Pagi tu agak sibuk. Masing-masing sibuk dengan tugasan yang dah diagihkan. Aku sendiri pun belum jumpa Lailam. Sebelum mulakan aktiviti, ada sikit taklimat. Lepas agih-agihkan peralatan, masing-masing terus bergerak ke tempat gotong-royong yang telah ditetapkan. Semuanya berjalan lancar dan pengawalan berada pada tahap yang memuaskan sebab batch aku ni ada enam kelas dan setiap kelas kebanyakannya ada 20 orang pelajar.
Kelas aku kena cat dinding pusat sumber. Sebenarnya bukan keseluruhan pusat sumber, hanya dinding tangga di pusat sumber. Jadi classmate aku pun mulakan proses mengikis cat lama sebelum nak cat. Nak cat tu pun bukan boleh cat warna terus, kena cat putih dulu sebagai basic dia supaya cat warna nanti tak bertompok-tompok.
Zul, boleh cover budak kelas tak Aku nak kena check kelas-kelas lainlah. Kesian pulak dekat Lailam. Macam dia cover sorang je semua tu Aku
Boleh-boleh. Kau pergilah tolong Lailam Zul
Okay. Nanti aku bawakkan biskut dengan air 100 plus Aku
Aku pun geraklah dari satu tempat ke satu tempat. Sebenarnya takde apa sangat yang perlu diperiksa. Cuma perlukan pemantauan je. Takut-takut kalau diorang ada masalah peralatan, atau ada yang pengsan. Semuanya buat kerja. Masing-masing dah besar. Dah matang. Dah takde budaya curi tulang macam dekat asrama sekolah menengah dulu. Masing-masing cari alasan nak elak. Malas nak turun gotong-royong. Jiwa remaja. Nak memerontak. Termasuk aku.
Waktu rehat, kitorang tak rehat sebenarnya. Cuma gilir-gilir buat kerja. Kalau semua rehat, memang lambatlah siap. Ada yang rehat, ada yang makan dan begitulah seterusnya. Aku pun bagilah peluang budak kelas aku rehat dulu. Aku amik turn cat dinding ni dengan dua orang lagi classmate aku, Zaki dan Qucai. Tengah aku sibuk mengecat putih, aku nampak budak-budak kelas CapitalM lalu. Diorang ada kelas ganti k tapi aku tak nampak pun CapitalM. Akhirnya, dia lalu jugak. Dia pakai crocs biru. Sama dengan kasut Nike aku. Biru turquoise. Striking. Aku pandang je dia. Dia tak perasan aku. Biarlah. Kalau dia nampak aku pun, apa yang kami boleh buat Main kejar-kejar Ingat ni cerita Hindustan.
Baru aku teringat. Aku takde langsung mesej CapitalM pagi ni. Sibuk sangat. Dia pun ada kelas. kalau aku mesej, mesti ganggu dia belajar.
Dahla tu. Jom kita pulak pergi makan Zaki
Makan je tahu Aku
Dah tu kau tak lapar Jomlah Zaki
Jomlah wey. Budak ni pun dah habis makan ni Qucai
Yela, okay-okay Aku
Aku check handset. Ada mesej. Hati aku berbunga. Mesti dari CapitalM. Aku bukak. Hampa. Dari orang lain.
Atie : Awak, awak datang hari ni kan
Aku : Aah. Petang boleh
Atie : Boleh. Datanglah.
Aku : Nak kena reserve dulu tak
Atie : Tak payah. Datang je
Aku : Okay. Saya datang petang ni tau. Pukul 3.30 kan
Atie : Aah. Dekat Muzium Negara
Aku : Okay. Eh jangan lupa bawak Seniorita Zine. Dua tau. Kawan saya nak jugak.
Atie : Ye saya tak lupa. Dah bawak dah ni.
Aku : Thanks Atie =)
Atie : Welcome. Saya tunggu awak tau
Aku : Okay =)
Satu lagi watak baharu dalam hidup aku. Orangnya ceria. Aku kenal dia sejak aku berjinak-jinak dalam bidang teater. Atie ni belajar lagi. Dan aku pun tak tahu apa-apa tentang latar belakang dia. Cuma apa yang pasti, aku selesa berkawan dengan dia. Petang ni ada teater dekat Muzium Negara. Tepuk Amai-amai. Atie ni berlakon. First show dia. Memandangkan aku dah janji, aku kenalah datang. Support dia. So aku akan pergi lepas aktivit gotong-royong nilah. Harap-haraplah aktiviti ni cepat habis. Cepatlah habis. Aku nak keluar dari kawasan kolej ni. Kepala aku serabut.
