Setiap hari Qaseh ke sekolah dihantar oleh pemandu Zetty. Pulang sekolah juga dijemput oleh pemandu. Maka banyaklah peluang dan ruang untuk Qaseh menalifon Zed pada hari itu, kerana Pak Ayob, pemandu Zetty akan patuh pada kehendak Qaseh jika dia ingin singgah di mana-mana untuk mendapatkan keperluannya. Itulah pesan Puan Zetty kepada Pak Ayob pemandunya itu.
Dalam perjalanan ke sekolah pagi itu, Qaseh meminta Pak Ayob singgah di kedai 7Eleven. Pak Ayob pun menemani Qaseh masuk 7Eleven. Qaseh membeli top up pra-bayar untuk talifon bimbit, bernilai RM10. Hairan juga orang tua itu berfikir sambil memandu.
INT. KERETA PUAN ZETTY BERGERAK / PAGI.
QASEH DUDUK DI BELAKANG SEDANG MEMBELEKBELEK TOP UP TALIFON BIMBIT YANG BAHARU
DIBELI. PAK AYOB YANG SEDANG MEMANDU DILANDA KEBINGUNGAN; LALU BERTANYA QASEH.
PAK AYOB
Maaf pakcik bertanya...
Kenapa Qaseh beli top up tu
QASEH Betul pak Ayob nak tau
PAK AYOB
Itulah cikpuan ada pesan, Qaseh tak dibenarkan guna hand phone.
QASEH
Kalau pakcik nak tahu, pakcik kena janji akan tolong saya.
PAK AYOB InsyaAllah, pakcik tolong. Tapi tak janjilah.
QASEH
Ok...nanti sampai kat sekolah, saya bagitau pakcik.
QASEH TERSENYUM; DIA YAKIN UMPANNYA AKAN MENGENA. RUPA-RUPANYA QASEH ADA MUSLIHAT TERSENDIRI.
CUT TO.
EXT. DEPAN SEKOLAH QASEH DI MELAKA / PAGI.
KERETA ZETTY SEDANG PERLAHAN-LAHAN MENYUSUL MASUK TEPI JALAN RAYA. KEMUDIAN KERETA ITU BERHENTI.
DARI JAUH KITA NAMPAK QASEH DAN PAK AYOB BERADA DI DALAM KERETA SEDANG BERBUAL.
PERLAHAN-LAHAN KITA DIBAWA MENUJU KEPADA QASEH DAN PAK AYOB DI DALAM KERETA ITU.
CUT TO.
INT. KERETA PUAN ZETTY BERHENTI / PAGI.
KITA LIHAT QASEH SEDANG MENGISI TOP UP RM10 KE DALAM TALIFON BIMBIT PAK AYOB. ORANG TUA ITU HANYA DIAM MEMERHATIKAN SAHAJA.
QASEH
Pakcik mesti janji tak akan bagitau cikpuan pasal ni, ok.
Kalau tak...saya akan suruh cikpuan berhentikan kerja pakcik.
PAK AYOB
(bersungguh)
Pakcik janji, nak. Pakcik janji.
QASEH
Bagus! Pakcik tunggu kad dalam.
(tersengeh)
Saya nak guna fon pakcik kejap.
QASEH PUN KELUAR DARI KERETA; TERKEBILKEBIL PAK AYOB HANYA MAMPU MELIHAT SAHAJA.
Qaseh berdiri menyandar pada kereta. Dia menarik nafas panjang sambil mengukir senyum dan terus mendail nombor talifon bimbit Zed. Hanya dengan sekali berdering, Zed terus menjawab panggilan itu. Mendengar sahaja suara Zed menyebut hello jantung Qaseh melonjak gembira. Ketara wajah Qaseh mengambarkan, dialah insan paling bahagia pada hari itu. Zed pula, hanya mendengar bunyi nafas, dia sudah tahu itulah kekasihnya Qaseh sedang berada di talian.
Tuhan sahaja yang tahu betapa indahnya nikmat yang mereka berdua alami ketika itu. Ketika masing-masing dapat mendengar suara antara satu sama lain melepaskan rindu yang sekian lama telah mereka pendamkan. Lebih kurang 15 minit mereka berbual, mereka terpaksa berhenti kerana waktu untuk masuk sekolah sudah hampir. Dalam tempuh 15 minit itu sempat mereka berpesan antara satu sama lain, bahawa mulai hari itu, mereka harus bertindak licik. Harus pandai berpura-pura supaya tiada ada rasa syak datang dari Puan Zetty dan ibubapa Qaseh. Zed juga perlu licik memain peranan menyusun strategi. Mereka hanya perlu menunggu seminggu sahaja sebelum bertindak melaksanakan perancangan mereka untuk lari dari rumah. Akhir kata dari mereka, besuk pagi di waktu sama Qaseh akan talifon lagi. Dan begitulah untuk harihari berikutnya sehingga misi tercapai.
