CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 12
IDLAN senyum nipis dan merebah badan untuk berehat. Sejak Ika matikan talian, tak habis-habis dia senyum seorang diri. Idlan oh Idlan. Kau dah angau ke Hei, sedarlah diri tu. Kau dah ada Irdiana. Tak payah nak angaukan anak dara orang. Apatah lagi Ika tu kau yang reject dulu. Tak malu ke kalau kau tibatiba angaukan bekas tunang tu

Dahi ditepuk perlahan. Cuba mengusir jauh perasaan istimewa terhadap Ika yang datang bertamu tanpa sedar. Dia menggeleng. Tak patut dia berperasaan begitu sedangkan masalah rumahtangganya belum selesai.

Dia usap dada. Berkali-kali mulut melafaz istighfar, minta ditenangkan hati. Ingatan pergi pada Irdiana. Telefon bimbit diambil semula. Berkali-kali dia buat panggilan, tapi langsung tak dijawab. Hati tak tenang selagi tak dapat dengar suara Irdiana.

Sekali lagi dia mencuba dan akhirnya suara Irdiana tembus di hujung talian.

You nak apa Kasar Irdiana menyoal. Sayang, you sihat

Sebelum ni sihat aje. Sekarang jadi tak sihat. Apa hal call ni Nak apa

Idlan meneguk liur. Tak sangka penerimaan Irdiana begini. Kasar sungguh suara Irdiana hingga buatkan dia kecil hati.

Apa maksud you tadi sihat, tapi sekarang dah tak sihat Soal Idlan. Dia cuba bergurau dengan Irdiana. Perasaan kecil hati dihalau jauh-jauh.

Lan... teruskan ajelah apa benda you nak cakap

I sibuk ni.

I cuma nak tahu you sihat ke tak Cakap betulbetul dengan I. Kalau tak sihat, I balik ye...

I sihat ajelah. Nak balik buat apa You juga yang kata nak berpisah sementara dengan I, kan Tak sampai pun seminggu ada hati nak balik. Duduklah kat kampung you yang jijik dan kotor tu.

Idlan meraup wajah. Nafas ditarik lalu dihela perlahan. Untuk terus berbual, dia perlukan kekuatan. Kalau lelaki lain, dah lama Irdiana makan penampar. Tapi, tak pada Idlan. Dia masih mampu bersabar dengan kata-kata hinaan yang dilempar Irdiana.

Baguslah kalau you sihat. Hari tu I call kenapa tak jawab I risau kalau you tak jawab panggilan. Bimbang kalau jadi apa-apa kat you.

Allah, simpan ajelah risau you tu. Hee... bosan betul la I dengan you ni. I dah dewasa, okey Tahulah macam mana I nak jaga diri. You tak payah nak sibuklah! Bentak Irdiana dan terus saja talian jadi senyap sunyi.

Idlan mengeluh sambil kepala turut dipicit. Irdiana tamatkan perbualan sebelum sempat dia sambung perbualan seterusnya. Rindu juga pada Irdiana, tapi nampaknya Irdiana tak sudi bersembang lama.

Dia berjauh hati dengan penerimaan isterinya, tapi perasaan itu mati apabila telinga menjamah bunyi WhatsApp yang masuk ke telefon bimbit.

Ika:

Selamat malam Encik Idlan senget.

Idlan melopong. WhatsApp yang dikirim itu dari Ika Alia Dia pamer senyum lebar dan jari pantas menyapu skrin untuk membalas.

Idlan:

Selamat malam, Ika Alia.

Idlan menggeleng. Senyum makin menjadi-jadi.

IRDIANA berlegar-legar dalam bangunan pusat membeli belah tanpa arah tujuan. Sejak berpisah sementara dengan Idlan, dia lebih suka merayap dan mencari hiburan di luar. Dia tak peduli dengan larangan Mama dan Papanya.

Lantaklah... janji, hatinya puas.

Perpisahan sementara ini, langsung tak buat dia sedih. Malah, dia lebih senang begitu. Kalau Idlan ceraikan dia, lagilah dia suka. Itu apa yang dia mahu sebenarnya. Cuma sekarang, dia masih tak berani meminta. Dia yakin, Idlan takkan setuju.