Lepas rehat, aku pergi koperasi. Pulangkan marker pen yang aku pinjam tadi. Aku nampak dia duduk depan koperasi. Seorang diri. Aku ingat dia dah balik. Hati aku jadi berdebar. Aku tahu dia nampak aku. Tapi dia tunduk. Tunduk setunduk-tunduknya. Ibaratnya dah tak boleh nak tegakkan kepala. Dia tak nak pandang aku ke Dia malu kot. Takpelah, aku hormati dia. Aku pun tak sedia nak jumpa dia, apatah lagi nak cakap depan-depan dengan dia. Buat masa ni, biarlah sms jadi penghubung antara kami.
Alhamdulillah. Aktiviti ni habis lebih awal dari yang dijangkakan. Maksdunya aku boleh bersiap awal. Tak perlu tergesa-gesa. Lepas amik kedatangan untuk kali terakhir, kami pun bersurai. Walaupun ada kerja yang tak siap, tugasan tu akan disiapkan oleh kumpulan yang tak datang hari ni dan semalam. Atas apa alasan pun, mereka kena datang esok, hari Ahad.
Dah siap semua, aku balik. Mandi, solat Zuhur dan aku terus gerak naik teksi. Naik teksi gua cakap lu. Macam orang kaya. Sebab aku ingat kalau naik tren, aku akan lambat. Kalau naik tren, aku kena turun dekat KL Sentral. Lepas tu kena jalan sikit untuk ke Muzium Negara. Aku budget mesti aku lambat sampai ni. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Aku stuck dekat Bangsar. Hari minggu pun sesak. Ni lah KL. Dekat mana-mana pun sesak. Benci. Sampai muzium pukul 3.00 petang. RM10.00 untuk perjalanan yang amat lambat dari Bangsar hingga ke Muzium Negara. Perjalanan yang tak sampai 5 km. Pengajaran buat aku.
Sampai muzium, aku beli tiket. Tiada siapa yang aku kenal. Pengarah teater, Khairunazwan Rodzy pun takde. Atie pun takde. Apalah aku ni, mesti diorang tengah sibuk buat persiapan dekat dalam. Masuk hall pun lama lagi. Pukul 3.30. Aku ronda ronda Muzium. Ada pameran Nestle 100 Tahun. Tak pasal-pasal dapat Milo free.
Cikgu dari sekolah mana ni Aku
Sekolah saya nama pelik sikit. Entah-entah kamu pun tak pernah dengar. SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi. Pernah dengar Cikgu
Oh pernah. Takdelah pelik sangat nama tu cikgu Aku
Kamu ni dari mana Sorang je Aku
Saya belajar lagi. Memang sorang. Kawan-kawan lain ada komitmen masing-masing Aku
Oh, ni saya bawak student. Kebanyakannya form 4 dengan form 5. Saja nak bagi diorang pengalaman Cikgu
Oh, baguslah Aku
Aku menegur seorang cikgu. Dia datang dengan rombongan sekolah. Ala, dari Bangi je pun. Tak jauh sangat. Dan dunia aku ditenggelami oleh budak-budak sekolah tu. Aku rasa aku seorang je orang luar yang datang. Bangga. Tangan ke bahu, mata pandang ke atas.
Teater ni best sangat. Tak bosan. Serius aku rasa semua warga KPM kena tengok teater ni. Ada banyak kesedaran yang aku terima. Secara tak langsung teater ni dah membuka mata aku. Sekolah ialah sebuah sistem untuk murid-murid menimba ilmu. Dan sekolah bukannya tempat untuk terus memberi tekanan kepada murid-murid. Ya mungkin selama ni kita fikir murid yang ketinggalan dalam kelas akan mempunyai masa depan yang tidak cerah seperti murid yang cemerlang.
