KEHIDUPAN sebenarnya perlu dicari, bukan dinanti.
Begitu falsafah yang diangkat Pak Teh. Ajai dan Gana serta-merta mengedutkan dahi masing-masing.
Maksud Pak Teh Ajai membuka
gelanggang kolokium. Hasan turut teranggukangguk. Barangkali dia juga ingin bertanyakan hal yang sama.
Pak Teh tersenyum. Seseorang itu mesti selami jiwa sendiri untuk mengetahui hikmah kejadiannya. Perlu mencari kehidupan langsung tanpa memikirkan apa sahaja yang boleh menyekat kemaraannya daripada terus berdiri di muka bumi ini.
Maksudnya Hasan mencelah. Gelojoh benar dia melapah ilmu.
Begini. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain datang menceritakan kepada kita sekian-sekian perkara sekali gus mempercayainya buta-buta. Hakikatnya, kita sendiri
perlu mengkaji kehidupan berlandaskan alQuran. Juga dengan ilmu yang dituntut. Apa sebenarnya yang dirasai sendiri menjadikan kita bertambah menghargai anugerah yang diberikan oleh pencipta kita iaitu ... .
Allah! Serentak Hasan dan Ajai menyambut.
Dari situlah kita dapat menempuh kehidupan dengan rasa kehambaan yang paling dalam. Pak Teh tak mahu kamu berdua berputus asa dengan episod lampau kamu. Orang yang berputus asa akan gagal. Gagal mengenal kehidupan. Maka sebab itulah, kehidupan perlu dicari, jangan sesekali dinanti kerana tiada siapa yang akan mencarinya untuk kamu selain diri kamu sendiri.
Ajai tersesat seketika mengenangkan episod lampaunya. Hidup tanpa kasih ibu dan bapa, sungguh memeritkan. Kini dia semakin matang menempuh segalanya. Dia tidak akan berpatah ke belakang. Cikgu Isa juga ada di sampingnya. Apa harus dirisaukan lagi.
Hasan, kamu dah boleh membaca alQuran Pak Teh menduga mualaf itu.
Alhamdulillah, dah boleh sikit-sikit. Tapi, tidaklah lancar macam Pak Teh baca.
Tak apalah. Perlahan-perlahan. Ha, kamu Ajai
Ajai masih memandang sejadah. Jiwanya kacau.
BAB 12
Ajai seru Pak Teh sekali lagi.
Hasan di sebelah menguis pahanya dengan jari telunjuk.
Ajai menggelenyar. Ya
Pak Teh menggeleng kepala. Pak Teh tanya kamu ni, kamu dah bolehkah membaca al-Quran.
Oh, dah boleh Pak Teh! Kenapa
Baguslah kalau begitu. Seelok-eloknya, bacalah tafsiran sekali. Mudah kita nak faham
Islam. Semuanya terkandung di dalam al-
Quran, tiada pun yang kurang.
Baik, Pak Teh. Insya-Allah. Kali ini Hasan seorang yang menjawab.
Fikiran Ajai kembali melayang. Dia langsung tidak pernah peduli tentang asal usulnya melainkan selepas Pak Teh membicarakan soal kehidupan dan episod lampau sebentar tadi. Setakat yang dia tahu, dia membesar bersama Tok Keman di kampung, tanpa insan lain di sisi. Adik-beradik juga tiada. Apatah lagi saudara-mara.
Mindanya berlegar di setiap ceruk hemis fera otak. Dia memaksa diri untuk memperoleh jawapan. Tetapi nihil. Kata Pak Teh, kehidupannya perlu dicari. Tetapi, adakah kekusutan yang dialaminya sekarang adalah sebahagian daripada sebuah kehidupan Atau ia sebahagian daripada episod lampau
Ajai kembali memberi tumpuan kepada topik perbincangan seterusnya. Matanya kini tepat disasarkan ke wajah ustaz itu.
Tanpa diduga, angin malam telah membawa pergi kekusutan tadi. Ajai sendiri tidak sedar. Mungkin kerana dia sedang mencari kehidupan. Sebuah kehidupan yang baharu dengan titian di jambatan ilmu.