LAPANGAN terbang Antarabangsa Incheon Seoul. Suasana begitu sibuk. Sebaik menjejakkan kaki ke situ, Arissa terpegun. Terlopong dia melihat sekitar situ. Suasana amat sibuk. Patutlah lapangan terbang itu dikatakan salah satu lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Asia dari segi penumpang. Sejak 2006, lapangan terbang Incheon Seoul Korea Selatan telah menerima anugerah sebagai lapangan terbang terbaik di dunia dan menerima penarafan 5 bintang penuh oleh Skytrax, pengiktirafan berprestij hanya dikongsi oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura.
Nely..kita nak menginap kat mana nanti Arissa mengheret beg ke tempat menunggu teksi.
Kita ke hotel Incheon Airport Oceanside Nelissa segera ke kaunter tiket untuk mengambil teksi.
DARI satu sudut, Daniel hanya memerhati Arissa dan Nelissa menaiki teksi menuju ke sebuah hotel.
Hmm..looks like they are gonna stay at Incheon Ocean Side hotel.. Daniel senyum penuh makna.
Daniel menaiki kereta yang sudah sedia menunggunya di situ membawanya ke sebuah hotel di bandar Seoul. Esok bermulalah kehidupan sibuknya melawat kilang dan proses pembuatan kosmetik dan bahan mandian.
Daniel jeling jam. Masih awal. Dia berkira-kira untuk bersiar-siar sekitar bandar Seoul selepas mendaftar di hotel nanti. Tiga hari dia akan menghabiskan masa di kilang itu nanti. Laporan tentang progres pengeluaran produk perlu disiapkan segera sebelum melakukan benda lain.
Semalam ayah sudah mengingatkannya tentang itu.Dan semalam juga ayah memberitahu bahawa minggu depan dia akan bertolak ke Kuala Lumpur semula dari London.
Hmm..Aunt Beth tak cakap apa pun kat aku yang ayah nak datang Malaysia. Dah sihat betul ke ayah aku tu Daniel ke bilik air sebaik tiba di bilik hotel. Suite yang mengadap laut, sungguh mendamaikan.
Bunyi nada teks mesej jelas di telinganya sebaik keluar dari bilik air. Dia capai telefon. Mesej dibaca seketika.
Hmm...good job Gagak! Daniel senyum. Siasatan terhadap Tan Sri Johari dan Datuk Mustafa hampir lengkap. Bermakna bila-bila masa dia akan gunakan semua maklumat itu untuk membalas dendam andainya berlaku sesuatu yang buruk pada ayah.
Daniel segera menukar baju. Baju tebal jenama polo disarung kemas ke tubuhnya. Cuaca sejuk di bumi Korea memang begitu ketara. Walaupun Korea terkenal juga dengan destinasi pelancongan yang menarik, namun hatinya masih pada bumi Malaysia yang mempunyai ciri-ciri Tropika yang nyata. Menghijau dan masih segar dengan udara terutama di pulau-pulau.
Boss! Where to Seorang pengawal peribadinya mula bertanya sebaik pintu bilik hotel dibuka.
Nevermind. I just look around here.And..Ill be back soon. Daniel senyum. Dia melangkah bergaya menuju ke lobi hotel.
DANIEL menelusuri jalan bandar Seoul melihat sekitar situ. Sudah agak lama dia tidak menjejakkan kaki ke situ. Banyak yang sudah berubah.
I think..I should have a good trip here. Pleasure time for me..hmm..maybe..somewhere..Daniel berfikir sejenak.
Setiap kali datang ke Korea, hanya sempat melakukan urusan bisnes. Untuk berseronok dan melawat tempat menarik bukan dalam agenda hidupnya. Entah kenapa kali ini, hatinya beria mengajak untuk melihat dan mengenali keindahan Korea. Sempat singgah di sebuah kafe yang menyediakan minuman dan makanan ringan. Daniel mula melepaskan penat dengan menikmati minuman panas. Cuaca sejuk begitu dia lebih gemar menghirup kopi atau capuccino panas.