Hai, sayang...

Satu suara menyapa, Irdiana berpaling. Arash sedang berdiri di belakang, buat dia senyum lebar.

Hai Arash... macam you tahu aje kan, I ada kat sini

I kan nujum Pak Belalang, seloroh Arash sambil mendekati Irdiana.

Apa you buat kat sini Mengintip I ke Soal Irdiana sambil menoleh kiri kanan.

Dari I mengintip you, lebih baik I bawa you lari. Arash tersenyum manis dan tak lupa mengenyit mata pada Irdiana. Saja nak test market isteri orang. Di samping ada agenda tersembunyi.

Irdiana tersengih kecil, You jangan, Arash... nanti kalau ada orang kenal kita nampak you kenyit mata, jadi gosip liar pula.

I tak kisah kalau jadi gosip. Biar satu dunia tahu I masih cintakan you, Arash buat pengakuan berani mati.

Ish, you ni... kalau suami I tahu, teruk dia kerjakan you nanti, balas Irdiana. Pura-pura bimbang.

Arash mencebik sambil menyilang tangan ke dada, Biar dia tahu. Lagi bagus kalau dia tahu I masih sayangkan you.

Irdiana mencemik. Entah ya entah tidak bicara manis Arash itu.

Mari kita minum kat sana, nak Pelawa Arash dengan telunjuk lurus dihala ke satu arah.

Okay, why not, Irdiana mengekori langkah Arash tanpa bantahan.

Sada sama. Tapi, hari ni, sorang-sorang. Nak O, apa cerita Hari tu masa you keluar, Idlan

kata dia kerja, takkan hari minggu pun kerja Soal Arash sambil menyedut air melalui straw.

Irdiana mengeluh perlahan. Malas membuka cerita.

You ada masalah dengan Lan, kan Arash sengaja menduga.

Wajah Irdiana berkerut, Dari mana you tahu

JB ni kecil je. Semua di hujung jari.

You ingat, I dengan Lan tu artis ke Semua di hujung jari konon. Cakap ajelah you main serkap jarang, bidas Irdiana dengan bibir tersenyum.

Arash mengangkat kedua-dua tangan sebagai tanda mengaku kalah, Okey, okey... I teka aje. Betul ke tak

Erm... ya. Menyampahlah I dengan dia sekarang, Irdiana berkira-kira mahu membuka kisah rumahtangganya.

Arash dekatkan tubuh pada meja. Gelas ditolak ke tepi.

You boleh cerita apa saja pada I. Masalah you, masalah I juga. Lagipun, untuk apa I masih simpan rasa cinta pada you kalau I tak boleh tanggung sama apa yang jadi beban pada you

Irdiana mengeluh. Sesekali rambutnya dibetulkan. Tadi dia memang malas nak bercerita pada Arash. Risau kalau sahamnya jatuh depan kekasih lama. Yalah, dulu dia tinggalkan Arash kerana Idlan lebih bijak dan kacak. Juga merupakan antara pelajar Melayu yang popular di universiti. Juga lebih romantis melayannya dalam segala hal. Perempuan mana tak terpikat.

I sebenarnya dah malas nak fikir soal rumahtangga. Soal suami, masak, cuci baju suami. Eee... you pun tahu kan, I ni macam mana. I bukan suka masuk dapur dan I paling benci memasak.

Dahi Arash mula berlapis, Jadi, maksud you...

Irdiana menjuling mata ke atas. Lambat betul Arash nak tangkap apa yang dia luahkan.

Lan tu... dah balik dengan perangai kuno kekampungan dia. Sebelum kahwin dulu, macammacam dia cakap. Tak perlu masaklah, tak perlu buat kerja rumahlah. Apa yang I nak, semua dia akan beli. Tapi, sekarang... dia dah berubah sangat. Tiba-tiba dia ungkit I tak layan dia dan I belanja boros. Lepas tu, sanggup dia sekat kad kredit I. Heee... sakit hati, tahu tak!

