silih berganti. Dua bekas tu memanglah sama rasanya sebab kawan adik yang bawa dua tu! Kalau yang abang punya tak tahulah pulak

Masing-masing mula diam. Somtam dalam ketiga bekas plastik itu dah jadi tumpuan. Izara masih memikirkan kejadian tadi. Imran pula berteka-teki dengan kehadiran gadis somtam di kawasan perumahannya. Irdina pula bingung ila somtam yang dipesan tak sampai-sampai.

Jadi macam mana Imran mula bersuara setelah masing-masing diam membisu.

Macam mana apa Izara jeling Imran. Beria nak tahu siapa menang..tak sabar la tu.

Laa..pertaruhan ni la. Siapa yang menang

Izara mencebik. Tak ada maknanya siapa yang menang! Dah jelas, semua somtam ni, orang yang sama buat!

Irdina dan Puan Zaharah turut mengangguk. Mengiakan kata-kata Izara.

Hmm..abang rasalah..somtam ni memang sedap. Siapa pun yang buat, kalau diketengahkan bakat orang tu, somtam ni boleh dikomersialkan! Kamarul mula menyampuk. Senyum melihat keluarga isterinya bergaduh pasal somtam.

Betul tu! Mama setuju! Puan Zaharah jeling menantunya sambil tersenyum. Mengiakan kata-kata Kamarul.

Izara dan Imran saling berpandangan. Imran pula tidak ambil serius kata-kata abang iparnya. Tadi, minah somtam tu macam tergesa-gesa. Buat apa dia kat kawasana rumah aku

PINTU bilik ditutup rapat. Anis rebahkan tubuhnya di atas katil. Masih jelas terbayang di ruang mata, foto-foto yang terhias cantik di atas meja panjang di ruang tamu rumah Izara tadi. Tiba-tiba hatinya berdetak kuat melihat kemesraan Izara dan Imran yang jelas terpamer di dalam foto-foto itu. Dan kejadian di perhentian bas pagi tadi cukup membuatkan dirinya merasa bersalah dan berdosa.

Ya Allah! Mengapa aku ada rasa macam ni Aku cemburu ke Ya Allahampunkan dosaku..jauhkanlah rasa pelik ini dari hatiku.. Anis meraup wajahnya.

Keluar dari rumah Izara tadi, dia nekad pulang ke rumah dengan teksi yang kebetulan lalu di jalan itu. Anis cepat-cepat mengesat air mata bila mendengar ketukan di pintu biliknya. Perlahan dia melangkah ke arah pintu. Daun pintu dikuak sedikit. Sarah sudah tercegat di situ.

Ada apa Sarah

Ni..esokkan dah mula cuti. Aku nak balik rumah maksu aku di Nilai. Kau nak ikut tak Sarah senyum lebar.

Oh..tak bolehlah Sarah. Mak aku dah suruh aku jemput abang ipar aku kat airport. Lepas tu kami akan balik kampung sama-sama. Anis cuba ceria. Dia pandang Sarah yang mula mengangguk tanda faham. Memang setiap kali cuti pendek, Sarah akan mengajaknya bercuti di rumah ibu saudara sebelah ayahnya.

Kalau macam tu tak apalah. Malam ni aku dah nak bertolak. Ina pagi-pagi dah keluar. Entah keluar ke mana. Tak apa ke kau duduk sorang-sorang ni

Anis mengangguk lemah.

Kalau macam tu okey..aku pergi dulu Sarah bersalam sebelum berlalu pergi.

Anis kembali menapak ke katil semula. Otaknya kini sarat dengan persoalan Imran, Izara, Kak Dina ditambah pula abang Razman yang akan pulang dari Australia. Semuanya bertindih-tindih memenuhi ruang kecil otaknya. Pening!

Anis mula menapak ke dapur. Dari pagi lagi perutnya tidak diisi. Sengaja dia tidak makan. Manalah tahu nak jadi macam ni.

Perutnya dah berbunyi-bunyi. Nasib baik ada lebihan ikan kembung dalam peti sejuk. Hanya berlaukkan ikan kembung goreng berlada dan sambal belacan, Anis menikmati hidangan tengah hari seorang diri. Selesai mengisi perut, Anis mengemas pula ruang tamu yang kelihatan bersepah.

Hmm..apa aku nak buat duduk sorang-sorang ni.. Anis termenung di sofa.

Dia mula melangkah ke bilik untuk menunaikan solat zuhur sebaik azan berkumandang.

Petang itu seharian dia melekat dalam bilik menyiapkan semua tugasan. Buku rujukan yang dipinjam semalam dibuka dan mula mencari fakta yang ada kaitan dengan tesisnya.

Laman facebook masih terpapar di skrin. Sekali lagi profil Jay dibuka. Macam dulu jugak..tak ada maklumat penting tentang lelaki itu.

JS >Assalamualaikum!

Anis senyum. Mesej dari Jay!

Mawar Putih >Waalaikumussalam..awak apa khabar

JS >Baik. Awak tak marah ke saya selalu hantar mesej ni

Mawar Putih >Tak...

JS >Saya nak tanya sikit ni..

Mawar Putih >Apa dia

JS >Boleh awak terangkan maksud nota ni..

Kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Firman Allah: Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Al Radu 28.

Mawar Putih >Hmm..hati yang tenang memang akan rasa bahagia kalau kita sentiasa mengingati Allah. Dan untuk dapatkan hati yang tenang, hati kenalah bersih dan suci. Bila kita niatkan kerana Allah, bermakna kita akan sentiasa mengingati Allah dan kita tak akan melakukan maksiat atau perkara yang dimurkai olehNya.Muhasabah diri sebelum tidur. Adakah hari yang kita lalui itu lebih banyak pahala atau lebih mengumpul dosa Bila kita sedar siapa diri kita, hati kita akan berkata, betapa ruginya hari itu jika diisi dengan dosa.

JS >Macam mana nak dapatkan hati yang bersih dan suci

Mawar Putih >Dekatkan diri dengan Allah. Dan kena ingatkan diri, apa saja yang kita lakukan, Allah sentiasa memerhati. Jadi kita takut nak buat dosa.

JS > Hmm..okeythanks. Saya off dulu. Ada hal. Assalamualaikum.

Mawar Putih >Waalaikumussalam..

Kalaulah aku dapat kenal Jay ni..takkan aku pulak yang ajak nak jumpa. Hish! Mati hidup balik pun aku tak akan mulakan dulu. Dahlah tak kenal..

MALAM itu, Anis bersendirian di rumah. Zarina mungkin juga sudah pulang ke rumah ibu bapanya. Sarah pula sudah sampai di Nilai agaknya. Sebelum maghrib tadi, semua pintu dan tingkap dikunci rapat. Hidup di Kuala Lumpur ni, banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Kena berhati-hati.

Anis mula berkemas. Esok, pagi-pagi lagi dia kena pergi ke KLIA. Penerbangannya ke Kota Bharu pula pada jam sebelas pagi. Razman dah tempah tiket. Nak tak nak, dia terpaksa akur dengan semua itu walaupun dia sendiri tak biasa berdua dengan Razman.