Sebaliknya sebagai seorang guru, jangan terlalu cepat untuk menghukum murid. Murid yang lemah atau gagal harus kita bimbing, bukannya dimarahi. Teater ni menggambarkan yang banyak faktor kenapa murid tu boleh gagal dalam pelajaran. Antaranya masalah keluarga, sosio ekonomi, budaya dan sikap ibu bapa itu sendiri. Aku tengok Atie atas pentas. Cute. Kelakar pun ada.
Tahniah Wan. Best sangat. Kau kena buat show dekat kolej aku ni Aku
Best k Terima kasih datang. Ajaklah kawan-kawan yang lain datang Wan
Diorang tak tahu pasal teater ni. Takde poster Aku
Teater miskinlah. Mana ada poster Wan
Kami tergelak. Wan sibuk layan press yang datang. Aku nampak Atie keluar daripada back stage. Dengan uniform sekolahnya. Macam budak form 5.
Awak, terima kasih datang Atie
Dah janji, saya kena datang Aku
Datang naik apa tadi Atie
Teksi Aku
Wah gigihnya. Terharu. Terima kasih sangat-sangat Atie
Its okaylah. Dont mind pun. Awak pun great atas pentas tadi. Kira berbaloilah saya datang ni Aku
Awak yang duduk depan tadi eh Patutlah. Saya tak nampak. Saya fikir siapalah yang semangat sangat duduk depan-depan tadi Atie
Demi awak Atie Aku
Awak ni ada-ada jela. Nak Senorita awak. 2 buahkan Atie
Aah. Hampir terlupa. Thanks eh Atie. Aku
Sama-sama. Awak pun dah lama orderkan Atie
Aah. Eh Atie, saya nak gerak dulu ni. Ke KLCC. Nak habiskan voucher buku. Lagipun dah nak hujan ni Aku
Pertemuan kami tamat di situ. Aku terpaksa gerak ke KLCC. Hari nak hujan. Sebab aku pun kena berjalan kaki ke KL Sentral. Aku mesej CapitalM,
Aku : Awak, kita kena bincang. Fiz tunggu awak dekat KLCC.
Tak delivered. Dia off handset. Marah dengan akulah tu. Aku pun terus ke KL Sentral. Tentang CapitalM, biar dulu. Aku Asar, baru ke KLCC. Hujan lebat. Menyesal pulak aku. Buat apa aku pergi KLCC. Bukan banyak buku Melayu pun boleh aku beli dekat Kinokuniya tu. Tapi aku tak tahu kenapa. Aku tetap pergi KLCC. Dari dulu lagi sebenanrnya. Kalau aku ada masalah, kalau aku stress, aku aku perlu bersendirian, aku akan ke KLCC. Mungkin sebab tak ramai budak kolej aku lepak sini. So ada privasi sikitlah. Lagipun KLCC cantik. Aku suka. Sebab tu aku suka lepak sini, walaupun sorang-sorang.
Sampai KLCC, aku terus ke Kinokuniya. Ingat nak lepak taman, tapi hujan lebat. Sampai sini, baru CapitalM reply mesej aku,
CapitalM : Saya dah takde perkara nak dibincangkan lagi dengan awak.
Aku : Sayang, please jangan macam ni. Perkara ni boleh selesai
CapitalM : Saya tak mampu. Awak tak faham saya. Banyak pihak saya kena fikir. Banyak hati yang saya kena jaga.
Aku : Sebab tu kita kena bincang. Fiz tunggu awak di sini. Sampai awak datang
CapitalM : Awak tunggulah. Saya takkan datang.
Aku : Fiz tak paksa awak. Tapi Fiz tetap akan tunggu. Fiz harap sangat kita bincang
CapitalM : Awak tunggulah.
Aku : Awak
Dia tak balas. Sedih. Runtun jiwa aku. Aku tahu yang dia takkan datang. Aku gila. Hujan lebat ni. Takkan nak suruh dia datang. Takde hati perutnya punya lelaki. Lagipun dah nak maghrib ni. Kalau jadi apa-apa dekat dia, siapa nak bertanggungjawab Aku takkan maafkan diri aku kalau apa-apa jadi dekat dia.