Okay wait... I dah faham sekarang.

Kalau you faham, baguslah. Tak perlu I jelaskan lagi. Buang masa aje nak cerita kat you fasal rumahtangga I. You bukan boleh buat apa pun. Bukan boleh tolong I.

Siapa kata I tak boleh tolong you I ada untuk you, Arash menarik tangan Irdiana lalu digenggam perlahan.

Kening Irdiana bertaut. Pandangannya jatuh pada genggaman Arash.

You ada untuk I Erm, dah terlambat. You memang tak boleh buat apa untuk tolong I. Tangan ditarik semula lalu memeluk tubuh sebelum membuang pandang ke sisi.

You minta cerai dan kembali semula pada I. Itu caranya I dapat tolong you, Arash mulakan misi.

Ini peluang menghasut Irdiana cukup-cukup. Harapannya Irdiana akan termakan. Dah lama dia nak balas dendam pada Idlan. Kalau misi berjaya, tercapai cita-citanya melihat giliran Idlan menderita. Sekaligus, dapat kembalikan Irdiana padanya semula.

Susahlah, Arash...

Apa yang susah

I tak yakin begitu mudah Lan nak ceraikan I.

Arash senyum sinis. Dalam kepala tersemat satu rencana. Dia bangun dan duduk sebelah Irdiana lalu berbisik sesuatu. Mata Irdiana membulat.

Arash kembali duduk di tempat asal, menjongket kening beberapa kali. So... macam mana

I tak sangguplah.

Arash mengeluh, Ini masa sesuai untuk you lepaskan diri dari ikatan perkahwinan. You nak tunggu sampai bila I yakin, you tak ada cara lain.

Irdiana membisu. Terkunci mulut nak memangkah cadangan Arash. Hatinya berbelah bahagi antara sanggup dan tak sanggup.

IDLAN duduk bersila di beranda rumah. Badan disandar dengan selesa pada dinding. Muncul ibunya di muka pintu sambil membawa dulang. Ada-ada saja juadah nak dihidang padanya.

Mak tahu Lan dah lama tak makan ubi kayu dengan kelapa parut. Hari ni mak buat. Lan makanlah sampai kenyang, Che Jah hulur piring.

Pagi-pagi dia bersusah payah gali ubi kayu belakang rumah. Musim hujan begini, memang selera kalau pekena ubi kayu rebus. Lawannya kopi panas.

Dari mana mak dapat Beli ke Soal Idlan lalu masukkan setengah ubi ke dalam mulut. Mata dipejam menikmati kelazatan menu kampung yang lama tak menjamah anak tekak. Sedap!

Mak gali kat belakang rumah tu aje.

Kenapa tak suruh saya Kalau tangan mak lenguh-lenguh urat, macam mana Ayah juga nak kena picit, usik Idlan dengan sengih panjang.

Lan dah ada. Kalau Lan picit, apa salahnya tempelak Che Jah dengan nada mengusik juga.

Yelah-yelah... mari saya picit. Idlan menawarkan diri. Tangan ibunya segera ditarik ke riba.

Che Jah lekas-lekas menarik tangannya semula, Dah... Lan jangan bergurau. Habiskan ubi kayu tu. Kalau nak picit sangat tangan mak ni, hah... tunggu malam nanti. Mak nak ke rumah Mak Wan kejap. Mak nak pergi rumah Mak Wan Soal Idlan.

Sebut saja nama Mak Wan, hati berasa lain macam. Belum lagi kalau nama Ika disebut. Harus jantung berdegup tak stabil. Dia sendiri tak faham apa yang dialaminya sekarang. Takkan dia sukakan Ika

Ya, mak nak ke rumah Mak Wan. Berapa kali mak

nak ulang cakap

Idlan tersengih. Belakang leher digosok sekali dua. Apabila nama Mak Wan menyapa halwa telinga, meronta-ronta dia ingin tahu apa tujuan ibunya.