TIGA hari berlalu. Daniel buka komputer riba. Pajamas yang membaluti tubuhnya ditarik rapat ke tubuh. Dia jeling pemanas di dinding.
Why its still cold
Pekerja hotel dihubungi. Seketika kemudian, muncul seorang pekerja hotel dengan seorang tukang baiki pemanas. Pekerja di situ tersenyum lebar sebaik menerima tips dari Daniel. Daniel menyambung semula menyediakan laporan lawatannya ke kilang.
Hmm...mana dua orang tu pergi Tak pernah jumpa kat sini.. Daniel mula teringat pada Arissa dan Nelissa. Otaknya ligat berfikir tentang Arissa
Dia menapak ke balkoni bilik mengadap laut. Cuaca yang sejuk mencecah 10 darjah celcius itu semakin mencengkam tulang. Dia kembali ke bilik.
Tomorrow will gonna be my enjoy day!Daniel senyum lebar. Akhirnya laporan yang dibuat tadi siap juga. Esok dia akan ke Pulau Nami.
Daniel mula menelefon seseorang.
KERETA Hyundai putih membelah kesibukan bandar Seoul menuju ke Dongdaemun.Perjalanan hampir dua jam tidak sedikitpun rasa penat.
Daniel melihat keluar tingkap kereta. Cuaca yang sejuk di luar begitu mendamaikan dengan persekitaran yang menarik. Daniel melihat-lihat lagi sekitar sepanjang perjalanan. Akhir Oktober dan awal November macam ni memang menjadi tumpuan pelancong untuk ke Pulau Nami. Dia jenguk ke langit. Cuaca cantik. Awan terang dan tidak mendung.
Bos nak menginap di sini ke Zaki, pekerja di syarikat Daniel di Seoul merangkap pemandu peribadinya yang arif tentang Korea dan pandai berbahasa Korea mula bertanya sebaik tiba di Dongdaemum. Zaki memang sentiasa ada di sini mengawal selia syarikatnya di Seoul bila ada urusan bisnes. Zaki disediakan sebuah apartment di Myeongdong,Seoul.
Nope! Kita terus ke Nami Island.
Kereta Hyundai putih dipecut laju melalui Bukhang river Gaepyong yang merupakan sebuah empangan. Suasana pagi penuh berkabus dan sejuk berangin. Petanda musim luruh sudah bermula.
Sepanjang perjalanan, sempat melihat Petite France yang merupakan kawasan perkampungan bereka bentuk France. Konsep yang ada rangkuman cerita Bunga, Bintang dan Pangeran Kecil
SEMENTARA itu, nun jauh di Pulau Nami, Arissa dan Nelissa sedang menikmati keindahan suasana di situ. Mereka bertolak dari Gapyeong seawal enam setengah pagi dengan menyewa sebuah kereta siap dengan pemandu sekali. Mereka tiba di jeti untuk membeli tambang feri yang disebut Entry Visa. Tak mahal sebenarnya untuk harga pelancong, hanya 8,000 won. Malah lebih murah dari harga warga tempatan, 10,000 won. Untuk masuk ke Pulau Nami pula kena tunjuk kad pengenalan kerana pulau itu seperti sebuah negara kecil yang ada undang-undang dan pentadbiran sendiri. Pelik juga bila tahu pasal itu semua. Nelissa pula awal-awal menempah bilik di Naminara Hotel Jeonggwanru. Suasana sungguh nyaman dengan sekitaran yang semulajadi. Terasa tidak bosan walau tanpa internet dan televisyen.
Baru tahu rupanya, hotel yang mereka menginap itu sebenarnya salah satu lokasi penggambaran drama Winter Sonata di mana pelakon hero, Bae Yong Joon dan heroinnya, Choi Ji Woo menginap di situ. Patutlah ada foto pelakon itu yang ditampal di ruang tamu.