Awak, maafkan Fiz sebab memaksa awak. Semua yang berlaku terlalu pantas. Fiz masih belum boleh terima kenyataan. Fiz juga tahu yang keadaan awak lagi teruk. Apa yang awak hadapi sekarang amat berat untuk awak tanggung seorang diri. Sebab tu Fiz nak sangat kita berbincang. Perkara ni pasti akan ada penyelesaiaannya. Setiap masalah ada jalan keluarnya. Kita kena bersatu awak. Kalau kita hadapi sorang-sorang, memang kita akan gagal. Kita akan rapuh. Fiz perlukan awak untuk hubungan ni. Dan awak perlukan Fiz, untuk menampung kelemahan awak. Maafkan Fiz sayang. Maafkan Fiz sebab tak memahami awak. Dalam hati kecil ni berharap agar awak jangan datang. Sebab mulut yang berbicara hanya melalui hati yang gusar tanpa menggunakan akal yang waras.
Pukul 6.30. Perut lapar. Suria KLCC masih macam tadi. Malahan bilangan orang semakin bertambah. Aku dapat rasa memang dia tak datang. Aku pun tak harap dia datang. Baguslah. Aku tak nak bahayakan keselamatan dia. Aku pergi Mcd, ramai. Sesak. Aku pergi KFC, beratur panjang. Aku lupa aku dekat KLCC, bukannya dekat Simpang Rengam.
Aku tak nak balik lagi. Aku tak nak makan Amjal. Aku belum nak balik. Tapi aku tak tahu mana nak pergi. Aku teringat, kawan aku pernah cakap yang dia selalu makan dekat McD Ampang Park. Aku tak pernah pergi. Jadi apa salahnya aku pergi. Gerak dari Ramlee Mall terus ke LRT, menuju ke Ampang Park.
Betullah, dekat sini ada Mcd. Bukan setakat McD, KFC pun ada. Tapi yang best, dua-dua lengang. Serius tak ramai orang. Aku rasa ramai yang tak tahu dekat sini pun ada fast food. Atau aku rasa diorang malas nak keluar dari Suria KLCC tu. Kau nak duduk lima meja seorang pun tak kisah. Mula-mula aku masuk Mcd. Tapi memandangkan perut aku lapar gila dan aku memerlukan nasi, aku keluar balik. Aku pergi KFC. Lepas order, aku amik satu sudut dekat tengah-tengah restaurant. Sengaja. Sebab orang tak ramai. Jadi biarlah aku nak duduk mana pun. Dekat luar masih gerimis. Langit dah gelap. Sambil makan, aku layan Seniorita Zine. Aku tertarik dengan gambar yang ada dekat kulit belakang. Gambar yang menunjukkan kuasa feminisme yang boleh menundukkan lelaki. Cool.
Lepas makan, aku Maghrib dekat stesen LRT. Lepas tu, terus gerak ke Stesen U. Jarang aku turun Kerinchi. Sebab kawan aku pernah kena pau dekat sana. Kalau ramai-ramai, aku tak kisah. Lagi-lagi malam ni. Aku bukan takut tapi mencegah tu lebih baik daripada mengubatikan Maka berjalan kakilah aku dari Stesen U. Berjalan macam orang kurang siuman. Cakap sorang-sorang. Sampai lunyai Seniorita Zine aku pegang. Gerimis lagi. Suram. Memang betul-betul kena dengan feeling akulah.