Ada hal apa mak nak pergi rumah dia

Alangkah bagus kalau ibunya pergi merisik Ika bagi pihaknya buat kali kedua. Idlan tepuk dahi. Baru tersedar dia berangan yang bukan-bukan.

Dahi Che Jah berkerut-kerut, Adalah halnya. Lan sibuk nak ambil tahu hal orang tua ni, kenapa Sudah, mak dah lambat ni.

Biar saya hantar mak, Idlan senyum lebar. Kalau dia hantar, untung-untung boleh jumpa Ika. Itupun kalau Ika ada di rumah.

Tak payah, Lan. Mak boleh pergi jalan kaki aje. Bukan jauh sangat rumah Mak Wan tu. Lan jaga rumah.

Idlan mengeluh kecil. Tak ada peluang dia nak ke rumah Mak Wan. Dia tak faham kenapa jantungnya berdetak hebat kalau apa saja berkaitan dengan Ika. Semua berkenaan gadis itu dia mahu ambil peduli.

Apabila bayang Che Jah hilang, Ika pula muncul. Idlan gosok mata. Macam tak percaya. Mimpi ke dia

Ika baru turun dari langit ke

Assalamualaikum... Ika menongkat skuter.

Idlan yang duduk di beranda, terus menjawab salam. Lambat-lambat dia berdiri dan menapak perlahan ke arah tangga.

Ika...

Ika mendongak.

Che Jah ada tak Soal Ika dan terus larikan pandangan ke arah lain. Tak kuasa nak tengok lama muka Idlan.

Idlan senyum sebaris, tapi Ika tak membalas. Pasti gadis itu masih marah dengan perkara semalam.

Che Jah tak ada. Anak Che Jah saja yang ada, Idlan sempat bergurau.

Ika mencebik sedepa. Mengada-ada sangat jawapan Idlan.

Anak Che Jah nak buat apa Saya datang sebab nak jumpa Che Jah aje.

Che Jah tak ada kat rumah. Dia pergi... Idlan gosok dagu.

Pura-pura berfikir ke mana ibunya pergi padahal dia tahu ibunya ke rumah Mak Wan. Sengaja nak mengusik Ika.

Dia pergi ke mana ek... alah, lupa pula. Kepala digaru-garu. Buat-buat lupa kononnya.

Ika mendegus kasar. Idlan ni muda-muda dah nyanyuk.

Kalau macam tu, tak apalah. Saya balik dulu. Ika.. panggil Idlan.

Apa

Che Jah pergi pasar. Idlan berbohong.

Ada plan tiba-tiba muncul dalam kepala. Dia nak berbual lama dengan Ika, tapi tak ada cara lain untuk dia fikir dalam waktu singkat. Jadi, dia terpaksa menipu. Dia bukan nak buat perkara tak senonoh. Dia hanya nak kenal hati budi Ika saja. Bukan untuk apaapa. Cuma nak dibuat kawan.

Oh... tak apalah. Saya pergi cari dia kat sana.

Pergi dengan abang. Tadi mak abang pesan, minta ambil dia kat sana. Ika boleh ikut sekali. Tinggalkan motor kat sini. Masukkan dalam garaj.

Ika garu belakang telinga. Malas nak pergi berdua dengan Idlan. Kalau bujang tu tak apalah. Ini, suami orang.

Saya pergi sendiri ajelah.

Kan senang kalau Ika pergi sekali dengan abang. Satu hala, satu tujuan... Idlan tak berlengah. Dia turun dari rumah. Selipar disarung lalu berjalan menuju ke kereta.

Ika terkebil-kebil di belakang. Hatinya berbelah bahagi. Nak ikut, tak nak ikut, nak ikut, tak nak ikut.

Idlan berpaling, Ika... jom.

Ika berdecit. Melihat kesungguhan Idlan, dia serba salah nak menolak. Skuter diheret lalu dimasukkan ke garaj. Kemudian, dia berjalan lambat mengekor langkah Idlan. Tujuan dia nak jumpa Che Jah sebab nak sampaikan pesan Kak Mek yang menyuruh Che Jah ke balai raya malam ini. Nak beritahu Che Jah melalui telefon bimbit, Che Jah pula tak gunakan kemudahan itu. Idlan pun satu. Tak boleh ke beli telefon bimbit untuk Che Jah Ika membebel dalam hati.