Baharulah orang tua Ayob itu faham mengapa Qaseh membeli top up pra-bayar talifon bimbit sebentar tadi. Tetapi orang tua itu tidak tahu siapa yang Qaseh talifon. Dan orang tua itu tidak faham mengapa Qaseh harus curi-curi membuat panggilan. Baginya biarlah rahsia itu menjadi milik Qaseh, dan dia harus berpegang pada janji tidak memecahkan rahsia itu kepada Puan Zetty.
Hampir seminggu Zed dan Qaseh berbual setiap pagi melalui talifon bimbit Pak Ayob. Ketahuilah Qaseh bahawa selama ini Abang Jefri dan Noraida adalah dalang disebalik perancangan ibubapanya yang hendak memisahkan dia dengan Zed. Qaseh kecewa mengenangkan tindakan ibubapanya, maka itu lebih menguatkan hatinya untuk lari dari rumah. Segala strategi telah disusun rapi oleh Zed.
Pada pagi itu Zed akan berangakat ke Kuala Lumpur untuk membuat persembahan konsert yang ditunggu-tunggunya selama ini.
EXT. LAMAN RUMAH ZED / SIANG.
KELIHATAN JEFRI SUDAH SEDIA MENUNGGU DI KERETANYA UNTUK MENGHANTAR ZED KE STUDIO BLACK DI PEKAN.
ZED TERHUYUNG HAYANG MUNCUL DI SERAMBI DENGAN DUA BUAH GITAR DAN SATU BAGASI; SEPERTI ORANG NAK BELAYAR JAUH.
JEFRI HAIRAN; DIA NAIK KE SERAMBI UNTUK BANTU ZED. KETIKA JEFRI HENDAK CAPAI BAGASI, ZED SEGERA HULUR SALAH SATU GITARNYA PADA
JEFRI.
ZED TAK MAHU JEFRI SENTUH BAGASI ITU. LEKASLEKAS DIA USUNG BAGASI ITU SENDIRI DAN MASUKKAN KE BONET KERETA.
JEFRI
Woi, siap dengan luggage bagai.
Banyaknya baju kau bawak, Zed
ZED
Bukan baju sangat. Barang-barang gitar yang banyak dalam beg tu.
ZED TUKAR TOPIK PERBUALAN DAN SEGERA TUTUP BONET KERETA.
ZED
Abang, sekolah lulus cuti saya berapa hari
JEFRI
Macam kau mintak tu la. Dua hari.
Hari ni dengan hari Isnin. Hari Selasa kau masuk sekolah balik. Jangan tak pulak.
ZED
Hemm! Kalau kitorang balik Ahad, hari Isnin saya pergi sekolah. Amacam...
ZED MENCURAHKAN KATA-KATA MANIS, SUPAYA JEFRI TIDAK BANGKITKAN ISU BAGASI ITU LAGI.
JEFRI
Champion! Dah...jom cepat masuk.
TERNYATA HELAH ZED MENJADI; SETELAH DUA GITAR DIMASUKKAN DALAM KERETA, MEREKA PUN MASUK KERETA.
SAMBIL KERETA BERGERAK TINGGALKAN HALAMAN RUMAH; KITA DIDENGARKAN
PERBUALAN ANTARA ZED DAN JEFRI.
JEFRI (V.O) Zed, ini konsert last, tau! Nanti bila dah
PT3, baru kau boleh join band balik, ok!
ZED (V.O)
Ok sangat tu, bang. Takda hal. Saya mengikut perintah, demi negara...haahaa!
KERETA MAKIN JAUH MENINGGALKAN KITA.
Sebaik sahaja tiba di studio, macam lipas kudung Zed keluarkan bagasi tadi dari kereta Jefri dan terus masukkannya ke dalam van yang sedia ada menunggu di situ untuk membawa rombongan ke Kuala Lumpur. Pada mulanya Jefri hairan juga melihat gelagat Zed, tetapi setelah dia berbual-bual dengan Black dan temanteman pemuzik lain, Jefri terlupa akan hal bagasi Zed itu. Ketika mereka semua bersedia hendak berangkat, Zed bersalaman dan memeluk erat Jefri, abang sepupu yang disayanginya itu. Bergenang airmata Zed. Jefri melambai tangan pada Zed dengan senang hati, kerana dia yakin Zed akan menumpukan pada pelajarannya setelah pulang dari Kuala Lumpur kelak.