Sampai bilik, aku mandi, Isyak dan terus online. Layan 9gag. Bukak tumblr. Stalker orang tu, stalker orang ni. Stalker artis tu, stalker artis ni. Stalker Shimaa, stalker Naien. Stalker CapitalM. Dia belum ada tweet apa-apa. Aku telefon CapitalM,
Awak, Fiz ganggu ke Aku
Hm tak. Awak dekat mana ni CapitalM
KLCC Aku
Awak masih menunggu Baliklah awak. Dah malam ni. Saya takkan datang. Awak jangan degil CapitalM
Takla. Tipu je. Fiz dekat bilik ni. Baru sampai Aku
Awak jangan buat kerja gila macam ni lagi tau. Takkan selesaikan apa-apa masalah CapitalM
Sayang jugak awak dekat Fiz Aku
Perasaan. Gigit nanti, baru tahu CapitalM
Gigitlah. Hm awak, Fiz mintak maaf tentang tadi. Fiz tak boleh fikir rasional. Fiz takde niat nak paksa awak Aku
Saya pun Fiz. Salah saya. Saya patutkan fikir rasional. Bukan matikan handphone. Lagi menyusahkan CapitalM
Kiranya awak dah tak marah Fiz lagi Aku
Agak-agak CapitalM
Tak Aku
Entahlah wak CapitalM
Awak, kita sepatutnya menyokong satu sama lain. Bukan bawa haluan masing-masing. Awak ada masalah. Fiz pun ada masalah. Kita memerlukan satu sama lain untuk jadi kuat. Kalau kita berpecah, kita semakin lemah Aku
Tapi wak CapitalM
Takde tapi-tapi lagi. Ye saya tahu awak ada masalah. Sebab tu Fiz ada. Nak bantu awak, menyokong awak. Awak pun, janganlah simpan je. Fiz ni apa gunanya kalau tak boleh nak tolong awak. Fiz pun sedar, Fiz bukannya selalu kuat. Dan tu gunanya ada awak Aku
Terima kasih Fiz CapitalM
Fiz harap kita hadapi semuanya bersama lepas ni. Dan takkan ada lagi tindakan tak matang okay Aku
Saya cuba wak. Saya pun sayangkan hubungan ni. Sayangkan awak. Kadang-kadang saya tertekan sangat. Saya tak tahu nak buat apa. Saya tak tahu mana nak tuju CapitalM
Dekatkan diri dengan Allah. Dia lebih tahu. Apa kata kita buat perjanjian Aku
Maksud awak CapitalM
Selalunya kita kurang nak menghargai apa yang ada di depan mata kita. Bila dia dah takde, baru kita nak mencari-cari Aku
Saya tak faham CapitalM
Berpisah buat sementara waktu. Fiz nak kita berpisah. Macam ni, nanti kita ada tiga minggu cuti semester. Awak akan balik Sabah dan Fiz akan balik Johor. Masa nilah kita uji hati dan perasaan kita. Sama ada betul-betul kita perlukan satu sama lain Aku
Awak mampu CapitalM
Mampu tak mampu, kita kena hadapi juga. Kita kena cuba. Kalau tak cuba, kita tak tahu. Jangan takutkan perpisahan kalau hati kita memang betul-betul dah bertaut. Masa tu, awak amiklah masa untuk rapatkan diri dengan keluarga. Awak pergilah pada Rizman. Awak nilai. Siapa lagi yang awak perlukan. Fiz atau Rizman. Masa ni, tolong jangan nilai dia atau nilai Fiz dengan apa yang dia atau Fiz dah buat. Neutral. Anggaplah masing-masing tak pernah buat salah dekat awak Aku
Kalau itu cara yang terbaik, saya cuba CapitalM
Masa akan menguji kita. Lagi satu, beritahulah keluarga awak tentang perkara yang sebenarnya. InsyaALLAH diorang faham. Niat kita baik awak. Nak yang halal. Allah akan bantu. Jangan risau. Kalau lepas perjanjian tu awak ada mesej atau call Fiz, maksudnya adalah rezeki antara kita. Tapi kalau awak terus senyap menyepi, fahamlah Fiz tentang hala tuju hubungan kita Aku
Baik Fiz. Terima kasih sebab selalu ada untuk saya CapitalM
Sama-sama. Semoga semuanya dipermudahkan untuk kita Aku
InsyaALLAH. Awak rehatlah dulu. Nanti kita mesej CapitalM
Hm baik. Thanks sayang. Jaga diri, jaga hati. Jangan bagi siapa curi Aku
Awak dah curi. Jadi simpan baik-baik CapitalM
Haa yela. Nanti awak mesej tau. Assalamualaikum Aku
Baik Fiz. Waalaikumussalam CapitalM
Aku rasa macam baru dapat kehidupan aku semula. Aku tersenyum. Senang. Kalau aku tahu, aku telefon je dia kalau nak bincang. Tak payah sibuk-sibuk nak jumpa dekat KLCC, berhujan bagai. Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Aku berharap sangat lepas ni kami akan jadi lebih kuat. Sebab cinta kami ni milik kami. Bukan milik orang lain. Aku tersenyum. Sambil tidur. Sampai esok pagi. Terima kasih sayang. Sebab dah mengembalikan senyuman ini. Sayang awak.