Idlan buka pintu kereta depan bahagian penumpang, Masuklah.

Saya nak duduk belakang, Ika buat pilihan sendiri. Gila Idlan nak suruh dia duduk depan

Memang taklah...

Tak payahlah duduk belakang.

Depan ke, belakang ke... semua tempat boleh duduk, kan Apa masalahnya Ika memangkah.

Idlan usap dagu. Berkira-kira mahu menipu lagi.

Memang tak ada masalah. Tapi, kat belakang tu ada guni besar.

Kalau ada guni besar, kenapa Saya nak duduk sorang aje. Takkan tak muat Kereta bukan main besar macam ni, saya yang kurus nak duduk pun sesak ke Sinis Ika menyoal.

Idea nakal datang menerpa. Idlan tahan senyum.

Dalam guni tu ada ular sawa. Abang dan ayah tangkap lepas subuh tadi. Ular tu cuba nak masuk reban ayam. Petang ni abang nak hantar ke Pejabat Perhilitan. Kalau Ika berani, pergilah duduk belakang. Idlan buat muka serius.

Hilai tawa pecah dalam perut. Dia memang kasihan bila tengok wajah Ika berubah riak. Nampak sangat Ika penakut. Tapi, dia tak ada cara lain nak buat Ika duduk depan. Pandai-pandai dia kelentong Ika dengan cerita karut. Dia nak tangkap ular sawa Alamatnya ular sawa itu yang belit dia dulu.

Mata Ika membulat. Dia menjauhkan diri dari pintu kereta. Idlan kemam mulut. Senyum nakal terpaksa ditahan-tahan. Berlakon dengan muka serius tak habis-habis. Liat sangat Ika ni. Itu saja cara nak buat Ika berlembut dengannya.

Untunglah penipuannya buat Ika percaya. Guni yang dikatakan memang betul-betul ada dalam kereta. Tapi, isinya bukan ular sawa. Di dalamnya ada besi-besi buruk yang ditinggalkan Nik Asmawi. Sahabatnya itu meminta bantuan supaya dihantar ke tempat Pok Kidik untuk dijual.

Sepanjang pemanduan, Idlan menoleh berkali-kali melihat Ika berkelakuan pelik. Sesekali Ika berdecit. Kadang-kadang tubuh Ika bergerak-gerak. Dia tahu, Ika dalam keadaan bimbang.

Ika berpaling. Pandangan dilempar ke tempat duduk belakang. Kalau ikatan guni terlerai dan ular sawa itu keluar, macam mana Harus dia pecut langkah seribu! Kalau terpaksa melompat dari kereta sedang bergerak, pun dia sanggup! Menyesal pul dia ikut Idlan. Kalau tunggang motor sendiri, taklah dia ketakutan begini.

Kenapa Ika nampak gelisah

Saya tak selesa lah...

Tak selesa Panas ke Idlan menyindir.

Panas apa kalau air cond masih terpasang Dia tahu Ika takut. Tapi, sengaja menyoal begitu.

Ika diam. Dalam hati mengutuk Idlan. Lelaki ni perli dia ke apa Takkan dalam keadaan air cond kereta terpasang, soalan macam itu yang ditanya

Takut ek... Idlan sengaja tayang sengih jahat dan Ika menghadiahkan satu jelingan tajam. Boleh berdarah anak mata Idlan.

Menyesal saya naik kereta Encik Idlan. Kalau saya tunggu Che Jah kat rumah pun tak apa.

Berani nak tunggu kat rumah sampai mak abang balik Tak takut kena tangkap khalwat dengan abang

Kalau kena tangkap khalwat bagus juga. Hati Idlan berbisik. Jauh sekali ada niat begitu. Masalah dengan Irdiana belum selesai, ada hati nak tambah cawangan baru

Kenapa nak kena tangkap khalwat Bukan buat maksiat. Lagipun, saya tak bodohlah nak naik ke rumah kalau Che Jah tak ada. Bengang Ika menjawab. Membidas semula usikan Idlan.