Nely...kau tahu tak tempat ni Arissa tunjuk sekeping kertas yang tertulis alamat.
Lama Nelissa menatap alamat yang tertera di situ.
Hmm..entahlah beb. Kenapa Nelissa mendongak ke arah Arissa yang sudah menapak ke balkoni bilik. Arissa tetap cantik walaupun berbaju sejuk tebal macam tu. Baju sejuk berwarna jingga dengan seluar jeans putih, Arissa nampak menarik di matanya. Topi kain yang tebal warna coklat tua terletak kemas di atas kepala yang menutupi sebahagian rambutnya. Mafla warna coklat tua terang terlilit dileher. Ditambah lagi dengan skarf bunga ros kecil yang turut dililit di leher baju.
Tu la alamat terakhir ibu aku. Aku nak sangat jumpa dia beb. Kau tahu tak kat mana alamat tu Arissa berpaling.
Aku rasa elok kita tanya orang sini. Kalau kau suruh aku, aku hanya tahu saranghae je! Nelissa ketawa.
Arissa turut senyum. Tu la..asyik nak berseronok je..nikah tak jugak minah ni! Dulu, ibu pernah
mengajarnya tentang bahasa Korea tetapi sejak ibu pulang ke Korea dan hampir sepuluh tahun berpisah, semua itu sudah mula dilupakan. Hanya beberapa perkataan mudah saja yang masih diingati.
Tak apa la..esok kita try cari. Sambil tu kita jalan la sekitar pulau ni. Arissa pujuk diri.
Thats my friend! Nelissa peluk Arissa yang mula sugul.
ARISSA berjalan perlahan di sekitar. Subhanallah! Memang cantik! Betapa kejadian Allah itu sungguh indah! Sebelum bertolak ke situ, sempat dia melihat sedikit keterangan mengenai pulau yang terkenal dengan jolokan Winter Sonata Island!
Pulau Nami berkeluasan 460000 meter persegi dengan ukur lilit 5 km dipenuhi dengan flora dan fauna. Padang rumput dan taman pokok cherry, deretan tulip, cherry dan pokok ginko. Tak kurang juga tupai yang riang melompat dan burung unta pengintai di celah pokok, semuanya indah dan menenangkan jiwa. Pulau Nami akan mempunyai wajah yang berbeza bila bertukar musim. Musim sejuk sekitar bulan Disember hingga Februari, suasana di pulau ini akan bertukar menjadi putih dan syahdu. Salji mula memenuhi segenap ruang. Teringat drama Winter Sonata yang juga mengadakan penggambaran pada musim sejuk.
Apabila masa merangkak menghampiri April, salji mula hilang dan diganti dengan bunga-bungaan yang mekar berkembang menandakan musim bunga mula (spring fever) melanda. Bunga tulip pelbagai warna menjelmakan keindahannya. Cherry Blossom atau lebih dikenali dengan bunga sakura juga turut muncul pada waktu tertentu dan singkat (awal hingga pertengahan April). Cuaca dingin nyaman dari 10 hingga 20 darjah celcius. Musim bunga pula sehingga bulan Mei. Musim luruh (pertengahan September hingga awal November) adalah waktu yang paling sesuai untuk menikmati keindahan Pulau Nami. Daun bertukar kuning, jingga dan merah dengan keunikan yang tersendiri. Suhu juga dingin dan nyaman. Sesuai untuk berjalan-jalan. Tidak terasa penat sangat.
Mata Arissa menala pada Nelissa yang asyik mengambil foto bunga dan pokok yang pelbagai warna. Di laluan Metasequoia Lane itulah dibuat penggambaran drama Korea terkenal Winter Sonata sehingga ada jambatan First Kiss dan tersergam besar gambar pelakon utama hero dan heroin Winter Sonata yang dibuat dalam bingkai batu khusus untuk pelancong bergambar di situ dengan latarbelakang Metasequoia Lane. Ah!
