Saya nak cari baju untuk sebuah majlis. Rasa-rasa, awak tahu kan design macam mana saya nak
Katrina mengangguk. Ya, saya tahu. Dulu, sebelum saya buka butik baru kat sini Encik selalu tempah baju daripada saya. Encik cuma perlu membuat ukuran baru di belakang. Pembantu saya ada dekat sana.
Okey.
Weh Syakila ikut juga langkah Zairis. Apahal kau ikut aku ni
Aku blurlah. Aku nak kena buat apa ni
Takkan kau tak tahu apa-apa pasal ni
Manalah aku tahu! Aku tak pernah pergi tempat eksklusif macam ni. Petak kepala aku!
Kepala kau tak nampak petak pun
Aku tak ada masa nak bergurau dengan kaulah!
Pilih ajelah yang bersesuaian. Kau belek-belek dulu. Kalau tak berkenan juga boleh cakap dengan Katrina. Beritahu aje jenis pakaian macam mana kau nak. Kan senang, tu pun nak kena ajar ke
Syakila mengeluh, Ni yang aku malas! Aku tak suka semua benda ni! Aku tak nak pergi majlis tu. Kau pergilah sorang-sorang!
Kau gila ke apa Pihak TV3 dah jemput, datang ajelah. Jangan nak gedik tak nak datang pula. Aku siku kang baru tahu!
Aku dah buntu ni kau tahu tak
Hei rasa macam nak gigit aje kau ni! Penatlah nak ulang benda yang sama. Kau ingat, muka aku ni ada perkataan throwback ke
Cubalah gigit kalau berani!
Aku tak gigit
Habis tu
Flying kiss dilayangkan.
Gatalnya kau ni!
Hesy, cakap tu perlahanlah sikit. Buat malu aje! tegur Zairis apabila suara Syakila tiba-tiba meninggi.
Dah, kau boleh pergi dengan pakaian kau tu! Syakila segera mendapatkan Katrina semula. Sedari tadi, gadis itu hanya tersenyum melihat karenahnya dengan Zairis.
Apa yang sesuai dengan saya tanya Syakila. Pening kepala memikirkan pasal ni. Kalau macam tu, biar dia serahkan kepada si pereka fesyen saja.
Saya rasa, cik sesuai dengan dress labuh. Rambut cik tu, kalau tak diikat pasti cantik. Saya yakin, Bersungguh-sungguh Katrina memuji gadis itu. Kalau apa yang dibayangkan terjadi betul-betul. Memang terbaiklah!
Serius
Ya! Tunggu sekejap. Saya cari dress yang sesuai dengan tubuh cik. Sebentar ya. Katrina berlalu ke satu bahagian yang menempatkan pelbagai dress.
Syakila hanya menunggu di sofa. Berdebar juga dia rasa. Pertama kali pakai baju mengalahkan diva. Tak tahulah, macam mana gayanya. Mesti kelakar, tak pun buruk! Hmm, kalau Zairis tengok mesti lelaki itu gelak. Yalah, tak sesuai gadis sepertinya berpakaian seperti itu. Tak apa, cuba dulu.
W Dengan dress labuh berwarna EH Syakila memanggil Zairis.
merah jambu lembut. Dihiasi dengan corak dan batu kristal, turut menambah seri pada mata yang melihat. Tak tahulah, okey ke tak. Dia cuba meleraikan ikatan rambutnya yang panjang melepasi bahu dan dibiarkan bebas.
Apa dia Kau dah cuba kan dress tu Kalau rasa sesuai, okeylah. Tak payah tanya pendapat aku, jawab Zairis yang membelakangi Syakila. Sibuk dia melihat akaun Instagram tanpa mengendahkan gadis itu.
Tengoklah dulu. Ada juga yang makan penampar aku karang!
Alah, mesti tak cantik. Biasa-biasa aje. Aku dah imagine dulu!
Tengoklah kejap! arah Syakila.
Degil betul budak ni Zairis bingkas bangun lalu memalingkan tubuh.
Cantik tak Kali ni, Syakila bertanya dengan nada lembut pula.
Tanpa semena-mena, Zairis terkaku di situ. Dia terpanar. Mata terhala begitu lama pada wajah Syakila. Oi, kau okey ke tak ni
Pap! Telefon pintar Zairis terjatuh dengan sendiri.
Dia meneguk liurnya.
Zairis! Telefon kau!
Tersedar Zairis daripada lamunan. Bagaikan dipukau pula tadi. Dia terus memandang ke bawah.
Alamakk! Macam mana boleh jatuh ni Habislah, telefon aku retak! Oh my Iphone!! Zairis mengambil telefon pintar yang sudah mencium lantai.
Syakila pula sekadar menggeleng. Kenapa dengan lelaki itu tadi Seram pula tiba-tiba bila lelaki tu tenung dia semacam aje. Hmm pelik!