Idlan jongket bahu. Kata-kata Ika buat dia kehabisan idea.

Ika angkat kaki tu. Duduk bersila. Mana tahu kan, kalau ular tu terlepas. Nanti menjalar bawah tempat duduk.

Oh, dia belum kekeringan akal nak menyakat. Sombong sangat Ika ni kalau berbual dengan dia. Itulah balasan untuk orang sombong. Biar Ika gerun dan takut apabila nama ular disebut-sebut.

Laju Ika angkat kedua-dua kaki dan duduk bersila seperti cadangan Idlan. Tindakannya itu buat Idlan ketawa besar.

Penakut rupanya...

Encik Idlan memang sengaja nak buat saya takut. Tolonglah jangan kata macam tu! Suara Ika meninggi. Rasa macam nak ketuk aje kepala Idlan.

Sebelum ular tu belit Ika, abang yang belit Ika dulu!

Dari usikan biasa-biasa, kini bertukar jadi luar biasa. Idlan usap dahi. Tak sangka dia boleh bergurau sejauh itu. Ada perkataan belit pula tu. Teruk dah dia ni.

Ika jatuhkan kaki. Kata-kata Idlan buat dia rasa jengkel. Tak malu. Dah ada isteri pun, berani lagi cakap macam tu.

Encik Idlan ni memang tak tahu malu ya Patut ke cakap macam tu pada saya

Bukan orang lain. Tunang abang juga... Idlan mengingatkan. Terlupa terus apa yang berlaku di masa lalu.

Tunang Ish... tolong sikitlah. Bekas tunang. Ingat tu! Ika mencebik. Memang sahlah Idlan nyanyuk.

Abang tak pernah cakap apa-apa. Pernah tak ayat putus tunang keluar sendiri dari mulut abang Pernah tak abang jumpa Ika dan minta nak putus tunang Tak pernah, kan! Suara Idlan tegas. Lupa segala-galanya apa dia sudah buat. Cakap-cakap macam tu pula yang keluar.

Kata-kata Idlan buat Ika terpinga.

Encik Idlan ni sewel dah ke Tiba-tiba cakap macam ni, kenapa Walau bukan dari mulut Encik Idlan sendiri, tapi wakilnya tetap datang ke rumah saya dan mahukan pertunangan tu diputuskan.

Hesy... apa kena dengan Idlan ni Cakap yang bukan-bukan. Tak sedar ke yang diri tu dah kahwin Tak perlu timbul soal tunang segala. Memang lelaki ni cakapnya betul-betul dah merepek.

Tapi, abang tak pernah tahu. Bila abang balik sini, baru abang tahu cerita sebenar. Jadi... Ika tak boleh salahkan abang seratus peratus, tegas Idlan lagi.

Suasana kembali sunyi. Sesekali Ika mengeluh.

Tak kira walau macam mana keadaannya. Putus tetap putus. Encik Idlan pun dah kahwin. Tak perlu nak ungkit-ungkit soal kita yang tak pernah nak jadi, balas Ika lalu menyilang tangan ke dada. Pandangan dilempar ke luar tingkap cermin kereta.

Bagi abang, Ika masih tunang abang! Idlan usap belakang leher. Dia sendiri tak faham kenapa beria-ia dia pertahankan soal itu.

Ika menoleh. Cukup lama memerhati Idlan yang kemas memegang stereng.

Saya rasa kan, Encik Idlan kena jumpa pakar sakit jiwa. Dah longgar agaknya skru dalam kepala Encik Idlan tu sampaikan perkara berat macam ni, Encik Idlan masih nak main-main.

Idlan menjeling ke arah cincin pertunangan yang masih tersarung di jari manis Ika.

Pada abang, cincin tu sebagai bukti pertunangan kita belum putus. Kalau mengikut adat, cincin mesti dipulangkan ketika mak ayah abang datang rumah Ika. Tapi, sampai hari ni... abang belum terima lagi cincin tu.