Bagai pepatung mandi, masa berlalu begitu pantas. Hari Sabtu pun tiba, hari yang ditunggu-tunggu oleh Zed untuk membuat persembahan konsert di Stadium Bukit Jalil. Konsert yang julung-julung kalinya diadakan kusus untuk kumpulankumpulan Rock Inde. Sadarlah Zed bahawa peminat-peminat kumpulan muzik inde sangat ramai di Kuala Lumpur, sehingga pihak penganjur terpaksa mengadakan konsert selama dua malam berturut-turut untuk memenuhi permintaan peminat.
Pada petang sehari sebelum malam persembahan, pertama kali Zed menapakkan kakinya di stadium Bukit Jalil. Tidak boleh dilafaskan dengan kata-kata betapa terharunya perasaan Zed ketika itu. Di sepanjang sesi latihan dan reheasal petang itu, Zed bersungguh-sungguh memberi tumpuan kepada permainannya. Kehadiran Zed mendapat perhatian semua individu-individu yang terlibat. Terutama sekali seorang pemuda bernama Muiz.
Jika Zed berusia 15 tahun, pemuzik paling muda terlibat dalam Konsert Rock Inde itu, Muiz pula berusia 18 tahun. Muiz secara bidan terjun terlibat dalam konsert itu mengantikan pemain gitar, salah sebuah band inde dari Kelantan. Pemain gitar asal band itu di saat-saat akhir telah jatuh sakit. Muiz dipilih menggantikan tempat pemain gitar asal band itu. Jadi agak kelang kabut juga Muiz cuba mengejar kehendak band tersebut. Mujur ada Zed yang banyak membantu Muiz. Ekoran itu Zed dan Muiz terus menjadi kawan, yang begitu cepat mesra dan mudah serasi, bagai kunyit dengan kapur.
Kini waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba. Berduyun-duyun orang ramai memenuhi stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan konsert tersebut. Di belakang pentas Zed berdebar-debar menunggu gilirannya untuk membuat persembahan bersama kumpulan Black. Maklumlah ini kali pertama Zed berpeluang membuat persembahan di Stadium Bukit Jalil. Ternyata apabila kumpulan Black dan Zed beraksi di pentas, mereka mendapat tepukan dan sorakkan paling gemuruh daripada para penonton, berbanding kumpulan-kumpulan lain. Zed pula menjadi tumpuan dan penyeri kumpulan Black. Zed berasa sangat terharu, kehebatannya mendapat perhatian.
Dalam waktu sama Zed merasa terkilan, dia terbayangkan Qaseh. Kalaulah Qaseh ada kat sini, mesti dia happy. Zed meluahkan perasaan pada Abang Black. Sayu hati Black mendengar kata-kata Zed. Apakan daya dia hendak berbuat apa-apa kecuali mengangguk sahaja. Yang penting persembahan sudah selesai dan mereka mendapat sambutan hangat dari penonton di malam pertama. Pihak penganjur pun sangat berpuas hati dengan persembahan kumpulan Black. Di malam kedua konsert sejarah berulang. Sekali lagi Zed dan kumpulan Black mendapat tepukan dan sorakan paling hebat dari para penonton.
Sekali lagi Zed terkenangkan Qaseh. Dia terkilan Qaseh tiada bersama di saat kegembiraan melalui malam penutup konsert tersebut. Tambahan pula sudah dua hari Zed tidak berbual di telefon dengan Qaseh. Bagaimanapun Zed tetap bersabar, semua perancangan telah disusun rapi. Berdebar-debar Zed menunggu hari esok, Qaseh akan menalifonnya dan hari penentuan akan tiba.
Di awal pagi Isnin itu, Qaseh yang sudah siap berpakaian seragam sekolah, bergegas menyusun beberapa helai pakaian hariannya dan beberapa barang keperluan di atas katil. Setelah dia berpuas hati dengan benda-benda itu, dia pun menyumbat kesemuanya ke dalam beg sekolah yang telah kosongkan. Buku-buku sekolahnya disorok di bawah katil. Qaseh perlu berhati-hati agar tembelangnya tidak diketahui Puan Zetty. Kemudiannya Qaseh lekas-lekas meletakkan beg sekolah ke dalam kereta, sebelum dia kembali semula ke dalam rumah untuk bersarapan bersama makciknya seperti biasa. Eh...mana beg sekolah Qaseh Tanya Puan Zetty sambil meneguk minuman. Dah letak dalam kereta dah. Jawab Qaseh tenang. Dia harus kelihatan tenang walaupun di dalam hatinya berdebar-debar bagai nak rak. Mujurlah Puan Zetty tidak mengesyaki apa-apa.