Alangkah indahnya jika Tuah juga dapat menikmati keindahan ciptaan Allah saat ini bersamanya.
Arissa! Come here! Nelissa melambai-lambai dari celah pokok Dawn redwood, pokok tinggi berdaun tajam seperti pokok pine.
Arissa menapak malas. Pemandangan indah di situ sedikit tergugat dengan rasa kecewa bila tidak dapat bertemu ibu tersayang.
Ada apa Arissa masih berdiri. Nelissa dilihat terbongkok-bongkok melihat sesuatu.
Tolong aku ambik gambar tupai ni! Nelissa sedikit berbisik, takut tupai itu lari.
Arissa geleng. Dengan tupai Lainlah kalau dengan boyfriend ke. Kamera diklik banyak kali. Nelissa turut mengambil video sekitar pulau itu.
Penat berjalan, Arissa duduk di bangku yang disediakan di situ. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket baju sejuk. Kaki dirapatkan. Sejuk semakin ketara. Mafla coklat tua diselempang kemas melilit leher.
DANIEL senyum. Tak sangka akan bersua dengan gadis itu lagi di pulau romantik itu. Kamera di tangannya dihala tepat ke arah Arissa yang sedang memandang ke arah sekumpulan pelancong Amerika yang asyik mendengar keterangan dari pemandu pelancong.
I like that girl!
Lama Daniel memerhati gelagat Arissa yang anggun dengan baju sejuk jingga. Serba salah sebenarnya untuk dia mendekati gadis itu. Jelas semasa di Golden Lounge di KLIA hari itu, gadis itu seperti ingin menjauhkan diri darinya dan mengelak dari bertembung dengannya.
Hmm..one fine day, you will be mine! Daniel berkata nakal. Klik! Klik! Klik! Gaya dan tingkah Arissa diabadikan lagi beberapa kali.
Dia meneruskan aktivitinya dengan melihat sekitar pulau itu yang cukup cantik dengan pokok berdaun kuning dan merah. Atas jalan pula penuh dengan daun gugur berwarna warni. Saat melihat semua itu, dia terkenang musim luruh di Switzerland. Daun-daun yang berguguran itulah yang menjadi teman mainannya sewaktu ayah berkunjung ke rumah nenek.
Zaki! Please take my photo here. Daniel hulur kamera kepada Zaki yang setia menemaninya di situ. Daniel mendepakan kedua tangannya di lorong pokok-pokok yang menjadi tarikan pelancong.
Wow! Bos pun dah pandai posing sekarang ni Usik Zaki.
Daniel senyum kelat. Dia sendiri tak faham dengan perubahan sikapnya sejak akhir-akhir ini. Dulu dia terkenal dengan sikap serius bila bekerja dan hanya suka ke tempat tertentu saja. Kalau tak pun, habiskan masa di pub sambil mencuci mata melihat perempuan seksi terkinja-kinja menari. Habis lepak, dia akan angkut seorang perempuan kalau teringin. Tapi sekarang...benar apa yang Zaki katakan tadi, nyata dia sudah menjadi insan lain!
Sekali sekala... Daniel terasa malu. Gelagatnya tadi dirasakan sudah terlebih romantik. Perasan!
Bos dah lapar ke
Hmm..sort of..kat sini, mana yang sedap Daniel melihat sekitar.
Ada satu restoran kat depan sana tu. Nasi goncang! Zaki sengih.
Erk! Nasi goncang Daniel berkerut kening.
Kalau bos nak rasa, boleh saya belikan Zaki senyum. Sebenarnya dari tadi dia terasa lapar. Lagipun, waktu solat sudah lama masuk. Dia bukan bermusafir macam kebanyakan pelancong di sini yang boleh jamak solat.
Ok..Ill try. Lets go! Daniel menapak bersama Zaki.
Dari meja makan, Daniel masih memerhati gelagat dua gadis itu yang berseronok bersama mengambil foto kenangan.