Ika menjeling tajam. Dia benar-benar sakit hati dengan isu yang dipertahankan Idlan. Biarpun dari awal dia tahu cincin tak perlu dipulangkan, tapi dia berasa jengkel dengan kata-kata Idlan. Mungkin Idlan tak tahu cincin itu diberikan Che Jah sebagai hadiah.

Ika nampak bengang. Pesanan Che Jah melalui ibunya beberapa hari lalu, tak perlu nak diendah lagi.

Dia tercabar dengan kata-kata Idlan.

Dia membuka dashboard dan mula cari sesuatu.

Minyak rambut lelaki jenama LOREAL dijumpai. Bibir menguntum senyum lebar. Minyak rambut ni mesti Idlan punya. Harap-harap, ikhtiar terakhir ini akan berjaya.

Ika nak buat apa dengan minyak rambut abang Idlan tunjuk reaksi pelik.

Ada la... Sebok aje nak tahu.

Botol minyak rambut dipicit. Cairan pekat menitis

atas tapak tangan. Tak berlengah, dia menyapu dan menggosok di sekeliling jari yang tersarung cincin.

Yes! Ika terjerit kecil apabila usahanya berjaya.

Sebentuk cincin emas bertatahkan berlian putih diberi pada Idlan.

Nah, ambil balik cincin tunang. Pinggan tak retak, nasi tak dingin, Sekali Encik Idlan tak nakkan saya, seribu kali saya tak ingin. Sekarang, kita betul-betul dah putus. Lepas ni, Encik Idlan jangan ganggu saya lagi. Kalau tak, saya report kat Abang Afi. Encik Idlan kenal dia, kan Ingat tak dulu Encik Idlan pernah bertumbuk dengan dia sebab rebutkan Kak Linor Saya masih ingat walau perkara tu dah lama berlalu. Encik Idlan cubalah ganggu saya lagi kalau nak rasa penumbuk dia macam dulu.

Idlan terdiam. Peristiwa lama kembali terlayar di ruang mata. Mustahil Afi Lukman masih ingat. Dia sendiri dah lupa. Hal budak-budak lelaki ketika remaja, tak mungkin Afi Lukman masih terkenang-kenang hingga ke hari ni

Sekali lagi Ika hulurkan cincin, tapi Idlan buat tak peduli. Pura-pura fokus dengan pemanduan sedang dalam hati sedang berkocak hebat. Terkesan dengan tindakan Ika menanggalkan cincin, perasaannya jadi tak tentu arah.

Hajat mahu membawa Ika ke Pasar Siti Khadijah konon-konon nak menunggu ibunya di situ, terpaksa dibatalkan. Untuk apa dia teruskan niat berkawan dengan Ika kalau gadis itu tak sudi. Dia tak suka memaksa atas perkara yang Ika tak rela. Nampaknya lakonan tadi hanya sia-sia. Ular sawa konon. Idlan kutuk diri sendiri.

Melihat kedegilan Idlan yang tidak mahu mengambil cincin diberi, Ika bertindak sendiri. Sekali lagi dia menyelongkar dashboard. Bibir mengukir senyum puas apabila terjumpa bekas cermin mata. Mungkin kepunyaan Idlan. Bekas itu dibuka lalu menyimpan cincin di dalamnya.

Idlan menekan brek. Stereng dipulas untuk berpatah balik. Sakit hati, sakit jiwa, sakit dada. Semuanya sakit. Dia bingung. Apa dah jadi dengan dia ni

Encik Idlan nak ke mana pula Kata nak pergi pasar ambil Che Jah

Mak abang tak pergi pasar. Dia pergi rumah Ika.

Nak jumpa Mak Wan.

Habis tu, kenapa... Bicara Ika terhenti.

Dia merengus kasar. Baru tersedar dirinya ditipu.

Kalau macam tu, dari tadilah Encik Idlan cakap bohong!

Idlan tak menjawab. Sesaat menoleh ke arah Ika yang tunjuk wajah menyinga. Makin marah, makin comel. Sempat hatinya memuji.