Dalam perjalanan ke sekolah, berkali-kali Qaseh mengurut dada sambil mengomel-ngomel. Pak Ayob tersenyum sahaja melihat Qaseh. Dia sudah lali dengan perangai Qaseh, sejak kebelakangan ini sering ada muslihat. Belum sempat Qaseh meminta talifon bimbit darinya, awal-awal lagi Pak Ayob menghulurkan talifon bimbitnya kepada Qaseh.
INT. KERETA ZETTY / SIANG.
QASEH SEDANG MENDAIL TALIFON BIMBIT; KITA TAHU DIA SEDANG MENGHUBUNGI ZED.
QASEH
Hallo...dah kat mana
ZED (V.O) Baru ni haa, sampai kat tempat tu.
QASEH Ok, ok...lima minit lagi aku sampai.
QASEH MATIKAN TALIFON BIMBIT DAN
PULANGKAN PADA PAK AYOB. HAIRAN ORANG TUA
ITU, CEPAT BENAR QASEH KEMBALIKAN TALIFON BIMBITNYA. TAPI DIA TIDAK MENGESYAKI APAAPA.
QASEH Terima kasih pakcik.
PAK AYOB
Sama-sama, Qaseh tak nak guna phone tu lagi Kalau nak...Qaseh peganglah dulu.
QASEH Takpa..takpa...dah taknak dah.
CUT TO.
EXT. TEPI JALAN DEPAN KAWASAN SEKOLAH / SIANG.
KELIHATAN KERETA BERHENTI DI TEMPAT BIASA. QASEH KELUAR DARI KERETA SAMBIL BERKATA PADA PAK AYOB.
QASEH
Pakcik, terima kasih pakcik...
(salam pakcik Ayob)
Maafkan saya, atas salah silap saya, ya.
Asslammualaikum...pakcik boleh balik sekarang.
PAK AYOB YANG SENTIASA AKUR DENGAN
ARAHAN QASEH, PUN BEREDAR PERGI DARI SITU.
Qaseh pura-pura berjalan menuju ke pintu gerbang sekolah sambil curi-curi pandang ke arah seberang jalanraya. Qaseh mencari kereta berwarna hitam dan bernombor lesen sekiansekian seperti yang diberitahu oleh Zed kepadanya tempuh hari. Sekilas waktu kemudian Qaseh ternampak kereta itu, dan dia pun pantas melencung ke arah seberang jalanraya.
Kereta itu adalah milik adik kepada Pakcik Amin. Rupa-rupanya sejak kali terakhir Zed bertemu Amin di hari pengkebumian arwah Nenek Som, kerapa juga Zed berhubung dengan Pakcik Amin. Dan ketika berada di Kuala Lumpur, Amin dan isterinya Salma datang melawat Zed di hotel penginapannya secara diam-diam, tanpa pengetahuan Abang Black. Ketika itu Syekar, adik Amin ada bersama mereka. Zed tidak kisah dengan kehadiran Syekar, Zed menceritakan segala masalah yang sedang dilaluinya. Amin , Salma dan Syekar tidak bersetuju, niat Zed untuk lari dari rumah bersama Qaseh. Tetapi akhirnya mereka bersetuju setelah Zed merayu bantuan dari mereka, menyatakan dia tetap dengan keputusannya samada mereka setuju membantu atau tidak. Terharu perasaan Amin dan Salma mendengar rayuan Zed. Maka mereka pun setuju membantu Zed.
Kebetulan Zed dan Black berkongsi bilik, di hotel penginapan yang disediakan pihak penganjur buat semua yang terlibat menjayakan konsert tempuh hari. Pada pagi Isnin seawal jam 4.30 pagi, Zed senyap-senyap melancarkan misinya. Syekar sudah sedia menunggu di luar pintu bilik hotel untuk membantu Zed membawa barang-barangnya turun. Black yang sedang tidur, ada ketikanya terjaga disebabkan bunyi pintu dibuka ditutup. Zed pun pura-pura masuk keluar dari tandas. Dalam keadaan mamai dan bilik yang agak gelap, Black tidak mengesyaki apa-apa. Sebaik sahaja Black kembali tidur, Zed pun seperti api dalam sekam keluar dari bilik hotel itu. Di luar hotel Syekar sudah sedia menanti di dalam keretanya. Tanpa menoleh ke belakang Zed berangkat ke Melaka bersama Syekar, bertemu Qaseh.