Bos tengok siapa Zaki musykil. Dari tadi dia perasan bos mudanya asyik memerhati seseorang.
Nothing..nasi goncang ni sedap ke Daniel ubah topik. Dia tengok dua bekas nasi yang disimpan dalam bekas empat segi. Ada dua pasang sarung tangan tebal bersama sudu dan chopstick dibekalkan sekali.
Boleh la..ni je yang halal kat sini. Nak makan kena goncang dulu. Bekas ni panas, jadi kena pakai sarung tangan ni. Buat macam ni. Zaki tunjuk cara menggoncang.
Daniel menelan liur. Masih keliru dengan semua itu.
Try la! Zaki senyum melihat bos mudanya tercengang macam tu.
Daniel mula menggoncang. Dia ketawa terbahak-bahak. Zaki turut ketawa melihat gelagat Daniel yang kelihatan canggung!
Bos..setahu saya, bos pun ada darah Korea kan Zaki perhati rupa paras Daniel yang ada sedikit rupa lelaki Korea walaupun sekali imbas Daniel lebih kepada pemuda Inggeris. Kalau ditenung lama, memang ada rupa lelaki Korea juga. Malah wajah Daniel dilihat seakan pelakon terkenal Korea, Lee Dong Wook. Nasi goncang tadi disuap perlahan. Nasi panas macam tu memang enak dimakan dalam cuaca sejuk.
Daniel mengangguk perlahan. Nasi di dalam bekas disuap sedikit. Tak boleh masuk tekak. Dia minum pula susu pisang dalam botol kecil.
My mum..shes actually Korean-Chinese. Live in Malaysia and married my dad when my dad start working in Malaysia. Daniel berterus terang. Senang bila berbicara dengan Zaki. Berjumpa sekali sekala dengan Zaki bila ada urusan bisnes di Korea. Apartment yang Zaki tinggal itu juga turut didiami bersama seorang makcik tua berbangsa Korea yang fasih berbahasa Melayu dan juga beragama Islam macam Zaki. Zaki pun sudah menganggap perempuan tua itu seperti ibu kandungnya sendiri. Itu yang diberitahu Zaki padanya dulu sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke situ.
Zaki angguk-angguk.
So, di Korea ni, mendiang ibu bos ada saudara mara ke Tanya Zaki, teruja.
Daniel jongket bahu. Dia tidak ambil kisah semua tu. Apa yang dia tahu ibunya adalah warganegara Malaysia. Ibunya pernah bercerita dulu, datuk orang Cina Malaysia keturunan Baba Nyonya dan nenek orang Korea. Jadi ibu adalah hasil dari kacukan Korea dan Cina. Dia pula, hasil kacukan Switzerland-Korea-Cina!
Zaki mula minta diri untuk menunaikan solat. Daniel hanya memerhati sikap pekerjanya yang cukup setia. Nyata Zaki seorang penganut agama Islam yang cukup komited. Setakat hari ini, dia tidak pernah melihat Zaki minum arak atau kaki perempuan. Jika Zaki menemaninya, dia tidak akan sesekali masuk ke pub untuk minum. Dia tahu Zaki bukan seperti Sharif atau Zarul yang pantang diajak ke kelab malam. Apa lagi bila dapat tahu ada perempuan cantik.
Sementara menunggu Zaki menunaikan solat, Daniel pandang sekitar restoran. Dia senyum. Gelagat gadis tadi bersama rakannya menggoncang nasi dalam bekas empat segi itu sama macam caranya goncang. Mungkin mereka juga pertama kali mencuba. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk mendekati gadis itu yang hanya dikenali dengan Nely Badlina.
Oh! my god! Whats wrong with me Daniel menopang dagu. Setiap kali memandang wajah gadis itu, jantung dan hatinya bergetar kuat.
Selama ini mudah saja dia mendekati perempuan dan mudah juga memiliki tubuh perempuan tapi dengan gadis di depannya ini...